Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, January 15, 2008

Kami nak pindah...

Assalamualaikum...


Dua tiga hari ni maklang agak sibuk. Semalam aje ada meeting di Kuantan lagi. Penatnya lah bila tiba rumah. Mata dah separuh tutup. Tak larat nak pegang jarum. Tengok PC aje kejap, then watch TV kat PC. Cik Abang pulak malam tadi, tak boleh tidur sebab dok berangan senyum sorang2. Maklang kalau dia dalam mood cam tu , geram sangat. Kita mintak share apa yang dia angan kan , dia kata tak boleh. Pasal project dialah tu. Kadang2 gelihati tengok dia sebab angan2 dia tu pelik2! Pernah dulu dia berangan nak jual rumah kami ni dengan haraga RM25M! Nak pecah perut maklang ketawa. Dia kata RM10M for each of us untuk simpan dalam bank and the rest kita Cak-Pum-Pu( enjoy ler tu). Anyway, tengahari tadi waktu lunch dia beritahu maklang project ridiculous dia! Gelihati lagi. Kalau cerita pun tak balik modal sebab rasa macam tak terjadilaa...ha..ha..


Anyway, kat office dah mula busy packing. Kami nak pindah office. (Hakim was here when I wrote the title of this N3 and he was so sad. Dia ingat kita tu maknanya family kami nak pindah! Dah sedih sebab katil dua tingkat dia tak dapat nak pindah sekali! ~ ni masih komplen, tak nak pindah!). Besok kami akan buat final packing sebab by thursday the movers nak angkat dah barang2 ke office baru. Sakit lah pinggang ni mengikat fail2 yang bertimbun! Barang maklang aje ada 8 kotak! Yang geramnya tu, bila kotak semuanya dah ikat, ada pulak nak cari surat2 yang nak digunakan. Leceh betul.


Besok petang, InsyaAllah maklang akan ke KL lagi. Ada urusan kerja lagi. Kebetulan Cik Abang pun ada meeting jugak. Dan kami memang dah arrange nak ke KL pun sebab nak sambut Wan dan Atok balik dari Haji. Sekejap betul rasanya. Anak2 semuanya tinggal sebab hari Jumaat ada aktiviti sekolah dan Angah pulak ada kelas tuition. Kesian...tapi nak buat macamana, dah tugasan. Harap2 lepas ni taklah sibuk sangat...banyaknya jahitan nak disiapkan...


Setimbun file2 yang dah diikat. Tu baru reference file aje..

Pakai tali aje...pelik betul. Biasanya kalau nak pindah ni semuanya masuk kotak. Tapi apakan daya, kompeni maklang ni pemurah untuk nak supplykan tali aje...

3/8 dari kotak2 maklang. Kompeni kasi 2 kotak aje, yang lain carik sendirilah!

Berselerak tadi petang. Tapi sebelum balik tadi petang, maklang dah kemaskan semuanya..

Ini kawan2 nak posing la pulak.

Eksen je lebih tu...tau kita nak ambik gambar, mulalah nak berlakon tu!

Li and Lan tengah sibuk nak ikat file2 yang bertimbun tu!

RE ni dah tak berusik dekat seminggu. Macam tu aje sejak last wiken. Entah bila boleh siap ni!
Ini maklang jahit masa maklang di KL last weekend.

Maaflah adek tulipurple...ari ni maklang tak masak. Bibik yang masak so, no picturelaa..



Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang. Jemput datang lagi...

Labels: ,

18 Comments:

At January 15, 2008 at 10:07 PM, Blogger Kak Elle said...

ingat betul nak pindah rumah tengok title...kesian Hakim sedey takut tak bawa katil dia:)

movers tak bagi boxes ke maklang?

kirim salam kat wan and atok bila mereka pulang dari tanah suci tu ye?

ni mesti pakat lagi pergi KL berdua2an lagi...hahaha

 
At January 15, 2008 at 10:11 PM, Blogger tulipurple said...

uishhh..suspens tul tajuknye..ingatkan nak pindah dr teratak yg indah itu.ihiks'..nak pindah ke tempat yg 'seram' tu ke maklang?yg surau dia kat tingkat 5 tu ek?kalo tak silap sy ler....
memang bz sungguh maklang...patut lah takde pic food yg baru :(.
takper lah,ku setia menanti.

 
At January 16, 2008 at 2:08 AM, Blogger david santos said...

Hi Maklang
A beautiful place here!
Excellent post! Thank you.
have a good day


Justice for Nurin Jaslin

 
At January 16, 2008 at 4:02 PM, Blogger aNIe said...

