Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, July 14, 2008

Tak macho.

Assalamualaikum...


Pagi ini maklang buat kek lagi 2 adun. Hajat hati nak kasi kat kengkawan office maklang dan paklang. Tak tau lah if paklang nak bawak ke tak. Kalau department mate maklang, tak apa, pantang call, ada ajelaa yang datang nanti. Lagi pulak, kawan tu duduk depan rumah. Nanti tengahari dia balik makan, boleh lah menyinggah. Apalagi ye, kalau bukan coklat cake yang mudah, tapi sedap...yelaa buka resepi maklang yang ori, resepi dari kawan jugak, cuma maklang modify sikit supaya tak terlalu basah!

Ini baru ada chance nak mengadap PC ni dan nak habiskan sedikit lagi RE2 maklang. Semuanya tu dah ada pemunyanya. Satu set untuk pengantin..sebabnya tak tau nak kasi apa...he..he..yang ini memang tak ada jual kat kedai tau...Khas dari bilik jahit maklang...untuk orang2 tertentu je ni...kadang kita tak plan, lepas tu ter'nak' pulak buatkan untuk dia. Siapa yang bernasib baik tu ye...he...kita tunggu ajelaa...
Ini buat kawan maklang yang teristimewa...he..he..
Masih 'under construction' lagi...
Ini Neeza punya..Sori kena stop jap, buat kat pengantin punya dulu!


Yang lagi satu tu pulak buat untuk kawan maklang yang maklang gi kenduri ke rumah dia last Friday. Belum jahit lagi jadik table runner! Entah bila nak pegang mesin. Al malas betullah. Harap2 bolehlah jahit sikit2. Anak2 dua orang tu pun sibuk tanya bila HP cover mereka nak siap tu. Tunggu dan sabar ajelaa...

As usual hari ini akan dihabiskan dengan menjahit ajelaa...Malas kang boleh baring aje atas katil tu! Tinggal beberapa hari aje lagi maklang nak masuk office... Malasnya laaa...


++++++++++++++++++


Malam tadi masa tengah berbaring atas katil dengan si tembam maklang tu, kami berbual. Paklang baru aje keluar nak ambik Angah dari kelas malam. Biasalah kalau Abah tak ada, dia memang mengambil kesempatan nak meraba...he..he..tak leh tinggal 'nenen' dia...Agaknya anak bongsu kot. Perbualan kami berkisar begini:

Mak: Hakim, Hakim ni manja ek?

Hakim: Yelaa...kan Hakim anak bongsu!

Dia memang perasan...manje sangat. Kalau anak bongsu tu macam dia lah yang manja.

Lepas tu dia kata, " Mak, Hakim nak jadi suami Mak!"

Mak: "Oh...nak jadi suami mak?"

HAkim : "Yelaa..Hakim sayang mak!", sambil meneruskan 'kerja2' dia tu...apalagi meraba 'nenen' ler.

Mak: " Kalau nak jadi suami, tak bolehlah panggil mak. Kenalah panggil nama!"

HAkim: " Ok..Hakim nak jadi suami Lina"

Mak senyum aje. Lepas tu kata;

Mak: "Kalau jadi suami, kenalah jaga isteri, boleh? "

HAkim : "Boleh... "

Mak: "Lepas tu, kenalah bawak kereta kalau nak kemana2. "

Hakim: "Boleh..Hakim boleh bawak kereta". ( Sambil2 buat tangan macam pegang steering kereta)

Mak: " Lepas tu kenalah ambik anak2 balik sekolah..."

Hakim: "Boleh.. "

Mak: "Lepas tu kalau Lina takut hantu, Hakim kenalah jaga Lina "( sambil buat bunyik macam mengilai!..he..he..)

Hakim: Mak..Hakim takut! ( terus menangis sampai tersedu2!)


Hmmmm...macamana nak jadi suami. Dengar bunyi hantu sikit yang orang buat pun dah melalak.Tak macho betul bujang sorang ni...tapi dialah penawar jantung mak dan abah...he..he..goli ati den!



Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
Khas dar

Labels: ,

18 Comments:

At July 14, 2008 at 12:46 PM, Anonymous Anonymous said...

mak lang

nak nak masuk opis tak lama lagi ek.. rehat puas puas mak lang.. heheh

 
At July 14, 2008 at 1:19 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

aduhaii Hakim sabo je laaa
hehehehe
siap nangis takut tuh hahaha jawabnya Hakim takleh la jadi suami Lina hahahaa :) Hakim kene jadi anak bongsu maklang aje laa yer hehehehe

 
At July 14, 2008 at 2:21 PM, Blogger Kak Elle said...

alahai Hakim nak jadi suami mak dia...hahaha...dah tu takut ngan hantu pulakkkkkkkk

lawa RE2 terkini tu ye?

nak tanya kat sana gi jemputan kawin kena bagi hadiah ye pada pengantin bukan $ sumbangan pada ibu/bapa?

 
At July 14, 2008 at 3:30 PM, Blogger maklang said...

zar:

tengah rehatlah ni...sambil memain dengan riben!

ayu:

Manja betul bujang sorang tu...hmmm...nak buat camana...anak bongsu!

Kak L:

Memang penakut betul dia tu...

Terimakaseh..idea RE ni datang ikut angin!

Kat sini boleh bagi hadiah kat pengantin atau mak bapak pengantin...Ikut suka nak kasi atau tak...duit boleh, hadiah pun boleh...asalkan ikhlas!

 
At July 14, 2008 at 4:36 PM, Blogger aNIe said...

Hahahaha...tak baik 'isteri' Hakim ni tau...buat 'suami' sampai nangis...heheheh...Dosa tau...

 
At July 14, 2008 at 5:17 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Salam.

Boleh pulak tu on the way ke Kemaman, sambil driving, tingat kat MaK Lang, dok terbayang RE yang comel2 belaka itteww...hehehe

Kelakor ler Hakim tu..bebudak memang macam tu kut. Cam Semek Azwa tu, katanya bila besar dia nak kawin ngan Baby Hadi ( adik dia)...ada ka...

 
At July 14, 2008 at 5:26 PM, Blogger Mulan said...

kelakar hakim.. pekabo maklang..?? sori lama saya tak jengah.. nak pi mana, cakap la. kot takde apa, memang saya free sokmo2..

 
At July 14, 2008 at 9:15 PM, Blogger zura aini said...

ha, ha, lawaklah anak bujang maklang tu, nasib baik anak saya tak meraba macam tu, maunya mak dia lesing.

 
At July 14, 2008 at 10:44 PM, Blogger zino said...

memang pandai hakim ni ambik hati mama dia hehe

 
At July 15, 2008 at 12:12 AM, Blogger Kiah Kardashian said...

hahhahahaahahha

camno tu hakimmm?? belum apa apa dah takut dah?

 
At July 15, 2008 at 2:49 AM, Blogger Neeza Shahril said...

hahahhaha!! sakan neeza gelak baca cerita hakim.. bijak sungguh!!

cantik la RE neeza tu.. nak bagi mak neeza sempena birthday dia bulan 11 ni sebenarnya.. mesti dia suka sangat.. tak sabar nak tunggu bila dah siap nanti..

 
At July 15, 2008 at 7:10 AM, Blogger chekgu Bani Hassim said...

rajinnyeeeeee....
Rajinnye maklang jahit...
Baju raye sye bile nk siap???
:p

 
At July 15, 2008 at 7:24 AM, Blogger Abang Long said...

Boleh kirim kek sikit ? TERingin nak rasa...

 
At July 15, 2008 at 7:54 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Cath geli hati baca entri kali ini... Hehe, nak jadi suami orang, takut hantu... Kekekeke.

 
At July 15, 2008 at 8:37 AM, Blogger maklang said...

kak lady:

kena mintak ampun kat 'suami' ni! seronok dapat usik!

Azwa:

Laa...buat apa tak singgah..boleh tengok in real life...rumah maklang dekat simpang balai polis je...memang laluan nak ke Kemaman tu...

 
At July 15, 2008 at 8:38 AM, Blogger maklang said...

mulan:

terimakaseh hantar kek tu...

macamana nak pi jalan, awak pun nak pegi tempat lain dah

zany:

jangan lah lesing...tu buah hati tu!:)

 
At July 15, 2008 at 8:39 AM, Blogger maklang said...

zino:

buah hati tu memang pandai ambil hati mak tu!

zakiah:

tak apa...masih lama lagi tu...20 tahun lagi nak build his courage sebelum boleh jadi suami!he..he..

 
At July 15, 2008 at 9:15 AM, Anonymous Anonymous said...

kalau ummi dapat hakim tu.. ummi gomol2 dia geram tenguk body dia tulah..

 

Post a Comment

<< Home