Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, June 30, 2008

Lamanya..

Assalamualaikum..


Maklang sekarang ni kan macam tak sabar aje. Banyak perkara yang memerlukan kesabaran maklang, tapi kadang2 rasa macam tak tercapai aje. Al maklum semuanya berlaku bukan dengan kehendak kita. DIA telah menentukan segalanya. Kesabaran memang terlalu di uji. Kadang2 rasa macam tak tau nak bersyukur... Tapi bila muhasabah diri dan melihat kesusahan orang lain, maklang jadi insaf. Sejak 2-3 hari lepas rasa sedih sebab kaki ni macam tak mau nak baik. Sejak hari Sabtu lepas memang rasa lengoh aje belakang maklang ni. Terlupa nak pakai bengkong, maklang jadi tak kuat. Memang sepatutnya kalau berdiri kenalah berbengkong. Jadi ada yang memegangnya.. Disebabkan tak pakai bengkong, 2 hari jugaklah lengoh kat pinggang ni. Tapi maklang sentiasa berdoa semuga beban yang di tanggung ini diangkat semula. Semuga maklang akan berasa lebih sihat dalam hari mendatang, InsyaAllah...

Rasa insaf datang bila maklang baca blog Kassim Selamat. Link dia ada kat blog Sya..maaf tak tau apa link dia! Sungguh tinggi kesabaran dia. Ujian yang diberi memanglah amat berat! Kalau di compare dengan apa yang maklang lalui ini memang tak tercomparelah betapa penderitaan yang ditanggungnya...Maklang doakan kesejahteraannya...Amin...


Selain, lama nak tunggu kesihatan ini pulih kembali, maklang rasa macam lama sangat nak menyiapkan RE ini - yang ramai suka tulaa. Memanglah banyak sangat nak dijahit. Rasa tak sabar nak memulakan RE yang baru. Kesian si dia kat Arab Saudi tu...Tapi InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Macamana nak cepat siap, selain penat duduk, maklang penat jugak nak buatkan berries tu. Sebabnya setiap berries mengambil masa yang lama. Sebesar duit 5 sen tu mengambil masa selama 20 minit - 30 minit. Kadang maklang berbaring tengok TV sambil membuat french knot untuk nak buat berries tu...Ada lebih 20 gugusan lagi agaknya...

Paklang pulak sekarang ini tak berapa sihat. Muka dia merah aje sejak semalam. Entah kenapa. BP semuanya OK. Mungkin sebab penat sangat kot baru pulang dari Kuala Lumpur tempohari. Kerja pulak banyak agaknya...

Semalam, maklang duduk berbual dengan Wan kat luar. Wan dok alih2 kan orkid yang dia dok betulkan beberapa hari lepas. Alhamdulillah, ada yang dah berputik , nak berbunga. Atok ada tabur baja jugak minggu lepas. Memang seronok. Disebab terlalu ghalik melihat Wan bekerja, maklang tak perasan ada deringan talipon kat hp. Dah lewat baru perasan ada call. Tak lain tak bukan dari Raja Sarinah. Rupa2nya kereta yang maklang lihat di depan pagar rumah maklang tu kereta RS. Tak sempat nak panggil, kereta tu dah berpusing. Kalau dapat lihat dari pagar, nampak jugak lah RS. ( Pagar rumah maklang ni diperbuat dari kayu, jadi tak berapa kelihatan laaa..) Tak ada rezeki nak jumpa...InsyaAllah kalau dah kuat, maklang akan fulfill jemputan RS tu...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Friday, June 27, 2008

Terimakaseh Along

Assalamualaikum...


Bangun pagi tadi terperanjat. Ada orang ketuk kuat sangat kat pintu bilik makalng. Dahlah malam tadi tidur lewat, pukul 1:00 pagi agaknya. Dah 2 malam tidur lewat sebab Paklang tak ada. Tak tau apasal, kalau Paklang tak ada, maklang malas aje nak tidur. Suka melayan TV atau pun laptop ni. Sambil2 jahit RE. Kalau dia ada, pukul 10:30 dah tidur. Paklang pulak melayan PC dia. Hmmmm.... Malam tadi sama2 dengan si Hakim. Dia main game kat laptop satu lagi, sementara maklang busy nak menghabiskan RE tu dan jugak menonton Ezora pulak kat laptop ni. Sedap pulak cerita dia... Inilah dia, orang tak ada kawan...

Berbalik pada ketukan kuat pada pintu bilik. Rupa2nya Si Along yang ketuk. Nak carik torchlight. Masa tu dah pukul 6:oo pg agaknya. Maklang memang tido mati sebab penat dan sebab lewat tido. Sebab air cond tak ada tu yang Along tersedar cepat. Short circuit entah kat mana agaknya... Nasib baik ada si Along, boleh bantu2 kalau Abah dia tak ada. Nak harap mak dia panjat kat store tempat DB tu ada, mintak ampun lah...mak tak kuat lagi.

