Kerja
Assalamualaikum...
Malam tadi tak sempat nak updet. Cepat betul dah gone. Masa Wan talipon pun cakap dalam tidur. Tapi rasanya dia tanya pasa nasi lemak yang dia nak masak tu. Ye kot.. Lepas tu I was on the way to Zzzz land sampai ke pagi. Kaki kiri maklang ni masih sakit lagi. Kata Kak Elle agaknya OA. Athritis apekebenda. Kena nak pi jumpa Dr. ni tapi tak sempat lagi. Maybe lepas Raya Cina kot. Tengoklah dulu. 2 malam lepas Ok, tapi malam tadi, balik semula lengohnya. Memang masa kecik2 dulu kaki ni pernah patah and selalu lengoh2 sejak dari kecik. Tapi rasanya ni yang paling worst. Pulak tu keberatan ni dah terlebih2!.. Bila NAK DIET balik ni...:(
Hari ni maklang letakkan gambar sekitar dinner dan seminar masa hari Selasa lepas. Tak ada apa sangat. It was OK. Cuma nasib baik masa seminar tu dapat jumpa dengan orang dari EmPiKay . Kalau tidak meeting pagi semalam tu tak worth apa2. Maklang dok ingatkan meeting tu memang arranged for the approval of plans tapi rupanya it was only for presentation aje. Kalau tak cakap masa seminar tu memang rugi aje. Alhamdulillah the meeting went alrite and the plans were approved verbally. Memang susah kalau ada orang masuk campur dengan kerja kita ni. Kita nak cakap banyak siapalah kita. Orang yang sepatutnya buat bising nak senyap. Masalahnya kita yang kena tanggung. Susah..susah...cuma tiap pagi sebelum ke pejabat maklang pohon pada ALlah moga2 di permudahkan segala urusan kerja maklang.
Ini seminar yang maklang attend tengahari selasa . Dapatler sekaki payung dan folder apa entah..tak tengok lagi!
Ini gambar kat dinner tu...Kompol2 orang dari ofis maklang di Kerteh , KL dan clients.
Lagi gambar2
Yang semeja dengan kami.
Ini pulak pihak authorities
Ini hidangan utama.
Pembasuh mulut.
Mula2 segan gak nak ambil gambar. Lepas tu pikir, what the heck...ambil aje gambar and buat donno jelaa...
Semalam after the meeting, maklang baliklah. Letihnya amat. Sempat jugak maklang singgah ke rumah Puan Mulan. Kebetulan memang sehala nak ke rumah maklang. Biasalah kalau bertemu. Macam2 cerita keluar, mainly pasal family and pasal relocation ni. Kan I ada ura2 nak berpindah ari tu. So, kena tanya from the expert! Lepas tu Mulan hidangkan Lai Chee Kang... ( ha agaknya ni culprite dia kot...ada mata kucing, kan sejuk tu! Iyelah tu...!) Then makalng ambik2 gambar sebab Mulan minta letakkan gambar rumah dia nak kawan2 tahu. Dia macam mati kutu tak ada connection ni. Kesain Mulan. BTW Mulan kirim salam rindu kat semua kawan2 yang selalu bertandang ke blog dia. So, walaupun Mulan tak ada, ni ada gambar2 rumah dia...Enjoy the pics!
Sempat jugak ambik gambar lori barang, entah bawak apa entah..kapur ke, tertumpah barang2. Ada polis, ada bomba semuanya...
Sambung nanti eh...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Kerja