Lamanya..
Assalamualaikum..
Maklang sekarang ni kan macam tak sabar aje. Banyak perkara yang memerlukan kesabaran maklang, tapi kadang2 rasa macam tak tercapai aje. Al maklum semuanya berlaku bukan dengan kehendak kita. DIA telah menentukan segalanya. Kesabaran memang terlalu di uji. Kadang2 rasa macam tak tau nak bersyukur... Tapi bila muhasabah diri dan melihat kesusahan orang lain, maklang jadi insaf. Sejak 2-3 hari lepas rasa sedih sebab kaki ni macam tak mau nak baik. Sejak hari Sabtu lepas memang rasa lengoh aje belakang maklang ni. Terlupa nak pakai bengkong, maklang jadi tak kuat. Memang sepatutnya kalau berdiri kenalah berbengkong. Jadi ada yang memegangnya.. Disebabkan tak pakai bengkong, 2 hari jugaklah lengoh kat pinggang ni. Tapi maklang sentiasa berdoa semuga beban yang di tanggung ini diangkat semula. Semuga maklang akan berasa lebih sihat dalam hari mendatang, InsyaAllah...
Rasa insaf datang bila maklang baca blog Kassim Selamat. Link dia ada kat blog Sya..maaf tak tau apa link dia! Sungguh tinggi kesabaran dia. Ujian yang diberi memanglah amat berat! Kalau di compare dengan apa yang maklang lalui ini memang tak tercomparelah betapa penderitaan yang ditanggungnya...Maklang doakan kesejahteraannya...Amin...
Selain, lama nak tunggu kesihatan ini pulih kembali, maklang rasa macam lama sangat nak menyiapkan RE ini - yang ramai suka tulaa. Memanglah banyak sangat nak dijahit. Rasa tak sabar nak memulakan RE yang baru. Kesian si dia kat Arab Saudi tu...Tapi InsyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. Macamana nak cepat siap, selain penat duduk, maklang penat jugak nak buatkan berries tu. Sebabnya setiap berries mengambil masa yang lama. Sebesar duit 5 sen tu mengambil masa selama 20 minit - 30 minit. Kadang maklang berbaring tengok TV sambil membuat french knot untuk nak buat berries tu...Ada lebih 20 gugusan lagi agaknya...
Paklang pulak sekarang ini tak berapa sihat. Muka dia merah aje sejak semalam. Entah kenapa. BP semuanya OK. Mungkin sebab penat sangat kot baru pulang dari Kuala Lumpur tempohari. Kerja pulak banyak agaknya...
Semalam, maklang duduk berbual dengan Wan kat luar. Wan dok alih2 kan orkid yang dia dok betulkan beberapa hari lepas. Alhamdulillah, ada yang dah berputik , nak berbunga. Atok ada tabur baja jugak minggu lepas. Memang seronok. Disebab terlalu ghalik melihat Wan bekerja, maklang tak perasan ada deringan talipon kat hp. Dah lewat baru perasan ada call. Tak lain tak bukan dari Raja Sarinah. Rupa2nya kereta yang maklang lihat di depan pagar rumah maklang tu kereta RS. Tak sempat nak panggil, kereta tu dah berpusing. Kalau dapat lihat dari pagar, nampak jugak lah RS. ( Pagar rumah maklang ni diperbuat dari kayu, jadi tak berapa kelihatan laaa..) Tak ada rezeki nak jumpa...InsyaAllah kalau dah kuat, maklang akan fulfill jemputan RS tu...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
19 Comments:
maklang,
Hope you will get better soon. At the meantime, berehat-rehat lah kat rumah... Don't worry about anything... Yang penting, maklang sembuh 100%...
Maklang kena rehat dulu jgn tahan lasak ye?
Kesian nya RS dtg tapi org rumah tak buka gate ke?...gate takde bell ke maklang?
Sabar ya maklang.. tiap yg sakit tu ada pahalanya kalau kita redha.. Pakai bengkung maklang, jangan tak pakai..biar ramping dan kuat!
sabarlah Maklang ya.. mungkin dalam proses healing dia macam tu agaknya.. tak lama lagi tentu Maklang sihat seperti biasa... Insyaallah..
pasal RE kusyen tu takpelah Maklang.. slow2 pun takpe.. lambat lagi kan.. anyway, kalau tak sempat siap pun takpe.. neeza tunggu aje. jangan paksa diri Maklang.. yang penting Maklang sembuh sepenuhnya.. jaga diri ya.. :)
Salam,
Maklang, pekabar hari nie? Semoga cepat sembuh ya. Tempohari zino yang kabor kat azwa, nak singgah teratak maklang yang baru operation katanya.
RE yang maklang buat tu very the beautifooool maria la..tak jemu mata memandang.
salam,
semoga maklang rehat sepenuhnya dan apa yang berlaku Insyaallah ada hikmahnya.
Semalam memang nak singgah hantar kad je sebab banyak tempat nak singgah ,terimakasih kerana sudi hadir nanti.
ML akak harap ML banyak bersabar krn berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
Harap mak lang cepat sembuh... dan dpt jumpa kawan2 mak lang mcm dulu2...
maklang..
sabar dan banyak berehat.. semuga maklang pulih sepenuhnya.. paklang tu jangan kerja kuat sangat.. kena rehat juagk.. paklang tu aktif sungguh hehe
maklang,
Nek doakan maklang cepat sembuh seperti sediakala ya,oh ya maklang ke yang tinggal komen kat butik nek about those bags,if yes please email nek yaa maklang,email ada kat butik sana:))
salam dari phoenix,
nek
get well soon, insya-Allah. Allahumma yashfiki insya-Allah...
maklang kalau orkid dah berbunga, ambilla gambarnye ye...saya suka sgt orkid.
Mak Lang,
Semoga cepat sihat.. Berpantang is a must, ok?
Ingat semua yg sakit ada ubatnya. Dan setiap yg berlaku ada hikmahnya... Take care :)
Cat:
Thanks...Kadang menangis sebab sedih tak sihat2 lagi..kena sabar banyak2 kan,,,
Kak Elle:
Mana ada lasaknya...relax2 aje ni..
Tak tau ada orang datang, camana nak bukak gate.
Ada bell...bell kecik aje, tak perasan betul!
Cikmilah:
Redha...terima aje...tapi penantian untuk sembuh...Allah aje yang tahu!
Bengkung memang dipakai! Tapi rampingnya...entahlaa...
Neeza:
InsyaAllah sihat kembali kan...
Maklang akan cuba buat perlahan2...ni tengah nak habiskan sendiri punya dulu, kalau tak dihabiskan, mau tak dibuat sampai bila2!
Azwa:
Tengohlah puas2 RE tu...tak kena bayar pun! he..he...
RS:
InsyaAllah...maklang memang nak sangat datang, harap2 keadaan mengizinkan!
Eids63:
Terimakaseh kak kerana mendoakan maklang...
Ummi:
Terimakaseh...Maklang pun harap dapat sembuh secepatnya..InsyaAllah...
Zino:
Nak rehatlah ni...Paklang tengah sibuk tu..kesian dia!
Nekrock:
Terimakaseh Ym tadi. Nanti maklang kasi result dia! Harap2 dapat greenlight dari paklang! Doa-doa...
Cikguzue:
InsyaAllah maklang ambik gambarnya nanti...
Dalam dakapan ibu:
Terimakaseh...maklang makan ubat...jangan risau...
Doa aje maklang cepat sembuh!
dalam hidup ni ada pasang surutnya, begitu juga kesabaran, ada hari up atau down. Semoga maklang cepat sembuh.
Post a Comment
<< Home