Bila dah terjaga tadi, dah subuh pun, so kejutlah anak2 bangun solat. Alhamdulillah, taklah susah nak suruh solat. Lepas tu maklang layan lagi cerita Ezora lagi. Tadi pagi sempat jugak buat soto ayam. Tapi hari ini Soto yang fast track punya. Lontong dah ada. Wan bawak dari JB last week. Ayam dia, maklang suruh bibik potong kecik2 supaya tak payah di carik. Tak kuasa nak carik2. Pinggang tak kuat nak duduk kat dapur lelama. Bergedilnya pun Along yang buatkan. Nasib baik ada Along...Syukur...Dah boleh harap dah...Malam tadi pun sebab tak ada mood nak makan nasi, Along prepared burger sorang satu, siap ada carrot dan perah limau lagi...dan hantar kat bilik lagi..Terimakaseh lah kerana menolong mak ye...Mak sayang Along...dan of course adek2 yang lain gak...

Ni progress RE maklang yang ramai minat tu...Pueh nak buek... Pening nak buat the berries. Bosan sat, maklang berenti buat tulip purple...






Selamat berhujung minggu...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Thursday, June 26, 2008

Tak sabar...

Assalamualaikum...


Hari ini maklang lewat mandi. Almaklum, Dr. tak ada kat rumah. Kalau tak kena siap pepagi supaya dia dapat bersihkan belakang ni sebelum dia ke pejabat. Sebenarnya Paklang dah ke KL semalam petang. Ada meeting 2 hari kat KL plus nak temuduga orang2 baru kat KL. Orang yang nak join kompeni yang dia kerja ni. Dah Paklang ke KL ni, maklang pesan jugak sedikit riben yang masih tak cukup lagi dan jugak sedikit manik, apalagi untuk nak mencantekkan lagilah riben2 maklang, kononnya....


Semalam tak ada apa sangat. Tak larat semalam keletihan. Memang kena cukup rest. Jadinya semalam maklang lebih banyak berehat jugaklaa...

Kebetulan Paklang balik tengahari sebab nak kemas beg, so selama dia mengemas beg baju dia, maklang pun baring2 berehat lah. Tak seronok kalau suami tercinta nak ke KL. Nak buat macamana, dah tugas kan. Tak sabar nak tunggu dia balik.

2 malam lepas, maklang memulakan jahitan RE yang baru. Ikut contoh dalam buku. Tapi tak boleh 100%. Sebabnya riben yang digunakan kat buku tu maklang tak ada dalam simpanan. So, main hentam ajelaa...Ni tak sabar nak siapkan. Kalau siap, nanti ingat nak buat satu lagi, biar ade satu set. Boleh letak kat ruang tamu. InsyaALlah, lepas tu, maklang nak start sarung bantal yang orang nun jauh kat Arab tu tempah...InsyaAllah...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Tuesday, June 24, 2008

Malas

Assalamualaikum...


Malas betul 2-3 hari ini nak mengupdet. Alhamdulillah maklang dan keluarga sihat2 sahaja. Sibuk setiap hari dengan jahitan maklang ni. Apalagi nak buat kan...kalau tak menjahit, menonton TV ajelah...


Semalam pagi sibuk tengok atok dan Wan membetulkan pokok2 okid yang tersadai kat tepi rumah. Memang Atok dan Wan rajin sangat pasal membela pokok. Rasa macam nak join sekali aje, tapi apakan daya. Manalah nak boleh bengkok badan ni. Maklang tolong campakkan makanan ikan aje. Lain tak ada. Lepas tu sambil2 duduk kat tepi Atok dan Wan tu, maklang menjahit. Cross stitch pulak. Punyalah semangat. Mula hari Sabtu malam. Ingatkan nak di frame. Kecik aje maklang buat. Tak kosa nak buat besar2 macam OO tu, tentu tak siap punya. Terasa betul penatnya menjahit semalam. Stress sungguh. Ada sikit lagi nak siap. Nanti ajelah...

Pagi semalam, maklang ikut atok ke kedai. Sempat singgah kat office sekejap. Hantarkan MC. Ikut ke kedai pun bukannya keluar kereta pun. Saje nak ambik angin. Rasa lama betul terperap kat rumah. Rupa2nya jalan nak ke office tu ada lencongan. Atok kata dah lama dah macam tu. Orang tengah buat jalan. Balik dari kedai, maklang kenalah tolong bibik memasak. Sempoi aje. Tak boleh yang banyak kerja.. masih tak berapa kuat. Terasa betul letihnya semalam.

Petang pulak atok dan wan ajak pulak ke kedai jual pasu. Disebabkan mereka nak betulkan pokok 'ong' yang dah terlalu gemok tu, maka kami ke kedai pasu lah kejap. Maklang jalan2 jugak kat situ. Kejap aje. Tak tahan woo...sakit pinggang! Tulah padan muka. Balik dari situ, maklang berehat aje. Letih bebenor! Dalam pada berbaring tengok TV tu sempat jugak maklang menggentil buat bunga riben. Nak siapkan jugak lollipop yang masih ada belen2 sikit lagi tu...

Disebabkan semalam terlalu penat, hari ini, maklang tukar strategi. Maklang masak pagi2. Lepas goreng makaroni untuk anak2 punya breakfast, maklang terus tumis buat nasi tanak yang along dah request entah beberapa hari yang lepas. Lepas tu, potong timun, karot dan tomato untuk buat acar mentah. Lepas tu cepat2 naik untuk nak bersiram sebab kena siap sebelum Paklang ke pejabat. Ialah nak didressing kan belakang ni lagi. Then maklang melepak dalam bilik ni. Telepon kak Ina dan dia kata nak datang ambik reben yang dia pesan.

