Bibik Baru.
Assalamualaikum...
Syukur pada Allah. Pemeriksaan semalam ok. Tiba kat K$H dalam pukul 11:30 pagi. Mulanya nak pergi petang sebab masa call hari Khamis tu, nurse kata Dr ada kat OT pagi tu. Nasib baik nurse Dr. call semula pagi Jumaat beritahu yang kes Dr. tu nak buat waktu petang. Masa nurse call tu, nasib baik kami dah hampir nak siap. Lagi pun kena bertolak awal sikit sebab hari Jumaat kan. Paklang nak solat Jumaat dan kami cadang nak hantar kereta service, jugak nak buatkan Fomema untuk Bibik baru.
Alhamdulillah semua dapat disiapkan. Fomema dapat register walaupun ketiadaan paspot bibik. Alang lupa nak kirim ke Wan masa Wan bawak Bibik baru kemari hari Khamis lepas. Cerita pasal Bibik baru ni memang menggelikan hati maklang.
Masa kami dapat gambar dari 'ejen' pembantu rumah ni, juga ibusaudara yang agak distant dari kami, kami semua suspense jugak. Rupa bibik baru ni memang ler garang. Kulit dia agak gelap. Siapa2 yang tengok memang suspense. Anak2 jugak takut bila maklang tunjukkan gambar bibik. Gelihati. Anak2 semua bising kenapalah nak ambik bibik yang segarang itu. Maklang kata tak apalah. Memang maklang suka dapat bibik yang garang sebab kalau dengan Bibik Narsi ni, anak2 memang lemak segoni. Manja sangat. Bibik Narsi pulak orangnya memang lembut. Orang Sololah katakan. Bibik Minah ( bibik yang maklang pinjam dari Alang) pun, orangnya sederhana aje, tak garang dan tak pulak lembut. Ok Ok aje. So, anak2 memang tak takut laa...macam biasa aje.
Tiba hari Selasa lepas, memang anak2 suspense. Alang cerita masa Alang ambik bibik kat airport, Alang terperanjat jugak sebab tengok Bibik. Orangnya tiggi besar. Setinggi Uncle Jai ( suami Alang) dan berbadan besar! Uncle Jai dekat 6 kaki tinggi. Memang anak2 takut sekali. Nak2 si Angah. Takut betul dia. Risau sangat. Tiba hari Bibik nak sampai ke mari, iaitu petang sebelum bibik tiba, dia call Wan. Tanya kat Wan nak confem betul ke bibik orangnya sebesar itu. Gelihati. Memang si Angah takut. Maklang biarkan aje. Kasi suspense. Walhal, kami semua dah komplot nak takutkan anak2 ni biar padan muka mereka....Ha..ha...
Bila Wan dan Atok serta Bibik tiba, dan si Ucop kenit pun ada, Angah dan anak2 lain seolah2 lega bila tengokkan bibik baru. Tak adalah besar mana pun. Setinggi Alang aje, tapi badan boleh tahan...he..he.. Suaranya memang lah kuat. Kalau dengan Bibik Narsi memang tenggelam lah bibik. Nama dia Warni. Nanti kalau bibik Narsi balik, maklang bolehlah panggil Warna Warni...he..he...
Setakat 2 hari bibik Warni ada kat rumah ni, nampak bersih dan teratur jugak rumah ni. Tapi masih terlalu awal kalau nak puji pun. Bak kata Paklang, baru sangat. Maklang beritahu bibik, jangan rajin sehari dua aje ye...maunya sampai bila2. InsyaAllahlah kan, moga2 bibik ini sebagus bibik kami yang terdahulu. InsyaAllah lagi 2 minggu bibik Narsi pulang ke mari. Adalah bibik Warni teman...
+++++++++++++++++++++++++++++
Tadi pagi Ibusara ada datang ke rumah. Saje jalan2 nak tunjuk kat maklang gambar2 masa dia ke rumah teman yang di sini yang banyak menjual perabut English. Maklang memang suka English, tapi rumah kami ini banyak pada hiasan tradisi Melayu, cuma sofa aje berbunga2. Maklang pun bukannya pandai pun nak menghias rumah. Pakai aje apa yang ada...
Sempat jugak maklang ambik gambar Paklang terkial2 membetulkan kolam ikan dia. Sebab air agak laju, kami cadang letakkan batu2 kecik kat antara sungai supaya ikan tak terlepas ke sungai yang lebih rendah. Berpoloh2 suami tercinta maklang tu meletakkan batu2 tu. Tak sempat habis pun sebab panas. Si bujang pulaklah yang menyambung tugas ayahandanya...
