Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, June 18, 2008

Kisah kolam ikan lagi..





Assalamualaikum...


Maklang macam biasa aje. Pagi ini menaip N3 betul2 kat depan kolam. Biasanya maklang turun lewat. Tapi hari ini lepas Paklang dah buatkan dressing, dia ajak Maklang breakfast sekali kat bawah dengan dia. Lama tak breakfast bersama. Makan roti canai segera yang Bibik dah gorengkan bersama kuah Asan pedas semalam.

+++++++++++++++++++


Semalam pagi, Maklang tak sempat nak updet. Selain tak ada apa cerita, maklang pun sibuk nak siapkan sedikit finishing touches untuk Raja Sarinah yang nak datang ambil gubahan bakul untuk khenduri kahwin tak lama lagi. Nasib baik maklang tak letakkan gambar lagi sebab Raja Sarina tak mahu nanti basi bila menantu dia tengok. Maklang betul2 berharap agar Raja Sarinah puas hati dengan hasil kerastangan maklang tu. Ialah kita pun bukannya pro. Saje main2 aje. Theraphy minda tu...buat orang yang sedang dalam proses pemulihan...


Raja Sarinah datang bersama tak lain tak bukan Puteri Mulan. Ialah kalau dah berjumpa tu memang gamat ler...Pakkal je maklang tak kuat lagi, kalau tak memang menjamu seleralah kita...Nasib baik ada tart telur yang maklang mintak Ibusara belikan, kalau tak makan biskut kering ajelah mereka. Dan nasib baik Mulan ada bawak muffin gebu dari oven dia yang sengal tu ( sengal2 pun muffin jadik gebu jugak!)dan juga Raja Sarinah ada bawak kueh jugak...Hmmm in the end, kueh yang RS bawak tak berbuka pun. Agaknya semuanya diet kot...Maklang ni lebih2 lagi kena jaga makan sebabnya badan tak gerak sangat..menimbun lemak berkumpul!

Setelah mereka pulang, maklang tolong bibik masak . Then ke atas menyambung keje2 maklang, sampaila Cik Abang balik makan tengahari. Lepas tengahari kami menikmati kuaci kat depan kolam. Sambil2 tu sempat jugak sibuntal masuk dalam kolam. Ada ke dia nak masuk kolam bolen aje ( boogellah tu!). Maklang kata, kang ikan nak makan 'benda' tu sebab ingatkan makanan ikan ada dalam tu. Terus, dia masuk rumah balik ambil seluar kecik dia. Sempat pulak nak mandi sebelum dia ke tabilas!

Ikan kat kolam dah banyak. Ada dekat 50 ekor agaknya atau pun lebih sedikit. Hari Selasa lepas, makcik yang jual ikan tu hantar ke rumah. Murah aje ikan kap ni. Maklang beli yang kecik2 aje . Dalam 4 inci aje panjang dia. Seekor RM2.50. Kalau nak beli yang besar, 12 inci, kenalah bayar RM40 seekor...Kena jual beg RE banyak2 barulah boleh beli..he..he..Maklum ler, sekarang ni musim inflasi! Tak sempat turun masa makcik datang hantar sebab Bibik tengah urut kaki maklang. Tak sempat habis mengurut Boss no.2 datang. Alhamdulillah...datang jugak. Ingatkan tak mo datang terus. Sebab dia memang kenal Paklang dan anak dia satu sekolah dengan anak kami. Anyway, lepas dia balik tu, Along sempatla mengambil beberapa keping gambar ( ada dekat 100 keping - buat penuh PC aje! Entah snap berapa puloh kali kat satu location!) dan kat sini maklang letakkan detail2 yang maklang rasa menarik. Kalau Eids63 ada membaca, boleh lah buat sumber inspirasi. Ada jugak model tembam maklang bergambar petang tu. Memang rasa nak picit2 aje badan dia yang mungil tu...Geram . Rasa nak gigit pun ada.

