Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, July 2, 2008

Selamat berhibur...

Assalamualaikum...

Dengan pertolongan Along siang tadi barulah dapat diupload video ni. Bujang ada buat persembahan untuk mak dia yang tak berapa kuat lagi ni...Maaf ler camerawoman tak pro lagi dan ada pulak kaki paklang enterframe...mana taknya camerawoman pun tengah berbaring...tak kosa nak gerak!

Selamat berhibur...






hakim berduet dengan maya lagu ketahuan....



Perasan tak Hakim tu pakai shirt and kain pelaykat.?Masa tengah good mood lah tu, semua nak ikut abah...at the time maklang tengah menaip ni dia tengah hot kat abah dia sebab tadi abah dia dok kacau dia...cepat aje merajuk tu...he..he..manja tol bujang sorang tu..Kadang lepas merajuk kalau kita cakap dengan dia, dia akan kata " Malas layan", exactly the same words bila Abah merajuk dengan anak2...Memang macam abah betul...he..he..bab kuat merajuk tu! Dan mak jugaklah yang pujuk baru dia sejuk! Part ni pun saling tak tumpuah cam Abah! He..he...jangan mare...

Pastu masa Hakim nyanyi tu jangan tak tau, music tu yang mahal tu...he..he..

+:+:+:+:+:+:+:+

Pagi tadi maklang masak spaghetti. Penuh seperiuk Vision 5L tu. Bila anak2 balik tengahari tadi, makan cam tak hingat! Mana taknya sebab semuanya kelaparan and semuanya balik sekali dengan Abah. Kebetulan ari ni Abah ambik Along punya kad penyata. Bolehlah...tapi kena usaha lagi! Tapi result dia betterlah than before. ALhmadulillah...Lepas tu, Abah terus ambik anak2 lain kat sekolah mereka. ( Sekolah Along dan adek2 sebelah menyebelah aje!). Bila balik, mereka serbu, habis entah berapa mangkuk. Siap kata, tak pernahlah mak masak sesedap ni! Alaaaah...kalau nak makan banyak, macam2 ler puji..Atok pun geleng kepala tengok cucu2 dia makan...Sampai menjilat mangkuk! Lapar betul tu! Maklang bila tengok anak2 makan memang suka..Hilang penat memasak dengan pinggang yang tak boleh bengkok ni! Syukur! Sebab tak mo kasi mereka habiskan makanan sebab maklang malas nak masak lagi, siap bohong sunat kata ada orang nak datanng! Terok betul mak ni kan. Angah pulak, pukul 3 lebih, round ke2. Just imagine, perut kita yang makan kol 1 tadi rasa macam tak digest lagi, Angah dah boleh tolak lagi sepinggan..kot ( entah2 2 pinggan!). Tengahari tadi entah berapa pinggan. 2 bungkus spaghetti selamat. Memang kenalah tu masakan mak dengan tekak Angah.

++++++++++++++++++

Sambil2 tengok anak2 dan suami makan, maklang sempat jugak buatkan roti. Hari ini roti with mixed fruit. Sebab sibuk melayan dan bercakap, ukuran jadi tak betul. Bila tengok campuran macam basah aje, maklang tambahkan tepung lagi. Hari ini roti jadi lembut, tapi a bit basah. Tak macam 2 hari lepas. That was so perfect. Lagipun hari ini ikut resepi lain, yang tak guna langsung tepung gandum. Tu agaknya it is a bit wet. Tapi lembut. Tak apalah, Paklang suka.. ( Ibusara kalau nak, nanti maklang buatkan aje...InsyaAllah...)


