Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Monday, July 28, 2008

Semoga berjaya anak2 thn 6, SKRP...

Assalamualaikum...



Hari ini first time maklang joing solat hajat kat sekolah Angah. Besok2 anak2 tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Maklang dan ibu2 lain semua mendoakan semoga anak2 kami berjaya menduduki UPSR dengan mendapat markah yang cemerlang...InsyaAllah berkat usaha anak2 dan doa kami, moga2 anak2 kami berjaya semuanya.





As usual kalau ada solat hajat ini, makanan yang dibawa adalah atas keikhlasan ibu2. Alhamdulillah banyaknya makanan buat ibu2 dan anak2 serta guru2. Penuh mejalaaa... Kak Liza aje bawak entah 10 packet laksa penang beserta kuah dan juga kek entah berapa banyak. Ada jugak lontong, nasi lemak, mee teow dan macam2 lagi. Disebabkan nasi lemak teramatlah sedap dan lemaknya, maklang makan sampai 2 serving...laparlaa dah pukul 10:30 pg, cuma makan ubat aje dulu sebelum pergi ke sekolah tadi.





Maklang pun tak ketinggalan membawa sedikit makanan untuk anak2. Masa maklang dok membuatnya malam tadi, takut aje tak laku. Almaklum...rupanya teramat lah burok. Orang tak pro lagi ni...tapi semangat nak buat jugak! Maklang spent like 1.5 hours nak mengkaler the cupcakes! Angah ada jugak bantu. Apalagi tido lewatlah malam tadi sebab dok mengeksperimen! Harap2 maklang akan dapat membuat lukisan2 atas kek ini dengan lebih cantek lagi pada masa depan... Korang jangan ketawakan tau...he..he...





Semalam petang pulak , maklang sempat pujuk Cik Abang supaya bawak maklang ke Kemaman untuk nak shopping bahan kueh. Al maklum semenjak dua menjak ni kan, dok jual kek coklat. So, bahan cepat habis. Yang best tu, semua barang2 Cik Abang yang bayar, maklang buat and segala modal dan untung, I punya! He..he..kiranya macam masa makalng muda2 dululaa..maklang punya barang2 jahitan, paklang yang jual, dengan untung2 sekali paklang ambik!...He..he...Tak apa..no blem , orang Ganu kata...Bila balik dari Kemaman, lepas siap solat Isyak, maklang pun memulakan misi nak buat kek. Ina dari Paka, mintak maklang buatkan kek untuk besday suami tercinta. Maklang buat Oreo Cheese. Hmmm....masa beli cheese terkedu jugaklah! Satu buku RM 9.50 sekarang. Pakai 3 buku, whipped cream lagi, oreo dan macam2...Memang mahal...entah2 lepas ni tak leh nak buat cake lagi!



Itulaa, sementara tunggu kek masak, maklang main2 dengan cream2 tu...seronok!

Kaler campur2 aje...Picit2 aje atas kek..seronok main kaler
Tipah jangan tertipu ye...Kek ni photogenic!
Colourful kan...
Yang ini...golap lah pulak..maklang tak letak foundation...
Cheese Oreo untuk Ina, harap2 sodap ...Insyaallah...

Sempat intai anak bongsu maklang kat kelas dia...
Ini antara makanan..susah nak ambik gambar sebab orang tengah berebut ambil makanan..

Alhamdulillah...kek maklang licin...sekejap aje..sampai Angah pun tak dapat rasa kek contengan sendiri. Bila balik tengahari tadi, dia beritahu yang kawan2 dia ada ambik sampai 3-4 biji and letak dalam pinggan dan di tutup dengan pinggan lain ( atas dia) supaya orang tak nampak...Lain kali bolehlah maklang menconteng lagi...Mamafami...here I come..maklang sahut ajakan mu...he..he...









Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

24 Comments:

At July 28, 2008 at 6:16 PM, Blogger zino said...

semuga angah berjaya dapat 5 AAAAA

inshaAllah..

 
At July 28, 2008 at 6:57 PM, Blogger demonsinme said...

ASSALAMUALIKUM

IBUNDA ML:

I pray that Allah would give our preciuos angah peace and success in the exam.

 
At July 28, 2008 at 7:47 PM, Blogger UglyButAdorable said...

salam kak,

i pray for Angah to do well in her exam. Sampai kan salam mas pada angah ok...

kak whatever u do..no matter how ugly ke...it still taste good...pecayalah cakap chek nie...

