Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, January 25, 2008

Soto ayam dengan cake nasi...

Assalamualaikum...


Hari ini cuaca di Kerteh amat baik. ( Kat Singapore, mula2 renyai aje pada waktu pagi,..then menjelang petang, ribut diikuti dengan hujan lebat mencurah2!).Cuma badan tak berapa nak baik sejak awal pagi. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit segalanya. Saja nak baring2 awal pagi tapi mengenangkan hari ni nak masak sepesel sikit, maklang kuatkan diri jugak. Lepas dah sapu2 bilik maklang dan kemas bilik angah yang berkapau tu, maklang turun nak masak nasik impit.


Dengan penuh semangat and dengan berbaju tidur lagi, maklang pun bungkuslah beras dalam plastic. Selesai bungkus dan sealkan dengan api lilin, maklang pun mulalah merebus. Banyak jugak buat tu, 3 kampit besar. Konon2 nak buat carrot cake pagi besok sebab Atok memang suka. Selesai tu, maklang tumiskan kuah soto. Puk pak puk pak, siaplah kuahnya. Sementara tu, Cik Abang pun balik dari pasar tani bawak ayam 3 ekor. Maka siaplah kerja maklang kat dapur dan nak plan naik ke atas untuk bersiram sebelum nak sarapan. Sekali, masa tengok nasi yang direbus tadi, semuanya terbarai! Habis keluar semuanya dari plastik. Ada yang terbukak sebelah ada yang 2-2 belah terbukak. Apalagi...lembik le nasi impit tu! Lepas tu terpaksalah pulak ambik nasi yang half cooked tu, masukkan dalam periuk letrik dua bijik and biarkan dia kering sebentar dalam periuk. Frust betul. Yang selebihnya, maklang masak lagi supaya jadik bubur. Maka hari ini instead of makan soto dengan nasi impit, kami makanlah soto dengan cake nasik! Eh...rasa tetap maintain. With all the condiments, Cik abang makan sampai mengah perut! He..he...



Cewah...kalau pasal bergambar, minah ni memang lah suka!
Ini pulak sotong goreng dengan cili kering dan kacang gajus ~ dah 2/3 hari simpan dalam camera, baru hari ni dapat masukkan kat sini!


The rest of the nasik yang lembik tu nanti nak buat breakfast tomolo morning...Mau makan bubur nasik sama itu ikan bilis ah...sedap tau wa cakap sama lu....

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels:

10 Comments:

At January 25, 2008 at 11:43 PM, Blogger aNIe said...

Kak lady memang suka makan soto...tapi cik abang tak minat sgt...kalau makan pun semangkuk aje...

Tapi kalau bubur...memang feveret dia...tapi sejak tak boleh makan ikan bilis ni...dah kurang dah makan bubur...

 
At January 26, 2008 at 5:44 AM, Blogger Kak Elle said...

nak sikit itu soto maklang....oh nyakat saya ye..yelah apa nak buat hujan kan rahmat dari Nya....hehe

plastic tu terburai mungkin seal nya tak kuat maklang atau isi nya byk sangat...meletup!!

minah suka bergambar tu nampak suka pakai tees yg aunty bagi ye?

 
At January 26, 2008 at 8:11 AM, Blogger ms hart said...

Mak Lang, pagi2 dah terliur tengok penangan air tangan Mak Lang!! Hari tu dah try resipi sausage campur gajus etc etc Mak Lang tu. Sekali hidang aje dah bye-bye!! Sedap! Tq Mak Lang! Ni nak kena buat sotong tu pulaklah! Nampak mengancam tu! he he..

 
At January 26, 2008 at 9:15 AM, Blogger KakYu said...

Salam perkenalan... sedapnya nampak sotong goreng tu. Soto tu mengancam betol la...makan ngan kek nasi lagi yum...yum

 
At January 26, 2008 at 10:23 AM, Blogger Azian hasan said...

Mak Lang,
Soto tu nampak sedap. Saya suka makan soto tapi....tak berapa expert la, bila saya masak, rasanya macam tak berapa ummph..mak lang ada rahsia tak bagi soto sedap?

 
At January 26, 2008 at 6:58 PM, Blogger silversarina said...

soto memang kami semua suka...sedap tak kira nasi terbarai ke kiub ke , soto masih sedap , nak-nak sup tu dari kerteh :)

Singapore ribut taufan ??? sian kak elle kan...hehehe !!!!

 
At January 26, 2008 at 9:53 PM, Blogger tulipurple said...

kalo mklang yg masak...jadi mcmana pun tetap sodap!!
ishhh...sy pun mcm kak lady,suka soto tp che abg kurengg.hehe
wahhh..nnt masak carrot cake tu,minta syikit ek..huhu..yummy!!

 
At January 26, 2008 at 11:02 PM, Blogger zino said...

nasib baik baru lepas makan .. kalau tak tentu terliur dengan lauk tu.. hehe

 
At January 27, 2008 at 12:24 PM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Dah lama Cath tak rasa Soto Ayam... Sekarang ni, kalau nak rasa, kena beli Maggi Mee perisa soto ayam... Tapi tak sesedap yang original lah...

Sotong goreng cili kering tu nampak sedap... Cath memang minat sotong.. Sotong kat USA mahal sangat... Kalau makan kat restaurant, lagi mahal...

 
At January 27, 2008 at 5:25 PM, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Kalau akak datang sini, boleh maklang buatkan keduanya sekali kan...tapi entah bilanya tak tahulah tu ...

Kak Elle:

Jomlah datang, kita main pondok2 buat soto nanti.

Maya suka kaler pink tu kak...tu yang selau pakai tu!


Ms. Hart:

Ms. Hart, sotong tu memang special request from cik Abang tu...cubalah buat. Rasanya pernah letak resepi, tapi kalau tak ada, beritahulaa...

 

Post a Comment

<< Home