Kenduri Doa Selamat Dan Birthday Maya
Assalamualaikum...
Begitu cepat masa berlalu...akhirnya hari yang dinanti tiba jua. Tanggal 22 August genaplah 3 bulan sejak maklang dibedah. Sememangnya sejak dari di hospital lagi makalng dah berniat untuk mengadakan kenduri doa selamat sekiranya maklang selamat dan sihat selepas pembedahan. Di sebabkan segala lauk pauk akan disediakan oleh caterer, maka hari untuk nak mengadakan kenduri semuanya kena bergantung kepada bila caterer ada kekosongan. So, 22nd August adalah hari yang mereka free. Segala persiapan untuk buah tangan telah maklang siapkan, cuma tinggal nak masukkan ke dalam bekas aje. Adalah sikit2 token.
Malam sebelum nak kenduri, maklang bersama the bibiks and Along sibuk menyusun kerusi meja dan bentangkan carpet2. Maklang cuma bagi instruction ajelaa..manalah boleh nak mengangkat segala bendakan! Lepas siap, maka kami pun bersedia nak tido. Masa tu dah 10 lebih. Tak aleh2 Along datang ke bilik maklang dan beritahu yang atok call kata Atok dah di cherating nak sampai dah. Alah...memang tau Atok usik aje. So, to cek, maklang suruh Dhira call ke rumah Atok di JB. Yang menjawab fon adalah Wan dan tak mungkin Atok ke Kerteh sendirian atau dengan Busu . Tak logic betul. So, we ignored ajelaa...
At around 11:30pm, Along kata Alang yang sampai. Oh..rupanya Atok nak surprisekan kami. Bukan Atok yang sampai tapi Alang. Seronoknya rasa. Ingatkan tak ada yang nak datang. Dari belah Cik Abang memang tak datang sebab semuanya berkumpul di Kuantan sebab on the same malam ada kenduri jugak! Kebetulan, it was set on the same day!
Nasib baik ada makanan, or else kelaparan Alang .. Tulah...surprise lagi!
++++++++++++
Pagi besok, kes penipuan diantara anak beranak masih berterusan. Maklang call Wan, kata we are busy preparing for the kenduri. Siap cakap, kalau jumpa Alang, nanti kirim salam. Wan surprise jugak and tanya if Alang ada sampai tak? He..he.., I gorenglaa Wan. Beritahu yang Alang kata nak balik JB sebab sepupu Uncle Jai nak kawin! Wan percaya jugak. Agaknya tertanya2 mana Alang tak sampai. About 10 suruh Alang pulak call wan kata yang Alang memang kat JB. Pusing2 cerita and Wan really thought that Alang was in JB. Kelakar! Siap komplot jugak ngan Atok supaya jangan cakap kat Wan yang Alang ada kat Kerteh. Last2 kesian kat Wan, and beritau Alang is here...Memang biasa kami macam ni, tak berenti mengusik!Ada jugak yang nak di bualkan...
Pagi tu kami semua agak sibuk. Sempat jugak maklang dan bibik buatkan apple pie untuk Rina. Sebab Along nak cari duit nak beli, psp ke entah apa, maka duit tu maklang share2 je ngan dia. In the end, Along entah buat apa kat depan, cuma bibik dan maklang aje yang sibuk!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
15 Comments:
alhamdulillah semua dah selamat maklang...mana gambar makanan kali takde pulak...hehe
Happy birthday Maya ... present dah bagi kan (baju tido SS)so tak hutang ye....hehehee
Alhamdulillah Mak Lang.. moga2 Mak Lang semakin sihat dan sentiasa dalam peliharaan Allah selalu..
Happy Besday to Maya juga.. moga-moga menjadi anak yang Solehah.. aminnnnnnnnnnnnnnn
Pelik sikit la.Kenduri takde budak budak ker maklang
so bila mak lang masuk balik kerja nih?
ps happy birthday maya!
salam,
Alhamdulillah maklang dah sihat dan kenduri berjalan lancar. Maaf tak berkesempatan hadir masa kenduri, apapun apple pie tu memang sungguh sedap.
Alhamdulillah, dah terkabul hajat maklang..happy birthday Maya...
selamat hari lahir buat maya...
meriah nampak kenduri tu.. semuga semua dalam selamat ada nya.. selamat menyambut merdeka dan bulan ramadhan..
Alhamdulillah! Selamat mak lang buat kenduri. Rudi mak teh tak dapat hadir kan? Kalau tidak boleh makan apple pie. Hehehe!
selamat ulang tahun maya. Semuga cepat sembuh maklang dan kembali bekerja, Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
Happy Birthday to maya...semoga menjadi anak yang solehah...
Betul ah kata kak elle tu...mana gambar makanan...heheheh
alahai... miss la majlis tu.. nanti buat majlis lain, jemput saya lagi yek.. he he muka tak malu..
kak elle:
gambar makanan tak smepat ambik..dah kena serbu!
ayu:
tQ..Tq...
Mummy:
Kalau tengok gambar betul2 pasti nampak gambar budak2..
MR:
InsyaALlah..1 Ramadhan...
Thanks for the wish!
Rina:
Datanglah sini sementara I lom kerja...Alhamdulillah the pie tu ada yang suka!
Cik Milah:
Syukur!
Zino:
Memang meriah..Syukur hajat terlaksana..
Mak Teh:
InsyaAllah, next time, maklang buatkan makteh apple pie...tapi kena beritahu awal...
kak Eids:
TQ..Selamat Berpuasa untuk akak jugak!
Kak Lady:
Jawapan macam kat Kak Elle:
TQ for the wish!
Mulan:
Next time maklang buat kenduri, mulan tolong masakkan eh...he..he..
Post a Comment
<< Home