Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, July 4, 2008

Angah Oh Angah!

Assalamualaikum..


Sekejap aje dah Jumaat. Malam tadi Hakim dan Maya berkampung kat bilik Maklang. Angah tak ada. Angah pergi berkhemah kat salah sebuah sekolah untuk Kem UPSR. Dekat aje dengan rumah maklang. Tengahari semalam lepas habis pereksa pra-percubaan, Angah balik dalam pukul 11:00pg. Atok yang pergi ambik sebab Abah tak ada kereta. Kereta Abah yang kat office tu ada yang guna pergi ke tempat lain. Angah memang suka sangatlah sebab dapat naik kereta baru Atok. Apalagi terus buat janji dengan Atok mintak Atok hantar dia ke kem around 1:30pm. Abah ada pun Angah buat tak tak tahu aje. Mintak Abah alehkan kereta Abah yang ada belakang kereta Atok. Wah...bukan main lagi dia, dengan baju sekolah dia, dan sebuah beg yang ada tarik tu, kemas aje dia pergi...

Dalam pukul 3 kot, Paklang called dari office kata dia ada forward mesg dari Angah. Macam2 rupanya dia tinggal. Before that, dia dah call maklang kata mintak tolong hantarkan toto ( siap specify tak mo yang merah, nak yang cantek sikit) dan juga bantal ( bantal feberet - suruh tanya Maya!). Ingat tu aje. Oklah, tak ada hal! Rupa2nya ada lagi yang tak bawak. Bertuah punya anak. Patut pun menyemart aje. Dia tak mo angkat bantal dan toto lah tu. Kalau ada tu seme hilanglah smart dia. Travel lite konon!


So, petang tu, with Along's help, dapatlah dihantar segala mak nenek yang Angah nak. Nasib baik ada Along. Kalau mak sorang, terkial2 jugak membongkok nak cari barang2 Angah tu. Bibik baru pun bukan boleh diharap sangat! Kadang tu communication break down! Kalau ada bibik Narsi, dia dah paham dah! Tak sabar nak tunggu Bibik Narsi balik. InsyaAllah besok tengahari dia sampai KL, dan lusa, sampailah ke Kerteh. Along paling tak sabar sebab kata dia senang dengan Bibik Narsi. Bibik Narsi dah tahu seme. Of courselah, dia dah 2 tahun. Bibik ni baru 2 minggu! Sabar aje laa.. ( And maklang pun sabar jugak ler...sebab bukan senang nak train orang baru supaya ikut cara kita!) Selesai lah bab Angah. Entah macamana dia kat sekolah tu. Tak ada talipon tu, maknanya Oklah agaknya. Kem tu sampai petang besok. ( Sekarang ni Along pulak tak boleh jauh dari Maklang...sikit2 ujan! Kena jadik mainan Angah pulak, sebab dulu Angah yang macam tu! Kira pulang paku buah keras lah tu! )

++++++++++++++++++++

Petang semalam, sepupus maklang datang. Onn dan Dudi. Anak2 Wan Pari yang baru jadik pengantin tu. Duduk bersembang kat bawah dengan Atok dan Wan. Masing2 tak bawak isteri. Si Dudi, isterinya bekerja di KL. Onn pulak, katanya, ada kerja kat Kerteh.Tu yang tak bawak. Laa...patut tinggalkan kat sini, boleh belajar2 buat coklat cake yang Onn suka tu..he...

Sempat gak maklang intro blog Nekrock ( atas permintaan Nekrock jugak) ke Onn dan Dudi. Dan kalau rezeki Nekrock banyak, bolehlah pulak jadikan Dudi ( kerja bank kat Kontan) dan Onn sebagai 'kaki-kaki' baru Nekrock. Apasalahnya menolong sesama insan...kalau ada rezeki, dapat pulak pakai yang berjenama yang kita tak mampu nak beli kat Mesia ni...( bagi maklang laa)...

Jap...jamu mata dengan RE..ada komen?
ni baru siap 2 hari lepas..
Sekarang ni tengah cuba yang ini pulak...Sedang mencari idea untuk nak memulakan 6 biji cushion ni...Apalah kaler combination yang seswai! Harap yang berkenaan akan jawab, sekiranya kaler ini adalah untuknya..he..he..


