Busy sikit...
Assalamualaikum....
Macam biasa, tiap pagi lepas kena dressing by Cik Abang tercinta, maklang akan mula updet bloglah. Hari ni hampir2 maklang berteman. Entah kenapa, lepas aje Cik Abang buat dressing tu, terus dia kata, malasnya nak gi kerja. Masa tu pukul 8:10am tadi. Bila dia teringat yang ada surat kuasa yang dia nak kena hantar kat Alang ( untuk nak ambik maid baru besok malam), terus aje dia kensel niat tak mahu gi kerja dia. Kadang gelihati maklang tengok Paklang tu...kalau maklang ada rumah sebab tak sihat, dia pun sama macam malas aje nak gi ofis. So, now maklang tinggal ngan Bibik ajelah.
Yang kelakar, masa Paklang tengah buatkan dressing tu, sempat kami bercerita. Maklang beritahu dia, malam tadi, bujang maklang kasi hadiah kat maklang. Set pensil, sharpener dan notebook Hello Kitty. Dia kata hadiah hari ibu yang dia beli tapi lupa nak kasi kat mak. Ingatkan nak kasi Abah sempena Hari Bapa. Dia kata , tak, ni mak punya. Lepas tu Cik Abang cerita pulak yang Si Hakim beli tutup pen kat koperasi sekolah RM1.00 satu. Entah tutup pen apa tak tahulah. Maya kata 50sen je. Nak tahu apa Hakim kata? ...kan barang seme dah naik! Laa...perihatan jugak dia rupanya atas apa yang berlaku ye...Itulah, ingatkan dia tak tahu, rupanya telinga dia tu mendengar aje....he..he..
Tadi lepas Subuh, maklang turun dah ke bawah. Bantu2 and ajar bibik nak masak apa. Siaplah cucur udang dan sambal tempeh dengan telur puyuh. Dah tolong siapkan bahan untuk masak lemak kobis dan dan mintak bibik gorengkan ikar selar besar dan ditaburkan dengan bawang dan cili merah goreng. Cukuplah tu...
+++++++++++++++
Ini cerita semalam...
Macam maklang kata, Kak Ina nak datang. Dan betul macam dijanji, Kak Ina tiba jam 11:00 pagi. Orangnya kecik molek aje..Ramah! Lain dari dalam gambar tu. Maklang dok ingat, Kak Ina tu yang gambar di depan kat blog dia. Rupanya Kak Ina, ialah gambar yang di belakang tu...Seronok jumpa Kak Ina, sungguhpun baru pertama kali berjumpa, kami macam dah kenal lama. Pulak tu punya minat yang sama! Memang cerita berkisar pasal RE lah. Camana boleh mula etc. Maklang sempat jugak tunjukkan kat Kak Ina macamana maklang jahit RE cara Kak Intan. Kalau style Kak Umi tu memang Kak Ina dah expert! Yang paling gelihati tu bila Kak Ina kata, dia rasa nak nangis bila tengok RE yang maklang tunjukkan kat dia. Dia suka kat lollipop 3 bijik yang baru siap tu..he.he.. (Kak Intan dan Kak Umi ni memang expert buat RE.Link ada kat blog maklang ni!)
Ini lollipop 3 bijik. Entah bila nak hantar jahit jadi cushion cover. Kena tempah lah sebab tak boleh nak jahit sendiri lagi!
Dan ini tempat maklang 'bekerja' sambil menonton atau be'pc'!
Ini antara RE beg telekong yang kawan maklang tempah. Maklang jual RM30 satu...Ada letak manik2 sikit.
Ini pulak antara series of RE roses untuk nak frame yang kawan maklang tempah.
Lepas Ina balik, maklang dok menjahit kat bawah. Sambil dok beritahu Pak Omar pasal pokok mana nak letak kat kolam tu. Tak abis lagi cerita kolam ek...Then maklang duduk kat luar, sambil enjoy desiran air kolam sambil menjahit RE.
