Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, August 27, 2008

Mengejar masa...

Salam...


Hmmm...Maklang sebenarnya belum masuk kerja lagi...Dr. kasi lagi seminggu untuk nak tenangkan fikiran sebelum masuk kerja. Alhamduilillah, folo up dengan Dr. last wiken went well. Lepas dari Dr. kami ke rumah Datok sekejap. Ingat nak jumpa adek beradek Cik Abang, kot2 masih ada yang belum balik ke KL. Almaklum masa kenduri tahlil tu kami tak dapat hadir sebab di rumah kami juga mengadakan tahlil dan doa selamat pada petang Jumaat. Alhamdulillah..dapatlah jumpa 2-3 keluarga yang masih di rumah Datok.


Selepas dari situ kami pergi makan tengahari. It was quite late already, almost 3:30 kot bila kami reached the restaurant. Sedap makanan Thai kat situ. Berdua aje...Kalau masa muda2 dulu, makan berdua, sehabis hempit nak duduk dekat. Tapi sekarang ni duduk selang satu kerusi...Sampai maklang komen...eh..jauhnyalaa Cik Abang I ni...he..he...agaknya lemas dah duduk dekat2 sangat ( read dah mengembang semuanya...paneh!), tapi masa nak makan tu, kenalah duduk dekat2 kalau tak, jauh pulak nak ambik makanan...


Balik dari makan, kami singgah kejap jumpa kawan, nak ambik karipap yang kami tempah. Then straight back homelaa...Tiba rumah hujan dah mulai turun dengan selebat2nya. Mengenangkan tak ada apa nak makan, maklang ajak Alang ke pasar malam kat rumah ni. Beli ayam 3 ekordan ikan2 untuk Wan. Hujan selebat2nya! Basah lencun I...Then lepas balik, kami mula lah operasi nak bakar ayam. Cik Abang dah lama belayar. Dia penat. Maklang biar aje dia tidor. Memang tahu kalau dia penat, jangan diganggu...takut hangin...he..he..Maklang suka nanti bila dia bangun tau2 makanan dah siap aje...Sayang lakilah katakan...he..he... Lagi pulak, malam tu dia ada keja pejabat nak diselesaikan..

Malam lepas makan, barulah sempat nak bual2 dengan Alang. Si Ucop dan Yasmin, baby Alang, tido, so bolehlah maklong and mummy dok gode Pc...he..he..Seronoks...sebab besok pepagi tu Alang dah balik.

Ahad, pagi2 Alang dah balik. Tinggallah maklang sorang. So sejak dari ari Ahad tu, maklang dok concentrate dengan jahitan RE untuk Neeza, tinggal sikit aje lagi. Seronok tengok 6-6 dah nak siap. Terasa leganya. Nak mula dengan Yana dan Ibusara punya pulak.



Hari Senin malam, maklang dan Angah ke sekolah. Ada Malam Restu. Sedih dengar ustadz dan pemotivasi bagi ceramah. Mak menangis, anak2 tak tahulah... Sebelum ke Malam restu tu, sempat maklang tampalkan bunga2an kat Cheese kek yang kawan Along tempah.

Penuh sekatil jahitan maklang...Tulah DINO yang maklang sebutkan ari tu. Senang nak jahit kalau ada DINO.









Pagi semalam, Puan Mulan dan Asiah datang ke rumah maklang. Saje nak visit sebelum maklang kerja. Terimakaseh ye...maklang jatuh cinta dengan beg tangan Puan Mulan...Cantek...Entah berapa lah harga yang bakal ditawarkan...Kalau tak termampu, jahit aje lah dengan kain yang nak tiba dari KL tu...he..he...Tak sabar nak menjahit beg pulak!

Petang pulak, maklang ke McD dengan Kak Liza. Jumpa MamaFami. Seronoklah buat pertama kali berjumpa sudah pun mesra. Ingat nak jumpa kat Mesra Mall, tapi tak siap2 lagi...Entahlah tahun
bila nak siap tu! Hmm...tunggu ajelaa...


Setakat ini dulu, entah bila boleh updet lagi..Maklang betul mengejar masa...Selamat menyambut Ramadhan...





Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Sunday, August 24, 2008

Kenduri Doa Selamat Dan Birthday Maya






Assalamualaikum...

Begitu cepat masa berlalu...akhirnya hari yang dinanti tiba jua. Tanggal 22 August genaplah 3 bulan sejak maklang dibedah. Sememangnya sejak dari di hospital lagi makalng dah berniat untuk mengadakan kenduri doa selamat sekiranya maklang selamat dan sihat selepas pembedahan. Di sebabkan segala lauk pauk akan disediakan oleh caterer, maka hari untuk nak mengadakan kenduri semuanya kena bergantung kepada bila caterer ada kekosongan. So, 22nd August adalah hari yang mereka free. Segala persiapan untuk buah tangan telah maklang siapkan, cuma tinggal nak masukkan ke dalam bekas aje. Adalah sikit2 token.

Malam sebelum nak kenduri, maklang bersama the bibiks and Along sibuk menyusun kerusi meja dan bentangkan carpet2. Maklang cuma bagi instruction ajelaa..manalah boleh nak mengangkat segala bendakan! Lepas siap, maka kami pun bersedia nak tido. Masa tu dah 10 lebih. Tak aleh2 Along datang ke bilik maklang dan beritahu yang atok call kata Atok dah di cherating nak sampai dah. Alah...memang tau Atok usik aje. So, to cek, maklang suruh Dhira call ke rumah Atok di JB. Yang menjawab fon adalah Wan dan tak mungkin Atok ke Kerteh sendirian atau dengan Busu . Tak logic betul. So, we ignored ajelaa...

