Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Wednesday, July 30, 2008

Kelas RE

Assalamualaikum..





Semalam maklang teruja lagi! Ada orang nak mintak maklang ajarkan dia menjahit RE. Macam lah maklang pandai sangat. Main hentam aje bolehlah. Ajar pun ikut cara maklang lah. Mungkin tak sama dengan orang lain.Tapi nak buat RE ni sebenarnya ikut tangan kita lah. Creativity kita. Kalau kita creative Insyaallah jadik cantek. Dan kesabaran, tahap yang agak tinggi mesti di tanam dalam hati...( sabar layan anak2 kena lagi tinggi kot!)Ada jugak Cikgu disiplin. Dia tak mau belajar lagi...nak tengok aje dulu. Last2 dia yang mengajar pelajar baru...he..he..
Ini pelajar baru maklang. Maklang tak charge apa2 pun...Seronok ada orang teman kat rumah sekali sekala! Sekadar main2 riben aje...
Cikgu disiplin ni lebih garang dari cikgu yang mengajar!





Lepas mereka pulang, maklang buat cheese cake lagi. Kali ini bukan untuk sesiapa. Untuk suami dan anak2. Masa birthday Along hari tu, dia kata tak cukup. So, itu yang buat lagi...Alhamdulillah..seronok dengar Paklang kata....Hmmmm...sedap. Rasa berbaloi buat cake tu. Memang kalau dimakan, laku aje apa yang dibuat/masak. petang tu ilang lah sikit.


Cheesecake nya agak merah lah pulak lepas keluar dari oven tu~ tapi tak pe...laku tu...InsyaAllah..


Petang, maklang menerima kunjungan dari Chef kita. Dia bawak laksa Penang. Hmm...memang sedap. Lepas aje Kakak kita balik, kami semua mengadap laksa tu. Sekali hadap, habis semua. Seedaaaaaap...kalau tak, takkan habis kan...

Petang semalam jugak, maklang start RE baru untuk Ibusara. Cuti dah makin nak habis. Neeza punya masih ada 4. Beg telekong ada 8 lagi nak jahit. TU yang kena buat cepat2 sikit. Asyik melencong aje ke lain!( read- buat untuk yang tak ada dalam waiting list!) , macamana nak siap. So sekarang, no play play. Concentrate ( tapi dalam hati dok fikir nak buat tutup mixer pulak! Pakai cross stitch lama yang tak bersambung...tengok lah macamana! Selingan tak pe kan!)...

Lupa nak cerita..at last my tutup toaster siap pun after 2 years plus! Ke lebih? The cross stitch was completed in about 2.5 months. Nak menyambungnya ambik masa 2 tahun! Tak senonoh. Sebab apa nak tau? Sebab masa nak kemas kat dalam pakai piping tu, jari maklang sakit sebab kain tebal sangat ( termasuk quilt and lapisan kain sebelah dalam. Tak payah tunjuklah sebab tak cantik!) Ini bahagian depan/ belakang

Sebelah tepi Ni belah depan/ belakang
ini belah tepi...akhirnya dapatlah toaster tu berbaju yang padan. selama ini maklang tutup dengan cover yang besar yang agak besar. Sebenarnya kalau ikut design, memang tak cukup. Designnya agak kecik, so, pandai2 ler maklang tokok tambah supaya besarnya mencukupi! Alhamdulillah berjaya:)





Satu lagi ..ini pengumuman penting: Ada jualan telekong kat blog :

http://sulamankasihmaklang.blogspot.com.

Bolehlah shopping2 untuk raya. Sebenarnya ini blog jahit yang baru. Blog2 maklang ni dah nak habis the space untuk gambar! Sape2 berminat boleh tempah telekong ye...TQ

Have a nice day!





Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: , ,

24 Comments:

At July 30, 2008 at 8:40 AM, Blogger ummu asiah said...