+++++++++++++++++++++

Petang pulak, maklang mintak tolong Atok hantarkan baju kat Cik Ton. Our feberet tukang jahit. Masa Rina dok cakap, tailor dah tak ambik upah baju raya lagi kat N3 dia 2-3 minggu lepas, maklang terus call Cik Ton booking nak tempah baju. Nasib baik dia kata OK. ALhamdulillah. Atok ambikkan jugak langsir yang maklang mintak Cik Ton completekan..almaklum langsir tu dah 1.5 tahun terbengkalai tak berjahit. Dengan sibuk and malas sesangat sebelum sakit ni, terpaksalah mintak Cik Ton jahitkan...Dah pun siap. Ada jugak maklang hantarkan 4 biji RE maklang untuk dijadikan kusyen. I kan tak leh main mesin jahit lagi...so, semua kena sub laa..tinggal bayar aje....


+++++++++++++++++++++


Ni pun maklang naklah war2kan... promosi sikit eh...sekarang ni kalau ada sesapa minat nak beli handbag ori...jenis DKNY ke, 9 west ke, Eiteinne Aigner ke, Cole Haan ke, etc2 lagi, silalah layari butik NekRock. Pada maklang harganya berpatutan. Dan kalau dah berkenan tu, order aje, seeloknya email ke nekrock, then berurusanlah dengan beliau. InsyaAllah bila payment dah dibuat, apa yang dipesan akan dapat diterima dalam jangkamasa kurang dari seminggu. Kalau compare dengan harga kat butik2 handbags kat KL ni...maklang rasa nekrock punya lebih murah...InsyaAllah...so, apalagi, kalau nak berhandbag baru ke untuk raya ni, bolehlah beli bag kat butik nekrock ye...

Itu aje buat kali ini..maklang masih berdoa semuga kaki dan pinggang ini akan sembuh sepenuhnya sebelum maklang mula kerja dalam masa 3 minggu lagi...and moga2 dapat hadir kat rumah kawan kita kat Kemaman pada 19Julai ni, InsyaAllah...

Terimakaseh kerana mengunjungi Teratak Maklang...Jemput datang lagi...

Labels: ,

21 Comments:

At July 2, 2008 at 9:52 PM, Blogger cikMilah said...

Wah, maklang ni kan waktu mc pun project tetap jalan...:))slow-slow ya MakLang. Dah pun masuk rumah Nek Rock tu.. betul bagai dikata, macam tak percaya tengoki price tag dia. Hopefully boleh mantain harga gitu kan!
Take care!

 
At July 2, 2008 at 10:39 PM, Blogger zino said...

nasib ada hakim untuk hiburkan mak dia.. kalau tak tugas abah dia le hehe

 
At July 3, 2008 at 4:55 AM, Blogger Abang Long said...

Macam mana nak buat gambar dibahagian kanan blog ini ?

 
At July 3, 2008 at 7:06 AM, Blogger Kak Elle said...

adooooiiii maklang dah mula memasak ye?jgn lupa guna corset tu...

Hakim nak masuk talentime ke tapi kena ler gelek lagi:)

ni promo kan nekrock mesti dapat discount kan kan kan....hahaha

 
At July 3, 2008 at 9:22 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Pandai si bujang berjoget ya... Spaghetti tu nampak sedap.. Kebetulan, malam ni si Emma pun makan spaghetti kat restaurant.

 
At July 3, 2008 at 10:41 AM, Blogger Ajzie said...

Comel nya hakimmmmmmmm..

Boleh masuk AF7 nih.. suara pun ok..

 
At July 3, 2008 at 10:41 AM, Anonymous Anonymous said...

kelakarla tgk gelagat hakim tu...terhibur je..nanti kalau ada lagi video..just share it...sukala tgk family mak lang...happy family..mmg betulkan mak lang, sakit pun kalau kita masak tgk org mkn..seronokkan...berbaloi...

harap mak lang cepat sembuh...

 
At July 3, 2008 at 12:52 PM, Blogger Ummi365 said...

adui ai.. ummi nampak movement je tak boleh dengar suara.. kat ofis ni kan kena blok.. balik umah kena tenguk balik..