At around 11:30pm, Along kata Alang yang sampai. Oh..rupanya Atok nak surprisekan kami. Bukan Atok yang sampai tapi Alang. Seronoknya rasa. Ingatkan tak ada yang nak datang. Dari belah Cik Abang memang tak datang sebab semuanya berkumpul di Kuantan sebab on the same malam ada kenduri jugak! Kebetulan, it was set on the same day!

Nasib baik ada makanan, or else kelaparan Alang .. Tulah...surprise lagi!

++++++++++++

Pagi besok, kes penipuan diantara anak beranak masih berterusan. Maklang call Wan, kata we are busy preparing for the kenduri. Siap cakap, kalau jumpa Alang, nanti kirim salam. Wan surprise jugak and tanya if Alang ada sampai tak? He..he.., I gorenglaa Wan. Beritahu yang Alang kata nak balik JB sebab sepupu Uncle Jai nak kawin! Wan percaya jugak. Agaknya tertanya2 mana Alang tak sampai. About 10 suruh Alang pulak call wan kata yang Alang memang kat JB. Pusing2 cerita and Wan really thought that Alang was in JB. Kelakar! Siap komplot jugak ngan Atok supaya jangan cakap kat Wan yang Alang ada kat Kerteh. Last2 kesian kat Wan, and beritau Alang is here...Memang biasa kami macam ni, tak berenti mengusik!Ada jugak yang nak di bualkan...

Pagi tu kami semua agak sibuk. Sempat jugak maklang dan bibik buatkan apple pie untuk Rina. Sebab Along nak cari duit nak beli, psp ke entah apa, maka duit tu maklang share2 je ngan dia. In the end, Along entah buat apa kat depan, cuma bibik dan maklang aje yang sibuk!












Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Wednesday, August 20, 2008

Kelam kabut.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada petang Rabu yang sungguh panas dan sungguh meletihkan ini, maklang terpanggil pulak nak menaip N3. Kalau ikutkan hati memang malas, tapi entah angin apa datang, maklang rasa nak menaip pulak. Sebenarnya maklang tengah tunggu nak tengok Ezora ni haa...termelekat pulak sebab selama ni lama tak tengok cerita2 macam ni. Dah duduk rumah ni ada pulak yang diikuti. Nasib baik agak lewat, kalau tak nanti dah masuk kerja, tak dapat pulak den nak menonton.

Hari ini , InsyaAllah, habislah puasa ganti. Dan hari ini, amatlah meletihkan. Mungkin sebab cuaca yang teramatlah panas. Badan pulak letih semacam sejak semalam. Mungkin sebab tak cukup tidur. Entah restless semacam laa...Tadi masa menyulam telekong dah tersalah, itulah dia bila kerja kelam kabut!

Sejak dari pagi lepas solat Subuh, maklang dah mulai memasak. Malam tadi ada menerima sms dari Mak Enon kata dia nak datang tengahari nanti, lebih kurang jam 11pagi. Mulanya ingat nak masakkan meehoon goreng aje, tapi masa 2 malam yang lepas masa Mak Enon datang pun, Maklang dan gorengkan meegoreng. Mee goreng mamak. So, maklang buatkan sambal sotong and mintak bibik buat nasik lemak. Sempat jugak maklang buatkan kentang oregano. Sambil2 tu buat kek coklat. Hmmm...dek kelam kabut punya pasal, kek maklang tak letak telor! Nasib baik keknya tak keras. Rasa tak macam biasalah...Itulah dia kalau kerja kelam kabut.

Lepas, satu, satu maklang buat silap. Dengan kek tak letak telor, then masa sulam telekong pun tersilap. Bunga lain kat telekong lain! Hmmm...nasib tak baik betul ari ni... Terkial2 maklang nak bukak sulaman tu. Berejam maklang nak cabut jahitan tu. At this time pun, maklang tak siap lagi nak bersihkan jahitan yang salah tu!Sambil2 maklang nak bersihkan sulaman tu, terpikir jugak nak masak apa sebab menunggu ketibaan Mak Teh. Apa nak dijamu, takkan dengan coklat kek aje. Akhirnya timbul satu idea, dah ada daging yang maklang plan nak buat meehoon yang tak jadi ( sebab Rina dah jamu MAk Teh dengan mee), maka maklang pun buatlah kari daging dan roti jala...Terkejar2laa..mana taknya, decide nak buat pun terkejar2. Dah kelam kabut macam tu, buat adunan roti jala pun kelam kabut. Lembiklaa..melekat laa...2-3 kali adjust kepekatan baru lah cantek roti jalanya... Nasib baik by the time Mak Teh tiba, makanan dah siap.


Seronok bertemu Makteh...macam dah lama kenal aje...sempat jugak maklang bekalkan beberapa biji coklat kek...Dan terimakaseh untuk ole2 tu makteh...

Malam ini maklang nak berehat...penatnya rasa badan. Paklang ni pun tengah berehat lepas membonceng anak2 balik dari Tabilas petang tadi. Orang tengah seronok dengan toy baru...Si Hakim masa berjalan kaki pun dah bunyi cam motor! Malam ini, Paklang nak ke pejabat lagi sebab ada banyak kerja lagi nak siap untuk presentation dia besok...

Hmmm...maklang masih berangan nakkan toy maklang tu...Dapat ke tak, kita tunggulah rezeki entah dari mana nanti!



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Monday, August 18, 2008

Toys 'R Us

Assalamualaikum...

