Sakit
Assalamualaikum…
Pagi ni bila bangun dari tidur tadi…badan maklang rasa stiff betul. Especially kat kaki kanan ni. Sengal2 and semut2 terus. Sejak dari pagi semalam. Bila nak drive pun rasa terik aje urat2 yang dari peha ke tapak kaki. Risau jugak dibuatnya.
Petang semalam lepas balik dari office, maklang terus ajak cik Abang ke clinic. Memang maklang kalau dah teruk sangat baru nak jumpa Dr. R ni. Dia punya ubat selalunya cepat baik. Dia kata memang sekarang musim orang batuk macam maklang ni. Payah nak hilang. Maklang komplen jugak kata kat pinggan ni sakit saaaaagggggaaaaat bila maklang batuk. Rasa macam terterik segala urat2 ni. Everytime rasa nak batuk rasa takut. Sebab saaaaakkkkkiiiiitttt sangat. Dr. Prescribe ubat batuk. Mucolator yang Mak Teh EZ cakap tu, dengan antibiotic. Dia suruh jugak maklang ambik minyak ikan sekali. Pasal makan ubat ni, Alhamdulillah, maklang memang tak takut. Tapi pasal sakit yang tak hilang2 ni yang takut. Sedih sebab tak boleh nak buat kerja macam selalu. Dr. Suruh jugak maklang pi buat x-ray kat KSH. Takut ada slip disc sebab macam payah nak bengkok kan badan. ( Pernah suatu masa dulu maklang tak boleh jalan sebab sakit macam ni...berbulan jugak nak baik macam biasa...kena gi streching kat chiropractor and buat regular exercise for the back...dah start buat balik dah ni...nasib baik masih ingat lagi!)
Malam tadi pun Cik Yah datang urut belakang ni. Wooo...angin keluar bukan main banyak. Sampai berair2 mata tu. Rasanya sebab tidur dalam aircond and ada kipas pulak. Biasanya kipas tu pun ke arah Cik Abang aje. Maklang biasalah berselimut tebal. Rasanya lepas ni memang kena bungkus kaki ajelah. Memang maklang tak tahan kalau kena macam ni…
Doa2kan maklang cepat sembuh ye…….
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.
Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."
Labels: Life
19 Comments:
Mak lang
sesekali sakit, tertangguh banyak benda kan.. tapi tak apalah.. get well soon mak lang. Selain ubat, kena jugak makan supplement, kalsium, mineral, vit c...
Eloklah Mak Lang pergi KSH tu. Biar specialist check betul-betul. Neeza kalau bab sakit ni, memang risau. Sakit sikit pun kalau boleh nak suruh doctor x-ray 1 badan. Mengada ngadalah pulak neeza ni heheh..
Take care ye Mak Lang...
banyak berehat maklang ye:)
cuba tido without aircond sementara ni.
Mak Lang, semoga cepat sembuh. Bawa- bawak lah berehat...
Mak Lang.. tulah banyak renyah tu.. bawakan berehat eh.. semuga cepat sembuh...
KAK,
berehat dulu dan nanti pi check details..
betul tu, kaki seeloknya jangan biar kena sejuk.
TAKE CARE !
Elok pergi pakar biar puas hati ... takut melarat sakit lagi payah .
get well soon !!
Harapnya inilah klimaksnya letih lesu Maklang yang dah lama berlarutan. Get well soon Maklang, rehat sampai pulih and take a good care of yr self.
semoga cepat sembuh akak... nasib baik ada orang boleh tolong urutkan....
Betul lah juga tu ya..pesanan org org tua, suruh jaga makan, pakai socks etc..takut angin..tapi dari segi perubatan tak tau la pulak..
Mak Lang..rehat banyak2..Kami semua do'akan mak lang. Semoga Allah sembuhkan dan pulih kan mak lang dari kesakitan. Tapi dalam kesakitan penawarnya ialah menjadi penebus dosa-dosa kita...
semuga maklang cepat sembuh... amin..
Get well soon, Mak Lang. Sakit ni dugaan Illahi dan juga peluang menggugurkan dosa. So, ada lah hikmahnya tu! Now is the time untuk dimanjakan, ok? Demand, Mak Lang, demand!!
Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV Digital, I hope you enjoy. The address is http://tv-digital-brasil.blogspot.com. A hug.
Zareda:
Terimakaseh doakan kesihatan maklang...
Neeza:
Dah xray. Alang kata semua nampak Alhamdulillah...TQ Neeza...
Kak Elle:
Kat Kerteh ni kalau tidur tak pakai aircond, nampaknya tak leh tido lah...tersangatlah panas sekarang ni...
Maklang pakai setokinlah tido sekarang ni..TQ kak!
Akuni:
Terimakaseh banyak2...:)
Ummi:
Thank you...Dah berehat 4-5 hari dah ni...Besok mula kerja dah...
OO:
Alhamdulillah...details OK. Kena rest aje...
Rina:
Alhamdulillah..Setakat ni Ok lagi. InsyaAllah nak ke KSH nanti.
Cik Milah:
Sakit ni ada kena mengena denga cerita barang2 antik Cik Milah...harap Cik Milah faham maksud yang tersirat! InsyaAllah dah pulih..setakat ni...masih berusaha..
Simah :
TQ!:))
Ummu Asiah:
Memang..sakit ni menggugurkan dosa InsyaAllah...dan moga2 ia akan mendekatkan kita kepadaNya lagi, InsyaAllah!
Zino:
Makaseh...
D:
Alamak D...maklang tak terdemand dah...Cik Abang tu...memang syukur dapat husband sebaik dan seunderstanding dia...Tak payah demand pun. Alhamdulillah attention tu dah diberi..he..he..Syukur2...
Maklang nak demand dari D aje..boleh tak???
Nak demand rumah kecik2 tu..he..he..
hehe.. itu bukan demand mak lang, itu 'request'. insyaAllah, dah start panas sket ni banyak barang kat carboot tu! koleksi saya dah hancur - si Little D buat main!! tak pela, lain kali tau dah kena letak TINGGI-TINGGI!
ps: tapi kalau saya balik malaysia nanti kena jumpa personally tau!
Post a Comment
<< Home