Cerita bergambar
Assalamualaikum...
Pagi tadi before maklang ke pejabat, sempat jugak maklang upload beberapa gambar yang dalam simpanan. Puas hati sebab sekali sekala dapat upload gambar2 besar. Semalam tak ada masak apa sangat sebab Angah tak ada specify nak makan apa. So, maklang masak lauk kesukaan Angah. Ayam masak merah. Sempoi aje. Tak letak santan pun atau susu. Muak. Cuma letak tomato sos dan tomato buah aje. OKlah...Macam biasa dapat sambutan cuma maklang rasa, ayam tu agak liat. Bibik goreng lama sangat agaknya... Lepas dah atur kerja2 maklang naik atas bereht. Dapatlah peganag RE maklang kejap. Sambil2 Along urut betis maklang yang kadang2 rasa cramp tu.
Selain dari masak ayam tu, sempat maklang buat hati masak kicap. Macam biasa, hati pun bibik dah goreng. Maklang tinggal tumis kuah aje! Since ada lebihan sardin, maklang mintak bibik buat sardin gulung celup telur, dapat gak sedekat kat jiran2 dekat2 rumah ni. Sekali lagi si Maya tolong. Rajin dia.
Since nampak kerang kat kedai, maklang sambar 2 packet. Rebus aje. Ada lebih, jadinya akan dijadikan perencah kuey teow petang ini..Leftovers ni kalau tak di modify memang berkurun duduk dalam fridge!
Bibik rebus bayam dengan ayam dan maklang mintak dia goreng taugeh dengan kicap kikoman. Itu saje menu kami. Hari ini kena tengok apa lebih2 dalam esbox, kena guna pakai tu, kalau tak nanti masuk tonglah jawabnya!
Itu..dah terhidang, lauk berbuka...syukur, walaupun sempoi2 aje, kenyang dah perut!
Ini pulak gambar Mya dengan 'kembar' dia masa kat KL baru ni. Sebelah tu Maya dengan Alman, anak Busu. Maya memang suka baby2 ni...Anak Alang, si Yasmin, yang belum 2 bulan tu pun dia berani dukung. Kita pulak yang ngeri! Bukan main si Ecop posing. Maklang tengok, dia makin hemsem!
Ni, Dilla anak Pak Teh. Kesian mama asyik melayan anak2 yang masih kecil . Maklang kata kat PakTeh, they all tu still 'young' kapel, sebab anak2 kecik2 lagi..Anak kami dah besau...taklah sibuk nak melayan masa makan!
Ni RE maklang untuk kawan yang tempah kat KL. Buat masa cuti ari tu. Dah pun sampai kat tangan tuannya.
Ini pulak Hakim (LS or LSG*) dengan sepupu dia. Memamng gelihati tengok Akim dan Arif. Sebaya, tapi size macam Maklang dengan MakTeh...Kemana tumpah nya kuah kalau tak de nasik kan...
Sempat kami ronda2 kat rumah lama kami masa di KL ari tu. Dah kena ubah dah pagar dia. Tapi keadaan kat situ masih sama...Teringat zaman dulu2. Bila cerita kat Along, dia tanya pasal bf dia , si Giri, anak Indian family sebelah rumah. That was 11 years ago. Dhirah was only 4 years old then...Rindu kot kat 1st bf dia...ha..ha..
Sekian buat kali ini, nanti maklang cerita lagi...Ada rezeki, besok I tepek gambar sotong goreng kashew nut kot!
* LS/LSG - Hakim kata dia Lelaki Sejati or rather Lelaki Sejati Gemok! Entah mana dia dapat ungkapan tu pun maklang tak tau...Macam2 idea dia!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
13 Comments:
salam ramadhan maklang!!! selamat balik keje.. senyum sokmo yek.
wahhh dah ada DINO!! so makin laju la ber-RE nanti..
masak apa hari ni?
Salam ramadan maklang,
sedapnya sayur taugeh tu maklang, peberet tu, ramai orang tak suka tapi ai suke, especially yang masih cruncy macam kat chicken rice shop. Taruk tempe sama tauhu best..
berselera tgk taugeh...dah lama x mkn taugeh..kt cni xde...kene plak mcm2 aneka sayur dr resepi maklang..teringin nak gi mkn kt umah maklang laaaaa...hehehehe!!
neeza suka sayur.. tapi budak2 tak makan.. :(. Kalau bayam tu kan, neeza sorang je kot perabih hehee..
Maklang ziarah rumah lama ke? mesti rindu masa dulu2 kan..
Hakim lelaki sejati gemuk?? hehehe.. dia perasan dia gemuk ke? takpe, besar sikit nanti mesti nak menyemart.. mesti jaga berat badan pulak... :)
maklang LSG ye kalau saya lelaki sejati giant....hehe marah Hakim nanti kat aunty elle suka sgt usik dia.
macam2 lauk maklang masak ai dugaan betul tengok di bulan pose ni kan?...
salam,
gambar makanan tu terliur dibuatnya walaupun masih awal pagi :P
hakim tu sentiasa ceria , tak pe jadi lelaki sejati walaupun saiz besar , asalkan sihat , Alhamdulillah.
bahaya buka blog ni siang hari hehe..
selamat berpuasa maklang dan keluarga..
MakLang, meriahnya makanan di bulan posa. Alhamdulillah semuanya rezeki tu.
Salam Ramadhan ML and family.
It had been a long while I was away. Now that I am gazing into the magazines... and seeing your parents looking very happy indeed, I am blessed.
And wow.. those tantalising food. Great pics.
Raya di JB ke tahun ini?
Salam
CB
ML, sempoi-sempoi pun nampak sedap masakan tu.
Alah Mak Lang... D ni dah 2 hari tak makan. Entah terkena bug apa entah, tak de selera & maya nak makan langsung!(tengah cuti ni). Setakat makan buah je. Kalau tengok masakan Mak Lang tu, ish.. sure selera naik, kan?
ps: jangan lupa claim souvenir D dari Wan ye?
salam maklang..
salam ramadhan dr kami disini...dah mula kerja dah ker ni..
byknya lauk kat atas meja tu...togeh22222222 rindu nak makan togeh...
super blog keep it up
Post a Comment
<< Home