Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Tuesday, July 22, 2008

BZ

Assalamualaikum...


3-4 hari lepas, maklang memang sibuk. Orang sakit pun sibuk. Mana tak nya...ke utar ke selatan...

Hari Khamis lepas kami ke KT. Paklang, Datok and Maklang. Sebenarnya berbelah bagi nak ikut ke tak. Akhirnya , ikutlah, sebab tak pernah bertemu lagi dengan Pak Usop dan Mak Mah ni, sedara belah Datok.

Kami bertolak dari Kerteh sekitar jam 9pg. Lepas maklang selesai masak, sebab kalau tak nanti balik dari KT mesti terkejar2 nak masak. Kami tiba kat Kt pukul 10.30pg dan sempat berenti makan nasi dagang kat gerai makcik yang jual kepala ikan for RM45 dulu tu. Mahal jugak nasiknya . Seciput dah RM2.50. Boleh tahanlaa rasanya...Macamana pun maklang suka nasi dagang kelate...best in the world!Dari situ kami ke rumah Pak usop. Isteri Pak Usop yang kasi direction. Senang aje direction yang mak mah kasi...Kau terus..terus dan terus...maklang kata kat Paklang..Lelama kita tiba KB kang! Jahat betul I ni..he..he..entah berapa kali kami berenti tanya..Alhamdulillah akhirnya tiba jugak! Memanglah mak mah n pak usop ni ramah orangnya...cepat betul mesra. Maklang pun talipon Wan Fari mintak datang and dia datang dengan Tok uncle. Then kami bertolak ke batu 6, sebab Mak enon kawan Maklong nak beli tudung. Dapat jugak maklang menyebok. Dalam sakit ni nak gak menyopping. Belilah 2 helai tudung with kain pelikat Hakim 2 helai. Then kami bertolak ke rumah Wan Pari. Kejap aje kat situ, lepas solat dan minum sikit2 , kami bertolak balik...


Memang rezeki agaknya, kami berenti kat Gerai Makcik Gemok 69 kat Kelulut. Masa on the way datang, maklang dah cakap kat Cik abang nak berenti, sebab nak tengok kaftan. Nampak melambai2. Kaler pun cantek2. Tapi as usuallah ( mati maklang cakap cam ni), Cik Abang kata tak payah laa...So, maklang apalagi ada chance ni, memboronglaa...he..he..nasib baik Makcik Ani, kawan maklong kata dia nak carik kaftan. Dapat lagi, maklang menyebokkan diri. And as usual, maklang yang banyal beli! Ialah anak maklang no. 2 pun nak gak! ( Tapi maklang lah yang ambik banyak!)

Malam tu lepas makan lauk ikan bakar, pucuk ubi, ayam masak lemak, dendeng dan sambal udang, kami berehat2 tepi kolam kejap. Letih sebenarnya. Lepas maklong n the gang dah masuk tidur, maklang dan Faezin memulakan misi kami, buat hadiah untuk mereka. Tak tau apa nak bagi, maklang jahitkan 2 beg RE sementara Angah balutkan Yassin. Pukul 12:30 baru tido. Penatnya... Nasib baik dah ada 2 beg yang dah siap dulu!
ada 4 set sebab teringat kat menatu maklong, kak milah..so, satu set untuk dia! alhamdulillah ..mereka suka..

Ini kat rumah 'kawan' alam cyber / anak sedara mak Ainon.


Hari Jumaat, pagi lepas sarapan, kami bertolak ke Kuantan. Singgah kat Kemaman hantar maklong n the gang. Yang kelakar tu, Puan rumah kata...ni maklang Kerteh eh...suspense jugak. Rupa2nya dia adalah jugak datang visit teratak maklang...what a small world! Kami dihidangkan dengan kueh mueh yang enak2 sekali.





Kejap aje kat situ, kami bertolak ke Kuantan. Hantar datok balik dulu, then kami ke KSH. Maklang kena x-ray lagi. Alhamdulillah semuanya OK. Dr. tanya if maklang can work or not. Maklang kata tak confident aje rasa nak masuk opis lagi. Dr. tanya macamana kerja maklang ni. Maklang kata biasa, tapi selalu zoom zaam meeting sana sini. Dr. kata nak kasi surat minta buat light work aje. Camana nak light work, dah camtu keje kita. Maklang kata, kalau Dr. tak kasi cuti, maklang nak apply for unpaid leave aje. Alhamdulillah Dr. kasi cuti lagi sebulan. Sebenarnya memang dia nak kasi 3 months sebab awal2 tu dia dah tanya, dah 3 bulankan buat ops...Hmmm....Dr. nih...baru 2 bulan aje...belum pun, infact ari ni baru 2 bulan...cepatnya masa terbang.


Hari Sabtu, Angah dan Abah ke Masjid Geliga sebab Angah ambik hadiah untuk sekolah agama dia. Alhamdulillah...

Tengahari tu kami sekeluarga bersama kak Liza ke rumah Rina menghadiri makan di jamuan serba purple itu...Lepas tu, ke rumah kawan satu lagi di Kerteh...Kenyang betul perut! Scale pun naik giler!






