Memang sibuk
Assalamualaikum....
Sibuk..sibuk...makin sibuklah maklang ni...sebabnya lagi 2 minggu InsyaAllah panjang umur, I will be back to working life again...hu..hu...Beritau Cik abang kata kat dia, alangkah bestnya kalau tak kerja. Memang best. Boleh buat macam2. Umur pun dah meningkat. Badan pun tak kuat! Kalau difikirkan tak mau menjoli, boleh kot kalau tak mo kerja lagi. Tapi bila fikir otherwise, nak jugak ada duit poket sendiri, maka nak berenti tu belum boleh di jadikan realiti. InsyaAllah, dalam masa 6-7 tahun ( lamanya...), mungkin dah boleh cuma Cik Abang aje yang kerja seorang. Sebab itulah sekarang ni maklang nak kembangkan bisnes ( konon:)). Nak bukak bengkel ajar jahitan sulam riben ni disamping nak jual riben jugak. Tapi sampai takat mana tak tahu lagi. Nak jual2 RE ni pun bukannya boleh nak buat banyak2 dalam 1 hari, dan duit masuknya tak sama macam yang kita dapat dari bekerja dipejabat. Satu lagi nak jugak jual2 kek ni. Buat kek kat rumah. Then jual kat kawan2. Nak bukak kedai tak payah lah kit sebab dah ada 2 kedai kek kat sini. Semuanya kawan2 yang punya. Tapi benda2 macam ni takes a lot of time untuk dikembangkan. Tapi mana tau kalau ramai yang nak beli hasil tangan maklang ni, oklah kot. InsyaAllah...doakan maklang berjaya...
+++++++++++
As usual, hari2 yang lepas maklang memang sibuk. Alhamdulillah beg2 telekong dah siap disulam malam semalam. Tapi kemasan dan taburan beberapa biji manik masih belum diselesaikan lagi. Gambar2 tak dapat load kat sini. Kalau nak tengok, boleh ke Sulaman Kasih Maklang. Adalah kat situ. Untuk Neeza, Tulipurple, Tiny, Yana dan juga Cik Milah semuanya dah disulam ribenkan. Final touches aje belum lagi. Itu yang leceh lagi.
Anak murid maklang dah bertambah seorang lagi. ALhamdulillah. Siapa lagi kalau bukan Cikgu disiplin. Hasil sulaman nya dapat di lihat kat blog dia. Alhamdulillah taklah keras tangan. Tu pagi semalam tu. Maklang kata, dari dia duduk sesaja, belajar lah. Alhamdulillah terlembut hati dia untuk tidak men'keras'kan tangan. Maka jadilah satu piece. He..he..Congratulations! InsyaAllah petang ni ada kelas lagi. Kami kena buat kelas memandangkan maklang cuma akan ada di rumah 2 minggu aje lagi. Lepas tu, hmmm...kalau dah kerja, tinggal weekend ajelah. (BTW, kelas jahit tu kami cadangkan nak adakan tiap hari Sabtu). Details akan di jelaskan kemudian kalau ada yang berminat.
Hari ini maklang akan bz lagi. Yassin masih ada dekat 50 lagi nak disampul. Off kejap dari buat RE. Terpaksalah...kalau boleh nak habiskan ari ni..banyak lagi tu. Insyaallah 22.8 ni, kami nak adakan majlis doa selamat. Maklang memang dah berniat nak buat doa selamat, baca Yassin untuk anak2 periksa dan juga untuk arwah2 keluarga dan muslimin dan muslimat yang terdahulu..., masa maklang sakit kat spital ari tu. Tukang masak free waktu tu aje, so terpaksalah ambik waktu tu. Ingatkan nak buat 15hb aug, tapi wan dan atok pulak tak dapat datang sebab ada khenduri kawin kat sebelah rumah. So, eloklah jugak kan sebab anak2 belum sekolah and it will be just b4 maklang naik kerja. Moga selamat semuanya, InsyaAllah...
Rasanya itu sahaja buat kali ini, Insyaallah, maklang akan updet lagi...have a nice day and may Allah bless you always...amin...
Ada jugak gambar makan durian yang dijanjikan...maklang letakgambar kami sekeluarga aje..
Gambar chicken pie tu...selingan lah ye...buat lepas balik dari makan durian...Untuk bawak bekal ke sekolah the next day. Besar2 betul bibik dadukan te kentang...hmm..dah tak boleh nak buat apa, terpaksa terima ajelah kebesaran kentana itu!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
17 Comments:
Buka bisnes ? Baguslah, teruskan.
Boleh buat kerjasama antara kita ?
abang long,
why not abang long mintak tolong isteri abang long belajar buat kapkek tu...resipi ada kat blog masak maklang...apa2 hantar aje email
kalau abang long dekat sini, apasalahnya kita usahakan bersama kan..
Congratulations maklang dpt lagi satu anak murid:)insya'allah akan menjadi angan2 nak buka kelas RE tu?
nak chicken pie ..nak lebih ayam nya ye?...hehe
mmg nk join kalu dekat,belajar online boley? :)
yea yea.. maklang dah buat yang tiny punyer.. leh pakai together-gether ngan kakak and mak utk terawikh dan raya nanti..
Hello Maklang, ada durians lagi? Wa, tengok tu durians rasa nak makan sekarang, ha ha.
And your cake looks delicious. Boleh saya datang minum kopi? Haha.
You have a great week, Lee.
sedapnya nampak durian tu.. dia kena makan ramai2 baru syokkan..
maklang dah sihat?
Salam, pls count me as your RE student ya, teringin jugak nak belajar walaupun dlm kategori keras tangan jugak, he he
laaa.. cikgu disiplin tu mulan ke? hehehe.. ingatkan sape..
dah siap ye beg telekung.. nak tengok la jap :)
Nampak sedap je chicken pie tu.. Tak pernah lak buat..mungkin nak cuba satu hari nanti.
Yayyy, .beg telekung dah siap! rasa nak lompat guling-guling ni!!!
Hobby makes money.. eh! Good move maklang! .
Mmmm... tingin la pulok tengok durian tu...
Warghhhh...
Kenapa semua blog kengkawan ada gambar durian nih...kejam tul lahhh..ekekeke..
sedapnyer durian tu maklang....
kak bukak bisness jgn lupe buat franchise...hehehehe..leh la joint...
Hobi Mak Lang dah tukar menjadi bisnes...best ni... Moga bertambah-tambah murah rezeki Mak Lang...
Kalau Mak Lang ada masa, jemputlah ke blog saya ye. Ada something for your blog..sudi-sudikanlah ye...
ASSALAMUALAIKUM
IBUNDA ML:
Durian D24 ke doyan tembaga tu...peh! sakan kenduri doyan.
Ni yang buak saya nak balik kampung ni...tak pun g tempat bonda makan doyan tu.
___________ooOoo___________
ROOM
for all those who breathe,
owns a place where all emotions are unsheathe,
a place that hid all of ones hue,
from beings whose name are you.
a place with four walls,
with colors and murals and all,
that sometimes would make one stand tall,
and sometimes fall.
colors a multitude of shades,
painted with the brush of fate,
or sometimes what lust don’t wish to abate,
or with those that we think, we made.
but this place where all emotions are unsheathe,
is a place that we buried deep beneath,
so that we could continue to breathe,
so that others could be alive.
___________ooOoo___________
Post a Comment
<< Home