Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, March 5, 2008

Sad

Assalamualaikum...

Well...tak setiap hari itu akan berakhir dengan senyuman kan. Hari ini hujan aje...sedih betul rasa. Terguris perasaan dengan kata2 yang maklang rasa tak patut di keluarkan dari mulut seorang yang berkelulusan tinggi dan bertitle Haji! 2 kali haji pulak tu! Kalau nak diceritakan panjang pulak. Tapi inti patinya ialah orang yang berkata2 itu pada pandangan maklang punya hati yang agak gelap dan pada dia semuanya adalah miliknya. Macam semua yang diplan akan jadik. Macam dia menentukan segalanya...Maklang cuma doakan semuga dia diberi petunjuk dari Nya, dan moga2 apa yang dilakukan itu tidak akan menjejaskan periuk nasik orang lain yang sama2 mencari sesuap nasi jugak untuk keluarga!


Biarlah orang itu dengan dunianya kan...kita cerita hal lain lagi baik. Deep down, maklang rasa kecewa teramat sangat dengan perlakuannya itu..memang tak patut! Tak patut!


Sebenarnya, maklang baru aje selesai berkemas. Sejak dari lepas maghrib tadi, maklang dah dok packing baju untuk dimuatkan dalam 2 beg besar. Dalam pada kemas beg, sempat jugak maklang kemas almari yang isinya dah senget benget itu. Sempat jugak keluarkan baju2 yang dah lama tak dipakai! Sedekah ajelah kat orang. Kalau simpan pun buat rosak aje baju tu... Then, maklang masukkan keropok dan barang2 pesanan dan di tapekan kotak2 itu. Ada 3 kotak besar dan 3 beg baju. Kiranya Oklah. Besok tinggal nak ambik barang2 yang belum masuk seperti telekong dan toiletries aje. Nasib baik semua baju2 anak2 dan Cik Abang dah put aside. Maklang tinggal kira berapa helai yang perlu and masukkan kat dalam beg aje. Kalau tak, mau sampai pukul 12 malam sebab nak kena pilih baju!


Cik abang dah ke KL tadi petang. At this moment, dia dah pun nak sampai KL agaknya.( dah sampai pun..baru aje call!) Lagilah sedih! Tiap minggu kena tinggal. Biasanya taklah rasa macam ni. Agaknya hormone level rendah kot!

Sebenarnya kami dah plan nak ke JB after office petang besok. Sekali entah macamana, meeting Cik Abang, yang mana dia jadi the 'Driver' terpaksa di tunda. Mula2 ingatkan maklang akan drive ke Kuantan dengan anak2 and meet Cik Abang di Kuantan. Tido kat rumah datok semalam dan the very next morning kami akan bertolak ke JB. Tapi kesian pulak kat Cik Abang, dahlah penat kerja, then nak balik ke Kerteh and the next morning nak ke JB pulak. Maklang dengar pun dah letih!So, besok lepas meeting Cik Abang akan terus ke JBlah, and kami akan bertemu di sana, InsyaAllah...

So, plan punya plan, maklang tanya Busu if dia boleh ambik kami kat sini untuk dibawa ke JB. Alhamdulillah, Busu kata OK. So, ni Busu tengah dalam perjalanan ke Kuantan. Kesian Busu. Dia kata nanti dia tunggu di bus stop dulu and then akan ke Kerteh pagi besok. InsyaAllah after office kami akan bertolak ke JB..


Hakim sekarang tengah tak sihat. Apalagi kalau bukan tekak dia bengkak. Tonsillah tu..

InsyaAllah, this will be my last posting...Goodbye....ada masa kita jumpa lagi!



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

22 Comments:

At March 6, 2008 at 12:03 AM, Blogger cikMilah said...

Sedih dibawak balik dari ofis ke maklang. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya...elok sangat doa ikhlas gitu...ada hal yang tak boleh kita nak kawal, kita serahkan pada Allah. Tok sah kecewa ok, nanti makan hati...smile, u r on candid camera!SELAMAT BERCUTI..

