Kelam kabut.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah pada petang Rabu yang sungguh panas dan sungguh meletihkan ini, maklang terpanggil pulak nak menaip N3. Kalau ikutkan hati memang malas, tapi entah angin apa datang, maklang rasa nak menaip pulak. Sebenarnya maklang tengah tunggu nak tengok Ezora ni haa...termelekat pulak sebab selama ni lama tak tengok cerita2 macam ni. Dah duduk rumah ni ada pulak yang diikuti. Nasib baik agak lewat, kalau tak nanti dah masuk kerja, tak dapat pulak den nak menonton.
Hari ini , InsyaAllah, habislah puasa ganti. Dan hari ini, amatlah meletihkan. Mungkin sebab cuaca yang teramatlah panas. Badan pulak letih semacam sejak semalam. Mungkin sebab tak cukup tidur. Entah restless semacam laa...Tadi masa menyulam telekong dah tersalah, itulah dia bila kerja kelam kabut!
Sejak dari pagi lepas solat Subuh, maklang dah mulai memasak. Malam tadi ada menerima sms dari Mak Enon kata dia nak datang tengahari nanti, lebih kurang jam 11pagi. Mulanya ingat nak masakkan meehoon goreng aje, tapi masa 2 malam yang lepas masa Mak Enon datang pun, Maklang dan gorengkan meegoreng. Mee goreng mamak. So, maklang buatkan sambal sotong and mintak bibik buat nasik lemak. Sempat jugak maklang buatkan kentang oregano. Sambil2 tu buat kek coklat. Hmmm...dek kelam kabut punya pasal, kek maklang tak letak telor! Nasib baik keknya tak keras. Rasa tak macam biasalah...Itulah dia kalau kerja kelam kabut.
Lepas, satu, satu maklang buat silap. Dengan kek tak letak telor, then masa sulam telekong pun tersilap. Bunga lain kat telekong lain! Hmmm...nasib tak baik betul ari ni... Terkial2 maklang nak bukak sulaman tu. Berejam maklang nak cabut jahitan tu. At this time pun, maklang tak siap lagi nak bersihkan jahitan yang salah tu!Sambil2 maklang nak bersihkan sulaman tu, terpikir jugak nak masak apa sebab menunggu ketibaan Mak Teh. Apa nak dijamu, takkan dengan coklat kek aje. Akhirnya timbul satu idea, dah ada daging yang maklang plan nak buat meehoon yang tak jadi ( sebab Rina dah jamu MAk Teh dengan mee), maka maklang pun buatlah kari daging dan roti jala...Terkejar2laa..mana taknya, decide nak buat pun terkejar2. Dah kelam kabut macam tu, buat adunan roti jala pun kelam kabut. Lembiklaa..melekat laa...2-3 kali adjust kepekatan baru lah cantek roti jalanya... Nasib baik by the time Mak Teh tiba, makanan dah siap.
Seronok bertemu Makteh...macam dah lama kenal aje...sempat jugak maklang bekalkan beberapa biji coklat kek...Dan terimakaseh untuk ole2 tu makteh...
Malam ini maklang nak berehat...penatnya rasa badan. Paklang ni pun tengah berehat lepas membonceng anak2 balik dari Tabilas petang tadi. Orang tengah seronok dengan toy baru...Si Hakim masa berjalan kaki pun dah bunyi cam motor! Malam ini, Paklang nak ke pejabat lagi sebab ada banyak kerja lagi nak siap untuk presentation dia besok...
Hmmm...maklang masih berangan nakkan toy maklang tu...Dapat ke tak, kita tunggulah rezeki entah dari mana nanti!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Friends
15 Comments:
tak putus ngan tetamu eh maklang bagus lah murah rezeki...
eh nak tau juga toy apa yg paklang beli tu macam motor je:)
kek tak letak telur pun jadik ye. kalau neeza, jawabnye kena buang aje laaaa.. hehee..
kalau dah namanya chef, memang lah terer :)
Laaa napa pulak maklang jadi gitu..ni mesti ingat kat lain..tenang ajelah..tie baca entry ni pun jadi suspen je..
maklang,
Banyakkan lah berehat... Tu lah, memalam suruh tidor, tak nak... Ni siang hari letih & kelam kabut lak... Hehehe.
maklang ni bz jer...bawak2 la berehat n spa2 kan badan tu.hehehee...risau saya..pasni kerja dah nak mula makin bz nampaknya la mak lang kita ni
maklang 2 kali petik jari dapat la tu toy idaman kalbu...petik jari dapat kuar rm ker..kui..kuiii..insyalllah moga makbul doa maklang pada toy tu yer
apa toy baru tu.. pak lang beli motor ke? saspen ni..
Maklang...wah paklang dah beli motor ke?...bestlah dpt membonceng sama2 nanti...
Nasi lemak? Hmmm....lama dah tak masak sejak masing2 semua sibuk nak turunkan berat badan & kurangkan kolesterol...
Salam Maklang,
Baru baca kisah gathering bersama-sama tetamu2 maklang. Meriahnya terasa sampai ke sini...
Salam Maklang,
Baru baca kisah gathering bersama-sama tetamu2 maklang. Meriahnya terasa sampai ke sini...
paklang beli motor besar ke?? panjang le langkah dia nanti hehe
salam maklang...kalau paklang beli moto..best gak..bole maklang bonceng ek..ehehe
Pejam celik pejam celik dah nak berpuasa pulak dah kita tahun ni ye .. dah habis ganti ke Mak Lang? Seronoknya tahun lepas Iza dapat puasa penuh .. tahun ni tak tahulah sempat ke idak menyambut puasa .. :)
Mak lang, terima kasih kerana sudi menyambut kedatangan mak teh. Dapat pula makan roti jala dan kek coklat.
Kesian, tak tahu pula mak teh telah membuat mak lang kelam kabut.
Seronok dapat berkenalan dengan mak lang tetapi sememangnya rasa lama dan kenal mungkin sebab kita dah lama berkenalan di alam maya.
Terima kasih diatas layanan dan hadiah tempoh hari.
seronoknya tgk maklang menjamu kwn2 dgn pelbagai hidangan yg lazat2,,,moga maklang sihat selalu yer
salam,
wah, sedapnya juadah unuk makteh... makteh dan pakteh memang peramah dan mesra orangnya, gembira sangat dapat bertemu mereka.... aple pie tu sedap sangat, ramai yang puji sedap, pandai dhirah masak, thank you.
Post a Comment
<< Home