Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, July 11, 2008

Ambil angin

Assalamualaikum...

Betul tak sangka. Hari ini hari pertama maklang pergi ambil angin. Ada jemputan ke rumah kawan rapat maklang. Ada tahlil kat rumah dia. Dia call semalam menjemput. Memang rapat dengan dia sebab masa anak2 kecik2 dulu, dia mengajar kat tadika anak2 dan dari situ maklang rapat dengan dia. Bila dia call pagi semalam maklang masih tak pasti nak pergi ke tak. Pulak Paklang tak ada sebab dah plan nak ke Kuantan sebab nak buatkan permit bibik baru. Bila kawan maklang tau, dia kata tak ada masalah sebab dia boleh datang ambil. Punyalah dia nak maklang hadir. He..he..

So, tadi pagi, maklang dok terfikir, nak bawak apalah ke rumah kawan ni. Nak buat2 kueh yang leceh2 ni takut tak ada kudrat pulak. So, mintak bibik bongkar lemari kat dapur, ada tak susu cair. Bila tau susu ada, cari koko, gula, minyak etc, maka dibancuh dan Alhamdulillah jadiklah 4 buku coklat kek berukuran 8 inci x 8 inci. Itupun masa nak tuang dalam loyang mintak bibik yang tuangkan. Almaklum ada 2 adunan dalam mixing bowl tu. Berat woo...Alhamdulillah the cake turned out quite well...Syukur!

So, lepas zohor tadi, maklang dihantar oleh my darling ke sana (paklang sempat balik b4 solat Jumaat!). Of course maklang hangkut anak perempuan maklang yang kecik. No. 2 tak mo ikut. Penat kata dia. Hakim tak ikut sebab majlis ni untuk perempuan aje. Bila tiba kat sana, orang dah ramai. Nak tunduk salam memanglah tak larat. Salam sekerat jalan and terus cari tempat duduk. Maklang cari kerusi. Biarlah orang nak kata apa. Maklang tak kira. Tapi pun orang tau kot. Mesti kawan maklang ada beritahu agaknya tu...Alhamdulillah Oklah. Majlis berjalan lancar. Lepas selesai baca Yaasin, tahlil and doa, tuan rumah bagi2 kan air Yassin sorang sebotol mineral dan ada goodie bag lagi. Dapatlah telor and hand towel. Bagus hadiahnya..Maklang pun tengah berangan. Nak jugak buat tahlil nanti. Tengoklah macamana...Tapi kalau buat pun, nak upah orang masak aje. Tak kosa nak masak. Tak kuat lagi nih...

Ni nak letak jugak RE lagi. Tapi yang belum complete punya gambar. Yang dah complete maklang tak dapat nak letak sebab camera kena songlap! Gambar guna hp ni tak berapa canteklah..Terang semacam!( marah pulak darling I...guna hp dia tuh!)
jem ler pulak blogger ni...tak mau upload gambar..nantilah eh...

Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

13 Comments:

At July 11, 2008 at 9:40 PM, Anonymous Anonymous said...

waalaikumsalam.
maklang....
ceh macam panggei maklang saya..
dia dah arwah dah..

salam ziarah ..ahakkks

 
At July 12, 2008 at 6:27 AM, Blogger Kak Elle said...

kalau kek chocolate masih ada nak sikittttttttttt.

 
At July 12, 2008 at 7:12 AM, Blogger maklang said...

cikgooden:

Alfatihah buat arwah...

Doakan maklang cepat sembuh dan panjang umur..

Kak Elle:

Tak tau ada lagi tak kat rumah kawan tu...nanti tanya..ha..ha..

 
At July 12, 2008 at 7:22 PM, Blogger Neeza Shahril said...

sempat lagi maklang buat choclate cake ye.. 4 biji lagi tu...
sekarang kan trend kalau buat kenduri, tak kira la tahlil ke, kesyukuran ke.. mesti ada goody bags kan..

 
At July 13, 2008 at 8:31 AM, Blogger silversarina said...

tentu happy dah boleh hadir majlis di luar... next saturday I akan sediakn kerusi khas buat maklang , datang ye .

btw, my family puji gubahan maklang tu cantik kata mereka... kembanglah I sekejap sebab kawan I yang buatkan :P

 
At July 13, 2008 at 10:06 AM, Blogger zino said...

maklang..
ok tu bila dah boleh hadir majlis di luar.. duduk kat krusi tu ok.. yg hadir tentu akan maklum kenapa.. kalau tak ari tu esok lusa nya..

hujung minggu ni boleh le kemajlis satu lagi..

 
At July 13, 2008 at 10:10 AM, Blogger maklang said...

neeza:

ni maklang tengah pening kepala tak tau nak kasi apa untuk majlis doa selamat yang sedang dirancang..ada idea tak?

Rina:

TQ..Alhamdulillah tak ada yang komplen..bekas telekung pun dah sampai pada empunya nya la ye...

Tak payah lah nak siapkan kerusi..kerusi pengantin kan dah ada..he..he..

Zino:

InsyaAllah nak jugak ke sana...mintak2 dah lebih sembuh, InsyaAllah..

 
At July 13, 2008 at 11:15 AM, Blogger KakNi said...

MakLang ni memang spesis rajin, asalkan ada kesempatan je mesti masak dan buat kraftangan...

 
At July 13, 2008 at 4:14 PM, Blogger Mak Teh said...

Mak Lang, telekung yang mak teh order tu jadi ke nak buat?
Yang lain-lain tu nanti kalau ada rezeki nak pergi order berdepan tauke. Hehehe

 
At July 13, 2008 at 10:15 PM, Blogger Ayu Mohamad said...

syok kan dapat kumpul ke majlis mcm tu.. saya selalu doakan agar mkalang cepat sembuh dan boleh balik bekerja mcm dulu.. aminnnnnnnnnnnnnn

 
At July 14, 2008 at 9:54 AM, Blogger MAMAMIA said...

Alhamdulillah dah boleh mula keluar makan angin..

Masih MC lagike?

 
At July 14, 2008 at 3:32 PM, Blogger maklang said...

akuni:

kalau tak membzkan diri..dunia ini akan terasa begitu membosankan!

mak teh:

InsyaAllah maklang buatkan, tapi tarikh khendurinya bila ye??

 
At July 14, 2008 at 3:34 PM, Blogger maklang said...

ayu:

memang syok, tapi sebab tak kuat sangat tu yang kurang syok tu!

mamamia:

Alhamdulillah ..boleh dah sikit2. Maklang masih Mc lagi until 22.7 ni...:( Malasnya nak masuk opis!

 

Post a Comment

<< Home