Selamat Kembali Emak dan Abah yang di kasihi...
Assalamualaikum...
Letih sungguh 2-3 hari ini. Hari Khamis lepas, maklang balik dari KLIA pukul 1:00pagi rasanya. Memang tak larat. Kesian dan terimakaseh pada Cik Abang yang sanggup nak drivekan kami ke Pan Pacific hotel di KLIA untuk mendapatkan tandatangan dari Client. Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan malam itu.
Pagi Jumaat maklang ke pejabat lagi. Letih hari sebelumnya tak habis lagi. Cek yang kami mintak untuk pembayaran submission siap pagi tu. Nasib baik tergerak nak semak dulu. Rupa2nya cek tu ditujukan pada department lain. Kenalah tunggu sampai petang. Nasib baik peroject engineer ada. Maklang suruh dia tunggu dan bawak balik ke Kerteh. Maklang pulak ke pejabat consultant yang buat EIA untuk nak passkan drawings. Kalau nak harapkan orang ditempat orang ni agak susahlah. Dalam perjalanan, dapat pulak call dari Perancang kata ada borang yang masih tak bersign.. Terlepas pandang lah tu. Sebab Client ada kat pejabat orang yang buat EIA tu, maklang tunggu perancang untuk nak bawak borang ke Client untuk di sign. Maklang tunggu Client sign supaya tak ada yang tertinggal lagi.
Alhamdulillah, tamat bab 1. Bab 2 hari Isnin ni nak ke Kuantan for submission. Pikir nak ke Kuantan aje dah penat. Tak larat betul.
Lepas dari situ maklang ajak perancang pergi makan thosei. Cik abang dan Pak Busu dan family serta E-cop dan Alang dah tunggu kat sana. Cadangnya lepas makan kat situ nak terus ke airport nak ambik Atok dan Wan.
Masa perut lapar....memang sedap lah ni...
Maklang tumpangkan sekeping thosei kat Cik abang, tau2 member makan jugak lagi...
Kesian Atok dan Wan, kapalterbang delay lagi. Waktu subuh, maklang nampak ada missed call dari Atok. Maklang dapat call Atok dan Atok beritahu yang InsyaAllah akan tiba di KLIA pukul 3:30pm.
Alhamdulillah lebihkurang 3:15pm, maklang call dan dapat cakap dengan Atok. Masa tu kami dah atas hiway ke Putrajaya. Sampaii kat airport si Lan dan Ucop tak sabar2 nak tengok Atok dan Wan. Rindu serindu rindunya....
Bila nampak first kelibat jemaah dah keluar, rasa sayu sangat.Manalah wajah2 yang sangat kami rindui itu... Lama betul nak tunggu. Lan pun mengeluh! Rasanya lebih setengah jam barulah nampak Atok dan Wan. Menitis airmata maklang melihat kedua2nya sihat. SyukurAlhammdulillah...Kami peluk cium Atok dan Wan sekuat hati kami. Ya Allah..terimakaseh kerana memelihara kedua ibubapa kami dalam keadaan yang sihat..dan moga2 haji mereka adalah haji yang mabrur..Amin Ya Rabbal 'Alamin...
Ini Alman...Besar dah dia. Tak berapa sihat tu...Demam nak besar agaknya!
Sementara menunggu Atok dan Wan, Paklong melayan anak2 sedara yang tak tahu duduk diam tu!
Ni budak yang tak sabar ni...( macam Maklong dia jugak ler...mana Mak dan Abah ni...)
Itu dia...wajah2 yang dirindui....
Closeup...biasalah Atok, kalau balik umrah dan haji, dia lebih selesa pakai kot dari jubah dia...tapi songkok Aji tak tinggal ler...Agaknya tak selesa kalau pakai jubah dalam plane...Apa2lah tok...asal sihat. Gambar Wan tak clearlah sebab tengah berjalan...
The family. Alang tak ada sebab kerja dan Pak Ngah tak datang. Anak2 maklang pulak tinggal di Kerteh.
P/S: Maaf tak sempat lagi nak menjawab komen2 kat N3s yang lepas. InsyaAllah ada masa maklang balas ler....:) Penat laa...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
11 Comments:
selamat pulang ketanah air wan & atuk!
mak lang masuk magazine ler...syoknya :)
Alhamdulilah wan dan atok nampak mmg sihat..maklang mesti penat kan?lari sana sini tapi bila jumpa wan and atok mesti penat tu semua nya hilang kan?
selamat berehat:)
Selamat pulang Wan & Atok, nampak kedua2nya sihat walafiat, Alhamdulillah. Tak ikut Mak Lang & Pak Lang ke Kerteh ke
alhamdullilah.. atok dan wan sihat dan selamat kembali..
tapi makan dalam bekas daun pisang tu memang nampak sodap hehe
syukur kedua ayahda dan bonda maklang selamat pulang... :,)
Alhamdulillah selamat.
Maklang, you look a lot like abah la...
Selamat kembali ke tanahair . Semoga peroleh haji mabrur InsyaAllah.
Harap maklang dapat berehat dan makan ubat untuk hilangkan sakit kaki dan keletihan.
Take care !!
al-hamdulilah...
sihat dan selamat...
eida:
TQ...
Eida kalau nak masuk magazine pun boleh... Click kat situ aje!
Kak Elle:
Alhamdulillah...syukur mereka berdua sihat! Memang seronok dapat berjumpa kedua2nya...
Ibusara:
Wan dan Atok baru aje sampai kat sini petang tadi!
zino:
Alhamdulillah kedua2nya dapat menunaikan haji mereka...
Makan kat daun pisang memang sodap!
Tulipurple:
Alhamdulillah...syukur!
dith:
memang lah cam Abah...anak kesayangan Abah lah kataka....
Rina:
Memang kaki ni sakit lagi, kena pulak sejuk2 ni, lagi jadik sakit!
Thanks!
MamaranggiE;
Alhamdulillah...
Post a Comment
<< Home