Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, August 4, 2008

Makan wiken..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berjumpa lagi ye..Hmmm...wiken lepas maklang agak busy as usual. Bukannya apa, masa ni lah bila semuanya ada dirumah, dan masa ni jugaklah ada kawan2 yang datang bertandang. Alhamdulillah memang ada kawan2 yang datang visit.

Pagi Jumaat tu, we had nasi dagang merah. Bibik yang buat nasiknya. Agak terlalu lembut tak macam yang orang buat. Lagipun lemak dia kurang. Maklang pun lupa nak beritahu. Kuahnya maklang dah buat malam sebelumnya. Acarnya pulak, maklang buat lepas Cik Abang balik dari pasar pagi tu...Oklah...

Jumaat tu jugak, maklang sibuk membuat kek yang ditempah. Ingatkan cukuplah untuk semua yang ditempah, tapi bila dah siap bakar semuanya masih ada yang tak cukup. So, plannya hari Sabtu ajelah nak buat, sebab ada yang nak kek hari Sabtu.

Maklang sempat jugak buat rojak India feberet Cik Abang. Alhamdulillah...as usual entah berapa kali tambah. Cik Abang kalau rojak India ni memang kegemaran dia, cuma maklang rasa rojak maklang ni tak lah India sangat. Banyak Melayu lagilah. Tapi rasa puas hati sebab tengok dia makan sedap aje... Maya and Angah memang suka. Hakim aje pada mulanya kata tak suka, tapi bila Abah dia suap, wah..bukan main lagi. Maklang kata kat dia, awak ni cakap macam "klingon" laa...dia kata, ialah kan Hakim makan rojak India, mestilah cakap macam tu! Hmmm.. Ada ada je dia putarkan cakap kita! Along tak ada rumah, so tak payah kisah if dia suka atau tak. nasi dagang ...belimbing buluh ehsan dari Kak Liza...Thanks kak...lauk ikan tenggiri aje..ikan aye tak beli pulak.
Rojak India for lunch
Kap kek untuk tempahan...tak mekap ari ni ...


Petang tu kami, ke Paka, hantarkan kek2 tu. Then jalan2 sampai ke Kemasik. Sempat jugak lalu depan Mesra Mall yang bakal di buka pada 18th August ni tak silap...Wah...Kerteh bakal ada Mall. Teruja betul. Ada Toys R us, ada Secret Recipe, ada Burger King ( Tak payah dengar Along dok ngengek kirim BK everytime kami ke KL!) and yang best sekali ada popular bookstore. Entah apa lagi yang ada , maklang tak pasti sangat lah...
++++++++++++++++++++++++++


Hari Sabtu pagi, maklang buat laksa Johor. Memang kegemaran Cik abang jugaklah. Ikannya dah diblend last week. Sebenarnya, maklang lupa tentang ikan blend ini, until Cik Abang ingatkan. So, bila teringat, terus aje plan lah nak buat. Entah kenapa pagi tu, rasa macam nak masak banyak pulak. Siap suruh bibik hidang kan kat dining depan. Kenkadang memang kami makan kat dining depan. Lebih berangin. ( bukan hangin ye..) Nak2 kalau makan dengan anak2 memang enjoy. Walau tak cukup korum ( Angah pegi kem lagi dan Along pun ke Kem since hari Khamis), maklang tetap masak banyak. Lepas siap laksa, maklang buat kek, sambil dibantu bibik. As usual, selesai masak, maklang duduk kat depan menjahit, sementara, Cik Abang pulak sibuk entah browse apa, rasanya tengah browse tengok pickup truck. ( Berangan lagilah tu...konon nak masuk kebun senang kata dia. Last week pulak, kereta tersangkut kat selut, lagilah rasa macam nak beli...berangan je nak beli ~ rasanya dah tak jadi beli sebab dah 'sedar' yang ke kebun pun takut sebulan sekali aje. Tak berbaloi nak spend so much money on another vehicle! He..he..)