Bila dan jumpa Kak Ina, biasalah...cerita pasal reben ajelah. Dia pun ada ajar maklang teknik2 buat bunga ros yang dia buat. Petang tadi ingat nak cubalah, tapi nampaknya, macam fail aje..he..he..nantilah bila dah rehat2, maklang buat lah pelan2 kan...

Sekarang ni rasa tak sabar betul nak buat RE baru. Ada design Helen Erikson yang maklang tengah berkenan, entahkan jadi nak buat entahkan tidak...



Cerita hari Sabtu: sessi melepaskan lagi 2o ekor ikan kap dan 10 ekor ikan bandaran (ikan yang makan lumut tu)





Ini kisah hari Ahad lepas:



Tanda mata buat Ibusara, sepasu lollipop dan jugak pencil case buat Angah yang maklang mintak Cik Nab jahitkan.






Ini pulak hari Senin:



Wan dan Atok sibuk dengan okid2nya..dan pokok2 bunga yang Atok dan Wan import dari JB untuk nak susun kat tepi kolam..






Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Saturday, June 21, 2008

Bibik Baru.

Assalamualaikum...


Syukur pada Allah. Pemeriksaan semalam ok. Tiba kat K$H dalam pukul 11:30 pagi. Mulanya nak pergi petang sebab masa call hari Khamis tu, nurse kata Dr ada kat OT pagi tu. Nasib baik nurse Dr. call semula pagi Jumaat beritahu yang kes Dr. tu nak buat waktu petang. Masa nurse call tu, nasib baik kami dah hampir nak siap. Lagi pun kena bertolak awal sikit sebab hari Jumaat kan. Paklang nak solat Jumaat dan kami cadang nak hantar kereta service, jugak nak buatkan Fomema untuk Bibik baru.

Alhamdulillah semua dapat disiapkan. Fomema dapat register walaupun ketiadaan paspot bibik. Alang lupa nak kirim ke Wan masa Wan bawak Bibik baru kemari hari Khamis lepas. Cerita pasal Bibik baru ni memang menggelikan hati maklang.

Masa kami dapat gambar dari 'ejen' pembantu rumah ni, juga ibusaudara yang agak distant dari kami, kami semua suspense jugak. Rupa bibik baru ni memang ler garang. Kulit dia agak gelap. Siapa2 yang tengok memang suspense. Anak2 jugak takut bila maklang tunjukkan gambar bibik. Gelihati. Anak2 semua bising kenapalah nak ambik bibik yang segarang itu. Maklang kata tak apalah. Memang maklang suka dapat bibik yang garang sebab kalau dengan Bibik Narsi ni, anak2 memang lemak segoni. Manja sangat. Bibik Narsi pulak orangnya memang lembut. Orang Sololah katakan. Bibik Minah ( bibik yang maklang pinjam dari Alang) pun, orangnya sederhana aje, tak garang dan tak pulak lembut. Ok Ok aje. So, anak2 memang tak takut laa...macam biasa aje.


Tiba hari Selasa lepas, memang anak2 suspense. Alang cerita masa Alang ambik bibik kat airport, Alang terperanjat jugak sebab tengok Bibik. Orangnya tiggi besar. Setinggi Uncle Jai ( suami Alang) dan berbadan besar! Uncle Jai dekat 6 kaki tinggi. Memang anak2 takut sekali. Nak2 si Angah. Takut betul dia. Risau sangat. Tiba hari Bibik nak sampai ke mari, iaitu petang sebelum bibik tiba, dia call Wan. Tanya kat Wan nak confem betul ke bibik orangnya sebesar itu. Gelihati. Memang si Angah takut. Maklang biarkan aje. Kasi suspense. Walhal, kami semua dah komplot nak takutkan anak2 ni biar padan muka mereka....Ha..ha...


Bila Wan dan Atok serta Bibik tiba, dan si Ucop kenit pun ada, Angah dan anak2 lain seolah2 lega bila tengokkan bibik baru. Tak adalah besar mana pun. Setinggi Alang aje, tapi badan boleh tahan...he..he.. Suaranya memang lah kuat. Kalau dengan Bibik Narsi memang tenggelam lah bibik. Nama dia Warni. Nanti kalau bibik Narsi balik, maklang bolehlah panggil Warna Warni...he..he...

Setakat 2 hari bibik Warni ada kat rumah ni, nampak bersih dan teratur jugak rumah ni. Tapi masih terlalu awal kalau nak puji pun. Bak kata Paklang, baru sangat. Maklang beritahu bibik, jangan rajin sehari dua aje ye...maunya sampai bila2. InsyaAllahlah kan, moga2 bibik ini sebagus bibik kami yang terdahulu. InsyaAllah lagi 2 minggu bibik Narsi pulang ke mari. Adalah bibik Warni teman...


+++++++++++++++++++++++++++++

Tadi pagi Ibusara ada datang ke rumah. Saje jalan2 nak tunjuk kat maklang gambar2 masa dia ke rumah teman yang di sini yang banyak menjual perabut English. Maklang memang suka English, tapi rumah kami ini banyak pada hiasan tradisi Melayu, cuma sofa aje berbunga2. Maklang pun bukannya pandai pun nak menghias rumah. Pakai aje apa yang ada...