Mak Lang..sejak2 berblogging and came across bnyk blog dgn mcm2 interest saya pun dok teringin nk buat macam2..knittingla, menjahit, kraftangan, re..mcm2..baru ni g PKNS ada pesta buku..ada buku jahitan ringkas sulaman riben..saya pun belilah sbb tak la mahal sgt..tapi tak taula bila nak start. kena pi caru bahan yg diperlukan..suami senyum sumbing je..

 
At July 30, 2008 at 8:43 AM, Blogger Aku_tulip said...

salam mak lang...mak lang tak nak ajar RE on line ker..terutama bunga ros tu..cantik sangat...klu mak lang tak keberatan, buat la tutorial nya ( nie dah lebih² sebenarnya! )

 
At July 30, 2008 at 8:49 AM, Blogger maklang said...

ummu asiah:

itulah dia berblog...elok jugak dapat menyemarakkan semangat untuk nak buat kraftangan ni. Di samping dapat melayan masa lapang, dapat jugak menjana ekonomi rumahtangga dalam dunia serba gawat ni!

aku_tulip:

InsyaAllah..maklang memang ingin nak ajar, tapi masa ni agak mencemburui maklang. Nanti bila maklang free sikit, maklang bolehlah buat InsyaAllah...

 
At July 30, 2008 at 8:55 AM, Blogger Ayu Mohamad said...

adehhhhhhh hatiku terpaut....

 
At July 30, 2008 at 10:48 AM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza suka tengok RE dan cross stitch tapi rasanya neeza tak cukup tekun.
respectlah dengan Maklang yang boleh buat semua tu disamping buat cake lagi.. nak tengok cake tu bila dipotong.. mesti menggiurkan kan..
cantiknya penutup toaster tu.. mesti orang nak makan toast bread hari2 bila tengok penutup tu.. hehee..

 
At July 30, 2008 at 11:11 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang,
Amboi amboi, dah jadi cikgu RE ya... Esok lusa, maklang buka kedai mengajar RE pulak... Untung banyak tu... Ada berani..???

 
At July 30, 2008 at 3:22 PM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Kelas RE..menarik tu..sejak dua menjak nie dah mula gemar membeli buku2 pasal RE. Asben nengok ajer...sebelum ni dia dah tegur dah asyik beli majalah resepi, masaknya idok gak...ni ada hati nak ber RE pulak hehehheh...

Maklan, izinkan azwa linkkan Maklang ya.

 
At July 30, 2008 at 3:26 PM, Blogger Kak Elle said...

ait maklang dah jadi mak guru skg ye? cikgu disiplin tu macam saya kenal aje...hehehe

 
At July 30, 2008 at 5:29 PM, Blogger MamaFaMi said...

Besar pahala Mak Lang sebab rajin mengajar kawan-kawan. Agak-agak kalau kita dekat sana, hari-hari kot kita menempek kat Mak Lang.. sampai Mak Lang pun tak lalu lagi tengok kita... hehehe...

Cantik hasil kerjatangan Mak Lang.. bikin kita teruja nak pegang balik cross stitch yang telah lama ku abaikan itewwww...

 
At July 30, 2008 at 5:59 PM, Blogger cikMilah said...

ouch... jelessss...jeless....teringat cross-stich yg dah 2 tahun tak siap... keh keh keh...betullah tengok maklang buat ni naik semangat nak korek khazanah tu...

 
At July 31, 2008 at 4:36 AM, Blogger demonsinme said...

ASSALAMUALAIKUM.

IBUNDA ML:

RE tu amende?

___________ooOoo___________

I HATE TO LOVE YOU

-o0o-

Time fails not to spawn great romance,
tales of greatness that the heart enhance,
just like how the swans in dance,
maketh a mad man die in trance.

But be wary O those who glance,
at the beauty of those that bring you trance,
tales of love have hidden lances,
that will pierce your heart giving you no chances.

No matter how great is the love we have glance,
be known you of the truth behind the swan's dance,
the purity that love enhance,
hids the ugliness of lust flounce.

Making hurt weigh more that a thousand once.

___________ooOoo___________
oo(O)oo

 
At July 31, 2008 at 6:37 AM, Blogger silversarina said...

salam,

mesti seronok dapat ajar orang lain tentang jahitan RE dan toaster cover tu so cute, memang kreatif betul maklang .