 
At July 28, 2008 at 7:53 PM, Blogger Neeza Shahril said...

best of luck buat Angah.. semoga berjaya dapat 4A. 4 subjek ke 5 subjek maklang?

kalau neeza jadi budak2 sekolah tu, neeza akan ambil 4@5 ketul dalam 3 pinggan hehehee... sebab nya comel sangat.. rasa dah tentulah sedap.. tak puas makan. mesti bawak balik rumah.. hehehee..

 
At July 28, 2008 at 8:06 PM, Blogger Kak Elle said...

semoga angah berjaya dpt 5A mcm uncle zino kata.

wah maklang dah hebat dgn hiasan icing nampak nya...tak lama lagi bolih ler amek order ye maklang?

kalau habis semua nya mesti lah sedap cupcake tu walaupun yg ada gelap juga...hehee

 
At July 28, 2008 at 9:59 PM, Blogger hanieliza said...

mudah-mudaha nak-anak kita akan beroleh kejayaan yg cemerlang nanti..
anyway seronok gaadering arini...penat tapi puashati tenguk hasil masakan kita licin....

 
At July 28, 2008 at 11:09 PM, Blogger arsaili said...

salam..semuga mereka berjaya...

 
At July 29, 2008 at 4:56 AM, Anonymous Anonymous said...

Petua Ganache Yang Licin dan berkilat
Ramai orang confuse kenapa kalu melapis cake dengan ganache hasilnya selalu tdk licin? berketul-ketul..Mari kita liat apa rahasianya..cara2 melapis cake dengan ganache :-

Rahasia utk melapis cake dengan ganache menjadi cantik sebenarnya mudah saja..ikuti step by stepnya disini

1.Mula2 lapisi cake dengan freshcream atau buttercream, masukan sebentar dalam fridge sehingga buttercream/freshcream menjadi agak beku dan padat.

2.Tuang ganache perlahan lahan diatas cake.

3.Dengan bantuan spatula kecil (painting knives) ratakan ganache dengan cepat tapi dengan tekanan yg sangat perlahan sekali

4.buatlah selongsong dari kertas,masukkan ganache dan gunting ujungnya sedikit,dengan cepat cipratkan (pancitkan)ganache ke bagian tepi2 cake,dan biarkan ganache jatuh dengan natural.rapikan bagian bawah dan buang sisa2 ganachenya.

Resepi ganache :

200gr Dark Cooking Chocolate - potong kecil2
200gr Whipping cream

Cara :
masak whipping cream dengan cara double boil,ga usah tunggu sampai mendidih, cukup hangat2 aja, masukan DCC yang sudah dipotong2 kecil. aduk2 (kacau) sampai rata. quality chocolate yg bagus akan membuat ganache nampak berkilat, tapi apabila tak beruntung mendapatkan chocolate dengan kualitas yg bagus, masih ada tips dari sang pakar, masukan 1 sendok (sudu) makan butter kedalam ganache anda dan lihatlah ganache nampak berkilat dengan cantiknya :-)).

tapi kalau mau membuat hiasan seperti rose,etc dengan chocolate, lebih baik menggunakan komposisi seperti ini.

200g DCC
100g Whipping Cream

Caranya sama dengan membuat ganache utk melapisi cake hanya saja adonan ini perlu didiamkan barang semalam, sehingga keesokan harinya dapat digunakan.

 
At July 29, 2008 at 8:23 AM, Blogger MAMAMIA said...

Kan cantik cupcakes tu Mak Lang.. Meriah & colourful.

Semoga Angah berjaya dapat keputusan yg baik. Diaorg periksa dlm bulan puasa kan? Lagilah mencabar tu.....

 
At July 29, 2008 at 8:43 AM, Blogger MOKCIK AZWA said...

Salam Maklang,

Semoga anak2 kita akan berjaya dengan cemerlang dalam exam UPSR mereka. My no. 2 pun start exam percubaan hari ini.

uuhuhu...klu azwa pun musti ambil dua tiga biji cupcakes tu...pehtu sayang nak makan sebab comel banget hehehehe.

 
At July 29, 2008 at 8:55 AM, Blogger Kaktiny said...

wah maklang.. superbnyer kek2 tuh..

