Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, September 8, 2008

Kecewa..

Assalamualaikum…

Dah nak masuk minggu ke 2 kita berpuasa. Bergitu juga maklang dah masuk minggu ke 2 masuk kerja. Cepat betul masa berlalu. Kalau ikutkan waktu dipejabat taklah sibuk. Cuma yang tak tahan tu bila duduk position tak betul, mulalah betis maklang ni rasa macam ketat aje. Then dia akan attack kat belakang ponggong ni. Lengoh. Bila balik rumah petang2 pulak nak kena masak. Tak tahan nak berdiri lama. Kadang masak sambil duduk. Lengoh betul. Rasa nak cepat2 aje naik ke bilik nak baring. Nak buat macamana dah tugas seorang ibu. Tak masak kang, kesian pulak. Bukannya apa, tak sampai hati tengok tiap hari anak2 makan lauk yang bibik masak. Kalau anak2 tak tau nak appreciate tak taulah nak kata kan…

Last wiken memang maklang sibuk. Hari Sabtu tu sibuk menjahit RE ( Yana ok tak?).


Yang merah putih buat Yus, maklang tak 100% siap lagi...Yang pink untuk Yana..Ada 1 lagi tak siap.


Tapi tengahari lepas zohor dah kebawah sebab angah nak makan pudding kastad. Buatlah sikit. Jenuh nak kacau biar kasi pekat. Bila dah buat, kuah dia pulak bibik entah jaga camana sampai bau hangit. Hampa betul! Cuba pulak nak masak taucu telor kak Elle tu. Taucu nya habis, so maklang modify pakai kuah taucu untuk mee siam yang ada dalam freezer and letak telor dan tauhu. Hmmm…Dhira kata sedap, tapi bila maklang makan ( hari Sabtu and semalam) , macam ada yang tak kena. Sensitip perut den. Terus nak masuk toilet! Dhirah OK pulak. Petang Sabtu tu jugak mintak bibik buat masak lemak petola. Puas mencari petola ingat kan tertinggal kat pasar tani! Rupa2nya petola masuk dalam freezer! Jadi beku! Kecewa lagi! Hmmm…hari Sabtu tu memang hari yang sungguh mengecewakan…Nasib baik Cik Abang ke kedai belikan petola lain. Bibik ingat there is no difference between freezer dengan tempat sejuk lain kat fridge. Masa baru datang dulu taugeh yang Wan dah buang ekor, dekat 1 kg masuk freezer. Jadi lembek nyek lepas dah cair. Buang lah apalagi…Ni dah kasi tau lain kali sayur jangan masuk freezer. Inga benda basic camni tau, rupanya tak tau!


Semalam masak sempoi aje. OK sikit kaki ni pagi semalam. Tapi menjelang petang mula dah tak selesa semula. Nasib permintaan LSG cuma buttered prawns aje. Maklang buat kuah buttered prawn tu main hentam aje sebab nak cepat2 berehat. Then minta bibik goreng udang salut dengan telur dan serbuk roti. Buat perencah mee dan tumis. Tinggal bibik masukkan mee dan sayuran aje. Lepas tu cepat2 naik atas, mandi, solat dan baring. Alhamdulillah lega sikit kaki….Harap2 hari ini tak macam semalam. Harap2 hari ini kaki ini akan lebih baik lagi. Dan harap2 maklang akan pulih seperti sedia kala. Dan harap2 Allah beri maklang kesabaran yang tinggi dalam menghadapi segala dugaanNya..Aminnn


Tadi pagi sementara nak tunggu ke pejabat sempat tengok Channel dekat di hati – Tanya Ustadz. Sedap rancangan tu. Ustadz Hassan Din kata, Nabi bersabda – kalau kita tidur atau diam dibulan puasa ini, itu di anggap ibadat. Apalagi kalau kita beribadat, InsyaAllah ganjarannya lebih besar. Sama2 lah kita menggunakan waktu yang ada dalam bulan ini untuk menambah ibadat kita kan…berterawikh, baca Quran, berzikir dan bersolat sunat…jangan pandai cakap ajekan…maklang ni pun mengingatkan diri sendiri jugak, muga2 dapat menambah ibadat dengan sempurna, InsyaAllah…

Hari ini, InsyaAllah balik, boleh rehat sebab ari ni Maya request nak makan soto. So, itu adalah makanan bibik. Tak payah nak supervise! Alhamdulillah…

LSG kata, dia kena tutup muka takut nanti orang kenal! Yang benarnya, spec itam tu tangkai patah sebelah! Bijak jugak dia...Along kata, cam perompak je mak! he..he..



masak lemak petola


Masak taucu telor dan tauhu modified version.

yummy cempedak goreng. Maya kata Maya nak nangka...tapi isi dia cempedak. Maya ingat nangka tu kalau the whole buah and kalau ulas2 tu dipanggil cempedak!

P/S: Maklang dah letak resepi Nasi Goreng Tanak kat Dapur Maklang...Selamat mencuba...


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

15 Comments:

At September 8, 2008 at 10:32 AM, Blogger .K.I.T.E. .P.U.N.Y.A. said...

salam...

dah lama tak makan masak lemak petola .. Nak masak sok la....