Memula pun kak lady ingat maklang yang nak pindah...maner le tau...tu intro macam cik abang dah berangan nak kerja luar negara aje...heheheh

Pindah opis je takpe lah...cuma kalau berpindah ni memang le penan dibuatnya...

 
At January 16, 2008 at 5:15 PM, Blogger silversarina said...

I pun suspen je, ingat nak pindah, sayang rumah cantik tu nak ditinggalkan...pejabat baru senang nak jumpa tak macam pejabat sekarang ???

selamat berpindah ofis !!

 
At January 16, 2008 at 6:16 PM, Blogger Unknown said...

kalo mk lang nk jual umah tu 25M..sy pon nk beli hehehehe..

suke masok teratak mak lang ni.suke tgk foods yg bermacam2 itu.

 
At January 16, 2008 at 7:26 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Suspen betul title tu, Nanti pindah ofis baru, besarlah sikit, entah2 dpt duduk sorang dlm 1 bilik kot, kita orang kat ofis sedih coz Pak Lang dah nak keje tempat lain, tak lah riuh lagi kat ofis tu

 
At January 16, 2008 at 8:14 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Hakim tu dah menangis dulu...nak buat macamana, memang manja tu!

Kali ni memang mula2 nak cuti aje untuk nak ambik Wan dan Atok. Cik Abang punya meeting originally was on Wednesday, tapi postponed to besok. Maklang pulak baru semalam dapat tahu kena ke KL untuk nak prepare the document for submission to the authority next Monday.

Movers tak bagi kotak sebab office tak mau bayar duit kotak! Lebihkurang sama cam office kak elle ler...kodokut!


tulipurple:

kalau nak pindah dari rumah tu, bukan maklang aje yang nangis, budak2 pun nangis!


David:

Thanks for dropping by.

Justice for Nurin Jazlin.

 
At January 16, 2008 at 8:17 PM, Blogger maklang said...

Kak lady:

Cik abang tu kalau bab berangan memang paling terror laa...

Kami ni kalau boleh tak mau pindah dari Kerteh. Tapi ini semua ketentuan Illahi. Pada maklang, biarlah ongkos kurang sedikit asal kami sekeluarga dapat bersama. Setakat ini, Alhamdulillah!

qeen:

Kalau Qeen nak beli RM25M, maklang pun nak jual. Seronoknya, boleh jadi orang kaya!

Sudi2lah ke mari selalu!

 
At January 16, 2008 at 8:20 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Maklang pun sayang sangat rumah tu....

Ofis baru tu, senang jugak nak jumpa. Dekat2 situ aje....Senang nak carik!


Ibusara:

Janganlah sedih Cik Abang nak tukar kerja. Rasanya dia akan selalu ke pejabat sana jugak! Doa2lah office baru ni dapat banyak projek dari office IbuSara...

Kita pun bukan tak boleh jumpa kan...So, bila nak buat makan2 ni?

Ofis baru ni besarlah sikit. Ada yang dapat bilik, ada yang tak..

 
At January 16, 2008 at 8:23 PM, Blogger KakNi said...

Pindah, seronok dalam sibuk dan penat.....

 
At January 16, 2008 at 11:51 PM, Blogger zino said...

nak pindah ke mana tu.. tentu nya opis lebih besar lebih lapang lebih segala2 nya.. hehe

ada ura2 2009 kami bakal pindah lagi hehe

 
At January 17, 2008 at 12:04 PM, Blogger YuszTieY said...

salam...
saya dok pk 25m tu berapa tuuuu???/feningggg.
memula baca n3 ni saya pun cm org lain gak ingat mak lang n family nak pindah,,sayang umah yg cantik sunggguhhhh nak jual..upernya nak pindah pejabat...pjabat baru yg sram ituuuuuuuuu...

 
At January 17, 2008 at 12:07 PM, Blogger YuszTieY said...

salam...
25m tu berapa yer...fening22 dok pk.
selamat pindah ke pejabat yg seram ituuuwwwwwwwww

 
At January 17, 2008 at 2:55 PM, Blogger p.e.e.p.a said...

ai mklang (bole eh sy addres gini), suka la baca blog mk lng..nak jd mcm mklng, pndai mcm2.heeee

 
At January 17, 2008 at 4:35 PM, Blogger Qaseh Bidadari said...

maklang,
selamt berpindah...sure penat kan?dah siap pindah nanti,amiklah cuti k!

 
At January 17, 2008 at 5:24 PM, Blogger MAMAMIA said...

Tipah tertipu lagi... Macam org lain gak, ingat M.Lang & family yg nak pindah.

Pindah ni penat nak packing. Masa unpacking pun lagi penat..

 
At January 17, 2008 at 6:05 PM, Blogger D said...

La, pindah ofis...

 

Post a Comment

<< Home