Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, June 24, 2008

Malas

Assalamualaikum...


Malas betul 2-3 hari ini nak mengupdet. Alhamdulillah maklang dan keluarga sihat2 sahaja. Sibuk setiap hari dengan jahitan maklang ni. Apalagi nak buat kan...kalau tak menjahit, menonton TV ajelah...


Semalam pagi sibuk tengok atok dan Wan membetulkan pokok2 okid yang tersadai kat tepi rumah. Memang Atok dan Wan rajin sangat pasal membela pokok. Rasa macam nak join sekali aje, tapi apakan daya. Manalah nak boleh bengkok badan ni. Maklang tolong campakkan makanan ikan aje. Lain tak ada. Lepas tu sambil2 duduk kat tepi Atok dan Wan tu, maklang menjahit. Cross stitch pulak. Punyalah semangat. Mula hari Sabtu malam. Ingatkan nak di frame. Kecik aje maklang buat. Tak kosa nak buat besar2 macam OO tu, tentu tak siap punya. Terasa betul penatnya menjahit semalam. Stress sungguh. Ada sikit lagi nak siap. Nanti ajelah...

Pagi semalam, maklang ikut atok ke kedai. Sempat singgah kat office sekejap. Hantarkan MC. Ikut ke kedai pun bukannya keluar kereta pun. Saje nak ambik angin. Rasa lama betul terperap kat rumah. Rupa2nya jalan nak ke office tu ada lencongan. Atok kata dah lama dah macam tu. Orang tengah buat jalan. Balik dari kedai, maklang kenalah tolong bibik memasak. Sempoi aje. Tak boleh yang banyak kerja.. masih tak berapa kuat. Terasa betul letihnya semalam.

Petang pulak atok dan wan ajak pulak ke kedai jual pasu. Disebabkan mereka nak betulkan pokok 'ong' yang dah terlalu gemok tu, maka kami ke kedai pasu lah kejap. Maklang jalan2 jugak kat situ. Kejap aje. Tak tahan woo...sakit pinggang! Tulah padan muka. Balik dari situ, maklang berehat aje. Letih bebenor! Dalam pada berbaring tengok TV tu sempat jugak maklang menggentil buat bunga riben. Nak siapkan jugak lollipop yang masih ada belen2 sikit lagi tu...

Disebabkan semalam terlalu penat, hari ini, maklang tukar strategi. Maklang masak pagi2. Lepas goreng makaroni untuk anak2 punya breakfast, maklang terus tumis buat nasi tanak yang along dah request entah beberapa hari yang lepas. Lepas tu, potong timun, karot dan tomato untuk buat acar mentah. Lepas tu cepat2 naik untuk nak bersiram sebab kena siap sebelum Paklang ke pejabat. Ialah nak didressing kan belakang ni lagi. Then maklang melepak dalam bilik ni. Telepon kak Ina dan dia kata nak datang ambik reben yang dia pesan.

Bila dan jumpa Kak Ina, biasalah...cerita pasal reben ajelah. Dia pun ada ajar maklang teknik2 buat bunga ros yang dia buat. Petang tadi ingat nak cubalah, tapi nampaknya, macam fail aje..he..he..nantilah bila dah rehat2, maklang buat lah pelan2 kan...

Sekarang ni rasa tak sabar betul nak buat RE baru. Ada design Helen Erikson yang maklang tengah berkenan, entahkan jadi nak buat entahkan tidak...



Cerita hari Sabtu: sessi melepaskan lagi 2o ekor ikan kap dan 10 ekor ikan bandaran (ikan yang makan lumut tu)





Ini kisah hari Ahad lepas:



Tanda mata buat Ibusara, sepasu lollipop dan jugak pencil case buat Angah yang maklang mintak Cik Nab jahitkan.






Ini pulak hari Senin:



Wan dan Atok sibuk dengan okid2nya..dan pokok2 bunga yang Atok dan Wan import dari JB untuk nak susun kat tepi kolam..






Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

11 Comments:

At June 24, 2008 at 10:47 PM, Blogger Neeza Shahril said...

bukan kata Maklang, neeza yang baru 4 hari terperap kat rumah ni pun dah rasa bosan. Nak keluar, banyak habuk.. tapi, nak keluar jugak.. tak segar lah asyik dok kat rumah kan.. tapi kalau rumah cam Maklang, neeza suka.. boring2 boleh tengok ikan.. bestnya laaa...