Hari ini baru ada kesempatan nak mengupdet. Sibuk memanjang sekarang. Paklang pun tanya, tak updet blog ke? He...he...angin rajin entah terbang kemana. Malas nak updet. Lepas tu sibuk tak tentu hala, tu yang tak sempat even nak updet my blog or nak menjawab komen2. Blog hop pun kat tempat yang selalu pegi, tu pun dah termiss dah 3 N3 kat kak elle...sori kak..sibuklaa...


Last Wednesday evening, woo...dekat seminggu dah tu!, maklang lupa nak cerita yang maklang ( bibik sebenarnya)ada buat sedikit pulut kuning. Hari Rabu tu, si bujang balik sekolah bernyanyi2. Ingat kenapa, rupanya, member naik Quran. Seronok sungguh bila maklang beritahu dia yang maklang nak sedekah pulut bersama dengan kari ayam kat jiran2. Kata kat dia, kalau masa mak dia ni kecik2 dulu, arwah moyang selalu sedekah pisang kat mesjid kalau naik quran ke atau apa2. Memang orang dulu2 macam tu agaknya. Hakim siap berterimakaseh kat bibik sebab nak buatkan pulut tu. So, petang tu, maklang sibuk dengan kari sementara bibik dengan pulut putih...laa...putih pulak bibik buat. Last2 campurkan kunyit dengan santan dan gaul serta kukus semula...








Hari Jumaat tu, entah buat apa tak tahulah maklang. Pagi2 as usual Cik Abang ke pasar. Masak pun cincai aje pagi tu. Betullaa...tak ingat dah buat apa hari Jumaat tu ( ni baru ingat bibik buat nasi Ayam ..sedap!). Seingat maklang, petang tu, Paklang bawak melawat kebun getah yang paklang tengah nak tanam semula. Menakutkan jalan kat situ. Bukan apa, macam naik kuda sebab jalan tak berturap. Penuh dengan batu2 yang besar2 dan ada lopak pulak. Nasib baik tak terlekat kat lopak tu. Mulanya paklang tak mau masuk sebab takut terlekat, tapi cuba jugak terus aje atas jalan lopak tu. And Alhamdulillah, kami selamat pergi dan balik. Masa ke kebun tu, cuma kami ber3 aje sebab masa tu Hakim baru aje jatuh dari basikal dia. Kalau tidak, sure tak mau ikut.

Pagi Sabtu, Paklang ke kebun lagi. Entah ada janji dengan cina yang nak buat teres ke apa maklang pun tak tahu...tak pelah, tu biar paklang yang uruskan. Maklang uruskan anak2 jer and makan pakai laa...tapi of coz dengan bantuan. And also urusan riben2 , sulam2 etc. Asal bahagia sudah. Lepas dari kebun, kami pergi makan thosei. Angah tak mo ikut, and Along masih di kem. So, ber4 aje. Thosei tu makin mengkecik lah pulak sekarang. Dari makan thosei kat Paka, kami ke Kemaman. Hmmm...nak membeli belah lah pulak. Banyak barangan dapur tak ada, dan paklang dan Hakim berhajat nak melihat kenderaan untuk ke kebun tu. Hakim teramatlah seronok sebab memang dah lama sangat dia nak benda tu. Bernyanyi sepanjang perjalanan. Tapi bila ke kedai tu, tak dapat apa dia nak, langsung terpeli'ot. 3-4 kali merajuk sepanjang perjalanan balik. Kata dia, Abah dapat, tapi Hakim tak dapat! Dia ingat mak and abah ni cop duit agaknya...Macamana nak belikan benda dia nak tu, motor untuk budak2 tu...ada 2-3K agaknya. Takkan nak belikan...kesian pun kena bertempat...


InsyaAllah besok, mereka berdua akan ke Kemaman nak ambik toy baru Abah dan Hakim...Maklang pun berangan gak nak beli toy baru. Tapi tak sanggup sebab harga Toy baru maklang tu, 2nd hand aje dah 13K....Macam tak termampu maklang nak beli. Kalau kira2 duit bonus cukup tak agaknya ek...


Oklah, jap lagi nak berbuka dah...Entah bila pulak nak updet, sibuklah sebab inilah hari2 terakhir maklang tak kerja. Next Sunday...keje...sob..sob...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Friday, August 15, 2008

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum...


Pagi2 yang hening ini teleh kedengaran nyanyian2 sumbang anak2. Lepas solat Subuh, dua2 kecik tak dapat tidur lagi. Tak seperti biasa, kalau kejut nak ke sekolah tu pun ngantuk aje. Kalau dah mandi pun masih layu lagi. Tapi hari ini...sungguhlah cerianya keadaan...Hmm..Cuti sekolah telah pun bermula buat kami di pantai timur. Mana tak happy nya... Tapi Angah yang memang kuat tidur, masih lagi berlepakkan kat katil dia. Entah pukul berapa pulak nak bangun tu ( oooppsss...tak habis menaip, Angah dah datang kat bilik ni...dah siap mandi lagi...hangin apa ari ni tak tau lah tu...lapar kot! Ampun Ngah!)...Along ke kem lagi semalam. So, kurang satu korum hari ini...Kalau tak cukup korum ni memang tak bestlah. Tapi riuhnya sama aje. Bila Along tak ada, tak ada yang usik Hakim, ingat senyaplah sikit. Tapi kakak2 yang 2 pulak yang mengganti Along. So, riuhnya sama aje...

Hari ini maklang cadang nak guna DINO maklang, InsyaAllah. Hmm...best DINO tu. Gambar tak sempat nak ambil lagi. Nanti kalau ada masa, maklang masukkan kemudian. Kalau nak tahu DINO ni ialah pemegang ram atau pemidang masa menjahit. Maklang ternampak kat blog Aleesa dan terus order dari Musliha dari http://duniamusliha.blogspot.com. Abah Mus yang buat sendiri. Kemas buatannya..