Terkial dan susun batu yang dibeli kat nursery. Mula dia letak kan jarang kecik2 tu. Lepas tu susun batu supaya ikan tak terlepas ke kawasan lain.
Maya pun ada jugak menolong menghulurkan batu2 tu. Semuanya duduk kat tepi kolam sejak dari pagi. Jangan tak tahu, Wan nak bunag ekor taugeh pun duduk kat tepi kolam...
Penatnyalah menyangkong kat situ...
IbuSara tersembunyi kat belakang pokok pinang tu. Tak mahu gambarnya di ambil ..he..he..
Maya tu nak menangguk ikan tu. Kononnya nak letakkan kat kolam atas. Tapi after a few minutes, seekor pun tak masuk. Kensel tak jadik tangkap!
Manis senyuman si Sara...Kenyang makan muffin agaknya...he..he..
Nanti maklang sambung cerita lagi...gambar sambungan belum masuk kat PC nilaa... Selamat berhujung minggu...Maklang masih lagi bercuti sehingga dekat2 akhir bulan July...Dr suruh rehat betul2 sebelum masuk bekerja semula...So, berehatlah dengan my REs...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
17 Comments:
Baik2 PL menyangkong tu takut jatuh dlm kolam aje ... hehehe
mesti cantik kolam2 tu kan ML?Insya'allah satu hari nanti saya akan kesana juga untuk merasai nya:)
bila dah beranak pinak ikan tu nanti dan ada usaha nak mengurangkan nya boleh la mengocal dalam kolam tu nanti hehe
OO ibu sara dah ziarah kolam ye... nantilah kita piknik ..heheh.
neeza baca comment zino. Mengocal tu apa?
seronoknya tengok kolam cantik Maklang.. boleh tak bagi besar gambar... nak tengok ikan.. hehee.. biarlah tak dapat tengok live lagi pun...
Melihat ikan2 dlm kolam memang macam satu terapi...sejuk aje rasa hati...tenang dan damai melihat ikan2 itu berenang...
Hehehe...maklang ni menyakat bebudak dgn bibik baru ye...
paklang tu sipi2 je tepi kolam, jgn nanti ter-berenang dalam tu pulak..
senang sikit maklang, bibik baru dah sampai..
org mana bibik yg baru ni?
Best kan ada bibik. Baru semalam masa tengah menggosok baju dok teringat alangkah bahagianya hidup ku di sini kalau ada bibik. Tahun ni sejak duduk Perth kena gosok baju sendiri. Dekat Kerteh dulu ada makcik datang gosok baju...Miss pula makcik tu.
boleh picnic2 kat tepi kolam tu,ye...
ok, maklang. selamat berbibik baru yea...dan moga lagi cepat sembuhnye.
wahh..warna warni gitu..hehe,amboii..nnt umah mklang ada 2 org ek pembantu?
kalo ada pondok terapung atas kolam tu mesti lg bestkn maklg..
sy pun nk piknik gak!
Kak Elle:
Nasib baik tak jatuh kan..kalau tak mahu ikan2 ketakutan..he..he...
Zino:
Mengocal tu apa ek?? Ikan tu masih belum baligh lagi...camana nak beranak..he..he..
Rina:
Ibusara memang selalu jugak ke sini...sebab memang anak2 kami ke tuition sama2...
So dah datanglah melawat maklang dan kolam!
Neeza:
Nak besarkan gambar tu, tekan kat gambar tu, nanti jadik besarlaa...Maklang tak boleh dah letak gambar besar sebab nanti maklang tak leh letak gambar lagi sebab dah nak habis space dah!
Kak lady:
Menyakat anak2 tu memang kesukaan maklang laa...Enjoy....Dah besar nanti pun boleh sakat!
Mulan:
Kalau jatuh tak ke haru...
Ada bibik baru pun susah gak..language barrier...kena perlahan2 ler!
Mak su:
Bibik dari Indramayu.
Shaz:
Memang seronok kalau ada pembantu ni...Penatnyalah menggosok bertimbun kan..
Tapi duduk Perth lagi bestkan..Kerteh ni panas!
Cikgu Zue:
Lama tak nampak ye...
InsyaAllah cepatlah sembuhnya.
Tulip:
Warna warni...takut lagi pening! Cakapnya pekkkat giler. Payah nak paham. Language barrier betul Tapi nasib baik rajin kerja.
Tak buat kot pondok tu sebab dan ada pun pondok kat hujung taman!
wah bes jugak ada kolam ni ek.. ada jer aktiviti nak dibuat.. ehheh
Salam, Rumah besar macam Mak Lang memang patut pakai 2 Bibik pun
Post a Comment
<< Home