Tak sabar...
Assalamualaikum...
Hari ini maklang lewat mandi. Almaklum, Dr. tak ada kat rumah. Kalau tak kena siap pepagi supaya dia dapat bersihkan belakang ni sebelum dia ke pejabat. Sebenarnya Paklang dah ke KL semalam petang. Ada meeting 2 hari kat KL plus nak temuduga orang2 baru kat KL. Orang yang nak join kompeni yang dia kerja ni. Dah Paklang ke KL ni, maklang pesan jugak sedikit riben yang masih tak cukup lagi dan jugak sedikit manik, apalagi untuk nak mencantekkan lagilah riben2 maklang, kononnya....
Semalam tak ada apa sangat. Tak larat semalam keletihan. Memang kena cukup rest. Jadinya semalam maklang lebih banyak berehat jugaklaa...
Kebetulan Paklang balik tengahari sebab nak kemas beg, so selama dia mengemas beg baju dia, maklang pun baring2 berehat lah. Tak seronok kalau suami tercinta nak ke KL. Nak buat macamana, dah tugas kan. Tak sabar nak tunggu dia balik.
2 malam lepas, maklang memulakan jahitan RE yang baru. Ikut contoh dalam buku. Tapi tak boleh 100%. Sebabnya riben yang digunakan kat buku tu maklang tak ada dalam simpanan. So, main hentam ajelaa...Ni tak sabar nak siapkan. Kalau siap, nanti ingat nak buat satu lagi, biar ade satu set. Boleh letak kat ruang tamu. InsyaALlah, lepas tu, maklang nak start sarung bantal yang orang nun jauh kat Arab tu tempah...InsyaAllah...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
10 Comments:
Maklang, nak nangis tau nengok ni.. semua yg maklang tunjuk sebelum ni cantik, tapi yang ni paling berkenan...tergoda terpesona semua ada...
Mak lang kalau mak teh nak order macamtu bolehkah mak lang buat lagi. Takut mak lang tak larat. Nak juga something like that kerana nak menerima menantu Disember ni! Ni belum tempah apapun lagi!
Mak lang, ummi suka yang inilah.. lain dari yang maklang selalu buat... nak satu boleh?!!! ummi pun tunggu gak dari maklang
maklang byk org dah menanti tu...hehe...bolih tambah lagi satu ye?
ML kalau boss buat dressing takde kan ada byk dayang2 kat rumah suruh dia org tolong buatkan dressing tu:)
nak pegi interview la hehe
cantiknya!!! heheh.. tak sabar nak tengok 'orang Arab' tu punya.. hehehe.. perasan orang arab pulak..
Maklang...dalam sakit2 tu pun banyak dah siap ye RE maklang ye......
maklang,
nangislah semahunya...sebab inilah set yang maklang buat untuk sendiri aje...kalau ada yang nak tempah...ribuan ampun di pinta...Pening kepala nak abiskan!...ampun tuanku!
Makteh:
Soalan makteh dah pun terjawab masa kita berbicara semalam. Kalau nak tengok telekong sila ke Archive April 2007. Perkahwinan Shah ada tunjuk gambar telekong..
Ummi:
Ampun..ampun..kalau nak yang lain sempoi2 bisa diaturlaa...yang ini hanya untuk diri ku..
Kak Elle:
Nak tambah dalam list silakanlah...list menunggu buah tak jatuh..he..he...
Dr. Wan yang buatkan dressing. Lukanya, alhamdulillah dah nak baik, cuma badan aje rasa tak kuat lagi macam selalu!
Zino:
Laa..paklang tunggu semalam Zino..apasal tak datang? he...he..
Neeza:
Orang Arab punya tengah tunggu riben kaler biru..masih kat KL lagi. Kain pun tak gunting lagi!
Post a Comment
<< Home