Lepas makan tengahari, maklang berehat. Baru aje nak ekjah2 kerusi, ada loceng berbunyi...Rupa2nya Chef Celebrity kita, Kak Liza tiba dengan sepinggan besar puding roti. Cam biasalah ...sodap! Seronok bual2 ngan Kak Liza. Sebenarnya Kak Liza pun baru aje keluar hospital. Tangan/ bahu dia sakit. Kenalah physio kat sepital kat Ampang tu selama 6 hari sejak last week. Ni pun Kak Liza kata, bahu dia masih tak baik lagi. Mana taknya kata Kak Liza, orang tu sikukan bahu dia...hmmm macam2 cara orang nak ubat, tapi maklang rasa cam tak betul aje..he..he..macamlah maklang pulak yang boleh baikkan bahu Kak Liza. Sabar jelah kak...doa maklang akak sembuh cepat ye...
Petang lepas Kak Liza balik, maklang solat dan maklang memulakan 'makeover' ke atas kerja kursus Along yang due hari ini. Sebenarnya patut dihantar last Thursday, tapi Cikgu tak masuk. Untuk yang last week tu, dia di supervise oleh Paklang. Maklang rasa OK dah. Pastu semalam, dia kata cat yang dia dah spray tu macam tak rata. Sebab spray putih tu dah habis, maka datanglah idea untuk menampal aje dengan kain. Then datang pulak idea nak letak riben ( idea kak liza masa bercerita) dan maklang tambah pulak renda putih. Untuk nak buat penyangkut untuk nak tutup bekas tu, maklang letakkan teko yang maklang ada banyak buat perhiasan ( beli yang tak cukup set - satu tu RM1.oo je dulu!). Seronok. Angah tolong jugak sementara Along dok memprintkan kerja Angah kat printer kat bilik dia. Dalam seronok membuat tu, sempat jugak gam pistol yang panas tu terjatuh kat lengan maklang...and guess what bertandalah lengan ibunda tercinta ni desebab kan gam itu! Merah dan pedih lagi...dan Angah sempat kata..."Tengok long...pengorbanan ibu...sampai melecur tangan mak sebab nak tolong awak!" Sempat aje nak pekena kat Along dia! Along seronok sangat lepas tengok bekas CD dia tu di makeover! Moga2 Along dapat markah yang memuaskan...Tak pe kan kalau mak tolong2 sikit. Kata Along, ada jugak kawan2 Along yang hantar kat kedai terus, mintak tolong buatkan seni pertukangan tangan mereka....
Ini..before the makeover. Siap dengan model sekali.
Ini after the makeover. Model entah kat mana. Dah tidur agaknya! It took us about 1.5 hrs to complete the makeover. Alhamdulillah...siap..Along was sooooo happy!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
14 Comments:
Maklang ni...dalam pada sakit pun macam2 aktiviti...rajin betul...
Cantik RE tu ye...
Mesti rasa gembira bila didatangi kengkawan...alhamdulillah maklang ceria dgn kedatangan mereka...
Jgn buat kerja bebanyak...rehat lebih2
alahai... comelnya Hakim bagi set pencil siap dengan notebook hello kitty lagi tu bagi Maklang... kecik2 dah pandai bagi hadiah kat Mak.. besar2 esok, mesti dia pandai jaga hati mak ni...
hehehehh.. sempat lagi Angah kenakan Along ya... takpelah maklang.. apa salahnya tolong dia.. orang lain siap hantar kedai lagi tu..
cantiklah RE bag telekung dan semua tu laa.. rasa macam nak order 2 beg telekung aje... kalau selain dari color putih, ada color lain tak?
Cantiknya maklang... made-to-order saja ke? Teringin jugak beg telekung tu.. boleh order by mail tak?
maklang.. kalau nak order kena pi amik sendiri kat umah maklang ker?..