Rasanya, sekalai lagi kami tak kemana2 cuti sekolah kali ini. Anak2 semua sibuk nak periksa. Jadinya tak adalah nak kemana2. Angah ada kem kat Cherating nanti mulai Khamis depan. So, khenduri doa selamat nanti Angah pulak tak ada. Alhamdulillah dah siap semua Yassin maklang, Alhamdulillah maghrib semalam selesai semuanya. At last. Sambil maklang buat Yassin tu, maklang sempat nyalakan mesin sulam tu...Dapat 2 helai tudung. Ada pulak permintaan tudung. Ikutkan malas nak buat. Tapi ni pun buat main2 aje. Sekadar melepas gian nak sulam sebelum nak kerja ni.. ( ye ke..nak start kerja ni...Abang kata kalau nak sambung, apply lah...tapi kalau pk2 nanti lagi lama tak kerja, lagi malas . Rindu jugak kat kawan2...kat Boss kalau boleh tak ingin nak tengok muka! he..he..I think the feeling is mutual kot...)


Khenduri nanti, Wan dan Atok tak datang. Asal plan nak datang Rabu depan, tapi kita merancang, Allah yang tentukan. Atok had a mishap last week. Tengah2 dia siram pokok bunga, dia tergelicik. Mulanya Atok ingat tak ada apa, tapi masa tergelicik tu, kaki dia berbunyi. Ingatkan urat dia. Rupanya ada fractured kat kaki dia. Kebetulan hari tu, kaki maklang pun jem sepanjang hari. Dah 2-3 kali kalau atok sakit, maklang macam terasa aje...Hmmm....Apasal ye...mungkin kasih yang tebal buat abah tercinta. Sama jugak dulu, masa Along terseliuh tangan, maklang wish dalam hati, biar maklang yang sakit, dan tak berapa lama, sakit tu macam pindah kat tangan maklang...and Along was well... Agaknya ikhlas, jadi Allah berikan pada maklang...Tak taulah...Allah aje yang Maha Mengetahui...

Oklah..maklang nak pi buat breakfastlaa...selamat bercuti...and have a nice day...Senyum Sokmo...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

Wednesday, August 13, 2008

Sibuk lagi...

Assalamualaikum...


Sekarang ni maklang mengira hari aje. Entahlah mood nak kerja hilang langsung lepas dapat surat increment. Benci dan menyampah nak pergi office tu. Tapi nak buat macamana kan kena redha ajelah dengan apa yang telah terjadi sambil memohon di tabahkan hati dan hati yang amat luka ini dapat diubati. Buat masa sekarang, maklang seolah2 mencari jalan bagaimana untuk tak payah nak kerja lagi. Badan ni pulak, bukan boleh nak kerja kuat lagi. Masih sakit lagi pinggang ni kalau dibuat kerja kuat2.

Dua hari lepas sebab banyak duduk dilantai, jem kejap kaki dan pinggang ini. Terus mintak bibik urutkan. Bibik baru ini kalau urut rasa cam nak tercabut nyawa I yang dah dekat kot nak ke sana...Tapi terasa legalah lepas tu.

Semalam maklang ke rumah Ibusara bersama Mulan. Nak buat macamana, nak kemana pun harus ada supirnya. Ada baca Yassin kat rumah Ibusara. Mulanya mintak bibik buat kueh cara aje, tapi sebab bibik buat adunan lembik, maka kensel, nak buat pulak kuih dadar. Tengah2 buat tu nampak pulak ada mee sebungkus besar. Tukar lagi menunya..jadilah mee goreng. Maklang tumis aje, bibik yang tolong kacau2. 3 kg..tak terlarat nak kacau mee. Berat...

Tu saje buat kali ini. Maklang ada bbbaaaannnyaaakkkk kerja nak diberesin sebelum kerja ni...

Salam hari Rabu buat semua. Selesai maklang balut yassin2 ni, nanti Insyaallah, maklang updet lagi...Masih ada lebih kurang 20 aje lagi...

Untuk nonie, Yassin dan beg tu made to order. Ada dua harga beg with Yassin and ALmahthurat or beg with Yassin aje. Please go to The House of Beautiful Crafts kat link maklang ni...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Monday, August 11, 2008

Tetamu

Assalamualaikum...


Lengoh dan letih badan maklang sejak petang semalam. Bukan sebab apa, waktu2 bulan mengambang ni memang badan tak sedap. Walaumacamanapun, maklang rasa teramatlah seronok sebab menerima ramai tetamu kehormat kat rumah maklang tengahari semalam. Penantian telah pun berakhir. Alhamdulillah..


Sejak hari Jumaat lagi maklang dah sibuk2 sikit prepare untuk nak masak. Ialah hari Jumaat Cik Abang ke pasar kan. Jadinya kirim lah segala barang yang perlu di beli untuk nak masak mee rebus. Jadinya pagi tu maklang dah siap buang ekor taugeh, supaya tak terkejar2 masa hari Ahad nanti. Sambil2 siang taugeh tu, maklang duduk mengsupervise bibik plus anak2 macamana nak cuci kolam tu. Al maklum sejak 3 bulan kolam tu dah beroperasi, baru aje nak dimandikan. Pagi tu jugak, maklang tumis sambal buat mee rebus.

Sexy betul bujang maklang dengan singlet dia.




Maya pulak tunggu kat DB untuk nak on off the power supply to the pumps. Along n angah seme sexy so, no
picturelaa..



