Terimakaseh Along
Assalamualaikum...
Bangun pagi tadi terperanjat. Ada orang ketuk kuat sangat kat pintu bilik makalng. Dahlah malam tadi tidur lewat, pukul 1:00 pagi agaknya. Dah 2 malam tidur lewat sebab Paklang tak ada. Tak tau apasal, kalau Paklang tak ada, maklang malas aje nak tidur. Suka melayan TV atau pun laptop ni. Sambil2 jahit RE. Kalau dia ada, pukul 10:30 dah tidur. Paklang pulak melayan PC dia. Hmmmm.... Malam tadi sama2 dengan si Hakim. Dia main game kat laptop satu lagi, sementara maklang busy nak menghabiskan RE tu dan jugak menonton Ezora pulak kat laptop ni. Sedap pulak cerita dia... Inilah dia, orang tak ada kawan...
Berbalik pada ketukan kuat pada pintu bilik. Rupa2nya Si Along yang ketuk. Nak carik torchlight. Masa tu dah pukul 6:oo pg agaknya. Maklang memang tido mati sebab penat dan sebab lewat tido. Sebab air cond tak ada tu yang Along tersedar cepat. Short circuit entah kat mana agaknya... Nasib baik ada si Along, boleh bantu2 kalau Abah dia tak ada. Nak harap mak dia panjat kat store tempat DB tu ada, mintak ampun lah...mak tak kuat lagi.
Bila dah terjaga tadi, dah subuh pun, so kejutlah anak2 bangun solat. Alhamdulillah, taklah susah nak suruh solat. Lepas tu maklang layan lagi cerita Ezora lagi. Tadi pagi sempat jugak buat soto ayam. Tapi hari ini Soto yang fast track punya. Lontong dah ada. Wan bawak dari JB last week. Ayam dia, maklang suruh bibik potong kecik2 supaya tak payah di carik. Tak kuasa nak carik2. Pinggang tak kuat nak duduk kat dapur lelama. Bergedilnya pun Along yang buatkan. Nasib baik ada Along...Syukur...Dah boleh harap dah...Malam tadi pun sebab tak ada mood nak makan nasi, Along prepared burger sorang satu, siap ada carrot dan perah limau lagi...dan hantar kat bilik lagi..Terimakaseh lah kerana menolong mak ye...Mak sayang Along...dan of course adek2 yang lain gak...
Ni progress RE maklang yang ramai minat tu...Pueh nak buek... Pening nak buat the berries. Bosan sat, maklang berenti buat tulip purple...
Selamat berhujung minggu...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
12 Comments:
senang Maklang kan.. Along dah boleh diharap walaupun baru form 3... hari tu ingatkan Along ni dah masuk U.. rupanya baru form 3.. tapi, memang dia nampak matured.. boleh harap sangat dah jaga adik-adik kan..
kira along tu dah boleh di harap lah..
cantik sangat2 la RE tu... maklang...bestnyer kalau boleh blajar.
Ada bukunye ke Maklang...kot la saya cuba2 buat sementara takde kerja ni...hehehe...tp tentu tak secantik maklang punyer...
Along di rumah maklang, Izzat pulak technician kat rumah kami, nasib baik ada jugak bebudak yang boleh diharap bila engineer tak de.
semoga rehat selalu supaya segera sembuh .
Senang juga ada anak dara ni, kan. Maryam pun sekarang kerja dia gosok baju sekolah adik adik. A few days ago suruh dia buat spaghetti for dinner. Insyallah takat spaghetti tu dah pass lah. Lepas ni nak kena ajar masak lagi, moga boleh lah i cuti masak sehari dua dlm seminggu.
Mak lang, saya nak confirm order 2 helai telekung bersulam ( satu untuk BM dan satu untk BMM yang buat tempehan ni). RE tu sangat cantik tapi tak de idea lagi nak buat untuk apa. Jadi sekarang tak dapat confirm lagi.
Terima Kasih!
saya nak pinjam along bolih?bagus lah anak didikan mak pandai buat segala2 nya agak tak lama lagi along pun pnadai buat RE ye maklang?
Salam, cantiknya RE yg ML baru buat tu, teruja saya melihatnya, nak buat sarung kusyen ke tu
Neeza:
Alhamdulillah...dah boleh harap anak dara sorang tu..Harap2 sampai bila2 lah rajin dia tu...
Ikut mak dia agaknya ...rajin tu..he..he...
Zino:
Aha..lebih kurang gitulah...Alhamdulillah...
Cikgu Zue:
Boleh jugak nak belajar. Kat sana lagi mudah nak dapat bahan. Mahal pulak kalau RE dijual- yang dah siap laa..
Cuba google. Ada website yang ajar cara2 menjahit!.
Rina:
Nasib baik ada yang boleh di harap! Alhamdulillah..
Shaz:
Memang senang kalau ada yang boleh bantu ni..tapi kalau suruh anak2 ni kena tengok angin mereka!
Makteh:
InsyaAllah akan diusahakan..bulan 12 kan...
Kak Elle:
Pinjam lah nanti bulan 12 lepas abis peksa...tu pun kalau dia nak...Dia tu manje sikit, tak leh jauh dari mak dia ni..
Along kalau buat RE ni, entah apa jadi. Memang dia tak suka! Kalau Angah or Maya bolehlah...
Ibusara:
InsyaAllah nak buat cuhion lah tu..tengah berangan ni..punyalah lama nak siap!
Post a Comment
<< Home