Alahai...Letihnya..
Assalamualaikum…
Maklang sekarang dah mulai bz di pejabat. Kerja dah mula nak banyak. Menyampah betul. Tapi nak buat macamanakan. Dah kata kerja. Hmmm…Buat ajelah. Kaki maklang ni pulak kalau duduk lama sikit, mulalah cramp lagi. Rasa keras aje. Tak kebas, tapi cramp pulak. Bila bibik urut malam semalam memang dia kata urat tu cam keras aje. Lama2 baru rasa selesa sikit. Hari ini tak lah rasa sakit sangat. Maklang ni bukan apa, kalau dah duduk kat kerusi ni, nak buat kerja, kadang macam tak perasan dah duduk lama. Nak bangun jalan2 kat tempat orang kang mengganggu lah pulak. Tapi bangun jugaklah sebelum dia cramp betul! Alhamdulillah, nampaknya today ni is much better than yesterday. Syukur pada Allah…
Anak2 seme OK. Alhamdulillah. So, far Hakim dah 3 hari puasalah, InsyaAllah kalau cukup hari ini. Dah tarawikh sejak malam pertama dah mulai buat. Ikut abah dia ke masjid sejak 2 malam lepas. Seronok sangat sebab Abah pergi masjid naik motor.
Sekarang ni pilihan makanan apa nak berbuka, maklang suruh anak2 pilih setiap hari. Mula dengan Hakim, Maya, Angah, Along dan Abah. Mak tak payah lah sebab turn mak tu dah kena kasi kat Hakim masa bargain suruh dia jangan buka puasa on the 1st day ari tu. Menjadik jugak. Ada ke dia nak buka puasa pukul 6 lebih. Habis nama Wan pun maklang pakai. Kata kat dia kalau puasa penuh Wan akan kasi RM50. Hmmm, at last dengan pujuk rayu dari Along dia suruh layan PC sambil tengok entah cerita Jepun, terleka jugak dia. Pandai Along. Mandi pun Along yang layan…Manja betul sorang tu.
So, first day, Hakim pilih nak makan lemon chicken. Sekali hadap, habis seekor ayam. Alhamdulillah. Kalau puasa ni, maklang tak boleh curi tulang. Memang tiap hari kena masak. Cik Abang pulak komplen kalau bibik masak cam kureng aje. Apalagi, si isteri ni kenalah berkorban…Semalam, turn Maya. Nak makan mee hailam. Maklang buat jugaklaa…Rajin Maya tolong. Along terbongkang sebab baru balik dari sekolah. Angah entah kat mana. Tidolah tu…Tak pe lah..kesian anak2…Mak jugaklah berkorban… Semalam masa tengah masak tu, terasa benar sakitnya pinggang dan kaki ini. ( Mana taknya, lepas buat mee hailam, goreng tahulaa, buat kerabu sayuran berencah sotonglaa..sardinlaa..macam2! )Cepat2 selesaikan kat dapur with bibiks help, masuk bilik , terus terbaring atas katil. Lepas dah relax kejap, barulah maklang bangun nak mandi and solat.
Entahlaa…dah 2-3 hari puasa ni keletihannya terasa sangat. Itulaa…Wan kata jangan berbuka dengan air batu tak mo dengar. Maaflaa, maklang ni tak boleh nak letak gambar makanan. Teringin jugak nak letak resepi, tapi masih tak sempat lagi…Insyaallah, doakan maklang sihat seperti sediakala, moga2 boleh menjalankan urusan kerja dan ibadah dengan lebih sempurna...Amin...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: Family
9 Comments:
maklang turn saya hari apa ye?saya pun nak juga bagi menu...hehe
pelan2 ye lama2 nanti back to normal lah semua nya insya'allah.
salam mak lang
manje doakan maklang sihat seperti sediakala, dan dapat buat kerja dan ibadah dengan sempurna...Amin... kuatkan semangat eh...
> selamat berpuasa... <
Salam perkenalan
Mak lang nak minta tolong ajar camne buat mee hailam .. T'ingin lak nak masak tuk berbuka
kak elle:
turn akak ialah bila akak datang cni nanti..
thanks doakan kesihatan maklang!:)
manje:
Tima kaseh...
selamat berpuasa untuk manje jugak!
kite punye:
resepi ada kat blog masak maklang...ada link: Dari Dapur Maklang...Selamat mencuba!
membaca cerita maklang je ummi dah penat. rehat2 maklang jangan renyah sangat..
ummi pun nak gak order menu , pastu maklang hantar ke kl, sampai kl dah basi hehehe
salam,
Maklang kena buat slow and steady, usah semuanya buat laju2 sebab baru sembuh , apa2 yang bibik2 boleh lakukan suruh aja mereka buat .
wah Hakim dapat duir puasa banyak ye , tak pe asalakn penuh puasanya .
Hari ni mimi nak order ayam percik maklang boleh ?? ( mak mimi yang lebihnya..hahaha )
mak oiii.. masing2 mengorder ni.. macam mana lah maklang tak penat..
kat rumah ni nasib la sorang je budak yang puasa dan dia tak banyak ragam sangat.. mungkin sebab ummi dia tak reti masak kot hehehe..
:-) maklang....baru baik tu, go slow! careful with ur legs....
nasib Maya tu pun ada tolong ek...
air batu ? errrrr, memang eluk.
pp
Salam Ramadan buat Maklang dan keluarga.
Si anak sudah habis membaca HIJAB SANG PENCINTA ?
Saya tidak putus mendo'akan kesihatan dan kesembuhan Maklang. Ingatlah do'a orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah.
Post a Comment
<< Home