Hari Sabtu pulak pepagi maklang dah ikut Cik abang menghantar anak2 ke sekolah. Hari Sabtu kena ganti cuti untuk Raya nanti. So, sempat pulak terfikir nak pegi makan roti canai kat Kemasik. 11 tahun duduk sini, tulah pertama kali kami makan kat situ. 11 tahun dengar orang kata makan kat situ sedap. So, kami pun makan. Dan terbukti memang sedap! Servis pun cepat. Cik Abang pun sukalaa..


Lepas balik, maklang pi round2 kejap around Kemasik kejap. Sampai rumah terus mula buat spaghetti sos seperiuk besar. Hmmm...anak2 ni kalau spaghetti memang suka sangat. Nak2 si no. 1 dan bujang. So, hari tu berkhenduri besar lah mereka. Maklang bab spaghetti ni tak berapa suka sebab bau lama sangat kat dapur, buat maklang muak pulak nak makan...he..he..so petang tu mintak bibik goreng nasik je...sedap!

Sempat jugak maklang buat kek coklat dan kek carrot pagi tu. 2nd round buat kek coklat, bibik yang buat. Semuanya kembang setaman sampai terkeluar dari mangkuk! Hmmm..terlebih bikarbonat lah tu! Petang pulak maklang buat tiramisu...Lebih pada tsunami kot, sebab tenggelam timbul biskut tu...tak pe kan..tak try tak tau!

++++++++++++


So semalam pagi, lepas semuanya dah ke sekolah dan Ci kAbang dah ke pejabat, maklang dan bibik2 sibuklah kat dapur. Relax2 aje sebab tinggal nak buat kuah mee aje. Lain2 senang aje. Bakar ayam pun senang aje. Yang lecehnya nak buat the lain2 tulaa...nak rebus telur, nak goreng tauhu etc. Wan Pari dan Tok Uncle pulak tiba kol 9:30pg, jadi kenalah layan tetamu sat. Then bila Wan Pari nak balik, dia mintak pulak nak pegi beli tupperware. So, pergilaa kami memborong tupperware pulak. Hmmm...manalah I tak kelam kabut. Bila tetamu tiba, masih ada lagi yang terbengkalai kat dapur. Anyway, by the time the guest of honour tiba, semuanya dah ada. Rina and family datang dengan kimbap, cake purple ( tak abis lagi purple dia tu!) dan jugak kastad berkuah ( siap letak dalam cold box lagi!). Mulan came with her Chi goa ( betul ke eja dia ni Mulan? Maklang malas nak pi cek kat blog awaklaa..) , Ibusara dengan pisang dan kak liza , the last to turn up - bz dengan anak2 kot came with laici dan icecream. Abe Id pulak bawak 4 kotak icecream..Terimakaseh semua kerana memenuhkan meja maklang yang tak berapa nak penuh!





Alhamdulillah all went well. Mee rebus tinggal sikit aje. Tak dapat nak bekalkan kat Safiyyah dan Maya..nanti b4 awak balik, maklang buatkan lagi nak tak? Yang lain2 tu dapatlah di bekalkan terutamanya bubur pulut itam. Banyak makanan sangat kata semuanya dan Alhamdulillah dapat memenuhkan perut semua yang hadir. Sedap tak sedap belakang kira asalkan dapat bertemu mata...Cik Abang sempat bawak tour rumah maklang yang bersepah ni..he..he..





Seronok dapat berjumpa dan berharap dapat jumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah...





Yang maklang tak dapat lupa, bila Abe Id commented ..." Selalu nampak meja ni kat blog..."..hehe...Dapat jugak ye menjamu selera kat meja tu...terkenal jugak meja maklang tu! Oh, tak lupa untuk the gifts yang cantek2 tu...Terimakaseh lah banyak2. Buat susah2 aje!


Mimi comel dengan cekak rambut dia...


Pengantin baru yang hensem dan jelita bersama adinda...tengah makan apa tu??








Apa jugaklah tu yang dibisikkan Lokman ke telinga ayah dia tu...




Wah kak Liza...sedap tak maklang masak?



Haaa..the perempuans...Yang lelaki nya tak sibuk pun nak bergambar..Lepas dah bergambar, lupa pulak nak snap2 lagi...Maklang sibuk layan tetamu!

Salam persahabatan...memang amat menyeronokkan..
( Maklang masih menunggu ketibaan Queen E yang tak sampai2 dari Singapura tu...)

Alhamdulillah...penuh meja with all kinds of food...hasil tangan2 makcik2 kat sini...Syukur atas segala nikmat dari Allah...


Petang sebelum tu, sempat jugak maklang jahitkan sebuah beg kecil buat kak Lil...maaf kak, tak sama dengan designer beg akak...buat isi telekung dari Mulan tu jadiklah kan...




Ini dia tiramisu yang maklang dan Along dok main2 maghrib Sabtu lepas...Pahitnyalah kopi itu!

Alhamdulillah...carrot kek yang maklang buat pagi Sabtu tu naik..dan cantek, tapi lain kali, kena tambah sikit the minyak. Rasa macam kering sikit! Terimakaseh Asiah ( anak murid maklang), for the resepi!











Pagi ini, maklang cadang nak buat beg sendiri pulak. Terseronok tengok beg yang maklang buat untuk Kak Lil tu. So, sendri juga mau!

Petang nanti nak ngajar lagi..seronok jugak duduk rumah ni. Tapi kena tunggu 7 tahun lagi kalau panjang umur untuk nak tak kerja terus. InsyaAllah, by then, angan2 maklang nak jadi suri rumah akan dimakbulkan...

Have a nice day...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Friday, August 8, 2008

Suatu pencarian..

Assalamualaikum...

