Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, August 15, 2008

Selamat Bercuti...

Assalamualaikum...


Pagi2 yang hening ini teleh kedengaran nyanyian2 sumbang anak2. Lepas solat Subuh, dua2 kecik tak dapat tidur lagi. Tak seperti biasa, kalau kejut nak ke sekolah tu pun ngantuk aje. Kalau dah mandi pun masih layu lagi. Tapi hari ini...sungguhlah cerianya keadaan...Hmm..Cuti sekolah telah pun bermula buat kami di pantai timur. Mana tak happy nya... Tapi Angah yang memang kuat tidur, masih lagi berlepakkan kat katil dia. Entah pukul berapa pulak nak bangun tu ( oooppsss...tak habis menaip, Angah dah datang kat bilik ni...dah siap mandi lagi...hangin apa ari ni tak tau lah tu...lapar kot! Ampun Ngah!)...Along ke kem lagi semalam. So, kurang satu korum hari ini...Kalau tak cukup korum ni memang tak bestlah. Tapi riuhnya sama aje. Bila Along tak ada, tak ada yang usik Hakim, ingat senyaplah sikit. Tapi kakak2 yang 2 pulak yang mengganti Along. So, riuhnya sama aje...

Hari ini maklang cadang nak guna DINO maklang, InsyaAllah. Hmm...best DINO tu. Gambar tak sempat nak ambil lagi. Nanti kalau ada masa, maklang masukkan kemudian. Kalau nak tahu DINO ni ialah pemegang ram atau pemidang masa menjahit. Maklang ternampak kat blog Aleesa dan terus order dari Musliha dari http://duniamusliha.blogspot.com. Abah Mus yang buat sendiri. Kemas buatannya..

Rasanya, sekalai lagi kami tak kemana2 cuti sekolah kali ini. Anak2 semua sibuk nak periksa. Jadinya tak adalah nak kemana2. Angah ada kem kat Cherating nanti mulai Khamis depan. So, khenduri doa selamat nanti Angah pulak tak ada. Alhamdulillah dah siap semua Yassin maklang, Alhamdulillah maghrib semalam selesai semuanya. At last. Sambil maklang buat Yassin tu, maklang sempat nyalakan mesin sulam tu...Dapat 2 helai tudung. Ada pulak permintaan tudung. Ikutkan malas nak buat. Tapi ni pun buat main2 aje. Sekadar melepas gian nak sulam sebelum nak kerja ni.. ( ye ke..nak start kerja ni...Abang kata kalau nak sambung, apply lah...tapi kalau pk2 nanti lagi lama tak kerja, lagi malas . Rindu jugak kat kawan2...kat Boss kalau boleh tak ingin nak tengok muka! he..he..I think the feeling is mutual kot...)


Khenduri nanti, Wan dan Atok tak datang. Asal plan nak datang Rabu depan, tapi kita merancang, Allah yang tentukan. Atok had a mishap last week. Tengah2 dia siram pokok bunga, dia tergelicik. Mulanya Atok ingat tak ada apa, tapi masa tergelicik tu, kaki dia berbunyi. Ingatkan urat dia. Rupanya ada fractured kat kaki dia. Kebetulan hari tu, kaki maklang pun jem sepanjang hari. Dah 2-3 kali kalau atok sakit, maklang macam terasa aje...Hmmm....Apasal ye...mungkin kasih yang tebal buat abah tercinta. Sama jugak dulu, masa Along terseliuh tangan, maklang wish dalam hati, biar maklang yang sakit, dan tak berapa lama, sakit tu macam pindah kat tangan maklang...and Along was well... Agaknya ikhlas, jadi Allah berikan pada maklang...Tak taulah...Allah aje yang Maha Mengetahui...

Oklah..maklang nak pi buat breakfastlaa...selamat bercuti...and have a nice day...Senyum Sokmo...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

11 Comments:

At August 15, 2008 at 8:22 AM, Blogger Ummi365 said...

kalau hati dah tak nak keje.. berhenti jelah maklang .. lagi pun maklang boleh pursue with your sewing and cooking tu.. kan lagi best.. ummi pun nak berhenti jugaklah tapi tak expert macam maklang nak masak and jahit lagilah.

 
At August 15, 2008 at 2:59 PM, Blogger Neeza Shahril said...

susah juga nak buat decision kan Maklang.. kalau kerja cam neeza dulu, neeza tak kisah nak berenti.. tapi macam maklang.. mungkin fikir banyak kali jugak kan..

semoga kaki Atok segera sembuh.. mintak dia banyak2 rehat..

 
At August 15, 2008 at 4:43 PM, Anonymous Anonymous said...

Lina,
Tawakkal je.. Insya allah rezki tu ada. Cam kak wynn.. hehe tup-tup keje yg tak perlu pkai byk CPU. Easy hours..tp mmg lah gaji tak se-deras dulu. Tapi dulu tu gaji n stress sama byk. Now stress free life.

 
At August 15, 2008 at 10:27 PM, Blogger zino said...

kalau perlu sambung cuti lagi...

 
At August 16, 2008 at 8:42 AM, Blogger Kak Elle said...

oh kat sana dah cuti sekolah ye?kesian atok dah lah kaki tu sakit ni jatuh lagi..semoga atok cepat sembuh.

 
At August 16, 2008 at 11:19 AM, Blogger pB said...

salam mak lang ...


pB , cuti kali ni tak ambik cuti pun.

Budak budak makin sibuk dengan kelas tambahan anjuran sekolah mereka.
Siang ada.
Malam pun ada ...



Pereksa UPSR pun dah dekat sangat dah nie ...


Hi hi
jeles lak dengan member member yang bercuti balik kampung .
Balik makan nasi berlauk ....



Take Care Mak Lang

 
At August 16, 2008 at 1:30 PM, Blogger cikgooden said...

akum maklang..


selamat becutian...ringankan kepala dengan menjahit..uiks?..boleh ringan kepala ker?..

salam ziarah..ahakkkkks

 
At August 17, 2008 at 2:39 AM, Blogger Abang Long said...

Kerja kita memang tidak akan berhenti, kecuali 'dipanggil-Nya'.

Do'a abang long tidak pernah putus untuk insan yang membantu abang long.

Ya Allah, DIKAU berilah kesihatan dan kesejahteraan buat Maklang ...AMIN.

 
At August 17, 2008 at 9:36 AM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Semoga atok cepat sembuh...kena banyak rest tu.

Tough decision Maklang ek...cuba terai test amek unpaid leave...and see how it goes.

 
At August 17, 2008 at 9:00 PM, Blogger  Lee said...

Hi Maklang, hope everything is fine. You keep well and have a great week, best regards, Lee.

 
At August 18, 2008 at 5:51 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum Maklang..
Saya nak tumpang iklan..
Kami ada menjalankan perniagaan bekalan bahan2 bakeri di alamat spt dibawah:

KESUMA USAHA TRADING
NO. A22, TAMAN PERUMAHAN GONG BADAK 3 (bersebelahan tapak pasar malam)
21300 KUALA TERENGGANU.
WAKTU OPERASI:
ISNIN-SABTU: 9.30AM-6.30PM
AHAD:TUTUP

Bila ke KT jemputlah singgah kekedai kami...
Sila talipon kami untuk keterangan lanjut 016-2086227
Terima kasih...

 

Post a Comment

<< Home