Ingatkan maklang nak tempekkan gambar lollipop yang dah berreben dan my 2 latest RE untuk nak dijadikan cushion di kamar beradu maklang, tapi asyik tak mo upload aje...malas lah... tengoklah nanti besok kot2 sempat buat lepas balik dari folo up dengan dr. di kuantan, maklang buatkan. ( dah upload pun ha...)

Hari ini, InsyaAllah, Atok, Wan dan bibik baru akan tiba dari KL. Kami menanti ketibaan mereka....

Air jernih dah sikit....kalau tak lagi ijau. Yang ijaunya kat dasar kolam aje. Sham kata, lama2 kat dasar kolam tu jadik itam, lepas tu barulah ikan akan nampak clear!
Ini antara tempat yang sangat2 menarik hati maklang. Cantik betul air dari kendi jatuh atas batu. Percikannya menarik betul!
Ini jambatan batu, untuk nak cross to the other side of the 'river'. Maklang tak mahu buat jambatan yang macam biasa orang buat tu...Kononnya kat utan, mana ada jambatan yang cantek cam biasa tu!
Busu...inilah antara ikan2 yang kami beli tu. Dah nampak dah sebab air dah agak jernih!. Seronok tengok ikan 'berlari-lari' bak kata Zino!
Ha...Ini dia model kolam ikan...Ada gaya ikan buntal tak?



Antara limpahan air kolam yang mensyahdukan...




Paklang tengah betulkan apa entah kat cerok tu. Masa nak ke sana, habis pokok2 bunga maklang dia 'terpijak' sebab lost balance. Mati pokok2 bunga ku...

Ini pokok air yang kat depan rumah. Kami angkat kan dan letak dalam kolam. Bolehlah ikan2 tersayang bermain bawah pokok ni supaya taklah panas sangat waktu tengahari.
Air terjun kat ujung sungai.
Stepping stones dari rumah ke kolam. Idea yang datang setelah melihat2 kat buku laman tu laa...saje aje...lepas dan baik2 ni bolehlah jalan2 atas ni untuk nak betulkan aliran darah dalam badan ini... Deviate jap...Ni kat tengah laman. Dah tua dah pokok ni...Tak lama lagi kena ganti pulak.
Lagi buah hati tembam maklang... Ini jugak kayu buatan Sham dari Anjung rumah ke tepi kolam.

Ini jugak kayu buatan Sham dari Anjung rumah ke tepi kolam.





At last..terupload jugak gambar ini. Entah keberapa kali baru PC ni 'telan' the RE...








Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , , ,

27 Comments:

At June 19, 2008 at 10:25 AM, Blogger tulipurple said...

wahhh...nnt kalo dah jernih,sure lg best kan...keh keh keh,tak thn gelak sy tgk model ikan buntal tu posing..he's soo cute!
syiok aaa bley lepak2 makan koci lagi tu dpn kolam.
p/s: rinduu nk tatap masakan maklang...sabarrr...ihiks'

 
At June 19, 2008 at 11:05 AM, Blogger ummu asiah said...

Mak Lang...

Cantiknyaaaaaa...cuti lama-lama dok kat rumah pun best..dah tenang dengar bunyi deru air tu..

Kami semua boleh tumpang menjamu mata selalu..

Model tu memang come betul....

 
At June 19, 2008 at 12:06 PM, Anonymous Anonymous said...

bes kan ada kolam, dengar deruan air...

 
At June 19, 2008 at 1:28 PM, Blogger Mak Su said...

cantik semua gambar2 tu, termasuk ler model tu.

 
At June 19, 2008 at 3:00 PM, Blogger Kak Elle said...

wahdu sungguh cantik kolam dah siap tu ye?

Istana maklang mesti agak rumah paling istemewa kat situ:)

 
At June 19, 2008 at 3:47 PM, Blogger Abang Long said...