Ni pagi2 dah nak type n3. Sekejap lagi, Cik Abang balik dari pasar memanglah tak dan nak tengok PC ni. Tak tau lagi nak masak apa. Ikan masih banyak kat fridge. Cik Abang ke pasar pun nak beli ayam dan daging serta udang aje kot. And some sayur. Sebenarnya nak start prepare apa nak masak for Sunday, InsyaAllah. Kami akan menerima tetamu dari Dubai. Rina and Mulan with anak2 akan datang sekali. Masing2 suami tak ada di rumah. Outstation. Rina suami di UAE dan Mulan, suaminya ke KL, kalau tak silap, ada mesyuarat. Dah tanya nak makan apa dan beliau kata nak makan mee rebus. Harap2nya makanan sedaplah. Maklang ni kalau orang nak datang, nak kasi makan serem gue!

+++++++++++++++

The last 2 days, I have been quite busy. Pagi Rabu tu, maklang bermain dengan glue. Dari pagi sampai tengahari bermain dengan glue. Siaplah jugak dalam 30 buah. Masih ada lagi ni nak di buat. Wan kata biarla lebih, senang nanti dia nak kasi kawan2 dia kat JB. Petang tu , kami ada kelas RE lagi. Kali ini menjahit kat atas. So, 3 kali belajar, 3 tempat bertukar. First kat bilik maklang, then kat ruang bawah, then kat ruang atas. Semuanya kes sebab maklang tak kuasa nak mengangkat bekas riben ke sana kemari. KAt mana benda tu ada, kat situlah kami parking. Lagipun, murid tak boring laa...

my projek membungkus Yassin...is in progress...


Alhamdulillah, 2 murid maklang ni dah boleh buat bunga rose. Ada kat blog dia agaknya.

Pagi semalam, kami ( maklang with the bibiks), sibuk. Sibuk mencari kuncing yang hilang dan ATM card maklang yang entah ke mana. HAbis kena selongkar. Tak jugak berjumpa. Entah mana Cik Abang letak. MAsa dok mencari and tak jumpa tu, maklang kata kat bibik, ni agaknya disuruh kemas semuanya. HAbis kotak2 riben maklang bukak takut ada card terselit. Kompem tak ada. Kunci pun tak ada. 2-2 kunci kereta tak ada!

Last2 give up, call Cik Abang kat ofis suruh dia cek semula wallet dia if ada tak my ATM pada dia. Ada...Hmmm..ari tu kata tak ada. Sebabnya nak cari ATM card tu, sebab petang cadang nak shopping ansikit. Mana tahu nak beli apa yang perlu. Terlanjur dah keluar ni!
And masa call tu, Cik Abang duruh carik dalam beg plastik yang dia bawak balik. Ada kat dalam tu rupanya...Hmmm...berakhirlah pencarian kami. Lega. Barulah maklang boleh menjahit semula! Alhamdulillah...

Then, petang semalam anak2 murid bawak Cikgu dia ke Chukai. Bukan apa, nak gak cikgu mengekor. Lagipun anak murid no. 1, As nak pegi jumpa anak dia kat sekolah. So ada chance lah nak ikut. Nasib baik Cik Abang kasi. Pergi beli cream cheese lagi sebab kawan Along nak tempah Oreo cheesecake. ALhamdulillah. Then belilah jugak segala apa yang perlu. Dari situ kami singgah kat kedai baju. Intention nak ke kedai lain, sebab Mulan nak beli pemidang. Tapi maklang melencong ke lain. Dapatlah beli baju bibik2 beserta tudung. Siap dah baju raya mereka. Bukan main suka lagi dia! Bila maklang balik suruh cuba baju, tersenyum simpul masing2

Pencarian untuk pemidang dan gunting sulam tak kesampaian. Dua kedai kami pergi, ke2-2 nya tak ada. So, nanti2 ajelaa...Then kami bertolak balik lah ke Kerteh. Sempat singgah kat Atikah songket kat Kerteh ni. Wei...harege mahalnya..tak terbeli dek maklang batik2. Kesemuanya mencecah RM300. Songket ada sampai seribu. Hmmm...pandang tutup mata ajelaa...Tak payah berangan. Singgah pun sebab nak ambil gambar untuk kawan yang pesan suruh belikan. Kalau nak tengok, nanti petang kot, ( if ada masa) maklang letakkan kat Sulaman Kasih Maklang. Tengoklah puas2 ..






Selamat berhujung minggu. Maklang sedang mengira, berapa hari lagi tinggal sebelum maklang kena masuk opis balik...Harap2 maklang akan enjoy kerja macamana maklang enjoy duduk rumah. Tapi dalam hati tak happy sebab peristiwa 2 minggu lepas! Hmmm.....harap2 maklang dapat bersabar!



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Wednesday, August 6, 2008

Memang sibuk

Assalamualaikum....

Sibuk..sibuk...makin sibuklah maklang ni...sebabnya lagi 2 minggu InsyaAllah panjang umur, I will be back to working life again...hu..hu...Beritau Cik abang kata kat dia, alangkah bestnya kalau tak kerja. Memang best. Boleh buat macam2. Umur pun dah meningkat. Badan pun tak kuat! Kalau difikirkan tak mau menjoli, boleh kot kalau tak mo kerja lagi. Tapi bila fikir otherwise, nak jugak ada duit poket sendiri, maka nak berenti tu belum boleh di jadikan realiti. InsyaAllah, dalam masa 6-7 tahun ( lamanya...), mungkin dah boleh cuma Cik Abang aje yang kerja seorang. Sebab itulah sekarang ni maklang nak kembangkan bisnes ( konon:)). Nak bukak bengkel ajar jahitan sulam riben ni disamping nak jual riben jugak. Tapi sampai takat mana tak tahu lagi. Nak jual2 RE ni pun bukannya boleh nak buat banyak2 dalam 1 hari, dan duit masuknya tak sama macam yang kita dapat dari bekerja dipejabat. Satu lagi nak jugak jual2 kek ni. Buat kek kat rumah. Then jual kat kawan2. Nak bukak kedai tak payah lah kit sebab dah ada 2 kedai kek kat sini. Semuanya kawan2 yang punya. Tapi benda2 macam ni takes a lot of time untuk dikembangkan. Tapi mana tau kalau ramai yang nak beli hasil tangan maklang ni, oklah kot. InsyaAllah...doakan maklang berjaya...

