Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, March 25, 2008

Selepas berehat sehari...

Assalamualaikum...


Semalam maklang tuang kerja. Masuk ofis macam biasa tapi dalam 10:30am maklang pergi Dr. mintak MC. Badan sakit2. Memang macam nak demam. Pagi sebelum jumpa Dr. dah telah ubat 2 biji. Badan memang rasa sakit2 aje. Hidung dan tekak dah gatal semacam! So, apalagi, balik rumah sambil bersantai ler...Tengok TV. Rehat2. Tapi bila dah petang bosan pulak. Langsung ambik bunga2 yang nak digubah untuk majlis perkahwinan anak2 Wan Pari bulan 5 ni. Maklang bukannya pandai sangat. Main hentam aje. Bila dah buat2 nampak macam tak cukup menarik. Ingatkan nak letakkan manik2 lah pulak.

Hari ini macam biasa aje. Kerja memang banyak. Assisstant maklang yang 2 orang tak ada. Memang lengoh lah kalau kerja sorang2 ni. Semuanya nak dikejar. Tapi maklang ni kalau dah terlalu banyak kerja, jadi jem, langsung pergi lompat2.Tapi kejap2 aje. Manalah boleh nak lama2. Kerja banyak menunggu. Kang tak siap nanti lagi susah.

Wiken ni maklang akan ke KL lagi. Naik plane pagi and duduk semalam kat KL and balik sini hari Sabtu pagi. Baru plan2 nak menjahit wiken ni. Tak mau kemana2. Tapi itulah...kita merancang tapi Allah yang menentukan. Nak buat macamanakan...Kerja dan kerja..Nadhirah dah bising, mak siang malam asyik bukak PC and baca mail dari office. Suka sangat kerja , kata Dhirah.... Tak pelah..dah tugas. ...

Besok rasa macam banyak idea nak masak. Sebabnya maklang baru aje balik dari pasar malam. Ada ayam, ada ikan tenggiri, cencaru, ikan macam ikan senangin, ikan selar dan kembung. Ada udang dan ayam. Seronok. Sejak 2-3 hari ni ak tahu nak masak apa sebab macam tak ada bahan! Almaklum dah 3 minggu maklang tak ke pasar! So, InsyaAllah, besok adalah kuew teow goreng and lunch adalah lala goreng, ada ikan masak pindang, ada sayur brocolli dengan cendawan shiitake. Kalau rajin boleh jugak buat udang sweet sour....Seronok nak memasak balika


Tempat Hantaran 1




Tempat Hantaran 2



Abah Kecik version down

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

6 Comments:

At March 25, 2008 at 7:47 PM, Blogger Ummi said...

Salam Mak lang,

Best tak cerita ayat-ayat cinta tu?

Buatlah entri pasal citer tu kalau compare dgn buku cerita dia.

 
At March 25, 2008 at 8:36 PM, Blogger Kak Elle said...

dah sihat ke maklang macam2 nak masak?

nampak nya asyik pergi balik KL aje ye?

lama tak ym dgn maklang...rindu wei:)

 
At March 26, 2008 at 8:50 AM, Blogger IKHWANI said...

kak punya lah penat tu sampai title pun ada typo error :)

kalau dah kena kerja weekend, mesti rindu nak menjahit, silap2 haribulan, barang2 jahit di hangkut jugak!

 
At March 26, 2008 at 3:08 PM, Blogger silversarina said...

MC macam tak mc je maklang, kepala ligat berpusing nak masaklah, nak berkebun lah..hehehe.

comel lah pulak hakim tu macam superman lah pulak... cute...gang maya anak I, 6 tahun dah pakai spek.

 
At March 26, 2008 at 5:48 PM, Blogger KakNi said...

Kesian nyer Mak Lang, tu la tak cukup rehat tu... patut nya tido aje bila dah dapat MC

 
At March 26, 2008 at 5:52 PM, Blogger Mak Su said...

hai maklang, apa khabar, bunyik mcm seronok jer maklang nak masak-masak ek..saya baca pun terliur ler

 

Post a Comment

<< Home