Dari Teratak Maklang ~ 2008

"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us. Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."

Friday, April 25, 2008

Surprise...Surprise..

Assalamualaikum....


Maklang hari ini pagi2 dah bertolak ke Kuantan. Nasib baik kawan Angah yang selalu pergi tuition sekali tu kata mak sedara dia akan hantar Angah ke tuition. So, tak jadiklah Pak Omar hantar.

Maklang dan Cik Abang pulak dalam 7:40pg dah bersiap nak ke Kuantan. Semalam maklang dah call KSH tanya camana nak buat appointment dengan Dr. tulang. So, bila tiba sana dalam 9:10pagi tadi, kami terus aje ke tingkat 3. Kenalah tunggu sebentar sebab Dr. buat ward rounds.

Bila masuk jumpa Dr., maklang kasi surat referral yang Alang dah tulis tu. Dr. suruh baring kat katil tu. Kena angkat kaki and dia tengok sampai takat mana boleh angkat. Kaki yang kanan ni tak boleh lurus sampai 90 degrees. Lepas tu buat kaki kiri pulak. Ok aje. Then Dr. tekan kat ibujari dan jari2 lain. Dia tolak jari2 tu ke depan and suruh maklang lawan arah tolak balik. Then dia suruh maklang rasa samada sama atau tidak di kaki kanan dan kaki kiri bila dia pegang kaki maklang tu. Alhamdulillah both legs felt the same. Dr. tanya jugak history masa muda2 dulu, pernah sakit camni ke tak. Memanglah pernah. Dulu2 sampai berbulan jumpa Chiropractor. Lama baru nak baik. Mintak2 kali ini cepatla sikit baiknya..Amin...

Lepas dah jumpa Dr. tu, dia suruh maklang buat x-ray lagi. Kalau tak ada x-ray susah pulak dia nak tengok. Then jumpa dia semula. Macam Alang kata memang kena MRI, barulah nampak apa masalahnya. Maklang pun dah buat appoint untuk MRI. Tapi lambat lagilah...nak buat macamanakan...Sementara tu, Dr ada bagi ubat jugak untuk tahan sakit. Dan sementara tu kenalah banyak2 bersabar!..

On the way nak balik tadi, sempat singgah kat kedai buku kat bawah spital tu. Nampak buku Saji yang kak Liza war2kan tu.


tu nama kak liza ada tertera tu...

Then kami pergi pulak kedai perabut. Adalah beli barang sedikit. Dah lama dah nak ganti barang tu, ni baru ada kelapangan sikit. Ialah kenalah spend sikit untuk nak baikkan pinggang maklang ni...Then kami bertolak balik.

Kami tiba rumah dekat pukul 2:30pm. Cik Abang berhenti solat Jumaat kat Kemaman. Lepas lunch, maklang berehat sambil2 tengok blog dan menonton. Lepas tu petang tadi sempat YMing dengan kakak chef. Tengah2 maklang berYM tu, cik abang suruh turun katanya Kak Yah datang. And to my surprise Kak Liza pun ada. Memang surprise betul! Maklang kata kat Kak Liza, teringin nak makan muffin. Tau2 Kak Liza datang hantar kat adek yang sakit kaki ni....Muwaaaaaah....Cayang Kak Liza. Sedap muffin tu. Akak menceriakan hidup maklang hari ini. It was really a surprise! Boleh pulak tengah YM dan tak sempat Kak Liza jawab, aleh2
terpacul aje kat depan rumah! Thanks kak...budi akak tak dapat maklang nak balas...( Teringat arwah mak mentua kata...hati mau balik...apa yng kita wish akan dapat InsyaAllah...dia selalu cakap camtu kat maklang sebab selalu kalau datang ke rumah dia maklang berangan nak makan sesuatu, and kebetulan, dia masak! al Fatihah buat Mak Mentua maklang...)

Gebu2 muffin kiwi tu ha...

At this moment sambil tengok berita and rendam kaki ni, maklang tengah enjoy the quietness of the house. Tinggal maklang dan Bibik aje. Yang lain semuanya kat McD...sekali sekala, cukup bulan, bolehlah makan besar sikit!

Selamat berwiken....




Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......

