Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, July 8, 2008

Banyak cerita..

Assalamualaikum...


Tengok tajuk macam banyak sangat cerita maklang kan...

Keadaan diri OK-OK aje. Semalam kaki and belakang sakit aje. Entah apasal. Walhal tak ada buat apa sangat. Hangin betul badan ini. Tapi setakat pagi ini oklah rasa. Tak teruk macam semalam. Moga2 sampai petang rasa OK, InsyaAllah...

About 40 mins ago, Atok dan Wan dan bertolak ke JB. Tak bestlah maklang tinggallah bersama bibiks dan Datok Kuantan. Nak buat macamana Atok dan Wan dah rindu dengan anak2 dan jugak cucu2 dan rumah kat JB. Harap2 Atok dan wan selamat tiba di JB. Sempat jugak bekalkan nasi ayam yang bibik buat tadi pagi berserta dengan chicken pie yang maklang sempat buat. Guna inti yang tak habis dua hari lepas...

+++++++++++


Alhamdulillah bibik Narsi dah selamat tiba dari KL. About 4 lebih petang Senin lepas. Maklang tengah tidur masa dia tiba. Punya lah sakit pinggang maklang hari senin lepas. Hampir2 tak jadi buat pie yang maklang sedang idamkan tu. Lepas aje makan tengahari, lepas solat maklang bebaring langsung tertidur. Memang tak tahan dengan pinggang ni. Lengoh satu macam. Nasib baiklah anak yang no.2 tu ada rajin sikit itu petang. Maka maklang cakaplah camana nak buat the doh. By the time maklang turun, the doe was so lembik. Tak boleh jadi, Maklang uli yang lain. Ingat2 nak buat aje dalam acuan muffin tu sebab acuan pie tak ada. Tapi ada pulak yang menghantar acuan pie. Terimakaseh Ibusara. Sekejap aje dia kat rumah, tak sempat nak kasi makan pun pie tu. Dan nasib baik bibik2 tolong buatkan pie sampai habis. Dapatlah merasa sekeping 2 malam tu. Kalau harap maklang memang tak menjadi agaknya...
Chicken pie ~ dapat 17 biji aje...

Then masa maklang siap2 nak mandi, tiba pulak seorang kakak yang sangatlah baiknya menghantar kami seekor ayam panggang. Seekor! Tak lain tak bukan Chef kita laa...sape lagi. Terimakaseh banyak2. Maklang tak tau nak isi apa bila nak pulang pinggan yang letak ayam tu! Tengah pikir lagi ni...he.he...
A whole chicken from Kak Liza...Sodap ba itu...


Lepas kak Liza balik, sempat Atok dan Datok bergambar sakan kat tepi kolam..


Atok dan Datok sempat bergambar berdua di tepi kolam...Tengah testing lampu spotlite yang di pasang hari Jumaat lepas

Lagi gambar kolam waktu malam.



Maka malam itu kami punya meja macam2 ada. Ayam bakar, pie ayam, lauk tenggiri asam, etc...Hmmm...Rezeki rimau!

================

Semalam besa aje. Tak ada apa yang interesting. Selain berbaring sebab pinggang tak sihat lagi, maklang sempat jugak menjahit sikit2. Sempat jugak pintal riben untuk Neeza, sambil2 maklang pikir design apa nak buat. Antara the ribbons yang sempat di pintal! Buat sambil baring!


Sempat jugak maklang buat RE untuk bakal bekas HP. Maklang dah pos pun kat adek sorang ni. Tapi nanti dia akan jahit sendiri laa..ampun lah sebab tak dapat nak jahitkan...Kira besday presen laa eh...I hope she will like it... Ini bekas HP.. Kaler dalam PC nampak pucat sikit.


Siapakah empunya nya ye...




Hari ini no perancangan. Just spend the day with Re lagi laa nampaknya. Pasti kesunyian sebab Atok dan Wan dah balik...Sob..sob...