+++++++++++

As usual, hari2 yang lepas maklang memang sibuk. Alhamdulillah beg2 telekong dah siap disulam malam semalam. Tapi kemasan dan taburan beberapa biji manik masih belum diselesaikan lagi. Gambar2 tak dapat load kat sini. Kalau nak tengok, boleh ke Sulaman Kasih Maklang. Adalah kat situ. Untuk Neeza, Tulipurple, Tiny, Yana dan juga Cik Milah semuanya dah disulam ribenkan. Final touches aje belum lagi. Itu yang leceh lagi.

Anak murid maklang dah bertambah seorang lagi. ALhamdulillah. Siapa lagi kalau bukan Cikgu disiplin. Hasil sulaman nya dapat di lihat kat blog dia. Alhamdulillah taklah keras tangan. Tu pagi semalam tu. Maklang kata, dari dia duduk sesaja, belajar lah. Alhamdulillah terlembut hati dia untuk tidak men'keras'kan tangan. Maka jadilah satu piece. He..he..Congratulations! InsyaAllah petang ni ada kelas lagi. Kami kena buat kelas memandangkan maklang cuma akan ada di rumah 2 minggu aje lagi. Lepas tu, hmmm...kalau dah kerja, tinggal weekend ajelah. (BTW, kelas jahit tu kami cadangkan nak adakan tiap hari Sabtu). Details akan di jelaskan kemudian kalau ada yang berminat.

Hari ini maklang akan bz lagi. Yassin masih ada dekat 50 lagi nak disampul. Off kejap dari buat RE. Terpaksalah...kalau boleh nak habiskan ari ni..banyak lagi tu. Insyaallah 22.8 ni, kami nak adakan majlis doa selamat. Maklang memang dah berniat nak buat doa selamat, baca Yassin untuk anak2 periksa dan juga untuk arwah2 keluarga dan muslimin dan muslimat yang terdahulu..., masa maklang sakit kat spital ari tu. Tukang masak free waktu tu aje, so terpaksalah ambik waktu tu. Ingatkan nak buat 15hb aug, tapi wan dan atok pulak tak dapat datang sebab ada khenduri kawin kat sebelah rumah. So, eloklah jugak kan sebab anak2 belum sekolah and it will be just b4 maklang naik kerja. Moga selamat semuanya, InsyaAllah...


Rasanya itu sahaja buat kali ini, Insyaallah, maklang akan updet lagi...have a nice day and may Allah bless you always...amin...


Ada jugak gambar makan durian yang dijanjikan...maklang letakgambar kami sekeluarga aje..














Gambar chicken pie tu...selingan lah ye...buat lepas balik dari makan durian...Untuk bawak bekal ke sekolah the next day. Besar2 betul bibik dadukan te kentang...hmm..dah tak boleh nak buat apa, terpaksa terima ajelah kebesaran kentana itu!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Monday, August 4, 2008

Makan wiken..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berjumpa lagi ye..Hmmm...wiken lepas maklang agak busy as usual. Bukannya apa, masa ni lah bila semuanya ada dirumah, dan masa ni jugaklah ada kawan2 yang datang bertandang. Alhamdulillah memang ada kawan2 yang datang visit.

Pagi Jumaat tu, we had nasi dagang merah. Bibik yang buat nasiknya. Agak terlalu lembut tak macam yang orang buat. Lagipun lemak dia kurang. Maklang pun lupa nak beritahu. Kuahnya maklang dah buat malam sebelumnya. Acarnya pulak, maklang buat lepas Cik Abang balik dari pasar pagi tu...Oklah...

Jumaat tu jugak, maklang sibuk membuat kek yang ditempah. Ingatkan cukuplah untuk semua yang ditempah, tapi bila dah siap bakar semuanya masih ada yang tak cukup. So, plannya hari Sabtu ajelah nak buat, sebab ada yang nak kek hari Sabtu.

Maklang sempat jugak buat rojak India feberet Cik Abang. Alhamdulillah...as usual entah berapa kali tambah. Cik Abang kalau rojak India ni memang kegemaran dia, cuma maklang rasa rojak maklang ni tak lah India sangat. Banyak Melayu lagilah. Tapi rasa puas hati sebab tengok dia makan sedap aje... Maya and Angah memang suka. Hakim aje pada mulanya kata tak suka, tapi bila Abah dia suap, wah..bukan main lagi. Maklang kata kat dia, awak ni cakap macam "klingon" laa...dia kata, ialah kan Hakim makan rojak India, mestilah cakap macam tu! Hmmm.. Ada ada je dia putarkan cakap kita! Along tak ada rumah, so tak payah kisah if dia suka atau tak. nasi dagang ...belimbing buluh ehsan dari Kak Liza...Thanks kak...lauk ikan tenggiri aje..ikan aye tak beli pulak.
Rojak India for lunch
Kap kek untuk tempahan...tak mekap ari ni ...