Sempat jugak maklang ambik gambar Paklang terkial2 membetulkan kolam ikan dia. Sebab air agak laju, kami cadang letakkan batu2 kecik kat antara sungai supaya ikan tak terlepas ke sungai yang lebih rendah. Berpoloh2 suami tercinta maklang tu meletakkan batu2 tu. Tak sempat habis pun sebab panas. Si bujang pulaklah yang menyambung tugas ayahandanya...

Terkial dan susun batu yang dibeli kat nursery. Mula dia letak kan jarang kecik2 tu. Lepas tu susun batu supaya ikan tak terlepas ke kawasan lain.
Maya pun ada jugak menolong menghulurkan batu2 tu. Semuanya duduk kat tepi kolam sejak dari pagi. Jangan tak tahu, Wan nak bunag ekor taugeh pun duduk kat tepi kolam...
Penatnyalah menyangkong kat situ...
IbuSara tersembunyi kat belakang pokok pinang tu. Tak mahu gambarnya di ambil ..he..he..
Maya tu nak menangguk ikan tu. Kononnya nak letakkan kat kolam atas. Tapi after a few minutes, seekor pun tak masuk. Kensel tak jadik tangkap!
Manis senyuman si Sara...Kenyang makan muffin agaknya...he..he..


Nanti maklang sambung cerita lagi...gambar sambungan belum masuk kat PC nilaa... Selamat berhujung minggu...Maklang masih lagi bercuti sehingga dekat2 akhir bulan July...Dr suruh rehat betul2 sebelum masuk bekerja semula...So, berehatlah dengan my REs...



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Wednesday, June 18, 2008

Kisah kolam ikan lagi..





Assalamualaikum...


Maklang macam biasa aje. Pagi ini menaip N3 betul2 kat depan kolam. Biasanya maklang turun lewat. Tapi hari ini lepas Paklang dah buatkan dressing, dia ajak Maklang breakfast sekali kat bawah dengan dia. Lama tak breakfast bersama. Makan roti canai segera yang Bibik dah gorengkan bersama kuah Asan pedas semalam.

+++++++++++++++++++


Semalam pagi, Maklang tak sempat nak updet. Selain tak ada apa cerita, maklang pun sibuk nak siapkan sedikit finishing touches untuk Raja Sarinah yang nak datang ambil gubahan bakul untuk khenduri kahwin tak lama lagi. Nasib baik maklang tak letakkan gambar lagi sebab Raja Sarina tak mahu nanti basi bila menantu dia tengok. Maklang betul2 berharap agar Raja Sarinah puas hati dengan hasil kerastangan maklang tu. Ialah kita pun bukannya pro. Saje main2 aje. Theraphy minda tu...buat orang yang sedang dalam proses pemulihan...


Raja Sarinah datang bersama tak lain tak bukan Puteri Mulan. Ialah kalau dah berjumpa tu memang gamat ler...Pakkal je maklang tak kuat lagi, kalau tak memang menjamu seleralah kita...Nasib baik ada tart telur yang maklang mintak Ibusara belikan, kalau tak makan biskut kering ajelah mereka. Dan nasib baik Mulan ada bawak muffin gebu dari oven dia yang sengal tu ( sengal2 pun muffin jadik gebu jugak!)dan juga Raja Sarinah ada bawak kueh jugak...Hmmm in the end, kueh yang RS bawak tak berbuka pun. Agaknya semuanya diet kot...Maklang ni lebih2 lagi kena jaga makan sebabnya badan tak gerak sangat..menimbun lemak berkumpul!

Setelah mereka pulang, maklang tolong bibik masak . Then ke atas menyambung keje2 maklang, sampaila Cik Abang balik makan tengahari. Lepas tengahari kami menikmati kuaci kat depan kolam. Sambil2 tu sempat jugak sibuntal masuk dalam kolam. Ada ke dia nak masuk kolam bolen aje ( boogellah tu!). Maklang kata, kang ikan nak makan 'benda' tu sebab ingatkan makanan ikan ada dalam tu. Terus, dia masuk rumah balik ambil seluar kecik dia. Sempat pulak nak mandi sebelum dia ke tabilas!

Ikan kat kolam dah banyak. Ada dekat 50 ekor agaknya atau pun lebih sedikit. Hari Selasa lepas, makcik yang jual ikan tu hantar ke rumah. Murah aje ikan kap ni. Maklang beli yang kecik2 aje . Dalam 4 inci aje panjang dia. Seekor RM2.50. Kalau nak beli yang besar, 12 inci, kenalah bayar RM40 seekor...Kena jual beg RE banyak2 barulah boleh beli..he..he..Maklum ler, sekarang ni musim inflasi! Tak sempat turun masa makcik datang hantar sebab Bibik tengah urut kaki maklang. Tak sempat habis mengurut Boss no.2 datang. Alhamdulillah...datang jugak. Ingatkan tak mo datang terus. Sebab dia memang kenal Paklang dan anak dia satu sekolah dengan anak kami. Anyway, lepas dia balik tu, Along sempatla mengambil beberapa keping gambar ( ada dekat 100 keping - buat penuh PC aje! Entah snap berapa puloh kali kat satu location!) dan kat sini maklang letakkan detail2 yang maklang rasa menarik. Kalau Eids63 ada membaca, boleh lah buat sumber inspirasi. Ada jugak model tembam maklang bergambar petang tu. Memang rasa nak picit2 aje badan dia yang mungil tu...Geram . Rasa nak gigit pun ada.