Stepping stones ... alahaiii ... nak terkeluar air mata...

 
At June 19, 2008 at 4:05 PM, Blogger IKHWANI said...

eiiiiii memang geram tengok model tu!

Alhamdulillah selagi masih ada masa boleh menikmati sepuas2nya bunyi air terjun tu..hehehe..saya ni kalau sambil drive balik office lalu bawah pokok rendang ternampak kehijauan pokok dan rumput pun cakap "bestnya kalau dapat pegi tempat yang hijau jauh dari hiruk pikuk bandar"...lepas tu tengok cha 703 semalam rancangan apa tah namanya cottage at the river ke? lepas tu a woman who ate scotland...syahdu tengok cantik jer lanskap..berangan jer laaaaa...huhuhuhu...

nanti ikan karp tu kalau dah besar boleh sebesar betis tau!

 
At June 19, 2008 at 5:07 PM, Blogger Ummi365 said...

alahai si montel tu.. geram sesangat. dulu anak ummi, abang pun camtu jugak.. ummi suka picit tetek dia.. hehehe.. sekarang dah tak ada dah.. memanjang ke atas je dia.. lagi 2 ince nak sama ngan ummi.

wah tak lama lagi besarlah ikan tu..

 
At June 19, 2008 at 5:17 PM, Blogger cikMilah said...

Aduisshhhh, macam cerita kayangan la maklang...ada puteri , ada raja, bertamu kat mahligai datin.. dengan taman dan air terjun cam sendayu tinggi...ada bunga RE lagi...pakkal jauh, kalau dekat...
Kalau dayung masuk kolam gitu-gitu ajer...sure semua ikan berenang ikut dia.. nanti ikan ingat itu Raja segala Ikan aka King Fish.. he he jangan marah ya Hakim..geram tengok montel dia tu!

 
At June 19, 2008 at 5:29 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, dah ada ikan kat kolam tu, bolehlah pegi tengok nanti, amboi bukan main posing lagi si Hakim tu, ikan2 tak lari ke bila Hakim masuk dalam kolam tu

 
At June 19, 2008 at 8:11 PM, Blogger maklang said...

Tulip:

Hari ini maklang ada ambik gambar makanan. Tak usik langsung RE maklang tu...Ish..ish...InsyaAllah ada masa, maklang letakkan gambar makanan pulak ye...

Ummu Asiah:

Silakanlah kemari..kalau ada masa...

Alhamdulillah ada jugak desiran air kat rumah menemankan maklang kat rumah ni...

 
At June 19, 2008 at 8:13 PM, Blogger maklang said...

Zar:

Memang best...seronok!

Maksu:

Model tu yang paling cantik!

 
At June 19, 2008 at 9:40 PM, Anonymous Anonymous said...

tq ML baru berkesempatan menjengah, tadi baru je dok layan magazine laman sekarang ni pulak dok layan kolam ML, bestnya kalau dapat duduk kat tepi kolam tu waktu malam layan perasaan dengar bunyi deruan air. setuju dgn ummu model free tu mmg macho.

 
At June 20, 2008 at 12:42 AM, Anonymous Anonymous said...

Amboiiiiiiiii seksi nya model kolam ikan... Sure ikan pejam mata tuh..hihihi


P.s
Mak Lang kat air hitam ada satu kedai jual mcm2 jenis hiasan utk kolam.. cantik2 belaka.

 
At June 20, 2008 at 6:48 AM, Blogger silversarina said...

Cantik,cantik, I suka sangat kolam maklang sebab besar dan memang boleh berendam dalam tu,amboi nak mandi bogel ye hakim , kelakarlah dia tu :P

 
At June 20, 2008 at 6:38 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Subhanallah!! cantiknya.. makin bertambah cantik dengan ikan-ikan kap tu.. Juga model buntal Maklang yang macam tarzan di rimba tu hehehe..

bestnya petang2 dapat jalan2 kat kolam tu.. sambil meniti di jambatan batu tu.. memang klasik betul.. macam di hutan betul!!

