Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, August 13, 2008

Sibuk lagi...

Assalamualaikum...


Sekarang ni maklang mengira hari aje. Entahlah mood nak kerja hilang langsung lepas dapat surat increment. Benci dan menyampah nak pergi office tu. Tapi nak buat macamana kan kena redha ajelah dengan apa yang telah terjadi sambil memohon di tabahkan hati dan hati yang amat luka ini dapat diubati. Buat masa sekarang, maklang seolah2 mencari jalan bagaimana untuk tak payah nak kerja lagi. Badan ni pulak, bukan boleh nak kerja kuat lagi. Masih sakit lagi pinggang ni kalau dibuat kerja kuat2.

Dua hari lepas sebab banyak duduk dilantai, jem kejap kaki dan pinggang ini. Terus mintak bibik urutkan. Bibik baru ini kalau urut rasa cam nak tercabut nyawa I yang dah dekat kot nak ke sana...Tapi terasa legalah lepas tu.

Semalam maklang ke rumah Ibusara bersama Mulan. Nak buat macamana, nak kemana pun harus ada supirnya. Ada baca Yassin kat rumah Ibusara. Mulanya mintak bibik buat kueh cara aje, tapi sebab bibik buat adunan lembik, maka kensel, nak buat pulak kuih dadar. Tengah2 buat tu nampak pulak ada mee sebungkus besar. Tukar lagi menunya..jadilah mee goreng. Maklang tumis aje, bibik yang tolong kacau2. 3 kg..tak terlarat nak kacau mee. Berat...

Tu saje buat kali ini. Maklang ada bbbaaaannnyaaakkkk kerja nak diberesin sebelum kerja ni...

Salam hari Rabu buat semua. Selesai maklang balut yassin2 ni, nanti Insyaallah, maklang updet lagi...Masih ada lebih kurang 20 aje lagi...

Untuk nonie, Yassin dan beg tu made to order. Ada dua harga beg with Yassin and ALmahthurat or beg with Yassin aje. Please go to The House of Beautiful Crafts kat link maklang ni...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

12 Comments:

At August 13, 2008 at 12:39 PM, Blogger Neeza Shahril said...

takpelah maklang.. pergi kerja buat macam biasa aje. memang pedih hati tapi apakan daya kan. neeza pernah kena kes gitu tapi tak lah sama sangat.. sedih sangat bila rasa tak dihargai ni kan..
Kalau tak semangat yang husband neeza bagi, memang rasa malas nak kerja lagi masa tu...

 
At August 13, 2008 at 1:25 PM, Blogger cikMilah said...

Sementara belum kerja lagi, jangan di fikir2kan hal tu. Nanti spoil mood kan. Tiba hari kerja nanti, pergi jer, buat macam biasa tapi expect the unexpected. Have fun with all the artsy craftsy house work. Smile.......

 
At August 13, 2008 at 3:00 PM, Anonymous Anonymous said...

10 tahun dulu bila ambil keputusan utk berenti keje, tertanya tanya juga nak buat ape kat rumah, then tanya hubby kalau akak berenti boleh survive ke kita sekeluarga, hutang rumah banyak lagi. hubby cakap "boleh" insaallah rezeki DIA dah aturkan.

 
At August 13, 2008 at 4:29 PM, Blogger ummu asiah said...

mak lang...

ceria-ceria selalu..hidup mak lang sentiasa berseri dan cergas dengan kerja-kerja craft, masak dan layanan kepada tetamu jauh dan dekat...lebih ramai hamba Allah yang lain yg menghargai mak lang.

saya suka baca kata2 neeza dan eids63 n maybe ramai lagi yg senasib tetapi kata-kata suami memberi perangsang sudah tentu lebih dan amat berkesan..teman sehidup semati kita InsyaAllah...kerana Allah.

 
At August 13, 2008 at 4:44 PM, Blogger shaz said...

Mak Lang,
Tak lama lagi hilang lah rasa sakit hati tu, ni sebab baru tengok surat tu so masih dlm kejutan. Macam org kata 'time will heal'. I rasa kalau Mak Lang tak kerja pun no problem, projek Mak Lang banyak, skill pun banyak.

Baca semalam punya entry pasal roti canai kemasik, best kan. Dah sekarang I teringat roti canai tu pula.

 
At August 13, 2008 at 7:00 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, 1st, terima kasih banyak2lah kerana bawa mee goreng yang sangat sedap tu, 2nd, byk2lah
bersabar,itu dah memang adat dlm bekerja, bab2 increment ni sensitif sikit lah, kat mana2 ofis pun sama, politik pejabat

 
At August 13, 2008 at 7:29 PM, Blogger Kak Elle said...

apa yg saya nak tulis dah di tulis pun olih kawan2 ya lain..buat lah ini sebagai dugaan..misal kata kawan last year pun dlm kedudukan yg sama mcm maklang tahun ni agak macam mana pulak persaan mereka pada tahun2 yg lepas?Hakikat nya maklang jgn putus asa Dia selalu bersama kita baik jahat Dia yg pertimbangkan....so maklang cheer up ye?

 
At August 14, 2008 at 3:46 AM, Blogger Semut Api said...

surat mendatar?

 
At August 14, 2008 at 9:58 AM, Blogger Kaktiny said...

salam maklang..

kata nak bagi akau nombor?.. mananyer?..

tak sabar nak bagi beg telekung tu kat mak and kakak..

 
At August 14, 2008 at 1:28 PM, Blogger pB said...

SALAM MAK LANG



byk perkara berlaku yg kdg kdg kita rasa tak adil

tapi

dunia sememang tidak pernah berlaku adil kepada penghuninya ...

 
At August 14, 2008 at 3:39 PM, Blogger silversarina said...

salam,

masa cuti lagi ni, lupakan kisah pejabat tu, buat apa yang ingin dilakukan ... sorry pagi tadi tak jemput ke rumah sebab kami masa tu dah nak ke spa, urut badan dengan anak2 dara I ni :P

 
At August 14, 2008 at 5:15 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang rileks ok.. mungkin ada rezeki lain yang sedang menanti mak lang..

 

Post a Comment

<< Home