Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, June 15, 2008

Hujung minggu

Assalamualaikum...


Pagi2 hari Ahad ni memang agak kesunyian. Hari ini lagilah sunyinya. Tinggal maklang ngan Bibik aje kat rumah. Anak2 dah ke sekolah dan Paklang baru aje ke pejabat lepas buat dressing kat belakang maklang. Wan, Atok dan Busu sefamily dah tiba kat JB ptg semalam. ( Busu tiba hari Khamis malam Jumaat bersama kereta Atok ~ Atok tersenyum tersengih aje tengok kereta baru dia. Wan pun samalah tu..he..he...Enjoy the new car...and SELAMAT HARI BAPA UNTUK ATOK TERSAYANG DAN CIK ABANG TERCINTA)


************************************

Hari Jumaat, biasalah bila dah ramai rasa enjoy. Maklang pun sama2 turun ke dapur, tolong2 Wan masak. Sebab Paklang ke pasar beli macam2...maka maklang pun teruja lah nak buatkan sambal sotong coklat untuk suami tercinta. Wan pulak siapkan bahan2 untuk buat mee singapore...dengan kuah taucho sekali. Tengahari tu kami makan mee taucho laa. Kenyang betullah...

Lepas tu, maklang naik ke atas untuk solat Zohor. Lewat hari tu sebab makan dulu. Lepas solat, ingat nak baring2 sambil tengok TV tapi lepas tu, TV pulak yang tengok maklang. Rasa penatnya ya amat. Memang tak larat. Agaknya sebab lama tak gerak2 sangat and penat sebab lama tak masak! Hai...apa nak jadi?

Lepas solat, maklang start RE baru. Buat 3 biji lollipop. Inspiration selepas menonton Snow White kat TV last week. Siap dah pun jahitanya semalam.

Semalam pun sibuk jugaklah. Sepanjang pagi maklang kat bawah. Seronok tengok2 kolam tu. Mintak tolong Sham dan adek dia angkat2 kan pokok2 untuk nak letak tepi kolam. Nanti bila Pak Omar datang hari ini bolehlah Pak Omar betul2kan kedudukan pokok2 tu. Lepas tu, mintak tolong Sham belikan ikan kat kedai kat Kerteh ni. Dapatlah dalam 15 ekor. Tapi untuk kolam yang ada ni, 15 ekor macam tak ada aje. Letak kat 3 tempat, ikannya hilang! Pulak air macam ijau semacam. Maklumlah baru semalam idupkan filter tu! Manalah nak putih air itu. Kurang2 seminggu baru air jagi molek kata Sham. Anyway, it is so syahdulah dengar desiran air tu..Macam kat pergunungan kata bibik. Wan pulak kata macam kat hutan. Memang teruja...Untuk Ms. S dan Ms. N yang kata nak datang sini tu...bila gaknya kita boleh bergambar kat tepi kolam tu ek..he..he..Maklang masih menanti!

Sebelum Atok balik semalam. sempat jugak maklang ajak Busu bawak maklang jalan2 naik kereta Atok. Hmmm...betul kata Dhirah sedap bau kereta Atok! Semalam pun Wan kata, Atok drive all the way to JB...lepas geram agaknya sebab sebelum nak dapat kereta dia tu banyak sangat kerenah jabatan kereta ni. Ada ke kisah kemalangan kereta atok yang berlaku lebih 6 tahun lalu masih lagi ada dalam komputer dan tak dikemaskinikan. Kat Jabatan trafik dah clear tapi kat situ memang ada lagi. Memang masa tu Busu naik hantu! Dahlah dia yang check kan dengan Jabatan trafik pasal ni, lepas dah diberitahu yang kat poli$ tak ada, boleh pulak kerani2 tu buat dek! Siapa tak hangin. Memang patut naik hangin...Anyway...Lepas 3-4 hari lepas tu, baru lah dapat kereta Atok tu diambilkan lesen. Sebab tulah Atok datang sini lewat masa maklang masuk spital baru2 ni.Kereta lama pulak dah terjual. Macam2...Sabo jelaa...

Hari ini, Kak Liza dan Kak Ina dah call kata nak melawat maklang...Tak sangka I ni ramai gak peminat! ( dah mula nak perasan)Almost tiap hari ada aje yang datang! Kalau orang nak datang melawat, apasalahnya kan...bawak sikit keluar dosa2 orang kata...

Hari Jumaat malam lepas, Ina dari Paka datang melawat. Kejap aje. Adalah 15 mins. Tak sempat nak buat air. Katanya, saje nak jumpa maklang...nak tengok je. Sorilah Ina, telekong yang ditempah sejak 6 bulan lepas masih tersadai atas mesin! Entah bilalah nak siap tu!




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

14 Comments:

At June 15, 2008 at 1:04 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Alhamdulillah... Maklang dah dapat bergerak lebih sikit. Semoga Maklang sembuh dgn lebih cepat. Cuma, takleh kuat2 sangat la kot since masih baru kan.. Tapi, kalau duduk kat tepi kolam dan dengar desiran air tu... takpe... yang tu dimaafkan sebab tu terapi minda juga tu. Bila minda tenang, badan senang nak pulih.