 
At March 6, 2008 at 12:19 AM, Blogger maklang said...

cik milah:

Thanks for the moral support!

Memang kecewa bawak dari ofis. Rasa macam tak ada mood nak kerja. Cik Abang kata jangan diingat semua tu...ada orang yang kebih teruk dari itu. Dan kita tidak ada kuasa untuk merubahnya...

Macam maklang kata, kalau maklang tak doakan dia, maklang doakan moga2 kami sekeluarga hidup bahagia, dunia akhirat dan kalau dia nak terjun pun terjunlah! I don't care! And hope by then he will realized that rezeki kita semuanya dari Allah...termasuk dirinya!

 
At March 6, 2008 at 5:38 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang jgn bersedih lagi enjoy your holiday with the loved ones.

Biarlah apa org nak kata asal kita takde niat buruk ... satu hari nanti YANG MAHA KUASA akan tunjukkan juga insya'allah.

Sayang anak di tangan2kan sayang cik abang di tinggal2kan:)mencari rezeki yang halal.

 
At March 6, 2008 at 9:01 AM, Blogger silversarina said...

macam kata maklang ada harinya kita sedih ada masa lain kita gembira, biarlah apa orang nak buat pada kita, itu adalah sikap manusia yang kurang peka kepada fitrah manusia.

selamat bercuti dan usah difikirkan hal pejabat masa bercuti .

 
At March 6, 2008 at 9:41 AM, Blogger IKHWANI said...

memang kak, kalau difikirkan sangat soal kerja boleh botak kepala! Kita mengadu sajalah pada Allah dan betul tu kak kadang2 orang tak fikir yang rezeki kita semuanya dari Allah!!! Depa lupa tu!!

Enjoy yourself okay??? Kami baru pack sikit tapi yalah tempat nak pegi bukan jauh so tak adalah beg besar dan kotak..hehehehe..

From what I see, you are a good hearted person, sebab tu selalu murah rezeki, InsyaAllah.

Jangan sedih-sedih ya?

 
At March 6, 2008 at 11:32 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Thanks for layaning although it was already quite late!

Moga2 dia sedar apa yang dilakukan itu tidak disukai oleh Allah dan orang di sekeliling nya!

Rina:

Sebab tulah kena selalu muhasabah diri kan...kalau ikut nak kaya cepat memang mudah! Jatuhkan aje orang lain, dan dapatkan kesenangan itu. Tetapi kita ni semua di bawah kawalanNya, silap haribulan, kita yang jatuh tergolek disebabkan hati yang tak bersih! Biarkan lah dia!

OO:

I wish my beloved cik abang is here with me. At times like this pulak dia kena ke KL. Nak carik makan, macam nilah. I have to be stonger. And I hope my Abang will succeed dgn new job ni. Moga2 rezeki dia lebih murah dari orang yang suka buat kat orang ni. ]

Alhamdulillah, rezeki orang yang teraniaya, insyaAllah akan lebih murah dari yang menganiaya...Amin!

InsyaAllah will enjoy myself. Lets shut up the mind from thinking about work! Nasib baik cannot be contacted, kalau tak sure serabut!

 
At March 6, 2008 at 3:12 PM, Blogger simah said...

sabar yea mak lang?

tapi sekarang mak lang nak pi bercuti... the perfect time nak lessen kekecewaan mak lang kat opis tu...

baiknya hati busu!..hope u guys will be able to enjoy urselves :0)

safe journey

 
At March 6, 2008 at 9:24 PM, Blogger zino said...

selamat bercuti... lupakan segala yg sedih2 tu.. enjoy the holiday..

 
At March 7, 2008 at 12:11 AM, Blogger tulipurple said...

semoga perjalanan mklang dilindungiNya...enjoy ur holiday ek!
wahh...da dekat dgn tambak tu..tak seberang jumpa akak vouge kite tu ke mklang?hehe

 
At March 7, 2008 at 7:20 AM, Blogger maklang said...

