Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Thursday, January 31, 2008

Kerja

Assalamualaikum...

Malam tadi tak sempat nak updet. Cepat betul dah gone. Masa Wan talipon pun cakap dalam tidur. Tapi rasanya dia tanya pasa nasi lemak yang dia nak masak tu. Ye kot.. Lepas tu I was on the way to Zzzz land sampai ke pagi. Kaki kiri maklang ni masih sakit lagi. Kata Kak Elle agaknya OA. Athritis apekebenda. Kena nak pi jumpa Dr. ni tapi tak sempat lagi. Maybe lepas Raya Cina kot. Tengoklah dulu. 2 malam lepas Ok, tapi malam tadi, balik semula lengohnya. Memang masa kecik2 dulu kaki ni pernah patah and selalu lengoh2 sejak dari kecik. Tapi rasanya ni yang paling worst. Pulak tu keberatan ni dah terlebih2!.. Bila NAK DIET balik ni...:(


Hari ni maklang letakkan gambar sekitar dinner dan seminar masa hari Selasa lepas. Tak ada apa sangat. It was OK. Cuma nasib baik masa seminar tu dapat jumpa dengan orang dari EmPiKay . Kalau tidak meeting pagi semalam tu tak worth apa2. Maklang dok ingatkan meeting tu memang arranged for the approval of plans tapi rupanya it was only for presentation aje. Kalau tak cakap masa seminar tu memang rugi aje. Alhamdulillah the meeting went alrite and the plans were approved verbally. Memang susah kalau ada orang masuk campur dengan kerja kita ni. Kita nak cakap banyak siapalah kita. Orang yang sepatutnya buat bising nak senyap. Masalahnya kita yang kena tanggung. Susah..susah...cuma tiap pagi sebelum ke pejabat maklang pohon pada ALlah moga2 di permudahkan segala urusan kerja maklang.


Ini seminar yang maklang attend tengahari selasa . Dapatler sekaki payung dan folder apa entah..tak tengok lagi!

Ini gambar kat dinner tu...Kompol2 orang dari ofis maklang di Kerteh , KL dan clients.
Lagi gambar2
Yang semeja dengan kami.
Ini pulak pihak authorities
Ini hidangan utama.
Pembasuh mulut.

Mula2 segan gak nak ambil gambar. Lepas tu pikir, what the heck...ambil aje gambar and buat donno jelaa...




Semalam after the meeting, maklang baliklah. Letihnya amat. Sempat jugak maklang singgah ke rumah Puan Mulan. Kebetulan memang sehala nak ke rumah maklang. Biasalah kalau bertemu. Macam2 cerita keluar, mainly pasal family and pasal relocation ni. Kan I ada ura2 nak berpindah ari tu. So, kena tanya from the expert! Lepas tu Mulan hidangkan Lai Chee Kang... ( ha agaknya ni culprite dia kot...ada mata kucing, kan sejuk tu! Iyelah tu...!) Then makalng ambik2 gambar sebab Mulan minta letakkan gambar rumah dia nak kawan2 tahu. Dia macam mati kutu tak ada connection ni. Kesain Mulan. BTW Mulan kirim salam rindu kat semua kawan2 yang selalu bertandang ke blog dia. So, walaupun Mulan tak ada, ni ada gambar2 rumah dia...Enjoy the pics!

Sori le...maklang dapat upload satu aje...nak pi kerjalah pulak. Sambung N3 besok eh..
Sempat jugak ambik gambar lori barang, entah bawak apa entah..kapur ke, tertumpah barang2. Ada polis, ada bomba semuanya...

Sambung nanti eh...








Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

14 Comments:

At January 31, 2008 at 9:36 AM, Blogger silversarina said...

Kesian sakit kaki, kena rawat segera tu, takut bertambah sakit jika dibiarkan .

OO mulan dah masuk rumah baru dah, mesti dah lega walaupun belum ada internet connection.

Take care!!

 
At January 31, 2008 at 9:53 AM, Blogger Mulan said...

maklaaaaannngg!!! apo nyo ber-puan2 lak.. saya baru 17 la.. kih kih.. thanx singgah rumah semalam. seronok betol, hilang rasa sunyi. dapat lak ikan segar, tq tq..

dah tu, terus streamyx dpt activate pagi tadi. saya kerah org TM, tanya sape saya kena call utk activate streamyx.. ha ha rimau dah mengaum, terus dapat line..

nanti kita serang rumah kak rina pulak ya..

