Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, January 24, 2008

Keputusan.

Assalamualaikum...

Ombak yang melanda semalam dah surut kembali. Alhamdulillah. Tapi jangan pulak kita sangka yang laut tenang takkan ada tsunami lagikan....Tapi InsyaAllah berkat doa kawan2 decision telah pun dibuat. Mungkin berat jugak hati untuk tidak menerima offer yang begitu lumayan. Maklang pun kadang2 berasa serba salah sekiranya ianya dibuat kerana menurut kehendak maklang dan anak2. Kami tidak mahu menjadi sebagai penghalang pada Cik Abang untuk meneruskan career dia ~ untuk mencapai lebih lagi daripada apa yang telah dikurniakan Allah sekarang ini.Kalau ikutkan memang nak jugak, tapi setelah dibincangkan dengan Atok dan Wan, Cik Abang telah pun membuat keputusan untuk tinggal tetap di sini. (Masa bincang tu maklang baru balik ofis. Senyap2 maklang naik atas and mandi dan solat Asar. Rasa malas nak dengar sebab takut mengecewakan! Sedih masa tu!)


Sebenarnya bukan mudah untuk nak pindah ke tempat lain. Sayang rumah, sekolah anak2, kawan2 depan rumah, kawan2 opis, Pak Omar, Cik Yah, Ustadz, pokok2 and all about staying here dan macam2 lagi. Tapi sebenarnya memandangkan kesibukan yang akan ditempuh di KL tu kami rasa kami tak sangguplah. Pergi pagi2 hari dan tentunya balik nak dekat maghrib atau pun lebih lagi agaknya. Memang goodbye lah kalau nak berjemaah bersama di rumah maupun di masjid (bukan kata orang KL tak berjemaahlah, tapi memandangkan kerja yang lebih demanding dan tentunya jem teruk tu akan menjadi agak susah untuk kami mengadaptasikan dari masa yang agak santai di sini ke suasana yang hiruk pikuk di sana nanti). Takkan ada lagi maklang nak makan tengahari bersama Cik Abang dan anak2, melainkan kalau hari wiken atau cuti. Anak2 pulak entah tercampak kat sekolah mana agaknya. Memang paginya tak dapatlah nak luxury macam sekarang. Tak tentu lagi dapat masak macam sekarang, nak balik rumah macam sekarang and nak enjoy balik awal. Kami sebenarnya pernah melalui semuanya masa kami tinggal di KL dulu. Along ditinggal sebelum dia celik mata dan by the time kami nak balik, dia dah nak lelap. In fact dia sendiri komplen dah besar2 ni. Dia tak mau macam tu lagi. Sebesar2 dia tu manja nya ya amat. Meleser je taunya...macam sepupu dia jugak lah tu!


Kami harap kami tidak akan menyesal dengan apa yang telah di decide ni. Biarlah kami tak berapa luxury dengan wang, tapi kami ada luxury with time and kasih sayang. Dan yang paling penting we have each other kat satu tempat. Bukannya sorang di KL dan yang lain di Kerteh. Maklang ni tak sekuat Rina yang berjauh dengan darling dia tu...Memang selalunya bersama aje. Tak sanggup lagi nak laluinya macam masa maklang mengandungkan Hakim bila Cik Abang kena kerja jauh...setahun rasanya amat lama, dan susahnya....


Ya Allah, kami pohon semuga keputusan ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga danberilah petunjuk Mu, Ya Allah...Kami pohon juga semuga kebahagiaan dunia akhirat adalah buat kami sekeluarga, Ameen...


Wang ringgit tu tak boleh dibandingkan dengan the loss time kat jem tu...

I love you my darling husband for considering our needs, mine and the kids, before yours. And May Allah bless you for all the good things that you have done for all of us ...Ameen...(And we love you for what you are and not because of the decision aje...he..he..and stop laughing at me because susah hati sangat semalam..biasalah tu kan...:))

Moga2 kita sekeluarga akan bahagia sentiasa InsyaAllah...Ameen


Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

15 Comments:

At January 24, 2008 at 3:08 PM, Blogger ms hart said...

Mak Lang, i lega bagi pihak Mak Lang!! Dah rasa dah dulu...dan tak mau rasa lagi, given the choice lah kan. Pun dah rasa dok berjauhan, 7 tahun! Tak pe kan, rezeki ada di mana2 dan datang dalam berbagai bentuk, insyaAllah.

 
At January 24, 2008 at 4:07 PM, Blogger silversarina said...

I pun lega sebab you all tak jadi pindah. KL juga bukan pilihan I ( maaf ye orang KL !! )

I masih bertahan kerana ini jugak adalah keputusan kami buat masa ni.

