Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Sunday, July 20, 2008

Selamat Hari Jadi Nadhirah...

Assalamualaikum,



Hari ini anakanda tercinta maklang yang sulong dah pun 15 tahun. Begitu cepat masa berlalu..Dah dewasa dah. InsyaAllah tak berapa lama lagi dah nak masuk Uni, kalau ada rezeki...InsyaAllah...Lepas tu kalau maklang panjang umur lagi, dapatlah melihat anakanda lulus dengan cemerlang, dan entah2 nak berumahtangga pulak...panjangnya lah angan2 mak dia ini...





Memang terlalu cepat masa berlalu. Ingat lagi si Along ni kecik2 dulu. Asal dia dah siap urusan 'melabur' tu, kalau nak mintak orang bersihkan dia, dia akan jerit," Suratkhabar lama..". Selagi orang tak datang kat dia, selagi itulah dia akan jerit sekuat hati. Entah apasal dia dok jerit macam tu, maklang tak taulah...Agaknya sebab dia terpikat dengan advertisement kat TV ada apek jual suratkhabar lama agaknya..he..he..



Satu lagi yang paling kami ingat ialah bab nak kasi makan ubat. Penakut nya Ya Rabbi. Entah ikut sape tak taulah. Arwah moyang dia agaknya. Sebab moyang kalau makan ubat pil tu, mesti nak ada pisang ke, nasi sekepal ke, supaya senang nak telan ubat. Kalau tak memang tak tertelan. Cerita pasal arwah moyang ni, maklang rasa rindu pulak pada dia. Al fatihah untuk nenek yang dikasihi... Kita berbalik pasal Along pulak. Masa dia baby dulu, bila time dia tak sihat tu, kalau nak kasi makan ubat boleh ambik masa sampai berejam. Memang lengoh. Ingat lagi, kalau kita sudu kan ubat tu, kita kena tutup idung dia ke, atau lepas ubat dah masuk kat mulut, kita tiup idung dia. Barulah boleh dia telan. Kadang2 dia melalaklah tak mau makan ubat. Bila masukkan ubat guna syringe tu kita ingat dia dah telah, rupa2nya die kemam sambil nangis. Tau2 kejap lah dia sembur ubat tu keluar. Ini lah baby along masa dia belum lagi boleh bergerak2, maksudnya dalam 2-4 bulan kot. Payahnya ya amat. Nasib baik dia jarang sakit. Kalau tak memang susahlah...



Bukan masa baby aje, masa dia tadika dulu, maklang pernah pukul dia sebab geram dia tak mau makan ubat. Kita punyalah risau sakit dia tak hilang. Rasanya masa tu batuk dia terok rasanya. Sampai kena pegang bila nak suruh makan ubat. Memang teruk. Tapi bukan nak katalah...sekarang ini pun kalau nak makan ubat air, mintak mak atau sape2 suapkan. Teruk betul. Apa yang dia takut tak taulah...Hmmm...ni mesti dia marah maklang cerita pasal dia. Kalau kita cerita balik kat dia pasal masa dia kecik2 dulu, memanglah dia tak akan mengaku. Mana ada kata dia!




Sekarang ni dah besar, satu perangai dia yang tak boleh ilang ialah dia suka sangat meleser kat mak dengan abah dia. Kadang2 adek2 dah tak ada kat bilik ni, dia masih lagi terbaring atas katil mak dia. Meleser lah tu. Dah memang dia manja, tapi dia tak mengaku. Perasan macho tak abis2...Tak pelah asalkan dia bahagia...



Apa2 pun mak berdoa agar anak sulong kesayangan mak ni akan jadi seorang yang berguna dunia dan akhirat, dan cita2 anak mak tu akan tercapai hendaknya...Doa mak sentiasa buat Along tersayang...Amin...

Tak ada apa hadiah, maklang buatkan dia Oreo Cheesecake..
Closeup
Hmmmmmmmmmm....memang enak sekali!
Tengok tu...sedap sanga makan. Si Angah dah ke dapur sambung makan nasi.


P/s:

Nanti maklang cerita pasal perkara2 yang terjadi sejak hari Khamis ke Sabtu...











Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels:

20 Comments:

At July 20, 2008 at 10:21 PM, Blogger zino said...

selamat hari lahir buat nadhirah.. semuga menjadi anak kebanggaan ayah bonda.. belajar rajin rajin.. biar sampai ke menara gading.. jadi contoh kepada adik adik..

 
At July 20, 2008 at 10:37 PM, Blogger hanieliza said...

salam..
antie liza pun nak ucapkan Selamat hari lahir pada Nadhirah..
semoga menjadi anak solehah dan bergunak pada ibubapa dan keluarga...

 
At July 20, 2008 at 11:17 PM, Blogger Neeza Shahril said...

Happy birthday Nadhirah.. semoga hidup Nadhirah lebih ceria dan diberkati. Semoga berjaya didunia dan akhirat...

 
At July 21, 2008 at 12:46 AM, Blogger silversarina said...

Happy Birthday Nadhirah!!

Semoga sukses selalu, InsyaAllah.

 
At July 21, 2008 at 1:41 AM, Blogger Nek Rock said...

happy 15th birthday nadhirah,wish u success!!

 
At July 21, 2008 at 2:44 AM, Blogger Faizah said...

Joyeux anniversaire de 15 ans!

 
At July 21, 2008 at 3:49 AM, Blogger Abang Long said...

Selamat hari lahir buat nadhirah..

Bila nak datang ke rumah abang long ?

 
At July 21, 2008 at 5:33 AM, Blogger  Lee said...

Thats the first time I see a cheese cake Oreo, ha ha.
Boleh saya datang minum ice coffee and have tiga keping?
Have a great week, Lee.

 
At July 21, 2008 at 6:25 AM, Blogger maklang said...

zino:

memang harapan semua ibubapa supaya mendapat anak2 yang samapi ke menara gading...tengok Zino aje dah 3 berjaya...harap2 anak2 maklang pun macam itu insyaAllah..

Kak Liza:

Terimakaseh kerana doakan anak2 maklang..

 
At July 21, 2008 at 6:26 AM, Blogger maklang said...

Neeza:

Dhirah memang ceria selalu...nak2 kalau mak buatkan dia cheese cake. Tapi itu bukan cheese cake yang dia nak. Dia nak mudcheesecake which is so rich with choc. So, maklang carikkan dia Oreo which tastes much2 better!

Rina:

Thank you!

 
At July 21, 2008 at 8:26 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

Selamat Hari Lahir Nadhirah.. semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu.. aminnnnnnnn

 
At July 21, 2008 at 9:54 AM, Blogger Kak Elle said...

Happy birthday dhirah dr aunty and everyone in sg.Advnace present bag from Austria dah bagi kan?hehehe

 
At July 21, 2008 at 10:43 AM, Blogger YuszTieY said...

sanah helwah ya jamilah along nadhirah...moga jadi anak yg solehah...

 
At July 21, 2008 at 3:46 PM, Blogger Nadhirah Nazarudin said...

thank you2....

tak kan ucap je? presents tak de ke? hehehe...memain je


dhirah

 
At July 21, 2008 at 10:44 PM, Blogger arsaili said...

salam hari lahir buat nadhirah...semoga menjadi anak yg solehah dan membanggakan keluarga..amin

 
At July 22, 2008 at 10:03 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Selamat Hari Lahir kepada anak kesayangan maklang... Tak lama lagi, timang cucu eh..?? Kekeke.

 
At July 22, 2008 at 11:29 AM, Blogger Zareda Norman said...

salam ulangtahun kelahiran buat nadirah..
semoga tercapai cita cita

 
At July 22, 2008 at 12:51 PM, Blogger cikMilah said...

happy Birthday Along Nadhirah...semuga menjadi anak solehah dan berjaya menacapai semua impian, dunia akhirat...

 
At July 22, 2008 at 3:06 PM, Anonymous Anonymous said...

Happy belated birthday to Nadhirah!

 
At July 25, 2008 at 12:16 PM, Blogger CT said...

Akum..tak sangka anak kita nama sama -malagogy-

 

Post a Comment

<< Home