Kelas RE
Assalamualaikum..
Semalam maklang teruja lagi! Ada orang nak mintak maklang ajarkan dia menjahit RE. Macam lah maklang pandai sangat. Main hentam aje bolehlah. Ajar pun ikut cara maklang lah. Mungkin tak sama dengan orang lain.Tapi nak buat RE ni sebenarnya ikut tangan kita lah. Creativity kita. Kalau kita creative Insyaallah jadik cantek. Dan kesabaran, tahap yang agak tinggi mesti di tanam dalam hati...( sabar layan anak2 kena lagi tinggi kot!)Ada jugak Cikgu disiplin. Dia tak mau belajar lagi...nak tengok aje dulu. Last2 dia yang mengajar pelajar baru...he..he..
Lepas mereka pulang, maklang buat cheese cake lagi. Kali ini bukan untuk sesiapa. Untuk suami dan anak2. Masa birthday Along hari tu, dia kata tak cukup. So, itu yang buat lagi...Alhamdulillah..seronok dengar Paklang kata....Hmmmm...sedap. Rasa berbaloi buat cake tu. Memang kalau dimakan, laku aje apa yang dibuat/masak. petang tu ilang lah sikit.
Petang, maklang menerima kunjungan dari Chef kita. Dia bawak laksa Penang. Hmm...memang sedap. Lepas aje Kakak kita balik, kami semua mengadap laksa tu. Sekali hadap, habis semua. Seedaaaaaap...kalau tak, takkan habis kan...
Petang semalam jugak, maklang start RE baru untuk Ibusara. Cuti dah makin nak habis. Neeza punya masih ada 4. Beg telekong ada 8 lagi nak jahit. TU yang kena buat cepat2 sikit. Asyik melencong aje ke lain!( read- buat untuk yang tak ada dalam waiting list!) , macamana nak siap. So sekarang, no play play. Concentrate ( tapi dalam hati dok fikir nak buat tutup mixer pulak! Pakai cross stitch lama yang tak bersambung...tengok lah macamana! Selingan tak pe kan!)...
Lupa nak cerita..at last my tutup toaster siap pun after 2 years plus! Ke lebih? The cross stitch was completed in about 2.5 months. Nak menyambungnya ambik masa 2 tahun! Tak senonoh. Sebab apa nak tau? Sebab masa nak kemas kat dalam pakai piping tu, jari maklang sakit sebab kain tebal sangat ( termasuk quilt and lapisan kain sebelah dalam. Tak payah tunjuklah sebab tak cantik!)
Sebelah tepi
Satu lagi ..ini pengumuman penting: Ada jualan telekong kat blog :
http://sulamankasihmaklang.blogspot.com.
Bolehlah shopping2 untuk raya. Sebenarnya ini blog jahit yang baru. Blog2 maklang ni dah nak habis the space untuk gambar! Sape2 berminat boleh tempah telekong ye...TQ
Have a nice day!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Labels: cross stitch, Food, Friends