Maklang!!!! nak tengok kolam dan nak tengok ikannnnn... jelesnya.. mesti Kak Rina dapat tengok dulu..

Nanti kita ambik gambar ngan ikan ye.. macam la ikan tu boleh bangun... hehee..

 
At June 15, 2008 at 3:40 PM, Blogger KakNi said...

Tu la kita ni orang perempuan bila dah sihat sikit mulalah 'lupa diri' nak buat itu dan ini... memang dah macam tu kan naluri wanita... nak duduk saja2 tak tahan boring, tapi kalau orang lelaki asyik nak buat alasan je - asalkan dapat bermalas-malasan....

 
At June 15, 2008 at 3:47 PM, Blogger silversarina said...

Ooo dah jalan-jalan ye, Alhamdulillah maklang dah semakin sihat.

Kolam tu memang tarikan utama laman rumah maklang, kalau anak-anak kawin senang buat tema garden wedding... alangkah bahagianya .

 
At June 15, 2008 at 5:26 PM, Blogger zino said...

maklang..
kaler ijau tu tak lot dek filter.. unless filter yg power punya.. keadaan tu berlaku pasal tindakbalas dengan cahaya matahari.. unless kolam tu tersembunyi..

kecuali maklang boleh lindung kolam tu sepenuhnya dari panahan terus cahaya matahari itulah yg di maklum tokei ikan tempat zino beli tu...

agaknya dah mula boleh mendengar deruan air yg mengalir.. best nya hehe

 
At June 15, 2008 at 5:50 PM, Blogger Norabella said...

Mak Lang....mee singapore tu apa? Rasanya macam Mee Siam kot sebab ada kuah tauchu tu?

 
At June 15, 2008 at 7:00 PM, Blogger YuszTieY said...

salam..
lamanya tak komen kat blog mak lang...dok baca jer n3 maklang ni.

alhamdulillah dah dapat masuk dapur dah yer mak lang...siap masak sotong coklat kat cik abang sayang lagi yer...best nya sotong ooo sotong...

bunyi air jatuh tu cam kat sebelah telinga saya jer ni..hehehheee
aper pon jaga diri yer mak lang..

 
At June 15, 2008 at 7:00 PM, Blogger YuszTieY said...

tes...

 
At June 16, 2008 at 12:30 AM, Blogger Abang Long said...

Sekadar bertanya, setiap pagi, mak lang buat senaman ringan ala tai-chi ?

 
At June 16, 2008 at 8:40 AM, Blogger Kopi Suam said...

Alhamdulillah...semoga maklang cepat sembuh dan banyak2 bersabar yek....oang dapur le katakan mana boleh tahan kalau tak bertarung dan menyingsing lengan kan :)

jualan jumbo kain di http://kopisuam.blogspot.com

 
At June 16, 2008 at 8:45 AM, Blogger IKHWANI said...

Alhamdulillah dah "panjang langkah" nampaknya Mak Lang ni...aish, dengar kolam dah siap kita pun teringin nak tengok :)

Man-man lorrrr...kalau kat ofis ni chinese colleague sure cakap macam tu...nanti dah kuat betul badan baru boleh tambah aktiviti...selagi boleh ni enjoy lah masa kat rumah...ya lah, mee singapore tu macam mana lah agaknya?

 
At June 16, 2008 at 10:05 AM, Blogger maklang said...

Neeza:

Syukurkan...dah nak sihat semula, InsyaAllah..Walupun progress agak slow. Itulah kena sabar banyak2..

Nanti Raya, Neeza balik, jangan lupa singgah tau...Agaknya masa tu ikan dah besar agaknya!

Akuni:

Tak seme lelaki cam tu. Ada jugak yang rajin..

Maklang pun tak boleh lagi nak macam superwoman...Ni tak kuat lagi!

 
At June 16, 2008 at 10:08 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Wedding in the garden...mak ai...jauhnya lagi tu..Harap2 panjang umur ye!

Zino:

Kaler ijau memang sebab kena panas. Agaknya sebab hari tu pun lama tak kena filter sebab tu lagi ijau. Filter yang ada tu nampak bagus...sedang menjalankan tugasnya..insyaAllah air akan ubah warna. Kalau tak kena tambah lampu lagi..ultra violet tu!

 
At June 16, 2008 at 10:10 AM, Blogger maklang said...

Nora:

Aha...mee siam tu..

yus:

InsyaAllah dah sihat nanti ada kot resepi2 lak..he..terimakaseh kerana mengunjungi!

Abang Long:

Tak lagi. Dr. tak suruh buat tai chi lagi.. nanti jumaat ni ada folo up...tengok macamana..

 
At June 16, 2008 at 10:13 AM, Blogger maklang said...

OO:

Yes maam! man-man ler ni..kalau tak mau maklang masuk kolam, tolong buang yang ijau2 tu..he..he..

KS:

Terimakaseh masuk blog maklang...lama tak nampak...nanti maklang ke blog KS..nak tengok kain apa yang di lelong tu...

 

Post a Comment

<< Home