 
At July 31, 2008 at 7:26 AM, Blogger maklang said...

ayu:

terpaut pada sape tu???

neeza:

maklang pun tak tekun. 2.5 tahun baru siap. Tu kecik aje, kalau besar penutup mixer entaha berpuluh tahun baru siap agaknya...tapi semangat mesti ada!

nak tengok cake lepas di potong...sama aje macam yang lepas? Neeza dah buat kek ke belum?

 
At July 31, 2008 at 10:14 AM, Anonymous Anonymous said...

ya allah, ku tenguk maklang punya craft.. ku terpikat dan jatuh hati.. hatiku berdetik untuk mengikuti minatnya.. tapi apakan daya vitamin M melanda..

 
At July 31, 2008 at 10:42 AM, Blogger aNIe said...

Maklang...cantik tutup toaster tu...kak lady pun kalau buat crosstich...lagik...bertahun2 baru siap...hahahah

 
At July 31, 2008 at 1:57 PM, Blogger maszuzu said...

errr..itu RE aper maksud aa kak?? hehehe..mintak maap le.

aper pun itu cheese cake sungguh mengancam...

 
At July 31, 2008 at 6:27 PM, Anonymous Anonymous said...

Salam Mak Lang, lepas ni bolehlah buka kelas menjahit pulak ya, bolehlah saya belajar sama cantiknya toaster cover tu, ambil masa lama pun tak apa, akhirnya siap jugak

 
At August 1, 2008 at 12:51 AM, Blogger Salmi said...

Salam Maklang, berkenan sangat dengan toaster cover tu..cantik peten cottage tu..very cosy..

 
At August 1, 2008 at 8:12 AM, Blogger maklang said...

Cat:

Bukak kedai tak kot, bukak kelas insyaAllah...

Azwa:

Cubalah buat RE ni...memang seronok bila tengok dah siap...

Silalah link kan..maklang tak kesah..

Kak Elle:

alah...cikgu main2 je...

Memang akak kenalkan minah tu...ia datang dari Vietnam..he.he..jangan marah!

MamaFami:

Pegang ler jahitan tu...kesian dia diabaikan!

 
At August 1, 2008 at 8:13 AM, Blogger maklang said...

Cik Milah:

Memang maklang seronok tengok yang dah siap. Ni angan2 tambah pulak nak buat yang lain. Cover mixer. Dah ukur dah. Memang dah ada x-stitch lama , tinggal sikit aje lagi, then boleh sambung jadi cover mixwer. Best best...

 
At August 1, 2008 at 8:15 AM, Blogger maklang said...

Demon:

RE tu ribbon embroidery...

thanks for the poem...rajin betul mengasah minda!

Rina:

Oh...TQ..TQ..

Awak bila nak mai sini?

 
At August 1, 2008 at 8:18 AM, Blogger maklang said...

ummi:

jangan makan vit M banyak sangat kang overdose payah...

mas:

Cheesecake tu...hmmm...Paklang kata...hmmmm...sedap!

Ibusara:

Bolehlah nanti kita buat kelas nak tak?


kaklady:

tengoklah sape yang buat...sebab tu cantek..he..he...( tak kuat dah nak angkat bakul sendiri!)

Salmi:

Kalau nak pattern, emaillah maklang...nanti maklang emailkan pattern tu...InsyaAllah..

 
At August 3, 2008 at 12:47 AM, Blogger Neeza Shahril said...

neeza tak buat lagi.. kalau buat, mesti tayang kat blog nya.. hehee.. semalam baru beli bahan2.. tak tahulah bila nak buat. mood tengah malas sekarang hehehhh..

 
At August 3, 2008 at 4:58 PM, Blogger Aku_tulip said...

salam Maklang...saya tetap menanti tutorial rose tu dr Maklang...
Maklang, izinkan saya linkkan Maklang ya..(best sangat blog Maklang nie)

 

Post a Comment

<< Home