Mari makan2...
Assalamualaikum...
Ngantuknya ya amat hari ni kat opis. Nak type e-mail pun sampai tersenggut2. Maklumlah tadi pagi ambik heavy breakfast. Pulak malam tadi tidur lewat dan bangun sebelum subuh sebab nak goreng ayam.
Memanjang sibuk wiken yang lepas. Ingatkan dapatlah maklang siapkan telekong dan beg kaler purple tu, tapi tak siap jugak. Beg pink Maya dan RE along pun entah kemana. Pagi semalam Atok dan Wan dah balik ke JB. Sunyi jugak lah rumah. Tapi dengan kehadiran E-cop, taklah sunyi jugak. Mungkin Alang sunyi kot sebab anak manja dia ada dengan kami. Before atok and Wan balik, we had the bubur nasi, hasil dari nasi impit yang tak menjadik tu...
Sebab si E-chop ni tak suka makan, maka maklang buatkan blueberry muffin dan chocolate cake untuk E-chop, dengan harapan supaya bertambahlah berat E-chop ni. Payah sangat dia nak makan. Tak macam anak2 maklang (except Maya), payah nya nak berenti makan!
Petang pulak, maklang mula memasak. So, 4kg of sotong coklat masuk dalam kuali at around 3:30pm. Lada kering blend dah bibik siapkan dan bawang Wan dah siap buangkan kulit dan maklang dah blendkan pada hari Jumaat. Kalau masak untuk nak kasi orang makan ni memang seram sikit . Takut tak menjadik. Entah berapa kali rasa masam manis and masin dia. Cukup ke dak. And maklang pulak bila dah masak banyak2 ni memanglah tak suka nak rasa. main campak aje dalam kuali. And tukang rasa will be no other than my darling Cik Abang. Lagipun sambal sotong tu maklang prepare untuk dia nak bawak ke pejabat dia for breakfast. Makan dengan nasik lemak and ayam goreng.
Itulah kehidupan seorang isteri kan. Kat rumah sibuk dengan masak memasak dan menjahit, pada yang berminatlah...and sibuk jugak menjaga anak2. Kat opis sibuk dengan tugas2 sebagai pekerja. Seronok kalau masak memasak ni and dapat appreciation dari keluargakan...
Malam ini berhajat nak jahit manik kat baju pulak. Entah sempat ke tak. Maklang ada nak attend dinner di Kuantan hari Selasa ni. Dinner untuk project yang maklang tengah sibuk nilaa....Tido sanalah gamaknya sebab hari Rabu pagi2 tu ada meeting jugak kat sana....
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...
Labels: Masak
12 Comments:
wah maklang nasi satu periok tu nak di bawa ke office PL ke?banyak nya....
nak muffin tu sikit...nak buat lah nanti tapi kena lah repair oven dulu....
uishh..best aa e-cop,dpt menu spesel utk dia jer.mak aiii..tu dia,maklg masak ns lemak cam nak niaga.
betul tu mklang,sy sebgai hsewife salute pd mereka yg bekerja sekaligus mengendalikan kerja2 umah.tabik springgg!!
Wah Maklang, banyaknya nasik lemak... Ini cik darling belanja makan kat opis ya... Rajin maklang masak for opis cik abang... Ayam goreng - sedapnya...
I pun suka sambal sotong coklat!!!!
mak lang memang seorang isteri dan ibu yang sempurna...
kagum betul mama tgk maklang...
yg x pernah merungut walopon letih...
alangkah bahagianyer mama kalo dpt jadi seperti mak lang...
maklang memang dah super-duper woman!! Hebat...
ps: D's blog is still around - senang nak ubat rindu!
Merahnya sambal sotong tu...mesti sedap punya...
I pun macam tulipurple tabik spring pada maklang, I yang kat rumah ni rajin merasa makanan kat kedai...jadi tester...JJCM tak habis lagi..hehe.
mak lang..
tadik masuk blog kak elle dah terliur..msuk cni double terliur la pulak..huhu
kak elle:
Aha satu periuk ke office Paklang. Dia nak jamu kawan2 dia sebelum dia tinggalkan mereka. Dia suka bawa home cooked food...macam ler wife dia terror masak...
Muffin tu dah habis agaknya..nanti akak datang, maklang buatlah , Insyaallah...
Tulipurple:
Meniaga tu kadang2 rasa macam nak aje, tapi takut tak sedap kang tak laku pulak!
E-cop tu memang kena kasi makan aje...kurus bebenor!
Cat:
Dah Cik Abang nak wife dia masakkan...kita masak ler...dia suka lah tu...ni wife dia punya masakan..he..he..
OO:
Sotong coklat tu masak kari dengan kentang lagi best!
mama ranggie:
Tak lah sempurna..sederhana aje...ada jugak glitches sana sini...manusia biasa aje..
d:
yelah tu....:)
Nasib baik D datang, kalau tak tak tau mana nak carik!
Rina:
Selagi boleh nak JJCM...why not. Macam maklang kalau Cik Abang tak ada, malasnya nak masak!
Faizabella:
Kesian dia..kena masak lah pulak..karang kempunan pulak!
wahhhh...kenduri sakan tu mak lang! syok tu kalau berpicnic!
Post a Comment
<< Home