Kong-ed out!
Assalamualaikum.....
Baru padan muka!Asyik pergi balik Kerteh-KL-Kuantan ni, maklang yang dah nak dekat separuh abad ni dah kong-ed out dah yesterday! Bukan maklang aje, battery camera pun out! Nak ambik gambar kat site, battery memang depleted terus. Lupa nak charge malam sebelumnya. HP pulak pagi ni tengah2 cakap dengan opismate dia kong terus!
Semalam ke Kuantan. Ada meeting nak discuss pasal LPG. Lepas tu pi Tee-N-Bee nak hantar surat and drawings. Jadi despatch lah pulak hari ni. Nasib baik ada engineer kat situ, dapatlah maklang 'bercerita' sikit pasal submission tu. Lepas tu cadang naklah ke pejabat lain, nak kutip surat2 yang dah berbulan kami mintak untuk approval. Payahnya ya amat nak mintak surat2 ni. Tapi syukur yang kita deal ni mereka ni baik2. Nak buat macamana, nak kena tunggu surat tu di approve, nak kena Boss yang sign jadiknya lambat ler. Boss kursus, Boss meeting, Boss outstation, etc. Orang opis maklang bukan tak tau. Tapi nak jugak press kami2 ni. Geram sungguh! Mengada-ngada buat cam tak paham. Kang suruh call sendiri baru tahu ...( melalut dah ni dari apa yang nak diceritakan!)
Lepas makan tengahari, maklang masuk opis kat Gebeng. Nak cek mail aje. Mana tahu ada yang urgent yang perlu diselesaikan segera. Adalah yang kena buat. Talipon sana sini, dapatlah solve. Lepas solat, kami ke site. Masa tu dah 3:10pm kot. Cadangnya naklah balik awal. Kalau dapat tiba rumah dalam 4:30pm, Ok dah tu...Penat tau...Kat site kejap aje, tengok orang buat load test. Macam gini rupanya load test. Ada batu2 yang dia letak atas piling yang telah dibuat dan dimonitor selama 49 jam ( ini kita specified sendiri dalam specification) dan tengok berapa dalam benda tu sink. Pengalaman baru bagi maklang ni. Kejap aje kat situ, maklang pun bertolak lah pulang.
Kalau kira2 memang sempat sampai pukul 4:30 or before 5 lah. Tapi dalam perjalanan, 2-3 call masuk dari Beijing, counterpart kami di sana yang jugak involve dalam projek ni. Terpaksa pulak park tepi jalan. Terpaksa layan pulak. Badan masa tu dah menyucuk2 dah. Muka macam dah panas dah. Memang dari pagi badan rasa macam nak kena flu. Batuk pulak macam makin teruk aje! Bila batuk menangkap segala urat2 kat badan ni. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 1 jam jadi 1.5 jam, sebab asyik berhenti tepi jalan melayan talipon! Letih sungguh! Macamana pun maklang sempat singgah kat kedai jual kek sebab nak beli tepung muffin. Kawan maklang mintak tolong buatkan muffin untuk anak dia...
Last2 tiba Kerteh 5:15pm. Cik Abang dah call. Kata nak balik awal, tapi dia dulu sampai kat rumah. Bimbang jugak takut isteri dia tak sampai2! Maklang terus ke Clinic. Tak larat betul. Dr. kasi ubat tahan sakit, sakit urat, antibiotic dan entah ubat apa satu lagi. Lepas tu, terus aje pulang.
Sesampai aje kat rumah, mandi, bukak PC nak cek email dan jugak blog ler. Sambil baring sambil Along tolong sapukan dan urutkan minyak panas kat badan mak dia ni. Kalau suruh abah kang kot lain cerita kata abah...yelah tu...sebab dia sibuk dengan PC dia, adalah alasan dia!Nasib baik ada siSulong. Dia memang rajin bab2 mengurut mak dia ni. Senangkan sekarang ni, nak panggil Along pun dah tak payah jerit. Maklang YM aje, and lebihkurang seminit, dia dah ada kat bilik maklang! Terperanjat Abah, tak aleh2 Along masuk and tanya mak nak apa. Padahal mak dok senyap aje!
Petang tu kami makan roti canai dengan kari ayam yang maklang dah masak pagi tu sebelum keluar kerja.
So, hari ni,I MC! Kena rest. As usuallah kena bebel ngan Cik Abang ngan Along. Cik Abang siap beritahu yang maklang ni category A punya perangai. Tak tahu nak relax kata dia. Nak buat macamana. Asyik main kejar2 aje! Semua nak siap! Terpaksalah kan.
Nasib baik Boss paham masa call dia semalam kata maklang dah kong-ed out. Dia very understanding. Alhamdulillah...