Simah:

InsyaAllah will enjoy myself.Ni dah halfway thru the journey...Best!

We arrived in JB at 12:30am !

Zino:

Thank you..thank you..


Tulip:

Tak pergi jumpa Kak Elle.Tak sempat kot. InsyaAllah akan enjoy the holidays.

 
At March 7, 2008 at 11:46 AM, Blogger Queen Of The House said...

Don't let little things bug you too much.

Enjoy your cuti-cuti with the kids and you cik abang :D Semoga ceria semula lepas bercuti ni.

 
At March 7, 2008 at 3:42 PM, Blogger Zareda Norman said...

mak lang
biasalah opis, mesti ada yang sengal, sabar aje dan jangan bawak ke hati.. anggap aje tu dugaan..

just enjoyed your weekend okeh

 
At March 7, 2008 at 4:09 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Sedih pulak neeza baca walaupun neeza tak tahu apa yang disedihkan tu. Sesetengah orang kan Mak Lang, dia tak tahu jaga perasaan orang. Cakap ikut sedap mulut. Lagi satu kan, neeza perasan, ada segelintir (tak semua) orang yang pergi Haji ni.. dia rasa, dia lebih baik dari orang lain.. neeza rasa, tak patut kita rasa gitu kan... kalau dia rasa gitu, maknanya Haji dia tak mabrur la kot.. hehehe..

 
At March 7, 2008 at 5:32 PM, Blogger KAK DIEDA said...

buat apa dilayan orang macam tu....
ditegur tak makan saman,di terang bukangnya faham.

 
At March 8, 2008 at 3:19 AM, Blogger D said...

Mak Lang kena baca buku "Don't Be Sad" la... Hidup ni memang ada orang bermacam ragam - buat kacau je. HeHe.. Saya pun ada tulis entri pasal SAD minggu ni. Senang je, nyanyi lagu: Dont Worry, Be Happy!

Cuti tu jangan lupa orang yeeee!!

 
At March 8, 2008 at 10:12 AM, Blogger Mak Teh said...

Laa Tahzan! Mak lang kita buat je apa yang betul dan boleh mengembirakan kita bukan kerana orang. Bila dah pi holiday akan lupalah yang tak enak itu. Berdoalah supaya orang tu sedar dan insaf. Insya-Allah akan dapat ketenangan.

 
At March 10, 2008 at 1:48 PM, Blogger KakNi said...

Ni maklang, saya macam ketinggalan zaman sikit, cik abe mak lang dapat kerja kat KL ke dan what do you meant by "InsyaAllah, this will be my last posting... Goodbye.... ada masa kita jumpa lagi!" ?

 
At March 11, 2008 at 2:52 PM, Blogger Helena said...

bersabar la mak lang.... biar orang buat kita, jangan kita buat orang....

happy holidays.... take care yer....

 
At March 11, 2008 at 5:53 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

om.mysabar ye maklang!

die ingat die bagus sgt la tu!

 
At March 12, 2008 at 11:22 AM, Blogger kuIna said...

salam maklang.. hav a nice & save j'rney. Lupakan prkara yg cedeh2 2 ya!

 
At March 16, 2008 at 11:41 AM, Blogger ms hart said...

Mak Lang, sorry, I ketinggalan kereta api! Apa-apa pun, SABAR and think of others who are in a worse situation. Tu saja dah buat kita bersyukur,kan?

Hari tu lalu Kerteh, teringat sangat pada Mak Lang!! I told my hubby, macam ni lah agaknya Mak Lang kat Kerteh tu dok berulang-alik ke Kuantan for her meetings!! Mak Lang tak tersedak ke kita dok sebut-sebut?? he he Hope after the holiday kat kampung, Mak Lang dah refreshed! Take care!

 
At March 18, 2008 at 5:00 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang cepatla update..rindu beno dah ni...

 

Post a Comment

<< Home