 
At September 8, 2008 at 11:24 AM, Blogger Kak Elle said...

gelak saya [etola masuk freezer ni mesti bibnk no 2 kan?

ait taucu telur saya dah kena sabo pulak guna kuah mee siam..eh tahu tu tak di goreng ke maklang?

 
At September 8, 2008 at 12:04 PM, Blogger Unknown said...

maklang.....baru ternampak you-tube bawah tu...kat previous posting tu...meriahhhhh!!!
naper pendek benar?? buat la lagi...
suka nonton keluarga ceria dan bahagia....

gambar2 makanan tu....memang mengguderrrr especially saya paling tak tahan kueh teow masuk kerang tu.....yummyyyy


Pp

 
At September 8, 2008 at 12:46 PM, Blogger cikMilah said...

adoi.. yang membaca ni pun pening dengan bibik maklang ni..sabar maklang, Allah nak bei pahala berganda tu...
Maya sama dengan Ammer, tapi Ammer ingat buahnya nangka, isinya cempedak!
Nak ucapkan selamat menghadapi UPSR kat ANGAH. Semuga Angah berjaya menghadapi UPSR dengan cemerlang...Amin

 
At September 8, 2008 at 12:47 PM, Blogger cikMilah said...

adoi.. yang membaca ni pun pening dengan bibik maklang ni..sabar maklang, Allah nak bei pahala berganda tu...
Maya sama dengan Ammer, tapi Ammer ingat buahnya nangka, isinya cempedak!
Nak ucapkan selamat menghadapi UPSR kat ANGAH. Semuga Angah berjaya menghadapi UPSR dengan cemerlang...Amin

 
At September 8, 2008 at 2:47 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Caya lah bibik letak sayur dalam freezer..kesian semua sayur2 tu kesejukan terus beku hehehehe. Depa ni takde kursus ke masa nak mai sini ek...

My fren pun ada bibik yang sama fiil cam bibik maklang. my fren letak colek (air cili keropok lekor) atas meja, tup2 bibik dia pi buang salam sinki....hehehehe

sabo jer la...

semoga maklang cepat sembuh sepenuhnya.

 
At September 8, 2008 at 3:05 PM, Blogger Ummi365 said...

memang kalau cakap pasal bibikkan macam2 ceritakan.. bibik ummi yang lama dulu hidang sup ayam dalam pinggan tau.. meleleh-leleh air sup keluar.. bila dapat tau rumah dia berlantaikan tanah baru rasa kesian.. patutlah tak faham.

kalau cakap ngan bibik tak boleh cakap sambil lau je.. kena tunjuk benda yang nak dibuat nanti lain jadi nya..hehehe...

 
At September 8, 2008 at 8:16 PM, Blogger Neeza Shahril said...

heheheee..penyabar juga maklang ni.. kalau neeza, tak tahu laaa... bibik tu tak diajar agaknya guna peti ais..
penat kan nak train bibik ni..

 
At September 8, 2008 at 8:18 PM, Blogger IKHWANI said...

Sabor jer la kalau bibik ni kan?? Kalau yg baru macam2 benda nak kena ajar, kita dulu skirt fav. kita hangus!!, tudung berbelak2 di basuhnya, mop yg kita mahal2 (direct selling punya) boleh patah, walhal kita guna bertahun2 tak patah pun!, pinggan pecah, paip sinki patah tu biasa sangat-sangat!!!

Puasa2 ni memang menuntut banyak kesabaran, banyak benda para bibik ni tak pernah tengok kan?

Ni bibik kita dah nak balik, nak ambik baru biarlah dulu kot.

 
At September 8, 2008 at 9:51 PM, Blogger aNIe said...

Salam maklang...sejak puasa langsung tak dpt melawat blog maklang...

Selamat berpuasa...

Akak ni puas le cari peralatan nak try RE..tapi tak jumpa...maklang ade jual ke? Nak juga membeli...nanti akak email maklang ye...

 
At September 8, 2008 at 10:08 PM, Blogger KakNi said...

"Bu, saya memang nggak mengerti apa itu freezer, apa itu fridge, kok di rumah saya di indonesia nggak ada itu semua..."

...seseorang mungkin telah berkata...

 
At September 8, 2008 at 11:08 PM, Blogger Mulan said...

bibik maklang memang kelakar lah.. senyum sokmo je muka depa tu.. sabor maklang..

 
At September 9, 2008 at 7:45 AM, Blogger silversarina said...

kena sabar betul dengan bibik baru ni ye :)

Maka ubat jangan lupa untuk sembuh sepenuhnya, INsyaAllah.

 
At September 9, 2008 at 12:39 PM, Blogger Unknown said...

Salam Mak Lang,

Lawaknya bibik MakLang, tak sangke... Apakata sayur yg dah lembek nyet tu modified jadi puding pulak... Ha kan dah create resepi baru..

RE yg pink tu sweet sangat, nanti saya tiru combination warnanya buleh?

 
At September 9, 2008 at 3:48 PM, Blogger maklang said...

kite punya:

salam. jadik tak masak semalam petola masak lemak?

kak elle:

bibik ni memang kelakar, we thot dia ni bangsa garang kalau tgk rupa dia. Orangnya pun rajin and kemas setakat ni!

pp:

InsyaAllah ada masa nanti maklang ambik lagi bila aksi2 yang menghiburkan hati...

 

Post a Comment

<< Home