(psstt.. maklang.. nak order sarung telekung tu 2 lah.. maklang e-mail kat tiny price termasuk bayaran pos yer.. e-mail tiny : ciktiny@gmail.com)

 
At July 29, 2008 at 9:10 AM, Blogger Cat Cat said...

maklang, semoga angah berjaya dengan cemerlangnya.... All the best to her.

 
At July 29, 2008 at 10:07 AM, Blogger Mama Rock said...

insyaAllah angah dapat 5A. tahun ni pun mama akan tak sneang duduk lepas raya nanti, si Mikey pulak pmr. anyway, kek tak pakai foundation tu nampak okay jek :)

 
At July 29, 2008 at 1:05 PM, Blogger cikMilah said...

sekejap ja dah nak UPSR ya..semuga Angah berjaya cemerlang. InsyaALLH berkat doa mak dan semuanya...
Tahniah Maklang , dah berjaya meng-upgrade-kan diri jadi kek decorator....cantik tu....
T/kasih pad Ms Anon yg kasi tips ganache tu ya..kita copy paste ni!
Yuk maklang, kita mengganazzzzzz

 
At July 29, 2008 at 4:41 PM, Blogger shaz said...

Teringat masa I pergi solat hajat in 2005 upsr dkt surau skrp, pun Ada ibu ibu bawa makanan. Memang komuniti dkt skrp bagus. Goodluck to angah.
And tak kisahlah tipah tertipu ke tak, cupcake tu chome chome belaka.

 
At July 29, 2008 at 4:41 PM, Blogger shaz said...

Teringat masa I pergi solat hajat in 2005 upsr dkt surau skrp, pun Ada ibu ibu bawa makanan. Memang komuniti dkt skrp bagus. Goodluck to angah.
And tak kisahlah tipah tertipu ke tak, cupcake tu chome chome belaka.

 
At July 29, 2008 at 4:56 PM, Blogger maklang said...

Zino:

Jangan lupa doakan ye...InsyaAllah.

Demon:

Terimakaseh banyak2.

 
At July 29, 2008 at 8:25 PM, Blogger maklang said...

Mas:

rindunya lama tak nampak awak kat sini. Doakan Angah berjaya...

YE ke...ialah tu...walaupun rupa kita buruk, hati kita memang baik kan...lebih kurang cam tu lah tu..he..he..

Neeza:

5A.

Kalau Neeza ada, tak cukup pulak untuk anak2 kat sekolah tu..he..he..

 
At July 29, 2008 at 8:32 PM, Blogger maklang said...

Kak Elle:

InsyaAllah ye kak, moga2 Angah berjaya...

Kak Liza:

memang puas ati! Maklang seronok sebab kek2 tu laku!

Arsaili:

TQ

Anon:

Terimakaseh keran tips yang berguna...Kena letak foundaion rupa2nya ye...

 
At July 29, 2008 at 10:23 PM, Blogger aNIe said...

Semoga angah akan berjaya dengan cemerlang...biarpun hanya percubaan...

 
At July 30, 2008 at 1:57 AM, Blogger Abahnajwa said...

Salams..

Semoga jadi the bestest lah dalam exam tu...

Sedapnya cupcakeee!

Salam dari Liverpool
http://abahnajwa.blogspot.com

 
At July 30, 2008 at 7:26 AM, Blogger maklang said...

mamamia:

Cantek? Dalam gambar nampak canteklaa..photogenic gitu!

Azwa:

Kalau tak mo makan lelama, kek tu basi nanti...he..he..

kak tiny:

for a start ..bolehlaa...ken belajar lagi...masaalahnya nak belajar cikgunya tak ada!

cat2:

Thanks...moga exm Angah lulus with flying colours! InsyaAllah..

 
At July 30, 2008 at 7:29 AM, Blogger maklang said...

mamarock:

aha...sebelum raya dan lepas raya memang tak senang duduk laa..Along pun periksa!

Moga2 kedua2nya berjaya dengan cemerlang, InsyaAllah!

Cik Milah:

Thank you kerana mendoakan Angah..

Terimakaseh pada Anon, tambah sikit ilmu kita kan1

Shaz:

Hmmm..memang seronok, tapi maklang tak boleh join selalu sebab kerja. Ini nasib baik masih cuti. Boleh lah tumpang semangkuk!

 
At July 30, 2008 at 7:30 AM, Blogger maklang said...

Kak Lady:

Thanks doakan Angah..

Abahnajwa:

Selamat datang...Terimakaseh kerana nak jenguk blog maklang...

 

Post a Comment

<< Home