 
At June 20, 2008 at 10:07 PM, Blogger zino said...

nak kena datang lagi ni nak duduk tepi kolam nak dengar bunyi air nak tengok ikan berenang sambil pekena lomang cicah rendang hehe

 
At June 20, 2008 at 11:56 PM, Blogger Tie said...

Jealous tgk kolam maklang.Rumah Tie kat Kelantan baru siap tapi tak de budget nak buat garden pun. Dah ditipu kawan, lesap RM15 ribu. Dah nasib... Anyway, tahniah lah...

 
At June 21, 2008 at 2:28 AM, Anonymous Anonymous said...

salam maklang

besh kan dengar air berderu masuk ke kolam itu... tambah angin sepoi2 petang2...asyik sangat... :)

 
At June 21, 2008 at 5:27 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum,
I m a regular visitor to your blog but never give any comment so far.
I am now watching Medic TV on TV3 on Chiropractic. It's quite informative. If u 've missed it, perhaps u might be interested to watch it on TV3 website.

A concerned virtual friend

 
At June 21, 2008 at 5:46 PM, Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum, Pls watch MedicTV 21st June. Might help in your situation

 
At June 21, 2008 at 6:52 PM, Blogger maklang said...

kak elle:

Ye kak..rumah ini paling istimewa untuk kami sekeluarga..pada orang lain kami tak tahu..he..he..

Abang long:

Apasal nak terkeluar air mata sebab tengok stepping stones?

 
At June 21, 2008 at 6:54 PM, Blogger maklang said...

OO:

Ialah selagi amsih cuti, bolehlah nak duduk2 tepi kolam! Nanti kalau dah kerja, tak ada masa dah agaknya...

Ummi:

Tempat tu lah yang kami seme geram. Kadang2 Paklang gigit bonT*t dia sebab geram punya pasal!

 
At June 21, 2008 at 6:55 PM, Blogger maklang said...

Cik Milah:

Ikan sembunyi bawah batu...takut kat king kong! he..he..

Ibusara:

Hakim kalau pasalposing..memang suka laah..sama macam Angah dia!

 
At June 21, 2008 at 6:58 PM, Blogger maklang said...

Eids63:

Datanglah sini, kalau nak tengok kolam..he..he..

Kolam tu pun masih terlalu muda lagi. Tunggu nak matured pokok sekeling, harap2 lebih menarik lagi!InsyaAllah...Model free tu..memang kami pun geram tengok dia. Maklang suka peluk2 dia!

Ajzie:

Bertuah ada model free kan...

Maklang memang suka hiasan kolam., tapi takutlah kalau letak patung2 burung dan sewaktu dengannya sebab takut kang malaikat tak lalu kat situ. Ada hisan lain tak selain cendawan2 tu, Cendawan kat kolam tu pun dari air itam lah tu...

 
At June 21, 2008 at 7:00 PM, Blogger maklang said...

Neeza:

Manalah maklang boleh meniti lagi. Duduk le or diri aje tepi kolam...Tapi seronoklah jugak sambil2 baling makanan kat ikan. Tak sabar nak tunggu ikan besar!

Zino:

Silalah datang. Kalau maklang sihat, kita makan ayam panggang lah pulak , InsyaAllah...:)

 
At June 21, 2008 at 7:03 PM, Blogger maklang said...

Tie:

Tak payah jealous, ada rezeki, adalah tu..

Tie duduk mana kat Terengganu. Kalau lalu sini, singgalah...

Manje:

Salam..

Memang mengsyahdukan...jemputlah kemari!

Anon:

Thanks for your concern. I tumes into Medic TV just now but it was about Asma. So, I changed the channel. Could be on the later part of it. I will watch it on tv3. com..Thanks again...

And thanks for being a regular at my blog!

 

Post a Comment

<< Home