Help..Help...
Assalamualaikum...
Maklang kat opis ni. System masih out lagi.( Ini maklang guna wireless USB sendiri!)Hari ni tak ada mood betul nak kerja. Meja maklang dari ofis lama entah kat mana. Dapatnya meja buruk yang calar balar dan tercabut sana sini. Teruk betul. Side table pulak kecil .aje. Tak macam masa kat tempat lama. Rasa tak seronok betul! Sakit ati aje! Abis nak buat macamana. Terima ajelah. Kadang2 rasa macam kita ni second class citizen aje kat opis ni. Sepatutnye techincal people yang generate duit lah yang dapat peralatan baru. Ini tidak! Agaknya kalau kroni baru dapat yang best2. Sabar ajelah...Moga2 mereka ini mendapat hidayahNya...be fair to all, baru betul. Tak kiralah budget cukup ke tak. Kalau ada yang dapat ada yang tak dapat kan ke tak bagus. Apa bezanya department yang dapat peralatan baru dengan yang tak dapat!
Maklang pun sebenarnya tengah susah hati. Perkara yang maklang rasa dapat menggembirakan kami sekeluarga tu entahkan berlaku entahkan tidak. Sebenarnya kena buat solat istikharoh sebelum membuat apa2 decision. Kalau asyik berdasarkan facts and figures aje tak bagus jugak. Entahlah.... Maklang berserah pada Allah. Kadang2 ni nak buat decision ni memang payah. Apalagi kalau menyebabkan kami sekeluarga untuk berhijrah ke tempat2 lain yang kami tak berapa nak suka. Anak2 semuanya kalau boleh nak Kerteh jugak. Maklang pun sama. Tak kuasa nak kemana2 dah. I love this place. Almaklum dah dekat 11 tahun duduk sini. I love my house. I love my friends here and I love working here. Tapi kalau dah ketentuan Nya untuk kami keluar dari sini terpaksalah jugak. I am so susah hati at the moment. Tak tau nak buat macamana...Help...Help...Ya Allah..please show us the right path...ameen...
Sedih ari ni...
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Life
18 Comments:
Salam Kak.
Hopefully Allah tunjukkan jalan mana yang perlu diambil - dan mudah2an semuanya berjalan lancar.Kalau kita dah serah semua pada Allah, insyaAllah fikiran pun lapang. I am sure you know that.
Yalah, 11 tahun lama tu. As old as our marriage tu :) - kira jangkamasa untuk 4 orang anak for me ;)
InsyaAllah, semoga akak dapat tenang kan fikiran dan mendapat petunjuk dari NYA.
OO:
Thank you....Sedih fikirkannya...Susah hati pun ye...Mudah2an di beri petunjuk olehNya..insyaAllah..
Salam Mak Lang, kenapa pulak ni, ada berita terkini pulak ke yg saya tak tahu, apa-apa2 saya doakan semoga hajat Mak Lang dikabulkan oleh Allah, InsyaAllah.
haritu saya nak buat decision penting juga...pasal kerja pun solat istikharah. Alhamdulillah..segala kusut di hati telah takder. INsyaallah akan dipermudahkan untuk kita buat keputusan...
lah maklang nak pindah betul ke ni?tunggu lah sampai saya dtg jeguk kerteh dulu:)
insya'allah permintaan hamba nya tak akan di abaikan.
Sabar dan redha atas apa yang bakal mendatang,InsyaAllah segalanya ada hikmahnya.
Take care !!
Maklang...semuga mendapat petunjuk dari NYA untuk membuat keputusan yang terbaik.
Office saya pun pindah juga semalam selama 3 bulan for facelift. Penat pindah randah ni..
Ibu Sara:
Baru lega , lepas a long discussion dengan Atok ngan Wan tadi, Cik Abang decided to let go...lega banyak maklang...maklang malas nak discus! suka hati laa... ( lega..lega..baru boleh nak senyum!)
Zakiah:
Lega dah...Alhamdulillah...afterall money is not everything!
kak elle and rina:
thanks kerana melayan maklang tadi. Glad that I have both of you to confide in. Kalau tak mau ujan tadi!
Alhamdulillah berkat doa both of you Cik Abang has decided not to move out of here. In fact masa Ym ngan Nora tu, I dah ujan kejap kat ofis!
AM:
Memang sakit badan pindah randah!
*whew!*...lega:)
Mak Lang, I am so happy for you.Syukur semuanya dah ok.
Alhamdulillah segala kekusutan terlerai sudah. It's not easy to move to a new place, new environment.. especially after 11 years being in the same place. Kalau ada anak, dah darjah 5 tu!
kak elle:
legalah jugak...but I am sure, there will be more to come...
Norabella:
Thanks Nora.
Mamafami:
Terimakaseh kerana nak drop by kat blog maklang.. Selalu nampak nama kat blog kak Liza..:)
Alhamdulillah, dah kurang kusut, maklang pakai sikat biasa aje, lepas ni kena berus pulak...kena perlahan2 pikir2 benda2 ni...kalau tak memang gugur semua rambut!
alhamdulillah...agree dgn mak lang, eventhough money is really important nowadays...it is not everything. Hati dan fikiran yang tenang adalah segala-galanya....
Cik abang kerja ngan ESSO ke Petronas? Kakak & Abg ipar saya tinggal kat Kerteh for almost 20 years...namanya Nik Fahimah & Husni, manalah tahu kot mak lang kenal...hehe
semoga maklang dapat keputusan yg bijak...amin...
mak lamg.. banyak banyak doa..
masa pindah tu mak lang tak tag ke meja kerusi mak lang supaya tak tertukar ngan orang lain.. apapun sabab berbanyak..
Alhamdulillah...petang semalam baca kekusutan maklang,masa tu letih sangat tak larat nak reply..cikMilah hanya berdoa dalam hati dan include doa lepas solat -semuga kekusutan hanya sementara, semuga keluarga maklang bersatu hati mencari keputusan. Alhamdulillah hari ni bersinar kembali. Yayyyyy....:))
Salam Mak Lang
alhamdulillah sebab dah dpt jalan keluar ....
insyaallah , lepas ni Mak Lang dah tak kusut kusut lagi
Post a Comment
<< Home