Sedang kami duduk berbual, tak aleh2 dengar Hakim ke Maya menjerit, mak ada orang datang. Maklang pun intai2 dari jauh sebab masih tak bertudung. Rasanya macam nampak cousin's husband, then her son. Macam tak percaya sebab tak ada call pun beritahu nak datang. It was such a pleasant surprise. Dia beritahu, banyak kali call tapi asyik tak dapat. Of courselaa, phone number yang dia call memang salah. Nasib baik dia ada address dan bila tanya rumah kami, orang yang dia tanya tu memang kenal kami. Rezeki mereka agaknya, dapatlah makan laksa Johor dan kek. Mereka datang pun sekejap aje sebab sebenarnya ada acara family day kat Awana Kijal. Tak ada apa nak kirim, maklang masukkan kek2 yang masih panas untuk dibawa pulang untuk mak sedara kat JB (duduk dekat rumah Wan). So, tengahari tu, meng'kek' lagilah sebab kek2 yang dipesan orang telah beralih arah tujuan....


Ini my cousin. Kami memang rapat masa kecik2 sebab sebaya. Maklang tua dari dia 2 minggu aje. And i had my slip dics ops on her last birthday...hu..hu..
Lupa nak ambik gambar laksa JB dari dekat. Sibuk melayan tetamu!

Petang lepas asar, kak bunda dan anak2 datang nak ambik kek mereka. Maklang pun jemput datang makan sebab tahu kak bunda memang suka makan laksa Johor. Alhamdulillah, sekali buat ramai dapat rasa. Ibusara pun suka laksa Johor nikan..dan dapat jugak rasa!

Malam tu, budak2 mengengek nak pegi makan seafood. Hakim aje nak makan McD sampai merajuk kejap. Kami cuma dapat makan bersama bila hari Jumaat atau Sabtu aje sebab Angah tak ada tusyen. So, we grabbed the chance and pergi makan ikan bakar kat muara aje. Sedap jugaklaa...dan yang pasti perut semuanya kenyang...mana taknya, makan kerang sampai 2 kg, ikan bakar 2 ekor dan sotong se kg ( tapi ini tak habis, tapau ler..). Tak lupa telor dade (ish...lucah sungguh bunyi nya, tapi itulah yang disebut oleh adek yang mengambil order - sebab dia rasa tak lucah sebab kat sini kan lain sebutannya).

Kerang2...feberet maklang dan anak2. Cik Abang tak suka langsung! Untung kami!


Mengamuk sakan mek ni. Perut lapar masa nak pergi so tak leh control temper. Angah pinjam tunung pun boleh hot! Takut tudung dia kembang! Macam2. Kami ignore aje sebab tau dia kalau lapar or penat, hangin dia macam puting beliung..tak tentu arah!
Bila makan datang aje, semua nya OK. Siap boleh share air minum dengan Angah dia...Maya..oh Maya...ikut sapelah hangin ni kalau lapar ek???







oyster along nak sangat . 1o for RM15.oo. Naik sampai RM5 . The last time we came it was RM10! That was what was left. Air sampai 12 gelas sebab kepedasan plus air buah dia, or whatever they are called was so the very tawar one..tau lah gula mahal. In the end air tanbah order air kosong aje sebab memang air sebelumnya tawar betul! Sebab sedap sangat makan, lupalah nak ambik gambar ikan bakar! TInggal tulang baru sedar...gambar tak di ambil...he..he..




Semalam makan lagi. Deghoyan. Dan chicken pie sempat dibuat lepas balik dari deghoyan feast...but of coz bibiks tolong. Gambarnya besok pulak lah ye..penat nak tunggu upload gambar ni. I banyak kelija..jadinya cannot spend so much time here...

Have a nice week ahead!:)




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

24 Comments:

At August 4, 2008 at 9:30 AM, Blogger hanieliza said...

wah seronoknya makan2..puas hati betui maklang duduk umah....
majlis morning coffee d rumah Hajjah Faridah tu terpaksa ditangguhkan due to Hajjah maybe ada tugasan lain...tapi jgn lupa 12 Ogos ni [pot-luck lunch tu..]
kakliza dah mulai bizi giler..schedule aktiviti kakliza ada dalam FP dan blog sana...