Ingatkan maklang nak tempekkan gambar lollipop yang dah berreben dan my 2 latest RE untuk nak dijadikan cushion di kamar beradu maklang, tapi asyik tak mo upload aje...malas lah... tengoklah nanti besok kot2 sempat buat lepas balik dari folo up dengan dr. di kuantan, maklang buatkan. ( dah upload pun ha...)

Hari ini, InsyaAllah, Atok, Wan dan bibik baru akan tiba dari KL. Kami menanti ketibaan mereka....

Air jernih dah sikit....kalau tak lagi ijau. Yang ijaunya kat dasar kolam aje. Sham kata, lama2 kat dasar kolam tu jadik itam, lepas tu barulah ikan akan nampak clear!
Ini antara tempat yang sangat2 menarik hati maklang. Cantik betul air dari kendi jatuh atas batu. Percikannya menarik betul!
Ini jambatan batu, untuk nak cross to the other side of the 'river'. Maklang tak mahu buat jambatan yang macam biasa orang buat tu...Kononnya kat utan, mana ada jambatan yang cantek cam biasa tu!
Busu...inilah antara ikan2 yang kami beli tu. Dah nampak dah sebab air dah agak jernih!. Seronok tengok ikan 'berlari-lari' bak kata Zino!
Ha...Ini dia model kolam ikan...Ada gaya ikan buntal tak?



Antara limpahan air kolam yang mensyahdukan...




Paklang tengah betulkan apa entah kat cerok tu. Masa nak ke sana, habis pokok2 bunga maklang dia 'terpijak' sebab lost balance. Mati pokok2 bunga ku...

Ini pokok air yang kat depan rumah. Kami angkat kan dan letak dalam kolam. Bolehlah ikan2 tersayang bermain bawah pokok ni supaya taklah panas sangat waktu tengahari.
Air terjun kat ujung sungai.
Stepping stones dari rumah ke kolam. Idea yang datang setelah melihat2 kat buku laman tu laa...saje aje...lepas dan baik2 ni bolehlah jalan2 atas ni untuk nak betulkan aliran darah dalam badan ini... Deviate jap...Ni kat tengah laman. Dah tua dah pokok ni...Tak lama lagi kena ganti pulak.
Lagi buah hati tembam maklang... Ini jugak kayu buatan Sham dari Anjung rumah ke tepi kolam.

Ini jugak kayu buatan Sham dari Anjung rumah ke tepi kolam.





At last..terupload jugak gambar ini. Entah keberapa kali baru PC ni 'telan' the RE...








Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , , ,

Tuesday, June 17, 2008

No story...

Assalamualaikum...

Hari ini macam malas nak hupdet. Tak ada cerita. Cuma hari ini dan semalam maklang cuba nak menghabiskan RE yang maklang buatkan untuk diri sendiri. Sebenarnya masih ada 2 - 3 tempahan lagi, tapi mood tak ada nak buat. Letih satu hal.

Pagi2 tadi, macam biasa, kena paksa diri turun ke bawah untuk nak tolong bibik buat kerja2 kat dapur. Iyelah nanti tak ada pulak bekalan untuk anak2 dan suami tercinta. As usual, kalau ke dapur maklang suka kalau pakai bengkong so that badan tak bengkok. Hari ini buat sandwich aje. Potong chicken fingers and letak dalam roti. Bolehlah tu. Then dok tumis masak kormak. Then terus ke atas mandi manda sebab kalau tak nanti lambat Cik Abang nak buat dressing.

Itulah setakat ini. NO story laa...

Before lupa, terimakaseh kat Kak Liza sebab hantarkan jelly gamat tu semalam. Moga2 luka maklang ni cepat sembuh..Amin!

Tunggu besok ye...maklang cuba upload latest RE.

Pada yang berminat nak beli beg RE tu, sila ke http://jahitanmaklang.blogspot. com untuk mendapat maklumat atau pilihan RE yang ada...




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

Monday, June 16, 2008

Busy sikit...

Assalamualaikum....


Macam biasa, tiap pagi lepas kena dressing by Cik Abang tercinta, maklang akan mula updet bloglah. Hari ni hampir2 maklang berteman. Entah kenapa, lepas aje Cik Abang buat dressing tu, terus dia kata, malasnya nak gi kerja. Masa tu pukul 8:10am tadi. Bila dia teringat yang ada surat kuasa yang dia nak kena hantar kat Alang ( untuk nak ambik maid baru besok malam), terus aje dia kensel niat tak mahu gi kerja dia. Kadang gelihati maklang tengok Paklang tu...kalau maklang ada rumah sebab tak sihat, dia pun sama macam malas aje nak gi ofis. So, now maklang tinggal ngan Bibik ajelah.

Yang kelakar, masa Paklang tengah buatkan dressing tu, sempat kami bercerita. Maklang beritahu dia, malam tadi, bujang maklang kasi hadiah kat maklang. Set pensil, sharpener dan notebook Hello Kitty. Dia kata hadiah hari ibu yang dia beli tapi lupa nak kasi kat mak. Ingatkan nak kasi Abah sempena Hari Bapa. Dia kata , tak, ni mak punya. Lepas tu Cik Abang cerita pulak yang Si Hakim beli tutup pen kat koperasi sekolah RM1.00 satu. Entah tutup pen apa tak tahulah. Maya kata 50sen je. Nak tahu apa Hakim kata? ...kan barang seme dah naik! Laa...perihatan jugak dia rupanya atas apa yang berlaku ye...Itulah, ingatkan dia tak tahu, rupanya telinga dia tu mendengar aje....he..he..

