Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Saturday, March 29, 2008

Sehari semalam di Kuala Lumpur....

assalamualaikum....


Rasa macam belum puas berehat. Maklang balik dari KL tengahari tadi. Lepas makan pizza yang maklang beli kat Kemaman and makan sedikit bubur nasi, maklang naik keatas aje. Melepak. Rehat2 sambil tunggu waktu Zohor. Lepas dah zohor, baring2 sambil peluk si bujang. Sebelum tu sempat jugak curi2 masuk blog and baca email office. As usual kena belebe dengan Along sebab pinjam PC dia nak baca mail. Sekarang ni tengah rindu gile kat kat laptop maklang yang sedang berjauhan dari tuannya. I am sure it is missing me as well. Ada kat KL kerana dipinjam oleh Alang. Bilalah agaknya nak dapat balik!


Maklang tiba di KL semalam tengahari. Dekat pukul 12. Gitu gini, lepas makan lunch and gosok baju yang maklang pakai yang dah kedut sangat tu, and then solat, maklang terus aje ke pejabat. Pukul 2:30ptg, kami bertolak kat Tee -N- Bee kat jalan timur. Meeting was OK. Semuanya dah confirm and hopefully dapat submit by next week or latest by early the following week. Lepas tu, kawan maklang hantar maklang kat LRT and maklang ke Menara Tee- Am. Ada date...


Maklang date dengan kawan lama maklang. Adalah dekat 15 tahun more or less tak jumpa dia. Baru sebulan ni maklang dapat contact dia. Thanks so much adek PB kerana jejak kasih tersebut. Tanpa mu pasti ini takkan berlaku. Kawan maklang ni dulu duduk serumah dengan maklang masa buat English kat UTK dulu. Mas ni orang nya tinggi lampai and still tinggi lampai macam dulu. Dulu tak bertudung tapi sekarang dah bertudung. Still the same persom she was masa belajar dulu. Yang maklang paling suka dengar is her ketawa selambak tu...Masih macam tu lagi. Mas masih solo lagi... InsyaAllah maklang doakan Mas bertemu her Mr. Right soon. Kami makan kat Secret Recipe. Mas belanja. Dia kata maklang ke KL so dia belanja and kalau dia ke Terengganu, vice versalaa...Thanks Mas sebab nak jumpa..and seronok cerita masa bersama kat sana dulu!


About 7 I left the place. Senang aje. Naik LRT ke Ampang Park. Sekejap aje . About 20 mins aje I was in the hotel room. Mandi, solat and sambil2 maklang tunggu adek comei kita, sempat jugak maklang gunting 2 pasang baju kurung. Tulah..kalau tak penat tadi, agaknya dah siap dah agaknya. Ni tak boleh nak cerita panjang lagilah...Nak kena kira no. of socket outlets and switches ( nak submit ke supplier yang maklang menang tu) and kalau rajinlah...nak menjahit. Buat Ina Paka...sabarlah menanti. Baru sekerat jalan! Buat adek comei, kita jumpa lagi eh...this Wednesday InsyaAllah....and thanks for the company malam tadi!:)



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels: ,

14 Comments:

At March 29, 2008 at 11:07 PM, Blogger KakNi said...

Kesimpulan saya, Mak Lang memang rajin orang nya...

 
At March 30, 2008 at 2:34 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Sedap ke makanan kat Secret Resipi tu... Ramai blogger recommend makan kat sana... Dengar khabar cheesecakenya kau-kau...

 
At March 30, 2008 at 2:49 AM, Blogger Neeza Shahril said...

wahh!! pandai jahit baju jugak ke Mak Lang.. ingatkan pandai buat beg aje. Eheehhmmm.. cam ni boleh lah tempah baju ye hehehe...

Seronok kan Mak Lang, dapat jumpa kawan lama. Neeza pun baru ni jumpa roommate masa belajar dulu. Excited sangat.. walaupun in cyber aje..

 
At March 30, 2008 at 12:38 PM, Blogger Norabella said...

Mak Lang ni kan...tangan dia macam ada berapa pasang...serba serbi dia boleh buat at one time..multi task...nak belajar gunting baju kurong lah....boleh tak???

 
At March 30, 2008 at 12:56 PM, Blogger maklang said...

akuni:

rajin???oh itu over statement...dulu2 rajin kot, sekarang ni badan asyik sakit2, maklang dah jadik malas sikit!

cat2:

Entahlah...maklang rasa cheese cake maklang buat tu lagi sedap!...bukan perasan, tapi kenyataan...ha..ha...

 
At March 30, 2008 at 12:58 PM, Blogger maklang said...

Neeza:

Ampun..ampun...maklang tak ambik tempah jahit baju orang. Baju anak2 dara aje tak terbuat!

Seronok tu memanglaa...kalau dapat jumpa kengkawan! Neeza bila nak jumpa Dyan pulak???

Nora:

Susah tentu boleh. Cara nak gunting baju kurung ada kat blog jahit. Lama dah maklang masukkan. Lama dulu OO ada tanya, so maklang lukiskan. Alhamdulillah, bila dia ikut instruction, jadik baju dia! Maklang pun apa lagi...seronok!

 
At March 30, 2008 at 1:13 PM, Blogger silversarina said...

Maklang dalam letih tu sempat lagi gunting kain .... memang tabik spring I kat maklang...

 
At March 30, 2008 at 2:10 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Alhamdulillah dah gunting. Sebelum maghrib dapat sambung baju..sekarang tengah jahit manik kat lengan. Tak sabar nak pakai. Kainnya entah bila pulak nak dijahit...seronoknye...dalam penat jahit baju, hilang tensen I!

 
At March 30, 2008 at 4:43 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang serba bolih .. kalau ada award mesti menang punya:)

oh ke KL lagi and jumpa adik comei lagi..best nya asyik terbang aje ye?

 
At March 30, 2008 at 4:53 PM, Blogger Mulan said...

besday tahun ni dapat resipi cheesecake.. ha ha..

 
At March 30, 2008 at 5:42 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Ooo.. ingatkan Mak Lang ambik tempat baju orang.. hehehe..

Tu lah.. diorang kata nak buat reunion. Tak tahu lah tu bila. Lagipun neeza ni kat tempat lain. Susah nak jumpa. Baru neeza ingat nama wife dia.. Liza..

 
At March 30, 2008 at 8:09 PM, Blogger cikMilah said...

Maklang oooo maklang, kata penat tak cukup rehat tapi buat macam-macam. Doa apa maklang baca sampai boleh buat serba serbi? he he ...pass mai sini sket semangat jahit baju kurung tu, saya dah potong kain time cuti raya cina dulu , belum dapat jahit lagi...

 
At March 31, 2008 at 8:30 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

Alhamdulillah...

Bila ye agaknya nak terima award tu???

Mulan:

Tak aci lah resepi aje...nak kek jugak...ada 1 bulan lebih sikit lagi unutk nak belajar buat kek ni...

 
At March 31, 2008 at 8:32 AM, Blogger maklang said...

Neeza:

Reunion ni best...tapi kadang2 kalau jumpa kawan yang masih the same syok...kalau jumpa yang dah berubah, susah jugak kan!

Cik Milah:

Kena sembur2 ni kalau nak kasi semangat datang...

Ada banyak lagi baju yang tak siap dalam kotak tu..bersepah bilik jahit maklang!

 

Post a Comment

<< Home