Labels: ,

11 Comments:

At April 25, 2008 at 11:53 PM, Blogger tulipurple said...

syiok ek kalo mcm ni...sebut jer,sampai dah hajat..mmg gebu dan sodapppp tgk muffin kak chef kita tu....moga tiada apa yg memudaratkan pd kaki maklang.cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan segala urusan olehNya.

 
At April 25, 2008 at 11:58 PM, Blogger aNIe said...

Wah!! Maklang. best duduk dekat2 dengan kakak chef ye...sekejap aje muffin dah sampai...heheheh...

Harap2 kaki maklang dah baik...akak ni bukan kaki sakit...tumit aje...

 
At April 26, 2008 at 10:04 AM, Anonymous Anonymous said...

alahai maklang..
kira itu rezeki mklang juga la...
selalunya kalau buat..mmg cukup2 jer..

 
At April 26, 2008 at 3:20 PM, Blogger cikMilah said...

Salam maklang, semuga berjumpa punca sakit dan dapat penawarnya.
Bestnya dpt mufin KakLiza. cikMilah kan kalau buat mufin, naiknya elok tapi tak membukit macam mufin KakLiza. Tinggi tapi flat macam table mountain jer.. knapa ntah!

 
At April 26, 2008 at 3:20 PM, Blogger zino said...

makna nya berYM sambil dia bergerak ke rumah maklang ke? bagus tu.. semuga segala penyakit tu akan hilang bila selalu di ceriakan oleh teman teman..

 
At April 26, 2008 at 3:31 PM, Blogger silversarina said...

Rasa bersalah pulak tak jengok maklang sakit... masa sibuk pulak minggu ni... I pun dah beli majalah saji tu... untungnya duduk dekat chef... baru sebut dah timbul dia depan pintu... sedapnya nampak muffin tu ....

tumpang lalu.. kakliza, lain kali buatlah surprise kat orang kemaman ni... nak rasa yang ada dalam majalah saji tu....hehehe.

 
At April 26, 2008 at 5:06 PM, Blogger Neeza Shahril said...

banyak jugak procedure nak check tulang ni ye.. tapi daripada yang Mak Lang cerita tu, memang sah doctor tu pakar.. sebab kalau neeza, tak tahu camana nak check pun hehee..

semoga takde apa2 yang serious lah Mak Lang kan... Insyaallah..

wahh.. glamer dah Kak Lieza tu. Lepas ni nama Mak lang lah pulak naik kat Majalah Saji tu..

 
At April 26, 2008 at 7:17 PM, Blogger maklang said...

tulip kaler pepel:

ALhamdulillah...memang rasa syok masa tu...he..he..

Memang gebu dan sedap...

InsyaAllah..maklang tengah berusaha untuk nak cari penawar untuk sakit kaki ni...InsyaAllah berkat doa Tulip, moga2 cepatlah sembuh hendakNya...Amin..Amin...

Kak Lady:

Memang kak..macam petik jari aje...tiba dah..memang tak dangka sungguh..

Dengan kunjungan Kak Liza tu..rasa hilang sikit sakit kaki tu!

 
At April 26, 2008 at 7:19 PM, Blogger maklang said...

Kak Liza ku sayang:

Lain kali pun buat lah lebih2...senang aje, kalau akak tak mo hantar, maklang atau Cik Abang boleh pergi ambik...

ish..ish..tak malu betul maklang nikan...tapi tak pe kan ..adek akak kan..kan..:)

Cik Milah:

terimakaseh doakan kesejahteraan maklang...Amin...

Kalau nak membukit muffin tu, kenalah belajar dengan pakar! Tapi Abah tu kan pandai jugak buat kek...pakar masak jugak nampaknya!

 
At April 26, 2008 at 7:33 PM, Blogger ummu asiah said...

Sedap dan relaxingnya part cerita yang bawah tu...relax2 sendirian.

Kenalah selalu rehatkan diri..harap2 tulang2 n sendi2 pun sehat sekali.

Alhamdulillah dapat sahabat dan jiran yang saling ingat mengingati,lagi best part bawa makanan tu.

 
At April 27, 2008 at 7:49 AM, Blogger Kak Elle said...

betul kata zino mcm kakliza bergerak sambil YM aje...haha

nak satu muffin tu nampak gebu dan sedap:)

 

Post a Comment

<< Home