I hanya boleh katakan cantik sangat-sangat RE tu semua, nak buat memanglah tak tau dan tak nak tau sebab mesti frust bila masuk bab jahit-menjahit :(
kesianlah kak liza. I pun dah lama tak jengok blog dia .
amboi cantiknya hasil tukang yang dah dimakeover, mesti dapat markah tinggi dan boleh jual harga tinggi dah tu.
tgn yg tak tau berehat kepunyaan maklang....hehe
cantik bag2 telekong tu nak satu bolih?
Maklang, saya pun nak jugalah RE dari Maklang, saya berkenan yang cam dlm bakul bunga 3 sekawan tu...itu jahit kat sarung kusyen ker? Alahai, nak order bole? Kalau nak sepasanglah...eh boleh ker? Pandai2 aje kita ni minta orang tak sihat menjahit pulak...
Apa pun happy sangat tengok Maklang tambah sihat & happy...
Noralis
Kak lady:
Kalau tak ada aktivity, mati kutu den. Tinggal ngan bibik aje kat rumah...
Terimakaseh...RE ajelah kawan buat masa ni..cross stitch pun tengah tunggu.
Kerja tak buat, jahit aje.
Neeza:
Memang tersentuh hati seorang ibu ni...semalam dia beritahu sebenarnya tu hadiah dari ustazah sebab dia dapat A agama dia..Pastu kasi kat mak, lagilah terharu!
Betul ke Neeza nak order RE tu. Beg cuma ada yang putih aje. Maklang beli yang dah siap aje beg tu.
Kalau betul Neeza nak, bunga nak kaler apa, macamana punya bunga?
Dalam dakapan ibu:
boleh order. sila mail ke nazdin_2000@yahoo.com atau call aje no. yang terpapar kat beg tu...
Kaktiny:
Kalau order, lepas masuk duit kat akaun maklang, maklang akan pos ikut courier. Bayaran pos RM5 aje.
Rina:
Syukur kerana ada kelebihan yang sebesar zarah untuk membantu maklang menghabiskan masa kat rumah ni...
Kak Elle:
Kadang tangan ni berhat jugak kat..
Kalau nak beg tu kenalah datang bercuti kat sini..he..he..
Noralis:
Betul ke nak order tu? Kalau nak, sila mail ke nazdin_2000@yahoo.com. Harga ada kat Dari bilik jahit maklang punya link. Nak kaler apa the roses tu. Lepas tu nak pos ke mana?
cantik!!!!!!!!!!!
semuanya cantik!!!
bertuah anak2 dapat mak yang rajin menolong, kena pulak cam sakit mata mak tengok benda tu cam togel je kan, adalah idea nak "membega-begakan" tu..hehehehe
Kalau color putih aje, takpelah.. nak jugak.. bunga color apa, neeza tak kisah sebab neeza tengok semuanya cantik aje Maklang buat.. neeza nak order 2 ye.. balik raya nanti neeza ambik.. Maklang buat sarung kusyen kan.. ambik order lagi tak? sarung kusyen kecik yang letak atak sofa tu... Maklang tahu kan... kalau buat, neeza nak gak order.. nanti neeza check bilangannya ya..
OO:
maklang bab membega ni memang suka sangat...therepeutic ke haper ke orang kata...dari lipat kain, baik buat benda2 bu! he..he..
Neeza:
Ok, maklang siapkan buat Neeza 2 ye. Boleh kalau nak buat kusyen tu...cuba tengokkat bilik jahit. Pilih design mana Neeza nak. Nanti maklang buatkan, InsyaAllah...
wahhh...ada hikmah maklang dpt cuti sakit nie ek...mcm2 yg dpt dibuat..seperti biasa hasilnye memang d best!!dpt buat kerja sambil dgr desiran air kolam tu..bertambah ler idea dan ketenangan yg dtg ek maklang.tumpg tanya skit,kolam tu sebenarnye kolam ikan ke kolam mandi ek?
Post a Comment
<< Home