Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, August 11, 2008

Tetamu

Assalamualaikum...


Lengoh dan letih badan maklang sejak petang semalam. Bukan sebab apa, waktu2 bulan mengambang ni memang badan tak sedap. Walaumacamanapun, maklang rasa teramatlah seronok sebab menerima ramai tetamu kehormat kat rumah maklang tengahari semalam. Penantian telah pun berakhir. Alhamdulillah..


Sejak hari Jumaat lagi maklang dah sibuk2 sikit prepare untuk nak masak. Ialah hari Jumaat Cik Abang ke pasar kan. Jadinya kirim lah segala barang yang perlu di beli untuk nak masak mee rebus. Jadinya pagi tu maklang dah siap buang ekor taugeh, supaya tak terkejar2 masa hari Ahad nanti. Sambil2 siang taugeh tu, maklang duduk mengsupervise bibik plus anak2 macamana nak cuci kolam tu. Al maklum sejak 3 bulan kolam tu dah beroperasi, baru aje nak dimandikan. Pagi tu jugak, maklang tumis sambal buat mee rebus.

Sexy betul bujang maklang dengan singlet dia.




Maya pulak tunggu kat DB untuk nak on off the power supply to the pumps. Along n angah seme sexy so, no
picturelaa..



Hari Sabtu pulak pepagi maklang dah ikut Cik abang menghantar anak2 ke sekolah. Hari Sabtu kena ganti cuti untuk Raya nanti. So, sempat pulak terfikir nak pegi makan roti canai kat Kemasik. 11 tahun duduk sini, tulah pertama kali kami makan kat situ. 11 tahun dengar orang kata makan kat situ sedap. So, kami pun makan. Dan terbukti memang sedap! Servis pun cepat. Cik Abang pun sukalaa..


Lepas balik, maklang pi round2 kejap around Kemasik kejap. Sampai rumah terus mula buat spaghetti sos seperiuk besar. Hmmm...anak2 ni kalau spaghetti memang suka sangat. Nak2 si no. 1 dan bujang. So, hari tu berkhenduri besar lah mereka. Maklang bab spaghetti ni tak berapa suka sebab bau lama sangat kat dapur, buat maklang muak pulak nak makan...he..he..so petang tu mintak bibik goreng nasik je...sedap!

Sempat jugak maklang buat kek coklat dan kek carrot pagi tu. 2nd round buat kek coklat, bibik yang buat. Semuanya kembang setaman sampai terkeluar dari mangkuk! Hmmm..terlebih bikarbonat lah tu! Petang pulak maklang buat tiramisu...Lebih pada tsunami kot, sebab tenggelam timbul biskut tu...tak pe kan..tak try tak tau!

++++++++++++


So semalam pagi, lepas semuanya dah ke sekolah dan Ci kAbang dah ke pejabat, maklang dan bibik2 sibuklah kat dapur. Relax2 aje sebab tinggal nak buat kuah mee aje. Lain2 senang aje. Bakar ayam pun senang aje. Yang lecehnya nak buat the lain2 tulaa...nak rebus telur, nak goreng tauhu etc. Wan Pari dan Tok Uncle pulak tiba kol 9:30pg, jadi kenalah layan tetamu sat. Then bila Wan Pari nak balik, dia mintak pulak nak pegi beli tupperware. So, pergilaa kami memborong tupperware pulak. Hmmm...manalah I tak kelam kabut. Bila tetamu tiba, masih ada lagi yang terbengkalai kat dapur. Anyway, by the time the guest of honour tiba, semuanya dah ada. Rina and family datang dengan kimbap, cake purple ( tak abis lagi purple dia tu!) dan jugak kastad berkuah ( siap letak dalam cold box lagi!). Mulan came with her Chi goa ( betul ke eja dia ni Mulan? Maklang malas nak pi cek kat blog awaklaa..) , Ibusara dengan pisang dan kak liza , the last to turn up - bz dengan anak2 kot came with laici dan icecream. Abe Id pulak bawak 4 kotak icecream..Terimakaseh semua kerana memenuhkan meja maklang yang tak berapa nak penuh!





Alhamdulillah all went well. Mee rebus tinggal sikit aje. Tak dapat nak bekalkan kat Safiyyah dan Maya..nanti b4 awak balik, maklang buatkan lagi nak tak? Yang lain2 tu dapatlah di bekalkan terutamanya bubur pulut itam. Banyak makanan sangat kata semuanya dan Alhamdulillah dapat memenuhkan perut semua yang hadir. Sedap tak sedap belakang kira asalkan dapat bertemu mata...Cik Abang sempat bawak tour rumah maklang yang bersepah ni..he..he..





Seronok dapat berjumpa dan berharap dapat jumpa lagi di lain waktu, InsyaAllah...





Yang maklang tak dapat lupa, bila Abe Id commented ..." Selalu nampak meja ni kat blog..."..hehe...Dapat jugak ye menjamu selera kat meja tu...terkenal jugak meja maklang tu! Oh, tak lupa untuk the gifts yang cantek2 tu...Terimakaseh lah banyak2. Buat susah2 aje!


Mimi comel dengan cekak rambut dia...


Pengantin baru yang hensem dan jelita bersama adinda...tengah makan apa tu??








Apa jugaklah tu yang dibisikkan Lokman ke telinga ayah dia tu...




Wah kak Liza...sedap tak maklang masak?