 
At January 31, 2008 at 12:50 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

makan ajelah maklang...

tgh selera ado...

 
At January 31, 2008 at 4:05 PM, Blogger maklang said...

rina:

tiap2 malam kena urut kaki ni...lengok semacam!

Mulan baru aje dapt connection tu..tentu ilang bosan dia tu!

mulan:

ampun...ampun...nanti maklang letakkan gambar2 lain eh...belum sempat lagi!

mama ranggie:

dah tua2 ni kena jaga sikit makan...kononlah tu!

 
At January 31, 2008 at 4:19 PM, Blogger Kak Elle said...

oh mulan dekat dgn maklang ke?best nya berjiran...mulan jgn serang rumah rina dulu tunggu sampai I sampai ye....hehehe

 
At January 31, 2008 at 4:57 PM, Blogger Nur said...

Salam Mak Lang...tumpang lalu.kite budak br kat sini..take care ye mak lang..hope sembuh cepat2 yek!

 
At January 31, 2008 at 5:22 PM, Blogger maklang said...

kak elle;

rumah mulan dekat dengan ofis Cik abang dan sekolah anak2. Agaknya mulan tiap hari nampak2 anak2 maklang...


ermmmm...maybe kite gi survey dulu rumah Rina, then baru kita pergi dengan akak kot..he..he...

NUR:

Selamat datang ke Teratak maklang...jemputlah kemari selalu!

 
At January 31, 2008 at 6:48 PM, Blogger tulipurple said...

amboii merahnye maklang..hehe takper org putih wat karer pun suits.sy rasa yg maklg masak lg best kan.
nnt g jumpa doc yer,take care maklang.

 
At January 31, 2008 at 6:58 PM, Blogger aNIe said...

Cantik rumah mulan lah...simple aje...

Org kata bila dah meningkat usia ni memang macam2 yang sakit...hehehe...pantang aje tersilap makan...ada aje yang sakit.

Cepat2 sembuh maklang...

 
At January 31, 2008 at 9:25 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Mak Lang, kesiannya sakit kaki lagi, ingatkan hari tu dah nak sembuh, kena minta tolong Kak Yah urutkan tumit tu kot, baru nak pijak, sedaplah sikit

 
At January 31, 2008 at 9:28 PM, Blogger ms hart said...

Mak Lang, sabar ajelah pasal lutut tu kan? Lutut I Alhamdulillah, dah tak sakit macam hari tu. Terbaru, doctor bagi satu ubat anti-inflammation sebab katanya, OA tu inflammation of the joints, so kena ubatkan inflammation tu. makan hanya satu hari sekali pas tu hanya kalau sakit. Alhamdulillah, after makan 3 kali (itu pun selang sehari), memang lutut dah tak sakit. At the same time, makan glucosamine. Paling lega sebab bila naik turun tangga and bila duduk antara dua sujud & tahyat awal tu, dah macam biasa aje. Barulah I rasa less miserable!! Nanti Mak Lang tanyalah doctor Mak Lang ya? But then tok sah la tunggu lepas CNY. Pergi ajelah dalam masa terdekat ni. Bukan apa, masa sakitnya menyerang baru2 ni, I pun dok lengah2 jumpa doctor. Bila dah jumpa, and doctor tolong suggest ubat yang sesuai, baru rasa kenapalah tak pergi jumpa doctor awal2 hari tu. Buat penat je tahan sakit sendirian berhad pas tu risau nak kena potong lah, apa lah...ha ha ha...imagination yg bukan2 je. Tu buat tambah sakit!! Ok, sorry Mak Lang, terpanjang pulak i cerita-ceriti. I nak share dgn Mak Lang aje, k? Tq and wassalam.

 
At January 31, 2008 at 9:56 PM, Blogger Mak Teh said...

Mak Lang, saya tabik spring sebab mak lang pandai masak dan buat sulaman dll. Nanti bila nak bermenantu nak kena order sulaman mak lang buat hantaran. Boleh ke?

 
At February 1, 2008 at 7:48 AM, Blogger zino said...

kira dah berkumpul la.. maklang mulan dan silversarina..

 
At February 1, 2008 at 12:34 PM, Blogger Lollies said...

eh ada yang saya kenal lah di antara pihak authorities tu

 

Post a Comment

<< Home