Oklah setakat ni lah dulu..maklang ucapkan selamat berhari minggu!

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

14 Comments:

At July 4, 2008 at 8:32 AM, Blogger Ummi365 said...

amboi.. awalnya maklang dah update... RE maklang semakin lama semakin cantik coraknya.. hmm dah belajar macam2 ya! baguslah boleh ummi order nanti hehehe..

 
At July 4, 2008 at 8:53 AM, Blogger aNIe said...

Maklnag...betul kata ummi RE maklang makin lama makin cantik...
Nampaknya duduk kat rumah tu,...jari2 makin ligat...heheh

Akak dah ke blog Nekrock...amboi memang menggoda semuanya...tak tahan akak...nak jugakkkkk!!! Tapi syang yang berkenan dihati dah dijual pulak

 
At July 4, 2008 at 10:19 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

saya masih tetap peminat RE maklang.. uwaaa mak lang memang le kreatif.. sangat2 kreatif.. saya doakan agar mak lang tetap sihat sejahetra dan dalam peliharaan Allah selalu.. aminnnnnnnnnn

 
At July 4, 2008 at 2:05 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Cantiknya RE yg 1st tu, nice combination of colours, boleh book ke yg ni, yg 2nd, rasanya kena combine dgn colour peach terang & salmon pink

 
At July 4, 2008 at 2:24 PM, Blogger Kak Elle said...

selamat hujung minggu maklang...jgn angah call mlm2 nak balik sudah...hehe

saya long weekend monday tak sekolah youth day...yippee!!

 
At July 4, 2008 at 10:20 PM, Blogger Neeza Shahril said...

phewwiittt!!! awesome lah RE yang first tu.. cantik, comel.. suka sangat sangat.. yang color peach tu pun cantik.. cuma macam tak serlah sangat kan.. tapi dua dua pun cantik... heheh.. eeeee.. tak sabar nak tengok bila dah siap nanti... hehehh..

Angah pergi camping ke? mesti Along rindu nak gaduh dengan Angah kan.. hehehee..

 
At July 5, 2008 at 8:36 AM, Blogger YuszTieY said...

berkhemah ..asal siap bawa toto n bantal...mana aci....tak mencabar la angah siap bawa bantal pujaan hati plak...

 
At July 5, 2008 at 8:49 AM, Blogger Mak Teh said...

Mak lang, saya dah tunjukkan RE mak lang dalam blog mak lang ni kepada anak saya. Nak tau apa dia kata? Katanya semuanya cantik-cantik! Dia nak saya orderkan macam- macam dari mak lang. Hehehe, saya cakap orderlah sendiri! Nanti kita pi rumah mak lang dan dia boleh order sendiri. Bolehkan?

 
At July 5, 2008 at 1:16 PM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Camping tu memang best sangat... Aduh, pecah rahsia Angah - ada bantal busuk... Kekeke.

 
At July 5, 2008 at 7:22 PM, Blogger silversarina said...

Bijak Angah, pergi kem menyemart dan 'bekalan' toto bantal sampai petang ... hehehe.InsyaAllah kami doakan Angah dapat 5A UPSR nanti.

RE tu tepat dengan maklang sebagai sifu sulam , memang cantik.

 
At July 5, 2008 at 8:32 PM, Blogger zino said...

sat lagi zino nak ke shah alam ada pesanan penaja dari alang hehe senang dia oder.. mentang2 la tak berapa jauh hehe

 
At July 6, 2008 at 9:08 AM, Blogger KV said...

RE tu lawanya. Mmg berseni lah tgn mak lang!

 
At July 6, 2008 at 9:27 AM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Salam.

Pekabar hari ahad nie? Semoga bertambah banyak idea untuk RE tu. Comey RE...the peach one tu tak siap sepenuhnya lagi kan. Kalau match kan dgn kaler2 pastel pun comel jugak tu.

 
At July 10, 2008 at 3:49 PM, Blogger Nek Rock said...

yooo maklang salam,

terima kasih banyak2 yaa maklang dah war2 kan pada semua ,nek really appreciate it.
do take care maklang,jgn duduk lelama buat RE tu,nanti tegang sema urat

 

Post a Comment

<< Home