Sementara tu...ini untuk jamu mata aje..

RE ini maklang siapkan untuk seorang kawan di KL. Nak hadiah kat mak dia, katanya...besday prezen.


Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , , ,

15 Comments:

At July 8, 2008 at 1:17 PM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza suka combination color tu Maklang.. tak sabar nak tengok bila dah siap esok..

amboi2.. Atok dan Datok bergambar.. macam bergambar di Taman Negara pulak.. cantik sungguh kolam Maklang...

 
At July 8, 2008 at 1:37 PM, Blogger Mama Rock said...

mak lang still sakit belakang lagi ya? take it easy, jgn push sgt badan tu...

 
At July 8, 2008 at 3:01 PM, Blogger Kak Elle said...

nak satu chicken pie tu maklang...nampak sedap sangat lah...hehe parcel tu untuk saya ke...hahaha

 
At July 8, 2008 at 6:45 PM, Blogger KakNi said...

Saya tengah lapar ni, masuk blog Maklang terus rasa tak tahan... alamak alamak alamak

 
At July 8, 2008 at 9:42 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

bestnyaaaaa murah rezeki maklang ...
hmmmm harap mak lang rest betul2 bio sihat sepenuhnya sebelum masuk opis..
take care mak lang

 
At July 8, 2008 at 10:55 PM, Blogger zino said...

ciken pie tu nampak gebu.. enak tu hehe..

 
At July 9, 2008 at 9:16 AM, Blogger maklang said...

neeza:

maklang masih pening, nak buat neeza punya ni...ish..ish..

mamarock:

memang sakit. tak push, relax2 aje...tapi still sakit!

 
At July 9, 2008 at 9:17 AM, Blogger maklang said...

kak L:

chicken pai tu kalau nak, jomlah ke sini!

akuni:

kalau lapar, pegilah masak...kalau malas, pegi beli aje..he..he..

 
At July 9, 2008 at 9:18 AM, Blogger maklang said...

ayu:

kalau boleh, hari ini nak sihat sepenuhnya, tapi doa maklang belum Allah perkenankan lagi!

Zino:

Memang sedap tu..perasan lah pulak!

 
At July 9, 2008 at 10:15 AM, Blogger Kaktiny said...

sodapnyer chicken pie tuh.. terliur nih

 
At July 9, 2008 at 11:09 AM, Blogger umie@kakyong said...

cantikkk nya kolam mak lang tu... ptg2 boleh bersantai sambil minum2 ptg...
kreatif la mak lang...
Harap mak lang cepat sembuh dan rilek2 dok rumah...

 
At July 9, 2008 at 11:35 AM, Blogger maklang said...

kak tiny:

memang sedap...ikut resepi kawan, nanti maklang letak kat blog masak eh..cubalah buat!

ummi:

Alhamdulillah dah siap kolam tu...kalau ummi datng bolehlah kita makan pie ka situ, insyaAllah...

tq doakan maklang...

 
At July 9, 2008 at 12:13 PM, Blogger silversarina said...

kalaulah chef liza tu dekat rumah I.. yummy....

maklang kena kurangkan menjahit lah rasanya sebab mungkin bila menjahit tu boleh sebabkan stress bahagian pinggang , rasanyalah.

take care ye !!

 
At July 9, 2008 at 1:52 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, sedapnya ayam bakar Liza, nampaknya ML kena buat lagi Chicken Pie tu, Bibik Narsi balik terus buat Nasi Ayam, ni mesti permintaan Hakim kot, dia rindu kat nasi ayam Bibik Narsi

 
At July 9, 2008 at 1:52 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Salam, sedapnya ayam bakar Liza, nampaknya ML kena buat lagi Chicken Pie tu, Bibik Narsi balik terus buat Nasi Ayam, ni mesti permintaan Hakim kot, dia rindu kat nasi ayam Bibik Narsi

 

Post a Comment

<< Home