Petang tu kami, ke Paka, hantarkan kek2 tu. Then jalan2 sampai ke Kemasik. Sempat jugak lalu depan Mesra Mall yang bakal di buka pada 18th August ni tak silap...Wah...Kerteh bakal ada Mall. Teruja betul. Ada Toys R us, ada Secret Recipe, ada Burger King ( Tak payah dengar Along dok ngengek kirim BK everytime kami ke KL!) and yang best sekali ada popular bookstore. Entah apa lagi yang ada , maklang tak pasti sangat lah...
++++++++++++++++++++++++++


Hari Sabtu pagi, maklang buat laksa Johor. Memang kegemaran Cik abang jugaklah. Ikannya dah diblend last week. Sebenarnya, maklang lupa tentang ikan blend ini, until Cik Abang ingatkan. So, bila teringat, terus aje plan lah nak buat. Entah kenapa pagi tu, rasa macam nak masak banyak pulak. Siap suruh bibik hidang kan kat dining depan. Kenkadang memang kami makan kat dining depan. Lebih berangin. ( bukan hangin ye..) Nak2 kalau makan dengan anak2 memang enjoy. Walau tak cukup korum ( Angah pegi kem lagi dan Along pun ke Kem since hari Khamis), maklang tetap masak banyak. Lepas siap laksa, maklang buat kek, sambil dibantu bibik. As usual, selesai masak, maklang duduk kat depan menjahit, sementara, Cik Abang pulak sibuk entah browse apa, rasanya tengah browse tengok pickup truck. ( Berangan lagilah tu...konon nak masuk kebun senang kata dia. Last week pulak, kereta tersangkut kat selut, lagilah rasa macam nak beli...berangan je nak beli ~ rasanya dah tak jadi beli sebab dah 'sedar' yang ke kebun pun takut sebulan sekali aje. Tak berbaloi nak spend so much money on another vehicle! He..he..)

Sedang kami duduk berbual, tak aleh2 dengar Hakim ke Maya menjerit, mak ada orang datang. Maklang pun intai2 dari jauh sebab masih tak bertudung. Rasanya macam nampak cousin's husband, then her son. Macam tak percaya sebab tak ada call pun beritahu nak datang. It was such a pleasant surprise. Dia beritahu, banyak kali call tapi asyik tak dapat. Of courselaa, phone number yang dia call memang salah. Nasib baik dia ada address dan bila tanya rumah kami, orang yang dia tanya tu memang kenal kami. Rezeki mereka agaknya, dapatlah makan laksa Johor dan kek. Mereka datang pun sekejap aje sebab sebenarnya ada acara family day kat Awana Kijal. Tak ada apa nak kirim, maklang masukkan kek2 yang masih panas untuk dibawa pulang untuk mak sedara kat JB (duduk dekat rumah Wan). So, tengahari tu, meng'kek' lagilah sebab kek2 yang dipesan orang telah beralih arah tujuan....


Ini my cousin. Kami memang rapat masa kecik2 sebab sebaya. Maklang tua dari dia 2 minggu aje. And i had my slip dics ops on her last birthday...hu..hu..
Lupa nak ambik gambar laksa JB dari dekat. Sibuk melayan tetamu!

Petang lepas asar, kak bunda dan anak2 datang nak ambik kek mereka. Maklang pun jemput datang makan sebab tahu kak bunda memang suka makan laksa Johor. Alhamdulillah, sekali buat ramai dapat rasa. Ibusara pun suka laksa Johor nikan..dan dapat jugak rasa!

Malam tu, budak2 mengengek nak pegi makan seafood. Hakim aje nak makan McD sampai merajuk kejap. Kami cuma dapat makan bersama bila hari Jumaat atau Sabtu aje sebab Angah tak ada tusyen. So, we grabbed the chance and pergi makan ikan bakar kat muara aje. Sedap jugaklaa...dan yang pasti perut semuanya kenyang...mana taknya, makan kerang sampai 2 kg, ikan bakar 2 ekor dan sotong se kg ( tapi ini tak habis, tapau ler..). Tak lupa telor dade (ish...lucah sungguh bunyi nya, tapi itulah yang disebut oleh adek yang mengambil order - sebab dia rasa tak lucah sebab kat sini kan lain sebutannya).

Kerang2...feberet maklang dan anak2. Cik Abang tak suka langsung! Untung kami!


Mengamuk sakan mek ni. Perut lapar masa nak pergi so tak leh control temper. Angah pinjam tunung pun boleh hot! Takut tudung dia kembang! Macam2. Kami ignore aje sebab tau dia kalau lapar or penat, hangin dia macam puting beliung..tak tentu arah!
Bila makan datang aje, semua nya OK. Siap boleh share air minum dengan Angah dia...Maya..oh Maya...ikut sapelah hangin ni kalau lapar ek???







oyster along nak sangat . 1o for RM15.oo. Naik sampai RM5 . The last time we came it was RM10! That was what was left. Air sampai 12 gelas sebab kepedasan plus air buah dia, or whatever they are called was so the very tawar one..tau lah gula mahal. In the end air tanbah order air kosong aje sebab memang air sebelumnya tawar betul! Sebab sedap sangat makan, lupalah nak ambik gambar ikan bakar! TInggal tulang baru sedar...gambar tak di ambil...he..he..




Semalam makan lagi. Deghoyan. Dan chicken pie sempat dibuat lepas balik dari deghoyan feast...but of coz bibiks tolong. Gambarnya besok pulak lah ye..penat nak tunggu upload gambar ni. I banyak kelija..jadinya cannot spend so much time here...

Have a nice week ahead!:)




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,