Haaa..the perempuans...Yang lelaki nya tak sibuk pun nak bergambar..Lepas dah bergambar, lupa pulak nak snap2 lagi...Maklang sibuk layan tetamu!

Salam persahabatan...memang amat menyeronokkan..
( Maklang masih menunggu ketibaan Queen E yang tak sampai2 dari Singapura tu...)

Alhamdulillah...penuh meja with all kinds of food...hasil tangan2 makcik2 kat sini...Syukur atas segala nikmat dari Allah...


Petang sebelum tu, sempat jugak maklang jahitkan sebuah beg kecil buat kak Lil...maaf kak, tak sama dengan designer beg akak...buat isi telekung dari Mulan tu jadiklah kan...




Ini dia tiramisu yang maklang dan Along dok main2 maghrib Sabtu lepas...Pahitnyalah kopi itu!

Alhamdulillah...carrot kek yang maklang buat pagi Sabtu tu naik..dan cantek, tapi lain kali, kena tambah sikit the minyak. Rasa macam kering sikit! Terimakaseh Asiah ( anak murid maklang), for the resepi!











Pagi ini, maklang cadang nak buat beg sendiri pulak. Terseronok tengok beg yang maklang buat untuk Kak Lil tu. So, sendri juga mau!

Petang nanti nak ngajar lagi..seronok jugak duduk rumah ni. Tapi kena tunggu 7 tahun lagi kalau panjang umur untuk nak tak kerja terus. InsyaAllah, by then, angan2 maklang nak jadi suri rumah akan dimakbulkan...

Have a nice day...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

13 Comments:

At August 11, 2008 at 9:01 AM, Anonymous Anonymous said...

amboi amboi amboi.. sedapnya menjamu selera... ummi pun nak join jugak.. hehehe..

mee rebus tu! mesti sedap maklang masakkan.. wah murah rezeki betullah kawan dubai kita tu kesana.

 
At August 11, 2008 at 10:16 AM, Blogger cikMilah said...

betullah kan.. tetamu datang bawa rezeki..Meriah!!! macam hari raya.

 
At August 11, 2008 at 10:49 AM, Blogger Kak Elle said...

maklang saya cuma bau aje dari sini...

dari alam maya ke alam nyata semoga kekal ye?

 
At August 11, 2008 at 10:50 AM, Blogger Cat Cat said...

Seronoknya maklang dapat jumpa dengan Abg Idham & Kak Lil... Banyaknya makanan.. cam raya pulak... Kekeke.

 
At August 11, 2008 at 1:59 PM, Blogger silversarina said...

salam,

memang macam raya suasana semalam , sedap makanan dan cantik resort maklang memang match untuk family gathering .

maya dan safiyyah kata nak rasa juadah maklang yang lain pulak selain mee rebus sebab maklang pandai masak pelbagai makanan, demand pulak anak-anak dara I ni.. hahahah.

 
At August 11, 2008 at 7:02 PM, Blogger Mulan said...

memang seronok kan maklang.. he he saya tak puas makan la sbb kena balik awal.. lepas tu datang semula, semua dah habis.. he he he.. tapi dapat tapau jugak.. bestnya, bestnya..

 
At August 11, 2008 at 7:56 PM, Blogger hanieliza said...

kakliza pun seronok juga walaupun dalam really kepenatan sbb baru bali dari wedding kat KL tu..
diucapkan berbanyak2 terimakasih atas layanan superb dari maklang yg tak lokek menjamu kami sekelian..
it's really syukkkk..tambah tenguk makanan yg banyak sekali...
nanti kkliza stori pula dalam FP kakliza..

 
At August 11, 2008 at 10:25 PM, Blogger zino said...

amboi meriah nya... hehe

 
At August 12, 2008 at 5:34 AM, Blogger Faizah said...

seronoknya dapat berjumpa bloggers ramai2..k elle jer xde kan..

 
At August 12, 2008 at 9:01 AM, Anonymous Anonymous said...

Salam Mak Lang, Saya selalu jadi silent reader aje.Nak tanya yer sapa nama nya pengantin baru tu, yg lelaki, macam kenal lah .Dia orang mana yer.

 
At August 13, 2008 at 2:21 AM, Blogger Abang Long said...

Rasa kenyang, setiap kali melawat blog ini. Semoga maklang cepat sembuh. Hanya itu yang mampu abang long pinta dari Allah. Hendak membalas, tidak berdaya. AMIN.

 
At August 13, 2008 at 10:31 AM, Blogger maklang said...

ummi



Menjamu selera tu mesti bila ada pertemuan...masak ala kadar aje!


CikMilah:

Alhamdulillah...rezekinya banyak..


Kak elle:

Kami masih lagi menunggu ketibaan akak...cepat2 lah datang sini!

 
At August 14, 2008 at 8:44 AM, Blogger Unknown said...

maklang....:-)

sungguh seronoknyaaaaa dapat bertemu maklang dan femili - sungguh istimewa layanan dan kemesraan. paklang tu memang best!! PR dia cukup tinggi....kita rasa selesa sekali walaupun pertama kali bertemu. "TERATAK" maklang - besarrrr!!! dan cantikkkkk!!!

errmm....masuk jer rumah maklang....first sekali ternampak 'meja' murah rezki tu....hehehehe.

terimakasih maklang dan paklang....

juga terimakaish kepada sarina dan mulan yang bersama2 membawa juadah menjamu selera dan di atas persahabatan yang di berikan.



pp

 

Post a Comment

<< Home