 
At July 3, 2008 at 3:42 PM, Blogger Neeza Shahril said...

wahhh!! Hakim nyanyi lagu feveret neeza la.. lagu tu first time dengar masa balik malaysia hari tu.. okay jugak Hakim nyanyi.. tapi Maya pergi tutup mulut Hakim nape? dia nak nyanyi gak kot? hehe..

ish ish.. memang nampak sedap kuah spagetti tu Maklang.. nanti jap gi nak tengok kat blog resepi Maklang.. ada tak.. nak buat la.. hehehe...

 
At July 3, 2008 at 6:36 PM, Blogger Queen Of The House said...

Heh heh heh, cutenya Hakim! Tapi dok dengar lagu Siti kat background tu, kacau daun. Kat mana nak turn off lagu background tu, Mak Lang?

 
At July 3, 2008 at 6:39 PM, Blogger silversarina said...

amboi panjang bukan main entry ni ye... macam2 berlaku seharian, tapi okaylah taklah sunyi kan, hakim tu memang geram tengok dia tapi tak sempat lagi nak cubit dia tu, nantilah ..hehehe.

 
At July 3, 2008 at 8:32 PM, Blogger Pondok Al Imran said...

Hebat betullah anak bujang YDP PIBG ni, nanti bolehlah buat show kat sekolah pulak ya....dah masuk pun blog Nek Rock, tapi yg cantik & yg berkenan, semuanya dah Sold-out, bila nak buat roti tu, he he he

 
At July 3, 2008 at 8:59 PM, Blogger chekgu Bani Hassim said...

Waa...
yg ni spageti....
Lagila masyuk...

Nakkk???!!!

 
At July 3, 2008 at 11:41 PM, Blogger aNIe said...

Maklang...gelak2 akak tengok si bujang tu begoyang...bergetar seluruh tubuh...hahaha...

Masa boring2 masa sakit ni lah anak2 jadi penghibur...memang bertua maklang...

Nak gelak tgk dia pakai kain pelekat...pandai pulak dia ikat tu...

 
At July 5, 2008 at 8:18 PM, Blogger maklang said...

cikmilah:

kalau project tak ada...mati kutu dok termenung...baik gunakan masa yang ada ni kan...

harga beg kat nekrock tu memang ok...

thanks ...


zino:

memang tulah buah hati maklang tu...cam baby jugaklah tu...

 
At July 5, 2008 at 8:21 PM, Blogger maklang said...

abang long:

masukkan kat templatelaa...maklang ikut aje instruction..

kak elle:

masak sikit2 aje. Tak boleh diri lama2 kalau tak pakai corset tu...lengoh!

 
At July 5, 2008 at 8:22 PM, Blogger maklang said...

cat:

bujang tu belajar joget dari mak bapak ler tu..jangan tak tahu~

Along tu yang nak sangat makan spaghetti...

ajzie:

tak mo masuk AF7...masuk AQ naklah..

 
At July 5, 2008 at 8:24 PM, Blogger maklang said...

mannira:

memang kalau memasak, makanan laku ..hilang rasa letihnya...

ummi:

memang kena tengok tu! rugi tak tengok dan dengar!

 
At July 5, 2008 at 8:26 PM, Blogger maklang said...

Neeza:

Tak tau ke Hakim tu recording artis? he..he..

Ada tak resepi tu, kalau tak ada beritahu, nanti maklang masukkan!

Queen:

Nak perlahankan, go to bottom of the page. Ada Imeem tu, perlahankan volume dia...Enjoy...

 
At July 5, 2008 at 8:27 PM, Blogger maklang said...

Rina:

Nampak aje banyak yang berlaku...tak ada apa pun sebenarnya...

Ibusara:

Hebat..kan anak bujang ni..he..he..

Roti tu dah makan lom?

 
At July 5, 2008 at 8:29 PM, Blogger maklang said...

Teacher:

thanks for dropping by...

Kak Lady:

Fareez pakai kain felekat tak? Kain tu dia nak pakai, kena suruh orang pegangkan baru dia ikat!

 

Post a Comment

<< Home