Hari Ahad, Wan dan Atok tiba. Maklang pulak sibuk buat coklat kek yang ada orang tempah dan jugak buat Cheese cake. Sama dengan hari ini, maklang buat kek jugak untuk tempahan...Alhamdulillah..siap jugak dalam 130+ bijik...muga2 ada tempahan lagi!





Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

17 Comments:

At July 22, 2008 at 6:02 PM, Blogger cikMilah said...

Aiiiii.. ligatnya maklang ku sayang..Alhamdulillah dapat sebulan lagi cuti..Happy baca xtvt maklang yang serba ceria ni...Semuga tempahan kek makin kencang ya...InsyaALLAH, rezeki tu...
Kita dah tiru sama maklang itu punya sampul Yasin...thanks for the GREAT idea!

 
At July 22, 2008 at 8:32 PM, Blogger KakNi said...

Mak Lang mesti jalan-jalan + makan-makan...

 
At July 22, 2008 at 8:59 PM, Blogger Kak Elle said...

Hebat maklang dpt lagi sebulan mcm cuti bersalin pulak 3 bulan...haha

MC untuk berehat ML jgn ligat sgt ye?

wah dah amek tempahan kek pulak nak satu pleaseeeeeeeeeeeeee

 
At July 22, 2008 at 10:21 PM, Blogger Ummi365 said...

baguslah mak lang dapat cuti lagi sebulan.. tapi janganlah cuti pun zoom zaam jugak eh.. rehat betul2...take care!

 
At July 23, 2008 at 9:12 AM, Blogger Cat Cat said...

Busynya maklang... Mesti sedap makan-makan kat kenduri Kak Rina... Berapa kali tambah..??? Hehehe.

 
At July 23, 2008 at 9:21 AM, Blogger maklang said...

cikmilah:

tak ligat pun..ni dah tersadai kat bilik. cadang2 nak berbaring...tapi alangkah boringnya aktiviti itu!

Silakan...tiru macam saya...ha..ha..nanti ada idea yang bernas, maklang letak lagi...Idea tu idea kawan, cuma penggunaan kain aje dari maklang..he..he..

akuni:

makan untuk hidup aje...

 
At July 23, 2008 at 9:23 AM, Blogger zino said...

maklang
kenapa tak pakai baju purple ke rumah rina hehe

 
At July 23, 2008 at 4:47 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Seronok la dapat extend cuti sebulan lagi ya...semoga akan benar2 sembuh la Maklang kan. Ligat buat RE tak pe, pitih tetap masyuk heheheh

Eh gi batu 6 ya...dekat dah dgn rumah azwa tu...len kali singgah2 la

 
At July 23, 2008 at 10:07 PM, Blogger Mama Rock said...

amboi, banyaknya aktiviti mak lang!

 
At July 23, 2008 at 11:49 PM, Blogger zura aini said...

shopping maklang, jangan tak shopping, it's a good therapy, ha, ha....lega maklang dapat cuti, biar betul2 sihat maklang.

 
At July 24, 2008 at 12:52 AM, Blogger Abang Long said...

TERIMA KASIH atas emel yang dikirimkan. Amat dihargai. Abang Long telah membalasnya.

Makan lagi ... hehehehe ... terliur rasanya tengok kuih tart ... berkilat ... alahaiiiii

 
At July 24, 2008 at 2:23 AM, Blogger demonsinme said...

ASSALAMUALAIKUM and ALHAMDULLILAH

It been a long since i last visited this place, and as always, its brings good feelings to my heart.

Hope you are well madam.

___________ooOoo___________
THE CHILD AND THE SEA
-o0o-

what a lovely sight is the raging sea,
to the child that sleeps within me,
a war of winds and water that is salty,
that brings calm to where draughts was once mighty,

oblivious to the sleeping child in me,
to the sad stories behind a seaman trophies,
as all to him are marks of glory,
to a dead hero who fought with no worries.

___________ooOoo___________
oo(O)oo

 
At July 24, 2008 at 11:40 AM, Blogger chekgu Bani Hassim said...

telan air liur je tgk kuehmueh maklang yg sodap tu...

Makan ati je laaa...
Gulp!

 
At July 24, 2008 at 11:43 AM, Blogger maklang said...

kak elle:

memang bulan ini akan berehat terus dan tak mau tahu langsung pasal hal kerja..lepas dapat surat tu, mood terus ilang!

Ummi:

Yes maam...will do!

 
At July 24, 2008 at 11:44 AM, Blogger maklang said...

cat:

tak tambah pun..jauh nak jalan...lagipun ada 2 rumah!

zino:

mana tau hari itu hari fefel!

 
At July 24, 2008 at 11:47 AM, Blogger maklang said...

azwa:

memang tengah seronok buat RE!


mamarock:

aktiviti tak banyak...cerita aje banyak!

zany:

shopping untuk keperluan aje!


AbangLong:

Sama2. Maklang belum sempat lagi nak melakukan apa yang patut dilakukan..harap bersabar!

 
At July 24, 2008 at 11:48 AM, Blogger maklang said...

Demon:

Waalaikumsalam..maklang lama menanti kedatangan mu...pergi mana lama tak nampak?

BaniHashim:

Kueh tu kat rumah orang..bukan maklang yang buat, tapi memang sodap!

 

Post a Comment

<< Home