Tadi lepas Subuh, maklang turun dah ke bawah. Bantu2 and ajar bibik nak masak apa. Siaplah cucur udang dan sambal tempeh dengan telur puyuh. Dah tolong siapkan bahan untuk masak lemak kobis dan dan mintak bibik gorengkan ikar selar besar dan ditaburkan dengan bawang dan cili merah goreng. Cukuplah tu...

+++++++++++++++


Ini cerita semalam...

Macam maklang kata, Kak Ina nak datang. Dan betul macam dijanji, Kak Ina tiba jam 11:00 pagi. Orangnya kecik molek aje..Ramah! Lain dari dalam gambar tu. Maklang dok ingat, Kak Ina tu yang gambar di depan kat blog dia. Rupanya Kak Ina, ialah gambar yang di belakang tu...Seronok jumpa Kak Ina, sungguhpun baru pertama kali berjumpa, kami macam dah kenal lama. Pulak tu punya minat yang sama! Memang cerita berkisar pasal RE lah. Camana boleh mula etc. Maklang sempat jugak tunjukkan kat Kak Ina macamana maklang jahit RE cara Kak Intan. Kalau style Kak Umi tu memang Kak Ina dah expert! Yang paling gelihati tu bila Kak Ina kata, dia rasa nak nangis bila tengok RE yang maklang tunjukkan kat dia. Dia suka kat lollipop 3 bijik yang baru siap tu..he.he.. (Kak Intan dan Kak Umi ni memang expert buat RE.Link ada kat blog maklang ni!)

Ini lollipop 3 bijik. Entah bila nak hantar jahit jadi cushion cover. Kena tempah lah sebab tak boleh nak jahit sendiri lagi!

Dan ini tempat maklang 'bekerja' sambil menonton atau be'pc'!





Ini antara RE beg telekong yang kawan maklang tempah. Maklang jual RM30 satu...Ada letak manik2 sikit.














Ini pulak antara series of RE roses untuk nak frame yang kawan maklang tempah.













Lepas Ina balik, maklang dok menjahit kat bawah. Sambil dok beritahu Pak Omar pasal pokok mana nak letak kat kolam tu. Tak abis lagi cerita kolam ek...Then maklang duduk kat luar, sambil enjoy desiran air kolam sambil menjahit RE.

Lepas makan tengahari, maklang berehat. Baru aje nak ekjah2 kerusi, ada loceng berbunyi...Rupa2nya Chef Celebrity kita, Kak Liza tiba dengan sepinggan besar puding roti. Cam biasalah ...sodap! Seronok bual2 ngan Kak Liza. Sebenarnya Kak Liza pun baru aje keluar hospital. Tangan/ bahu dia sakit. Kenalah physio kat sepital kat Ampang tu selama 6 hari sejak last week. Ni pun Kak Liza kata, bahu dia masih tak baik lagi. Mana taknya kata Kak Liza, orang tu sikukan bahu dia...hmmm macam2 cara orang nak ubat, tapi maklang rasa cam tak betul aje..he..he..macamlah maklang pulak yang boleh baikkan bahu Kak Liza. Sabar jelah kak...doa maklang akak sembuh cepat ye...

Petang lepas Kak Liza balik, maklang solat dan maklang memulakan 'makeover' ke atas kerja kursus Along yang due hari ini. Sebenarnya patut dihantar last Thursday, tapi Cikgu tak masuk. Untuk yang last week tu, dia di supervise oleh Paklang. Maklang rasa OK dah. Pastu semalam, dia kata cat yang dia dah spray tu macam tak rata. Sebab spray putih tu dah habis, maka datanglah idea untuk menampal aje dengan kain. Then datang pulak idea nak letak riben ( idea kak liza masa bercerita) dan maklang tambah pulak renda putih. Untuk nak buat penyangkut untuk nak tutup bekas tu, maklang letakkan teko yang maklang ada banyak buat perhiasan ( beli yang tak cukup set - satu tu RM1.oo je dulu!). Seronok. Angah tolong jugak sementara Along dok memprintkan kerja Angah kat printer kat bilik dia. Dalam seronok membuat tu, sempat jugak gam pistol yang panas tu terjatuh kat lengan maklang...and guess what bertandalah lengan ibunda tercinta ni desebab kan gam itu! Merah dan pedih lagi...dan Angah sempat kata..."Tengok long...pengorbanan ibu...sampai melecur tangan mak sebab nak tolong awak!" Sempat aje nak pekena kat Along dia! Along seronok sangat lepas tengok bekas CD dia tu di makeover! Moga2 Along dapat markah yang memuaskan...Tak pe kan kalau mak tolong2 sikit. Kata Along, ada jugak kawan2 Along yang hantar kat kedai terus, mintak tolong buatkan seni pertukangan tangan mereka....

Ini..before the makeover. Siap dengan model sekali.






Ini after the makeover. Model entah kat mana. Dah tidur agaknya! It took us about 1.5 hrs to complete the makeover. Alhamdulillah...siap..Along was sooooo happy!










Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Sunday, June 15, 2008

Hujung minggu

Assalamualaikum...