 
At August 4, 2008 at 10:34 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Dah lama Cath tak jamu nasi dagang berlauk ikan tongkol... Alamak, craving for nasi dagang pulak... Aiseyman, mana nak carik jauh2 gini.... Huhuhu.

 
At August 4, 2008 at 11:53 AM, Blogger Kak Elle said...

wah bz juga maklang ye ingat saya sorang yg bz dgn tetamu:)

maya ikut maklang ye?...hahaha

 
At August 4, 2008 at 2:11 PM, Blogger zino said...

nampak lauk pauk tu terlior jugak ni hehe

 
At August 4, 2008 at 2:51 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, last weekend mcm2 masak ya, btw, terima kasihlah, dapatlah jugak sy merasa laksa johor tu.

 
At August 4, 2008 at 2:55 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Taim student dulu memang gemar gak makan kerang rebus nie...selalu gi seksyen 17 makan2 ngan member.. bila tengok kerang rebus nostalgia pulak hehehehe

Rajinnya maklang masak memasak, RE la...where do you get ol the energy from ek...

 
At August 4, 2008 at 3:26 PM, Blogger aNIe said...

Maklang kalau bercerita pasal makan2...peruta rasa lapar dah...okaylah nak pi makan...jeles tengok oysters tu...hehehe

 
At August 4, 2008 at 8:28 PM, Blogger maklang said...

kak liza:

puas ati duduk rumah ...kalau boleh tak mo kerja tapi dapat gaji lagi best! bila agaknya dapat peluang macam tu..tunggu dah pencen nanti kalau panjang umur!


Memang pun bz akak ni kan...lama tak nampak kat ym tu...


Cat:

Sedap tau kalau nasi dagang kelantan ni...I like! Masak sendirilah Cat. Kat sana kan ke banyak tuna...lain2 tu bahan mudah aje!

 
At August 4, 2008 at 9:15 PM, Blogger YuszTieY said...

kalau tgk maklang masak..ader jer lam otak saya ni nak masak jugak...nak kena try masak la laksa johor..tak prnah masak lagi ...ader resepinay tak maklang..
muncung jer yer si maya tu..sian nya lapo sgt dah tu...

 
At August 4, 2008 at 11:30 PM, Blogger Abang Long said...

Agaknya kalau kita bertemu, berapa panjang kita akan bercerita ?

 
At August 4, 2008 at 11:35 PM, Anonymous Anonymous said...

pernah tinggal kat kerteh dalam tahun 1988, waktu tu kerteh mcm kena sumpahan mahsuri, boring tak ada ape.
Area tu mungkin dah membangun sekarang, waktu tu baru kawin arwah FIL kerja kat Petronas

 
At August 5, 2008 at 8:45 AM, Blogger Abahnajwa said...

Maklang..salams

Nih abah dah jumpa dah tempat bertandang abah...hahaha..

Pertamanya trima kasih sebab jenguk pondok abah..

Keduanya kan.. Abah nak minak tunjuk ajar nak masak nasi dagang ni..Dah lama abang merengek kat Ain..dia kata takda cikgulah bang..

Haa..ni abah dah jumpa cikgunya..boleh jadi cikgu Ain Maklang?

Kalau sudi..apa pengerasnya??

Salam dari Liverpool

p.s. Mintyak izin linkkan blog maklang ni kat pondok abah ya..

 
At August 5, 2008 at 12:00 PM, Blogger azrienazin said...

hi maklang,

tabik spring la kat maklang ni.. rajin masak, rajin menjahit, rajin update blog, rumah cantik, RE cantik, semua2 lah... untung betul hb and anak2 mak lang. suka sangat baca blog maklang (all 3), tp tak penah tinggal comment. Ni 1st time. Rasa tak best kalau tak blog hop kat blog maklang.
ok lah.. take care k.. and keep blogging.