 
At January 24, 2008 at 4:30 PM, Blogger Unknown said...

:-) from afar i dapat rasakan kelegaan di teratak maklang ( yang nampak macam istana itu ) hehehe.....

life is about making choices - and insyAAllah, Allah berkati keputusan yang telah di buat. Reasons behind the decision sounds so so wonderful - demi cinta dan kasih sayang! ....kan best macam tu.....hidup ni bukan semua nye pasal DUIT....kan kan...


idham

 
At January 24, 2008 at 4:46 PM, Blogger pekan said...

alhamdullillah semuanyer dah baik..
lama tak jenguk blog..
sehat ke kak..?

 
At January 24, 2008 at 5:56 PM, Blogger cikMilah said...

Alhamdulillah. Tabik PakLang kerana membahagiakan MakLang dan anak-anak.

 
At January 24, 2008 at 6:14 PM, Blogger pB said...

Hidup adalah drama ...

pinjam ayat kat astro ...

he he he

 
At January 24, 2008 at 6:59 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam Mak Lang, lega rasanya Mak Lang tak jadi pindah, bolehlah lagi merasa ayam masak serai, laksa johor, roasted chicken dll, bolehlah lagi order RE

 
At January 24, 2008 at 7:42 PM, Blogger Kak Elle said...

syukur lah keputusan sudah di ambil..saya pun lega maklang pasal bolih ke kerteh tapi bila agak nya ye?hehehe

 
At January 25, 2008 at 11:50 AM, Blogger cikdinz said...

lumayan sgt ke offer tuh....

 
At January 25, 2008 at 12:37 PM, Blogger zino said...

semuga itu adalah keputusan yg terbaik utk keluarga maklang..

 
At January 25, 2008 at 3:59 PM, Blogger maklang said...

ms hart:

memang susah nak pindah dari tempat yang tenang ke tempat yang sibuk macam KL tu. Fengsan nanti dibuatnya..

Rina:

Memang lega sangat laa...thanks for being concern...

Abg Id:

Thanks for dropping a note. Lama tak nampak kelibat kat sinikan...

Ialah...its all about loving and caringkan...kalau ingat duit aje...tak bahagia hidup tu..he..he..I am sure you know better! :)

 
At January 25, 2008 at 5:11 PM, Blogger IKHWANI said...

Alhamdulillah, dah settle tu..

memang betul pun, duit tak boleh beli pun kebahagiaan..

kalau diberi pilihan, kami pun kalau boleh nak lari dari hiruk pikuk KL. Ini pun masih bertahan sebab office sekarang hanya 10 minit dari rumah.

Cuma yang sayang nak tinggal KL tu sayang nak tinggal bookstore!

 
At January 25, 2008 at 5:33 PM, Blogger hanieliza said...

Assalamualaikum maklang..
terharu kkliza baca kisah maklang dan keluarga..
besar sekali pegorbanan paklang..
semuga kalian dilimpahi kebahagian yg tiada tolok bandingnya sehingga akhir hayat..
seronok juga dengar maklang tak jadi pindah..
bak kata ibu sara boleh rasa masakan maklang lagi...
n the best tu..boleh g umah maklang lagi nanti...
kkliza pun jika disuruh pindah KL [even kkliza orang Kl] mmg tak mahu pindah..
tiada tempat seseronok tinggal di Kerteh..
kalu tak caya..mai sini dan alami keriangan tinggal sini..
jom kak elle..bila lagi nak mai sini....

 
At January 25, 2008 at 6:23 PM, Blogger Mulan said...

sori lama tak jengok.. dah masukj rumah tapi macam tsunami lagi. hubby pon mmg suka keje plant sbb tak yah pakai tie2 tu & the most nya, tak akan keje kat opis kat KL tu.. sah2 sumer2 plant ada kat tempat selain dari KL.. rezeki ada kat mana2 kan maklang..

(kot maklang pi, sedih giler la saya ni..!! baru nak merangkak kat kerteh..)

 
At January 25, 2008 at 9:35 PM, Blogger tulipurple said...

ini ker berita gumbira tu maklang?
apa2 pun saya doakan yg terbaik utk maklang n family. :-))
betoi tu maklg,kami pun kalo bley nak lari dr KL,tp nk wat camner hubby keje mmg base KL...
inilah dia namanye pengorbanan wat insan2 tersayang kan...hehe,maklang kene masak lagi lagi best best lah utk paklang n d geng..huhu~~!
i love u lah maklang!!

 

Post a Comment

<< Home