So, hari ini cadangnya nak terbongkang atas katil aje baca buku Memoirs of Geisha. Nampak macam interesting aje. OO pun kata sedap. Tapi tak taulah kalau maklang tahan berbaring aje. Takut kang lengoh lagi pulak....
Tak sabar nak tunggu penat. KAmi nak menerima tetamu khas yang kami rindui...Atok dan Wan lah...siapa lagi...
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.
Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."
14 Comments:
Rehat betul2 ya maklang. Patutlah pagi2 dah tinggal komen kat blog ummi. Ummi suka yang aleh2 along datang tu.. ummi pun sama.. tapi pakai sms sebab pc semua kat luar.
Dengar nasihat Ummi tu, rehat betul2... Tapi kalau ikut sejarah lah, Mak Lang ni akan tetap ligat...macam masa lepas operation dulu tu.
Get well soon!!
ummi:
kadang2 nak mintak Cik Abang naik aje pakai sms...lepas tu saje2 sms yang romatik sikit. Bila Along baca, dia pulak yang balas...he..he..Dia kata geli baca apa yang mak tulis, berkanda dinda! Yang dia sibuk nak baca apasal kan!
Mamamia:
Oh kali ini tidak..Kang kena jelong dengan Cik Abang. Hari ini betul2 punya rehat!
Terimakaseh for the wish:)
Amboi satu rumah pun berYM! Tapi itulah kan, senang dgn teknologi ni ... tak payah cakap! Bertuah dapat anak dah besar pandai urut-urut ni. My eldest pun, boleh tahan juga tangan dia kalau time urut -- orang kata apa, tangan berasa???
Tu la maklang ni kan, konged out dulu baru nak berehat! Tapi sure la tangan maklang tu merayap buat bunga la, jahit la, hantaran la...sure esok entry ada gambo masaka lah....
he he he..makmilah dah leter!
Take a good rest.Sayang maklang!
ala kesian nya maklang sakit ye?
rehat2 jgn overwork!!
hujung minggu ni kena rehat tau maklang... tak pe tetamu ada pun... lepas masak, duk relax je sembang-sembang...
take care !!
baca kisah mak lang ke sana kemari pun, neeza dah rasa betapa letihnya badan. Ini pulak mak lang yang menanggungnya. Jadi, mak lang kena rehat betul betul. Makan ubat tau. Jangan tak makan (neeza selalu tak makan hehehee). Take care :)
Alahmdulillah, ada anak2 yang dapat membantu.Saya pun seronok tengok kawan2 yang dah ada anak2 yang dewasa, especially yang dah boleh drive..dah boleh tolong drive kemana2 or boleh tlg ambil adik2 dari sekolah. Memang meletihkan bila baca kisah mak lang tu..tapi yang paling bagusnya..masak tetap masak..untung kalau dapat berjiran dgn Mak Lang. Saya pula mmg malas masak..tho tak bekerja.
kakliza pun kalau anak2 yg besar aada kat umah...mmg tak ejrit.. just buzz kat YM..kejap jer datang la depa...
hehheheh..canggih kita ni kannnn..
anyway tahniah dapat hadiah cabutang bertuah tu..jeles akak tauuu..
n tak lupa tahniah pada Naza..naik pangkat..dapat jadi YDP SK Rantau..
bertambah la komitment tuuu...
apa-apa hal nanti senang nak komplen..
acah jerrrrr...
Queen dear:
Memang best. Buzz kat YM aje..timbullah dia kat bilik maklang ni...
Dah kalau dia urut memang berasa
Cik Milah:
Semalam gasak tidur aje. Tak buat apa2 pun. Alhamdulillah hari ini sihat sikit.Terimakasehlah kerana meleter kan maklang ...kalau tak mesti tangan ni nak bekerja aje..
Rina:
Ni tengah berehat lah ni, atas katil ni ha...sambil2 tengok Tv...
Neeza:
Dah berapa bijik ubat di telan hari ni...pastu perut rasa kembong semacam and tekak payau betul!
kak elle:
TQ..I buzz you tapi tak jawab.Tengah sibuk prepare for birthday atok ke?
Ummu Asiah:
Maklang ari ni cuti masak. Semalam pun. Semalam bibik yang masak. Hari ini Wan yang masak.
Kak liza:
Komplen jangan tak komplen..he..he...
Tapi sebelum komplen tu kenalah kasi makan kueh2 yang sedap tu...
Rezeki Cik Abang lah tu. Last year dia dapat voucher, tahun ni dapat pulak Rice Cooker..rezeki..Alhamdulillah..
Post a Comment
<< Home