Jem lagi...
Assalamualaikum...
Maklang ni tengah terbaring kat katil ni. Kaki ni sakit sangat. Jem lagi. Rasa macam angkat batu aje kat lutut ni. Entah apasal tak tahulah ni. Kadang elok, kadang sakit.
Semalam kami tiba lebih kurang pukul 7:00pm. Lepas cek in, kami makan2 sikit cocktail yang hotel kasi. Malam, tak keluar makan pun sebab masih kenyang. Pulak tu ada complimentary coklat dan kacang2. So, makan kacang tu ajelah dan 2 keping coklat. Kalau ikut mata memang nak lelap aje. Letih sungguh tapi bila dah ghalek buat roses tu, tak jadik pulak nak lelap. So, sambil2 menjahit tu, maklang tengoklah jugak TV. Cik Abang lama dah lolap. Penat memandu lah tu.
Hari ini pulak lepas breakfast dalam pukul 8 lebih, maklang terus aje ke pejabat. Banyak lagi kerja yang tak selesai. Suspense jugak ni, sebab kerja2 ni depend kat orang. Kalau kita sendiri boleh buat tak pe. Tapi Alhamdulillah semua nampak OK, cuma ada satu surat perjanjian aje yang tak bersign. Mintak2 besok pagi semuanya OKlah hendaknya.
Lepas dari office maklang kat ET tadi, maklang terus ke SA, office perancang. Lepas boss dia dah siap sign semua, kami keluar makan. Sedap makan tengahari. Kenyang betul! (gambar ade tapi tak boleh nak upload pulak...!)
Selesai lunch, kami balik ke ofis perancang. Lepas tu Cik Abang ambik maklang kat situ dan kami terus aje ke IKEA. Pergi beli gelas dan beberapa buah pinggan untuk opis baru. Untuk department kami ajelaa...dah puas pakai pinggan plastic kat ofis, maka maklang belilah pinggan kaca kat IKEA tu. Murah aje, sebijik RM2.90 aje. Lepas dari situ, pegi kedai buku, beli buku latihan buat anak2 tersayang kami.
Dari IKEA, kami terus balik. Sebab jalan lama, kaki ni sakit balik. Jem teruk . Dah letak Counter pain pun masih tak baik lagi. Kejap lagi nak ke KLIA nak hantar drawing ke Client untuk di cop dan sign. Entah pukul berapalah pulak nak balik tak tahulah...Wan dan Atok pulak flight delay. Patut sampai pukul 11:30 malam ni, tapi Atok call pagi tadi kata delay. Then dapat tahu kata sampai pukul 3:30pagi pulak. Lebihkurang pukul 5ptg tadi, atok call lagi kata tak tahu pukul berapa nak berangkat sebab kapalterbang rosak. Tak apalah lambat sikit, asal semuanya selamat tiba, InsyaAllah...
Maklang pun harap2lah kerja2 maklang ni akan selesai dengan secepatnya...nak RELAXXXXX....Selamat berhujung minggu!
Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi....
Labels: Work
7 Comments:
salam maklang harap kaki dah baik masa ni...mungkin its OA ...kalau ada painkiller makan lah 1-2 biji menhan sakit tu.
insya'allah sampai nanti wan & atok dgn selamat...and kirim salam pada mereka.
ada pepatah moden..
"kalau dah KL tu memang le jem"
hehe
dear mak lang
kaki dah ok ke....ada pi cek doctor ke???
harap2 kaki maklang tu cepat le sembuh...kalau letak ais tak ok ke maklang...
sian maklang..cuba letak ais kat kaki tu jalan tak...
Harap-harap dah sembuh kaki maklang tu...memang siksa kalau kaki jem ni...
salam, mak lang. samalah kita tang ada batu kat lutut tu! rasanya memang OA. kenalah makan glucosamine setiap hari! bagi tambah pelincir!!! so that laluan darah kita tak jam!!! he he.Mak lang ni pandai segala lah!! Bila agaknya i boleh jadi wanita mithali macam mak lang??? he he
Post a Comment
<< Home