Pagi2 hari Ahad ni memang agak kesunyian. Hari ini lagilah sunyinya. Tinggal maklang ngan Bibik aje kat rumah. Anak2 dah ke sekolah dan Paklang baru aje ke pejabat lepas buat dressing kat belakang maklang. Wan, Atok dan Busu sefamily dah tiba kat JB ptg semalam. ( Busu tiba hari Khamis malam Jumaat bersama kereta Atok ~ Atok tersenyum tersengih aje tengok kereta baru dia. Wan pun samalah tu..he..he...Enjoy the new car...and SELAMAT HARI BAPA UNTUK ATOK TERSAYANG DAN CIK ABANG TERCINTA)


************************************

Hari Jumaat, biasalah bila dah ramai rasa enjoy. Maklang pun sama2 turun ke dapur, tolong2 Wan masak. Sebab Paklang ke pasar beli macam2...maka maklang pun teruja lah nak buatkan sambal sotong coklat untuk suami tercinta. Wan pulak siapkan bahan2 untuk buat mee singapore...dengan kuah taucho sekali. Tengahari tu kami makan mee taucho laa. Kenyang betullah...

Lepas tu, maklang naik ke atas untuk solat Zohor. Lewat hari tu sebab makan dulu. Lepas solat, ingat nak baring2 sambil tengok TV tapi lepas tu, TV pulak yang tengok maklang. Rasa penatnya ya amat. Memang tak larat. Agaknya sebab lama tak gerak2 sangat and penat sebab lama tak masak! Hai...apa nak jadi?

Lepas solat, maklang start RE baru. Buat 3 biji lollipop. Inspiration selepas menonton Snow White kat TV last week. Siap dah pun jahitanya semalam.

Semalam pun sibuk jugaklah. Sepanjang pagi maklang kat bawah. Seronok tengok2 kolam tu. Mintak tolong Sham dan adek dia angkat2 kan pokok2 untuk nak letak tepi kolam. Nanti bila Pak Omar datang hari ini bolehlah Pak Omar betul2kan kedudukan pokok2 tu. Lepas tu, mintak tolong Sham belikan ikan kat kedai kat Kerteh ni. Dapatlah dalam 15 ekor. Tapi untuk kolam yang ada ni, 15 ekor macam tak ada aje. Letak kat 3 tempat, ikannya hilang! Pulak air macam ijau semacam. Maklumlah baru semalam idupkan filter tu! Manalah nak putih air itu. Kurang2 seminggu baru air jagi molek kata Sham. Anyway, it is so syahdulah dengar desiran air tu..Macam kat pergunungan kata bibik. Wan pulak kata macam kat hutan. Memang teruja...Untuk Ms. S dan Ms. N yang kata nak datang sini tu...bila gaknya kita boleh bergambar kat tepi kolam tu ek..he..he..Maklang masih menanti!

Sebelum Atok balik semalam. sempat jugak maklang ajak Busu bawak maklang jalan2 naik kereta Atok. Hmmm...betul kata Dhirah sedap bau kereta Atok! Semalam pun Wan kata, Atok drive all the way to JB...lepas geram agaknya sebab sebelum nak dapat kereta dia tu banyak sangat kerenah jabatan kereta ni. Ada ke kisah kemalangan kereta atok yang berlaku lebih 6 tahun lalu masih lagi ada dalam komputer dan tak dikemaskinikan. Kat Jabatan trafik dah clear tapi kat situ memang ada lagi. Memang masa tu Busu naik hantu! Dahlah dia yang check kan dengan Jabatan trafik pasal ni, lepas dah diberitahu yang kat poli$ tak ada, boleh pulak kerani2 tu buat dek! Siapa tak hangin. Memang patut naik hangin...Anyway...Lepas 3-4 hari lepas tu, baru lah dapat kereta Atok tu diambilkan lesen. Sebab tulah Atok datang sini lewat masa maklang masuk spital baru2 ni.Kereta lama pulak dah terjual. Macam2...Sabo jelaa...

Hari ini, Kak Liza dan Kak Ina dah call kata nak melawat maklang...Tak sangka I ni ramai gak peminat! ( dah mula nak perasan)Almost tiap hari ada aje yang datang! Kalau orang nak datang melawat, apasalahnya kan...bawak sikit keluar dosa2 orang kata...

Hari Jumaat malam lepas, Ina dari Paka datang melawat. Kejap aje. Adalah 15 mins. Tak sempat nak buat air. Katanya, saje nak jumpa maklang...nak tengok je. Sorilah Ina, telekong yang ditempah sejak 6 bulan lepas masih tersadai atas mesin! Entah bilalah nak siap tu!




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Friday, June 13, 2008

Rehat

Assalamualaikum...

Apakabar? Maklang macam tu lah. Nak buat kuat2, badan masih tak kuat. Kaki kanan maklang ni masih kebas lagi. Bila agaknya nak baik macam biasa.

Semalam, first day tak makan pain killer. Pagi2 masih Oklah lagi, tapi bila petang mula dah rasa sakit dia. Sebab tak tahan, malam tadi maklang telan sebijik. Lega sedikit.

