Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, September 1, 2008

Dah masuk office!

Assalamualaikum….


Believe it or not…Maklang akhirnya keje jugak. Kalau ikutkan rindu memang rindu kat kengkawan ni. Tapi yang menyebabkan jadi malas ni ialah sebab peristiwa ‘berdarah’ tulaa… Seronok jugak bila kepulangan kita ni ada yang kata rindu seme. Perasan I kejap…he..he…Anyway…bermulalah kehidupan maklang seperti biasanya.
Alhamdulillah kaki ni taklah sakit sakit. Waktu solat Zohor tadi maklang sempat melunjurkan kaki sekejap. Tak apalah…relax2 aje keje ni, kalau keje kuat pun bukannya orang appreciate mana! Sempat jugak attend meeting untuk project yang maklang tinggalkan lebih 3.5 bulan yang lepas. Dan surprisingly tak banyak perubahan pon…hmmmm…


Last Thursday, maklang bersama Cik Abang , Maya , Hakim dan bibik no.2 ke KL. Bertolak lebihkurang jam 5:30pm. Kami berehat kat Gambang, solat maghrib. Punyalah seksa nak solat macam duduk antara 2 sujud tu! Dahlah badan berat, duduk pulak lelama. Kaki ni pulak dah lama tak bengkok, jadinya macam ketat semacam aje! Tapi Alhamdulillah..dapat jugak nak sujud atas tikar sembahyang. Selama ini solat atas kerusi, tak dapat nak sujud dengan sempurna. Perlahan2, lepas ni maklang nak solat macam biasalah pulak. Kena buat in stages, tak boleh semuanya nak macam biasa! InsyaAllah…moga2 in time to come, maklang akan sihat macam biasa,InsyaAllah….


Kami tiba hari Khamis tu lebihkurang pukul 10:00mlm. Thanks Alang and Uncle Jai sebab jamu makan satay S yang popular tu. Sedap, tapi tak ada mood sangat nak makan sebab penat! Maklang makan bubur nasi aje sebab lapar betul! Lepas makan, kedeboom tidur sebab penat. Nasib baik tak sakit pinggang!

Hari Sabtu, awal pagi maklang dan Cik Abang serta bibik dah keluar. Ada hal sikit nak di selesaikan. Then maklang dan Cik abang keluar lagi nak settle beberapa perkara. Petang tu masa nak balik kerumah Alang, jamnya ya amat. Malam tu kami makan malam dengan adek Cik Abang. Sedap makan kat restoran dekat2 rumah dia. Terimakaseh sekali lagi!

Atok, Wan and Busu sekeluarga tiba lebihkurang jam 11:00 malam kot. Kesian atok sakit kaki lagi. Nampak dia terdengkot2 lagi. Kalau ikut dia memang tak sakit. Sebab tulah kami tak kasi Atok drive. Suruh Busu aje bawak kereta. Malam tu, maklang keletihan…letih sangat sebab banyak sangat berjalan.

Hari Ahad seronok. Apalagi bershoppinglaa. Dapatlah beli sikit2 benda . Alang nak pergi beli tudung dan maklang nak jugak beli manik2 untuk nak menjahit kusyen. Ada jugak beli gelangcrystal . Tapi malangnya, I tak muat. So, terpaksalah tempah.

Lepas tu kami pergi kedai reben pulak. Then ke kedai langsir. Dapat jugak beli beberapa meter kain jersey macam yang ummi kasi tu. Entah bila nak jahit tak tahulah. Langsir tu pun bukan langsir raya, adalah tu nak digunakan kat somewhere. Lepas dah selesai, it was already late. Jalan TAR dah nak tutup dah.

Tiba rumah dah lewat. Letih pulak tu…Cik Abang, selesai makan terus gone. Anak2 pulak sempat pergi swimming dengan Alang dan Uncle Jai!

Semalam kami tiba Kerteh jam 3:00ptg. Kaki sakit. Petang tu bibik urutkan baru lega sikit! Alhamdulilah…

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

15 Comments:

At September 1, 2008 at 6:04 PM, Blogger Kak Elle said...

oh maklang ke KL rupa nya padan lah senyap aje ingat merajuk kot...hehe

takpe lah pelan2 maklang buat kerja tu kalau tak bolih amek je cuti rehat dulu.

selamat berpuasa maklang ye.

 
At September 1, 2008 at 10:20 PM, Anonymous Anonymous said...

selamat berpuasa dan bekerja maklang...

 
At September 2, 2008 at 3:22 AM, Blogger Abang Long said...

Selamat berpuasa dan bekerja kembali.

Semoga maklang cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Itulah nikamat sihat.

 
At September 2, 2008 at 7:56 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

Selamat berposa dan selamat bekerja kembali..
:)

 
At September 2, 2008 at 1:09 PM, Blogger cikMilah said...

Selamat menyambung tugas ya maklang..kena pulak ppuasa ni, semuga maklang terus sembuh dan kuat spt sediakala

 
At September 2, 2008 at 2:15 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Bestnya gi shopping kat jalan TAR ek...ntah dah berapa lama tak menjejakkan kaki ke sana..

Selamat berpuasa untuk Maklang n family.

 
At September 2, 2008 at 4:26 PM, Blogger Neeza Shahril said...

maklang dah start kerja ya.. diorang tahu maklang baru lepas operation kan.. hopefully tak bagi kerja yang berat2..

selamat berpuasa maklang.. jaga diri dan kesihatan ya.. :)

 
At September 2, 2008 at 5:57 PM, Blogger comey_lote said...

Selamat berpuasa maklang

 
At September 3, 2008 at 6:27 AM, Blogger zura aini said...

salam ramadan maklang, moga bulan yang mulia ni maklang semakin sihat dan sembuh

 
At September 3, 2008 at 6:54 AM, Blogger silversarina said...

selamat bekerja !!

wah, dah jalan jauh dan bershopping ... Alhamdulillah maklang dah pulih dan dapat jalani kehidupan ceria seperti biasa .

salam ramadan buat semua.

 
At September 3, 2008 at 9:10 AM, Blogger Laracroft74 said...

Selamat bekerja mak lang...macam dah lama aje mak lang tak update masak2 kat dapur...bolehla share recipe bulan puasa nie..

 
At September 4, 2008 at 7:16 AM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

Ke KL sebab benar2 perlu, kalau tak , malas jugak...

InsyaAllah Ok aje kerja tu walaupun rasa macam tak sepenuh hati aje!

Selamat berpuasa untuk akak jugak!

ummi:

Thanks! You too...

Abang Long:

Ialah Abang Long, kita kena mensyukuri segala nikmatnya kan...

 
At September 4, 2008 at 7:17 AM, Blogger maklang said...

ayu:

Thank you.

Cik Milah:

Thank you..Doakan moga maklang tabah ye!

Azwa:

Shopping kat mana2 pun memang bestlaaa...

 
At September 4, 2008 at 7:19 AM, Blogger maklang said...

neeza:

Memang tahu...Dr. pun ada kasi surat...so kalau maklang refuse nak travel, they cannot force...Alhamdulillah PM paham!


comey lote:

thanks

zany:

begitulah hendaknya...InsyaAllah...

 
At September 4, 2008 at 7:20 AM, Blogger maklang said...

Rina:

Taklah sembuh macam dulu..masih banyak pergerakan yang terpaksa di harungi...tapi Alhamdulillah dah much better dari dulu!

Lara:

InsyaAllah..sedang diusahakan...:)

 

Post a Comment

<< Home