 
At August 5, 2008 at 12:20 PM, Blogger Neeza Shahril said...

berselera sungguh tengok nasi dagang tu maklang.. ada resepi tak? nak try buat la.. kot la boleh buat untuk buka puasa nanti :). oh ya.. laksa johor sekali ye.. hehee..

tak pernah neeza tengok oyster jual kat sana.. mungkin neeza yang tak mengorder kot..

seronoknya makan2... rindu pulak nak balik makan dimalaysia..

 
At August 5, 2008 at 1:13 PM, Blogger Tie said...

Eh sedapnya gulai nasi daging taruh belimbing tu..dah lama tak buat..kena ada ramai org baru best kan..

 
At August 5, 2008 at 1:49 PM, Blogger Kaktiny said...

wallaweh maklang.. bestnyer open table..

 
At August 5, 2008 at 6:46 PM, Blogger demonsinme said...

ASSALAMUALAIKUM:

IBUNDA ML, tabikssss spring lah kat bonda. Layan oyster. Perghhhhh...best sesangat sangat tu.

Lam nor saya tak makan oyster.

 
At August 5, 2008 at 9:16 PM, Blogger shaz said...

Bestnya mall dah nak buka, ada toy r us, secret recipe, BK. Dulu kita orang excited tengok mall tu dibangunkan, lepas tu dah pindah. Kalau tidak memang tiap hari lah menyinggah di situ.

 
At August 5, 2008 at 9:37 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang bz sokmo...

of coz maya ikut mak bapak dia...takkan ikut akak kot!

zino:

kalau nak datang lain kali kita makan2 laa

Ibusara:

Rezeki kena share sama2


Azwa:

Rahsianya senang ajer...kerja rumah seme bibik yang buat..masak pun mereka tolong. So, other times maklang can enjoy my hobby...Dah kerja esok tak adalah macam ni lagi...hu..hu...

 
At August 5, 2008 at 9:40 PM, Blogger maklang said...

kak lady:

memang sedap cerita pasal makan...perut pun kenyang aje rasanya!

Yus:

Ada resepi kat blog masak. Cubalah..

Abang Long:

Kalau ada rezeki bolehlah bertemu...kalau diizinkan olehNya...

 
At August 5, 2008 at 9:47 PM, Blogger maklang said...

kak eids:

sekarang pun macam sunyi aje kerteh...tapi mungkin tak macam dulu...nanti ada mall lagi meriah kot. Ada McD pun dah meriah, apalagi ada mall kan...

abahnajwa:

maklang bab nak jadi cikgu ni ada susah sikit.

Kalau Ain nak tengok pergi fp Kak hanieliza...macam2 resepi ada.

Kalau buat nasi dagang tu, ambil kat fp kak liza, kuah kalau ikut masakan kelantan, ada kat blog maklang. Masak lemak ikan tongkol..rasanya...

link aje abahnajwa..

azrienazin:

Tq..Tq...sebab tinggal jejak bertapak ni...kalau tak maklang tak tau sape yang datang kan..

maklang ni insan biasa aje...suka2 aje...

 
At August 6, 2008 at 12:31 AM, Blogger zino said...

maklang..
kalau berpeluang ke sana lagi memang tak boleh miss utk singgah hehe

 
At August 6, 2008 at 8:53 AM, Blogger maklang said...

neeza:

resepi? maklang belum sempat letak lagi kat blog tu...bz ya amat! nantilah..kalau tak sabar, pegi aje kat blog kak liza...mesti ada!

tie:

Masam betul belimbing tu..hmmm tapi sedap!

tiny:

memang sedap kalau makan orang dah siapkan!:)

Demon:

maklang oyster ni tak makan. anak2 yang nak sangat!

 
At August 6, 2008 at 8:55 AM, Blogger maklang said...

shaz:

memang best, tapi rasanya taklah tiap ari maklang nak ke situ. keje manalah ada masa nak sopping selalu!

zino:

silakanlah...ni pun ada yang nak singgah sini hari ahad ni..maklang cadang nak buat mee rebus aje! InsyaAllah..

 

Post a Comment

<< Home