Tak ada apa yang menarik berlaku semalam cuma maklang jumpa seorang peminat RE. Yang kelakarnya, dia masuk blog maklang dan tinggal komen. Maklang pun balaslah, kata kalau lalu kat Kerteh singgahlah ke Teratak Maklang. Dia tulis asal dari Terengganu. Memanag agak susah nak cari peminat RE kat sini. So, bila dia balas kat blog, dia kata dia duduk dekat sekolah Kg. Baru. Eh...ni lain macam aje...sebab maklang pun duduk dekat sekolah Kg. Baru! So, maklang browse balik blog dia. Cari punya cari, jumpalah phone no. dia. Dia letak kat blog dia pun sebab senang kalau orang nak tempah RE dia. Maklang pun apalagi, calllah. Kelakar betul. Rupa2nya dia duduk dekat aje ngan rumah maklang. Memang tiap hari kalau dia nak hantar anak dia ke sekolah mesti lalu depan rumah maklang ni...Hmmmm..What a small world. Nama dia kat blog Kak Ina. Bila dah calling2 tu macam tak percayakan...ialah, jiran kat belakang rumah ada minat yang sama! ( Not exactly belakang laa..). Kak Ina kata, dia nak datang rumah nak tengok sulaman maklang...Silalah...tapi bukannya cantek mana pun, biasa2 aje...he..he..dapat sorang kawan baru.

First time jugak semalam tak ada orang datang melawat. Lega jugak...( Tapi petang ada gak yang call. Cakap sampai 1/2 jam pasal projek. Rina, Mr. H pun ada call 2 days ago...tanya kabar - concern jugak dia kat maklang...he..hee) Dapat relax sepenuhnya. Hari Rabu, Shah and wife datang waktu lunch and petang isteri pada one Dr. kat Kerteh datang. Terimakaseh kerana datang melawat maklang...

Lewat petang, Paklang macam 'hangin' sikit. Takut maklang. Sebabnya duit RM100 sekeping yang dia kasi kat Angah untuk nak bayar duit bas sekolah entah hilang kat mana. Samada beg Angah kena gelidah by kawan dia ataupun duit tu tercicir entah kat mana. Habis dah di bongkar beg tu tapi tak jumpa jugak. Kesian jugak kat Angah. Mintak2 duit tu jumpa lah...InsyaAllah...Kalau tak memang itu bukan rezeki kami..

Wan kata baca surah AlBaqarah Ayat ke Ayat ke 17:

Surah AlBaqarah:



Their likeness is as the likeness of one who kindled a fire; then, when it lighted all around him, Allâh took away their light and left them in darkness. (So) they could not see.



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Thursday, June 12, 2008

Takziah..

Assalamualaikum..

Ucapan Takziah dari kami sekeluarga dari Kerteh untuk keluarga Kak Elle atas pemergian Ayahanda Jellanie yang dikasihi. Semuga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong di dalam orang2 yang soleh...

Al- Fatihah...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

Wednesday, June 11, 2008

Mandi Kolam..

Assalamualaikum...


Maklang hari ini awal dah bersiram. Kena cepat. Sebab Paklang nak ke pejabat dan kena nak buat dressing before dia keluar. Ialah lukanya kat belakang, kenalah harap pada suami yang buat kan. Kalau tak siapa nak tolong kan...


Hari ini sunyilah. Tinggal Wan. Atok dan Bibik teman maklang kat rumah ni...Semuanya dah sibuk dengan urusan masing2. Tinggal sendiri lagi. Semalam memang anak2 seronok...Dapat mandi kolam lah katakan...


Sebenarnya kolam tu tak 100% siap lagi. Tapi semalam, kami onkan guna plug yang berdekatan dengan kolam tu. Dapatlah maklang menikmati desiran air dari kolam tu. Maklang offer anak2 if nak mandi kolam. Mulanya macam malu2 kucing aje. Tapi bila dah masuk, tak mahu pulak mereka keluar. Masuk pukul 11 then keluar pukul 1 untuk nak makan. Masuk lagi and keluar pukul 3 sebab nak solat. Maya dan Hakim dah cadang nak masuk balik lepas solat Zohor tu, tapi maklang kata masuklah lepas solat Asar. Tak sabar betul masuk waktu sebab nak terjun lagi masuk kolam! Gelihati tengok anak2 ni. Maklang kata macam ikan buntal dan ikan kering. Siapa lagi kalau tak Hakim dan Maya! Kalau yang 2 lagi tu mereka gelarkan siri mereka, dolphin ( Angah) dan ikan paus - si Along. Perasan lah Angah tu...dolphin kan macam very the exclusive sikit...Gelihati maklang!

Pagi semalam, dapat jugak tolong kopek2 bawang putih kat dapur. Kalau duduk staright tak ada yang tampung kat belakang memang sepat penat. So, siap aje tu, maklang terus duduk aje kat depan. rehat2kan badan. Massih belum kuat lagi. Kalau buat RE, boleh bersandar, jadi tak lah penat sangat!

Petang semalam, Ibusara singgah. Hantarkan tat telur yang maklang pesan kan tu. Memang sedap. Sempat jugak maklang kirim belikan pokok kat Pasar malam untuk nak diletakkan dekat2 kolam.

So, buat Eids63, kat sini maklang letakkan serba sedikit gambar kolam. Harap berpuas hati!


Tu dia...Si Buntal dan si Bilis..

Ini Sham dan penolong dia, tengah buatkan kayu2 kat tepi kolam..

Kurusnyalah si Maya...

Lagi kolam..






Hakim dan Maya...
Ini pulak imbasan flower arrangement untuk Wanmommy...tak taulah if Wanmommy suka tak or berpuas hati tak?




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,