Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, August 27, 2008

Mengejar masa...

Salam...


Hmmm...Maklang sebenarnya belum masuk kerja lagi...Dr. kasi lagi seminggu untuk nak tenangkan fikiran sebelum masuk kerja. Alhamduilillah, folo up dengan Dr. last wiken went well. Lepas dari Dr. kami ke rumah Datok sekejap. Ingat nak jumpa adek beradek Cik Abang, kot2 masih ada yang belum balik ke KL. Almaklum masa kenduri tahlil tu kami tak dapat hadir sebab di rumah kami juga mengadakan tahlil dan doa selamat pada petang Jumaat. Alhamdulillah..dapatlah jumpa 2-3 keluarga yang masih di rumah Datok.


Selepas dari situ kami pergi makan tengahari. It was quite late already, almost 3:30 kot bila kami reached the restaurant. Sedap makanan Thai kat situ. Berdua aje...Kalau masa muda2 dulu, makan berdua, sehabis hempit nak duduk dekat. Tapi sekarang ni duduk selang satu kerusi...Sampai maklang komen...eh..jauhnyalaa Cik Abang I ni...he..he...agaknya lemas dah duduk dekat2 sangat ( read dah mengembang semuanya...paneh!), tapi masa nak makan tu, kenalah duduk dekat2 kalau tak, jauh pulak nak ambik makanan...


Balik dari makan, kami singgah kejap jumpa kawan, nak ambik karipap yang kami tempah. Then straight back homelaa...Tiba rumah hujan dah mulai turun dengan selebat2nya. Mengenangkan tak ada apa nak makan, maklang ajak Alang ke pasar malam kat rumah ni. Beli ayam 3 ekordan ikan2 untuk Wan. Hujan selebat2nya! Basah lencun I...Then lepas balik, kami mula lah operasi nak bakar ayam. Cik Abang dah lama belayar. Dia penat. Maklang biar aje dia tidor. Memang tahu kalau dia penat, jangan diganggu...takut hangin...he..he..Maklang suka nanti bila dia bangun tau2 makanan dah siap aje...Sayang lakilah katakan...he..he... Lagi pulak, malam tu dia ada keja pejabat nak diselesaikan..

Malam lepas makan, barulah sempat nak bual2 dengan Alang. Si Ucop dan Yasmin, baby Alang, tido, so bolehlah maklong and mummy dok gode Pc...he..he..Seronoks...sebab besok pepagi tu Alang dah balik.

Ahad, pagi2 Alang dah balik. Tinggallah maklang sorang. So sejak dari ari Ahad tu, maklang dok concentrate dengan jahitan RE untuk Neeza, tinggal sikit aje lagi. Seronok tengok 6-6 dah nak siap. Terasa leganya. Nak mula dengan Yana dan Ibusara punya pulak.



Hari Senin malam, maklang dan Angah ke sekolah. Ada Malam Restu. Sedih dengar ustadz dan pemotivasi bagi ceramah. Mak menangis, anak2 tak tahulah... Sebelum ke Malam restu tu, sempat maklang tampalkan bunga2an kat Cheese kek yang kawan Along tempah.

Penuh sekatil jahitan maklang...Tulah DINO yang maklang sebutkan ari tu. Senang nak jahit kalau ada DINO.









Pagi semalam, Puan Mulan dan Asiah datang ke rumah maklang. Saje nak visit sebelum maklang kerja. Terimakaseh ye...maklang jatuh cinta dengan beg tangan Puan Mulan...Cantek...Entah berapa lah harga yang bakal ditawarkan...Kalau tak termampu, jahit aje lah dengan kain yang nak tiba dari KL tu...he..he...Tak sabar nak menjahit beg pulak!

Petang pulak, maklang ke McD dengan Kak Liza. Jumpa MamaFami. Seronoklah buat pertama kali berjumpa sudah pun mesra. Ingat nak jumpa kat Mesra Mall, tapi tak siap2 lagi...Entahlah tahun
bila nak siap tu! Hmm...tunggu ajelaa...


Setakat ini dulu, entah bila boleh updet lagi..Maklang betul mengejar masa...Selamat menyambut Ramadhan...





Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

18 Comments:

At August 27, 2008 at 10:55 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

alhamdulillah dpt cuti lagik tu hehe bleh la tenangkan fikiran sebelum naik keja..
mudah2an Allah beri kekuatan dan kesihatan yang baik buat Mak Lang yer... aminnnnn

saya suka bunga2 yang maklang jahit tuuuu cantik sekaliii

 
At August 27, 2008 at 3:51 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Syukur dapat cuti tambahan lagi. Dapat la menenangkan fikiran dengan RE yang tengah diusahakan itu...Selamat menyambut Ramadan.

 
At August 27, 2008 at 4:44 PM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza pun cheese cake hari ni.. ikut resepi kak Ummi pulak :)

Maklang sambung cuti ye..? jaga diri ye :)

 
At August 27, 2008 at 5:26 PM, Blogger Mak Teh said...

Selamat masuk berkerja semula mak lang! Semoga mak lang akan sentiasa berasa bahagia dan tenteram. Semoga sentiasa di dalam rahmatNYA! Ameen!

 
At August 27, 2008 at 5:57 PM, Blogger Sya said...

ML.. maaf yer lupa nak htr mende yg mak lang nak tu.. petang ni sya jumpa dia sya mintak k.

 
At August 27, 2008 at 7:30 PM, Anonymous Anonymous said...

maklang nak tempah beg solat ngn yasin..mcmane yer??ada no bley kite kontek2 x?:)

 
At August 27, 2008 at 8:29 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang kalau hati belum nak kerja
ambil aje cuti tak bergaji dulu.

selamat menyambut ramadhan untuk ML sekeluarga.

 
At August 27, 2008 at 8:39 PM, Blogger MAMAMIA said...

Mak Lang ni, cuti sakit dari pejabat aje, tapi kerja2 kat rumah maintain rancak.

Dino tu, hasil ciptaan sendiri ke? Kreatif....

 
At August 27, 2008 at 8:50 PM, Blogger cikMilah said...

meriahnya bunga Neeza tu, buat cushion cover ke?
Dah lama MC rasa kekok nak keja balik kan... tak apa.. bila dah masuk gear nanti.. jalan terus jer..:)
Take care.

 
At August 28, 2008 at 12:44 AM, Blogger Abang Long said...

Maklang ambil pil penenang ?

Ambil, tapi jangan amalkan...

 
At August 28, 2008 at 5:38 AM, Blogger simah said...

salam akak.. selamat berpuasa di bulan ramadhan mulia..

insyaAllah...kita jumpa one day yea?

 
At August 29, 2008 at 10:45 PM, Blogger MamaFaMi said...

Mama pun seronok dapat jumpa Mak Lang hari tu. Nasib baik mama ada telepathy dengan Kak Liza.. ahakss.. Mak Lang take care ye. Selamat menyambut Ramadhan al Mubaraq buat Mak Lang sekeluarga.

 
At August 29, 2008 at 10:55 PM, Blogger aNIe said...

Semoga maklang dpt tenangkan fikiran supaya sama2 dpt menyambut ramadhan dengan lebih ketaqwaan...

 
At August 30, 2008 at 7:00 AM, Blogger silversarina said...

salam,

baru tau macam2 alat kena ada untuk mudahkan pembikinan RE ... masih tak faham kegunaan DINO tu ( saya ni 'buta' bab jahit/sulam ), anyhow memang cantik RE tu semua .

selamat menyambut ramadan .

 
At August 30, 2008 at 9:44 AM, Blogger zino said...

ada ke cuti tenangkan fikiran.. bagus tu.. hehe

selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa..

 
At August 31, 2008 at 9:27 AM, Blogger Ku Keng said...

Ramadhan Karim Maklang. Semoga pada bulan ini badan bertambah sehat dan ibadah semakin meningkat

 
At September 1, 2008 at 7:34 AM, Blogger KakNi said...

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak - semoga semua ibadah di bulan ramadhan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT

 
At September 1, 2008 at 12:28 PM, Blogger Sya said...

ML.. Selamat Berpuasa utk ML sekeluarga

 

Post a Comment

<< Home