Anak2 ku
Assalamualaikum...
Hari bila bangun pagi badan rasa letih. Padahal semalam tak ada buat apa sangat. Entah kenapa. Agaknya sebab Paklang pun tak berapa sihat agaknya... Anak2 pun sama. Agaknya pun sebab cuaca tak berapa baik. Panas ujan je tiap hari.
As usual tak ada yang terlalu mengexcitedkan maklang...Tapi hari ini, pagi ini rasa seronok sekejap sebab kaki maklang yang kebas ni, rasa macam biasa aje. Tapi memang maklang tak expect untuk ianya bertahan sebab memang come tengahari, the kekebasaan nya akan datang kembali. Kena sabar banyak2 untuk ianya pulih sepenuhnya. Tapi at least, tanda2 macam nak pulih dah macam nampak sikit2. Maklang berdoa semuga by the time maklang nak masuk kerja, mintak2 badan dah kuat semula, InsyaAllah... Bestnya rasa kalau dapat macam biasa...InsyaAllah....
++++++++++++++
Semalam maklang terajin. Maklang masak nasik ayam. Sebenarnya buat nasik ayam lah yang paling mudah. Selain tak payah nak pikir lauk apa yang boleh dimakan dengan lauk apa...Lagipun Cik Nur Maya dah lama mintak nak makan nasik ayam. So, nasi ayam it was. Biasalah kalau buat nasi ayam ni sekali anak2 ngap ayam sampai dekat 1.5 ekor. Anak2 plus mak abah atok Wan. Tapi sebab semalam ayam tu di 'sorokkan' dapatlah save sikit. Kalau tak asik nak kena masak aje. Kalau ada bibik Narsi, senang sebab dia dah pandai. Tapi nasib tak menyebelahi maklang sebab bila petang menjelang, habis nasinya ( masak 3 put susu pagi tu...ish..ish... ;). Kena masak jugak. So, apa aje yang adalah...maklang carik2 kan ayam2 yang tinggal dan maklang buatkan nasi ayam goreng. Guna nasi lebihan semalamnya dan juga lebihan nasi ayam. Tengok2 macam tak cukup. So, korek peti ais dan buat kuey teow goreng. Alhamdulillah..within about 1/2 hr semuanya dah boleh makan and in about the next 40 mins, semuanya selamat agaknya...( maklang dah naik atas untuk solat maghrib, masa Angah turun nak makan!)
Kiranya Oklah...dalam pada malas tu, maklang rajin jugak nak buat roti. Senang aje. Letakkan semua bahan dalam bread mixer tu and about 3.5 hrs, jadiklah sebantal roti. Sedap jugak. Maklang modify, letak badam dan apricot.
So, hari ini maklang letakkan gambar makanan lah pulak. Roti yang maklang buat semalam. Soto ayam hari Jumaat ( Along ambik gambar kaki ayam le pulak...- maklang and paklang tak makan kaki ayam, tapi Along suka...) dan jugak puding roti yang kami modify, letak coklat rice. Along yang buat..ada talent jugak anak dara sorang ni...Sedap!
( mulanya nak masukkan video Hakim nyanyi tapi tak dapatlah pulak...nanti tanya Along apasal)
Bujang tengah seronok makan soto ayam...sampai moncong! Bergedil by Along, Atok kata macam jemput2 pisang! apa2lah...asalkan sedap!
Soto kaki ayam...sempat tak ayam tu padicure kaki dia?
sempat makan ice cream strawberry vanilla ni lepas makan soto...manalah tak mengembang...
Puding roti bercoklat rice by Along
Roti apricot berbadam by Maklang
Hari ini Angah Pra-percubaan UPSR, moga Angah berjaya dengan cemerlang. Doa tulus dari mak untuk Angah. Si Along pulak tengha contemplating nak ambik Arab or not. Lepas solat istikhorah, dia kata dia nak ambik. Harap2 dia lulus dengan cemerlang..
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
10 Comments:
Along dah pandai masak?? bestnya laaa.. senang kan Maklang.. boleh order je lah lepas ni kalau Maklang nak makan apa2..
sedapnya nampak puding roti along dengan roti yang Maklang buat.. dah lama neeza nak buat roti tapi tak terbuat gak lagi..
neeza suka kaki ayam!! biarlah ayam tu tak gi pedicure puuunnn heheee..
MAKLANG... LAPAAAARRRRnya.. sedapnye sup kaki ayam tuh.. yum yum yum..
dahler tak makan lagi nih..
Maklang kita dah berjinak2 ke dapur semula. tak lama lagi full swing lah tu. dah biasa tak duduk diamkan.. susah nak duduk je kan maklang.. rehat banyak2 ye sebelum start keje.
good luck to angah...insyaAllah berkat doa ibu, dia berjaya tu mak lang :)
maklang tak sabar agak nya nak makan masakan sendiri...
kalau 3 ekor ayam pun agak tak cukup ye maklang esp nasi ayam tu sedap....ait soto ayam,nasi ayam ..apa ayam lagi yg belum ni masak ye?...hehe
Kak lady kalau takde idea nak masak aper...& ayam ada dldm peti sejuk...terus teringat nasi ayam...cepat & mudah...anak2 pun suka...
Dah lama akak tak makan soto...rindulah pulak bila nampak soto kat teratak Maklang ni...
Si hero kecik tu dah besar nampak dah....
yooo maklang,eeee meleleh lagi nek tgk kaki ayam ni,lalala,adehh ayam mana ler nek nak rembat kaki nya ek,lama tak mkn kaki ayam ni,jilat tapak tangan jer ler nampak gaya,haha
all the best angah,yes u can do it girl!!
Wah, dah start masak-masak ye... roti aprikot tu yang teringin nak rasa... take care !!
Salam, bestnya dapat buat roti sendiri, roti aprikot tu macam roti gardenia je. Boleh tempah ke? he he he
mewahnye makan...
Sedapnyerr....
Bile la nak merase mkn2 cemni ar?
Post a Comment
<< Home