Jual nama
Assalamualaikum..
Baru ingatkan malam ni nak mula menjahit RE maklang yang dah lebih sebulan di tinggalkan. Memang belum masuk momentum lagi. Dengan keadaan tubuh tak berapa sihat serta keletihan lepas pulang dari pejabat, rasa tak larat betul nak pegang jarum. Masih nak bersantai lagi. Lately ni pulak pukul 9.00 malam dah mula menguap. Malam tadi pun macam tu jugak. Bila rasa nak terlelap tu, terus cepat2 angkat air sembahyang dan langsung menunaikan solat Isyak. Cik Abang pun keletihan aje semalam. Agaknya sebab cuaca yang terlalu panas ni kot yang menyebabkan semuanya keletihan!
Siang tadi sedang maklang membelek2 fail mencari surat yang diperlukan, dapat pulak call dari Cikgu angah. Ingatkan nak apalah tadi. Rupa2nya nak mintak tolong jahitkan kain untuk dipakai kat betis. Macam stokin yang dipakai waktu musim sejuk tu. Entah apa yang di panggil benda tu. Sahlah ni, si Angah dah jual nama mak dia. Tak nak buat kang kesian pulak kat anak2 nak bersukan hari Khamis ni. So, tolong ajelah. Harap2 sempatlah siap sebelum Khamis ini.
Yang tak sedapnya, cik Abang dah komplen. Coverall yang dia suruh pendekkan dan jahitkan tu tak berjahit lagi. Sebenarnya dari malam semalam maklang dah gunting seluar tu. Dan tadi pagi dah jahit dah kelim dia guna mesin, tapi kedutlah pulak. Terpaksalah jahit tangan pulak. Macamana nak tak kedut, bahagian betis lebih besar dari pergelangan kaki! Anyway, sebelum dia merajuk, kenalah jahit cepat2!
Terimakaseh kerana mengunjungi TERATAK MAKLANG. Jemput datang lagi......
"Don't worry about who doesn't like you, who has more, or who's doing what.Instead; let's cherish the relationships we have with those who do love us.
Let's think about what God HAS blessed us with, and what we are doing each day to promote ourselves mentally, physically, and emotionally. I hope you have a blessed day."
Labels: Angah
16 Comments:
Salam maklang, apakhabar.?
mak lang, you are refering to leg warmers i guess?
ha ah leg warmers macam mama rock cakap .. I pun duk fikir benda apa tu .... maklang buat guna kain apa ye...
Tak pe Maklang , melayan kehendak anak dan suami tu mengutip pahala tu...
CikMilah pun sejak 2 minggu ni, sebelum pukul 10 dah flat, tak larat nak angkat mata dah. Esok bangun awal-awal baru kerjakan apa yang patut...
Take care.
Hah...tulah...kene jahit sebelum merajuk tu...nanti kene komplen lagik...tak pasal2 dpt memo nanti...heheeh
Kak lady ni pun dah berzaman sluar2 anak2 yg nak dijahit...tapi tak jahit2...angin malas
nanti order tu insya-Allah akan bertambah-tambah..yang pak lang punya mesti kena siapkan dulu tu..hehehehe
ummi:
maklang ni sakit belakang lah...tak tau nak buat macamana ni...saaaakkkkkiiiiitttt sangat...sampai sengal2 ke jari2 kaki!
MR:
Betul! betul tu!
bestnya la mak lang dapat mengantuk awal. Neeza ni nak mengantuk awal payah sikit. Tapi pagi nak kena bangun awal. Subuh sekarang 3.11am dah masuk... PUkul 5 dah habis... sabar aje.. selalu subuh dekat nak habis waktu.. sekarang kat sini siang panjang. Malam pendek..
ala kesian paklang ... kang dia merajuk nanti maklang...
dah sihat betul ke maklang?
Rina:
Betul tu leg warmers...the words just don't come to my mind!
Cikgu yang potongkan kain satin merah...maklang tinggal jahit. Lepas tu letak getah kat one side and sarung sampai ke peha kot...
Cik milah:
Dengan sakit belakang ni, payah sikit nak buat kerja. Nak batuk pun tertahan2 sebab sakit. Habis segala urat kena tarik! Seksa!
Kak Lady:
Memang kena siapkan Cik Abang punya dulu...tapi bila dah siap tak jadik pulak pakai sebab site visit kensel!
OO:
Mana ada tempahan...ini tolong2 aje sebab nak bersukan hari ni!
Maklang lupa langsung pasal interview tu...teringat dah pukul 9 lebih!
Neeza:
NAk buat macamana. Sekarang ni cepatpenat sebab cuaca di Kerteh ni tengah panas gila2! Tak tau kalau 'di sana' nanti entah macamana kan...Naudzubillah...
Kak Elle:
Tak sihat betul lagi...Ni kaki sengal2. Urat2 rasanya dah jem sebab asyik batuk. Nak tunduk pun sakit pinggang...Tak tau nak buat macamana dah!
Mak Lang...I like the footnotes kat your blog...
Mak lang, sakit belakang tu kena diubatkan dulu. Jangan asyik buat semuanya untuk orang, untuk diri sendiri perlu buat juga.
Ibu saya dulu terpaksa menjahit kerana cari wang, sampai dia sakit-sakit. Mak lang dah ada kerja bagus, suamipun kerja bagus jadi jahitlah untuk suka-suka saja.
Hehehe mak teh berleter pulak pagi-pagi hari. Itulah orang tua suka beri nasihat sebenarnya.
nora:
I like it too...tu yang letak situ!...ADa rezeki kita jumpa ek.. I nak gi khenduri kat Gee Moh? Dekat ke tu dgn rumah Nora?
Mak Teh:
Itu memang jahit suka2 aje. Tolong2 cikgu. Cikgu mintak tolong, so jahit jelaa...Lama tak pegang ribbon. Tengah tak sihat ni semua tinggal..bak kata Cik Abang, badan tu nak pakai lama...terimakaseh Mak Teh...terasa pulak Mak Teh sayang kat Maklang....he..he..perasanlah pulak ni!
Mak Lang..Nora dah hantar email balas..dapat tak?
Post a Comment
<< Home