 
At June 25, 2008 at 12:21 AM, Blogger tulipurple said...

maklang...bawak2 bertenang mklang nye..jgn lasak sgt tau.
wahh..semangat ek atok&wan..siap bawa pokok tu dr jb..kire nursery bergeraklah ni ek.
dpt ku bayangkan cantiknye bila seme orkid tu berbunga serentak...
oh,ya lupa sy nk bagitau maklang(itupun kalu tak tau lg lah..hehe)
aritu sy baca magazine laman kat umah mama sy pasal hydrangea tu kan(seriously,sy terbyg2 bg2 maklang tu),karer dia leh bertukar ikut ph tanah.tak silap sy kalo biru tu tanah berasid,kalo nak ke merah-pink2 tu kene alkali lah..so,bley tabur kapur lah.nnt bley lah maklang suh pak omar ek,wat ape yg patut.sorry ek..pjg lak komen kali ini.
take care ek maklang :)

 
At June 25, 2008 at 12:32 AM, Blogger Abang Long said...

Rajin berusaha, InsyaAllah membawa kejayaan. Jom datang ke gerai abang long.

 
At June 25, 2008 at 9:03 AM, Blogger MAMAMIA said...

Malas-malas Mak Lang pun, sempat buat RE. Kalau saya lah, satu apa pun tak buat.... betul2 MALAS!!!

 
At June 25, 2008 at 3:50 PM, Blogger Kak Elle said...

maklang biar rehat habisan kang sakit pinggang lagi.

tak lama lagi maklang bolih buka rumah terbuka untuk mereka2 yg nak bersantai tepi kolam.

 
At June 25, 2008 at 4:00 PM, Blogger shaz said...

Rajin betul mak lang anak beranak bercucuk tanam, bela ikan. I minat juga, before pindah perth ni semanagat aje berangan nak ber english garden. Bila english garden dah depan mata, malas pulas nak maintain. Darling husband dah tak larat dengar perkataan malas dari mulut I. Nanti lah i buat entry dekat blog I on my garden.

 
At June 25, 2008 at 4:26 PM, Blogger cikMilah said...

betul kata kakelle, slow-slow ya maklang..( tapi seronok gak tengok RE tu.. grrrm...:)))
nanti bila kolam tu matured... huiiii, damainya....

 
At June 25, 2008 at 4:31 PM, Blogger maklang said...

neeza:

nasib baik boleh tengok2 ikan...kalau tak mau pengsan terperap kat rumah..

dah biasa tiap hari keluar, ni kena macam dalam pantang...mau pening!

tulip:

TQ for the info. Ada jugak yang bagi tau dulu2. Tapi belum cuba lagi. Wan dan Atok tu beli bunga kat JB sebab kat sana muarah banyak. Terlanjur kereta kosong, mereka hangkut semuaya...

Doa2 moga2 orkid tu rajin nak berbunga.

 
At June 25, 2008 at 5:43 PM, Blogger Mulan said...

maklang beli pasu/bunga kat mana? saya pi hias nursery pagi tadi, takde sangat pokok nya..

 
At June 25, 2008 at 5:51 PM, Blogger NURAZZAH8 said...

mak lang, mintak ampun dah lama tak menjenguk ke teratak mak lang, sibuk sungguh Azzah.
dan Azzah minta maaf sbb lama tak menjenguk tak tahu yg mak lang pun ada undergo operation, anyway, azzah doakan agar mak lang cepat sembuh. jangan terlalu diikutkan hati, biar sembuh betul2 baru mak lang boleh full swing nanti buat segala cross stitch, reben , menjahit , bela ikan, tanam bunga etc etc etc....

 
At June 25, 2008 at 10:47 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Rajin betul Wan tanam pokok2 orkid, nampak dah byk pasu2 orkid, saya pun sekarang tgh dok gila tanam orkid, sebab nak cepat, beli yg dah berbunga, nak tunggu bunga keluar dari pokok2 lama yg dah semai tu, lama bebenorlah nak berbunganya

 

Post a Comment

<< Home