Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, January 21, 2008

Dah Pindah dah...

Assalamualaikum...

Semalam kami semua dah di office baru. Kami semua tak dibenarkan ke office baru sebelum ni sebab kononnya nak surprisekan semuanya...Memang ler rakan2 maklang yang setingkat dengan maklang surprise!! Meja masing2 semuanya belum berangkat lagi. Kerusi pun kena cari sendiri kat tingkat 6! Ialah..nak berpindah office ni memang lah susah..pindah rumah pun susah, apalagi office yang 6 tingkat. Kena banyak2 lah bersabar. Alhamdulillah hari ni maklang dapatlah kemas barang2 maklang. Walaupun meja maklang tak sampai2 lagi! Orang lain semuanya dah dapat! Last2 masa mengemas tu maklang duduk bersila aje atas lantai. At least siap jugaklah mengemas 7 dari 8 kotak. Ada jugak membuang harta2 pusaka maklang...buat semak aje...project2 lama ni!


Di sebabkan sibuk sangat kat office hari ni, balik letih laa... Kaki ni masih jem lagi. Tak tahu nak buat macamana dah. counter pain tu pun dah nak kempis! Malam2 ni pulak nak kena ajar budak2ni buat kerja rumah mereka. Kalau tak di supervise memang ler lambat nak siap. So, menjahit pun lembab lah. Tapi InsyaAllah, Shikin, Ida dan Tulipurple serta Dodie, maklang akan cuba sedaya upaya untuk nak meet the target dates! Sabaaar...


Kesian Za, receptionist kami, pakai meja computer aje kat reception! InsyaAllah besok dah siaplah tu...Kat belakang tu nama office, atas kertas A1 aje!
Dalam pada sibuk2 masa kat KL, maklang sempat jugak siapkan bunga ni. Ini untuk Maya...berebut dengan Angah nakkan beg RE! Terpaksalah maklang bersengkang mata sampai pukul 1 pagi nak buat benda ni...
Yang ini pulak untuk Along. Rasa macam tak menarik aje!



Petang tadi sempat jugak maklang tambah lauk kentang goreng lada kering dengan ikan bilis. Sebenarnya nak buat kentang goreng berlada, tapi lada keing nya habis. So, modify ajelaa...Lagi pulak nak cepat sebab Cik Abang dah nak ke masjid. So, beginilah jadiknya!



Kentang berlada dengan ikan bilis
Acar mentah buat makan dengan nasi dagang.
Ikan tenggiri goreng kunyit aje...tapi sedap sebab ikan fresh.
Ini gulai nasik dagang. Atok kat sedap tapi maklang rasa cam kureng aje. OO can help or not camana nak buat jadik sedap?

Tapi yang best sekali hari ini ialah Atok dengan Wan serta E-chop dah sampai sini...Yeay...best..best!!







Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels: , ,

9 Comments:

At January 21, 2008 at 9:08 PM, Blogger Kak Elle said...

Hakim tak nak bag RE ke maklang?hehe....

oh atok ngan wan da di kerteh ye?best nya...

saya tak reti makan nasi dagang at all.

 
At January 22, 2008 at 8:51 AM, Blogger Qaseh Bidadari said...

al-hamdulilah...

selesai semenyer...

 
At January 22, 2008 at 9:06 AM, Blogger IKHWANI said...

kak, nanti kita email resepi nasi dagang kita, and you check sama ke tak ya?

Gambar2 Re tu semuanya cantik2!

 
At January 22, 2008 at 12:39 PM, Blogger silversarina said...

Pindah dah ...kat mana ekkk ???

Mesti budak-budak tu suka atok dan wan datang rumah.

 
At January 22, 2008 at 8:17 PM, Blogger Kiah Kardashian said...

alahai mak lang...mak lang pakai ubat periuk aper tenaga banyak betul nih!

 
At January 22, 2008 at 8:38 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Hakim nak RE gambar Ultraman atau power rangers! Camanalah I nak buat!

Best atok dan Wan ada sini!

mamaranggie:

Tak selesai lagi tu...hari ni pulak maklang ada course. Entah camanalah tempat maklang tu!

OO:

Thank you..Nanti maklang cuba pulak.

RE yang last tu cam pelik sikit sebab colourful sangat.OO punya maklang tak jahit lagi jadik beg. Malasnya nak pegang mesin. Tapi wiken ni memang kena all outlaa...ada yang due by end of the month!

 
At January 22, 2008 at 8:41 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Kami pindah kat bangunan Mara lama tu. Habis dah apartment tu di convert jadik office building. Oklah...maklang dapat a bigger space. Tapi masih kelam kabut lagi!

Zakiah:

Mana ada makan ubat periuk. Lama tak makan. Ni kaki pun dah jem ni! Nak kena tunggu ubat dari Ida kat KT tu...sedap agaknya kalau sapu ubat panas kat kaki.

 
At January 23, 2008 at 1:10 AM, Blogger tulipurple said...

maklang ni kalo masak per jer nampak soooddaaap!rasa semestinye lg sodap kan!
ni atok&wan ada kat umah maklang,sure lg meriah masakannye kan...huhu,tak sabo nak tgk.
take care ek maklang,mintalah paklang urutkan sebelum tido..hehe

 
At January 23, 2008 at 8:23 AM, Blogger cikMilah said...

Tahniah Maklang pindah ofis baru, semuga tambah produktif dengan ruang yang lebih luas tu....Kenduri ofis baru tak ada ke, Maklang masak apa yek!( kay poh la pulak cikMilah ni...he he)
Meriah lagi la rumah Maklang dengan Atok dan Wan ya. Nanti Maklang tunjuk gambo hantaran ( yang Maklang nak sifu Wan supervise Maklang tu) dan tasbih tu ya.

 

Post a Comment

<< Home